Halaman

Sabtu, 26 Disember 2015

Mimpi Itu Cuma Mimpi

Mimpi itu cuma mimpi
Tak mungkin realiti
Walau tika kita ketawa
Meluangkan masa bersama
Bahagia!
Tapi mimpi itu cuma mimpi

Mimpi itu cuma mimpi
Tak mampu dikawal sesuka
Bibir kaku diam daripada berbicara
Ingin disentuh tapi tak terdaya
Ingin dipegang erat
Tak mahu melepaskannya lagi
Tapi mimpi itu cuma mimpi
Tak mungkin realiti

Mimpi itu cuma mimpi
Hilang tatkala fajar menyinsing pandangan
Lalu kabur hilang entah ke mana
Hanya jadi igauan dalam ingatan
Kerana
Mimpi itu cuma mimpi
Tak mungkin realiti

Yang merindui,
Anakmu      

RINDU

Termenung. Terkenang.
Tiba-tiba satu rasa menyelinap masuk
Menyentuh hati tanpa rela
Rindu. Aku rindu.
Entah kenapa rindu ini tak pernah berkurang
Menyeksakan dan menyesakkan dada!
Sukar! Semua itu terlalu sukar bagiku
Rindu tanpa mampu bersua
Titisan air mata tiada yang menghapus
Sendirian aku menahan perasaan
Tuhanku...
Kau permudahkanlah apa yang sukar
Dekarkan pada yang jauh
Tiada kuasa padaku untuk mengubah
Hanya Kau Tuhanku
Hanya Kau mampu membantuku...

Ahad, 6 Disember 2015

Review Filem Pendek Reinkarnasi


"aku dihina kerana kuasa. Aku dikeji kerana manusia
Taraf kita hanya hamba dan taraf kita sama"

   Filem pendek Reinkarnasi menyingkap segala persoalan yang bermain di fikiran anda. Dengan mempertaruhkan sebuah filem berkonsepkan indie eksperimental hasil cetusan 12 orang pemikir  muda, segalanya terkandung dalam filem ini.

   Filem ini mengisahkan tentang pencarian kebenaran oleh fahmi setelah dia jatuh ke lembah durjana yang telah menghancurkan hidupnya. Kerana ketamakkan kuasa golongan atasan dan terdesak dek kehidupan, akhirnya semua itu telah menyebabkan Fahmi meringkuk di dalam penjara.

   Namun, tidak dibiarkan sisa hidupnya menjadi sia-sia. Dia bangkit mencari cahaya yang akan menerangi hidupnya meskipun dicemuh dan dihina oleh manusia. Rintangan yang dihadapi makin menyukarkan jalan yang dipilih. Tomahan demi tomahan, fitnah demi fitnah menyelebungi setiap helaan nafasnya.

   Tunggu apa lagi? Nantikan kemunculan filem Reinkarnasi yang akan dibawa oleh Royal Studio kepada anda! BUKAN SEKADAR MENONTON, ANDA JUGA MUNGKIN BERTUAH MENDAPAT HADIAH-HADIAH MENARIK DARI PRODUKSI ROYAL STUDIO HANYA MELALUI PEMBELIAN TIKET SAHAJA.

RM 3 = HARGA BIASA
RM 5 = TIKET + MAKANAN RINGAN
COMBO = BELI 3 TIKET DENGAN HARGA RM 8 + PERCUMA KUPON KFC (POTONGAN HARGA SAHAJA)

JANGAN LUPA SAKSIKAN FILEM PENDEK  KAMI PADA KETETAPAN BERIKUT :

JUMAAT 18 DISEMBER 2015 : 2.30PM
SABTU 19 DISEMBER 2015 : 4.00PM
AHAD 20 DISEMBER 2015 : 11.30AM
TEMPAT: DEWAN RESITAL, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

SEBARANG TEMPAHAN TIKET BOLEH MENGHUBUNGI :
013-5269050 ELLY
014-8431032 ADDA

Rabu, 11 November 2015

Musim Kenduri Kahwin Bakal Menjelma

Assalamualaikum!
Sekarang dah bulan november, Tak lama lagi masuk bulan Disember.
Confirm banyak panggilan kenduri kahwin sana sini.
Chiq Neyna kat Sabah ni hanyalah menunggu dan mereput menengok kengkawan kahwin.
Nak pergi majlis pun tak dapat!
Sedih siotttt!

Tahniah kepada sahabat sehingusan yang akan berkahwin pada bulan 12 ni!
Congrats dear!
But, sorry geng. Aku tak dapat nak balik. Tahu-tahu jelah Sabah dengan Kedah bukannya dekat.
Hujung utara Malaysia dengan hujung pelusuk Malaysia. 
Punyalah jauh.

Sedih meh tak dapat bersama dengan sahabat-sahabat yang lain waktu hari bahagia hang.
Sabarlah wahai hati.
Lepas sorang-sorang akan melangkah ke gerbang perkahwinan,
Aku?
Jangan ditanya sebab lambat lagi! Huhu
Ayah dah pesan jangan nak gatai kalau belajaq tak habis lagi
Okey, aku anak yang taat so follow jelah.
Huhu

But wait!
Ayah suruh belajar sampai ke phD. So how?
Memang gamaknya tak boleh kahwin lagilah kan?
Omegadddd! Mereput menunggu pinangan orang.
Hahaha!
But it's okey.
Allah kan dah janji jodoh tu akan datang tepat pada masanya.
So let's stop thinking about that, Neyna :)

Jumaat, 16 Oktober 2015

Manusia tak Selalu Memahami

Kita ingin difahami dan dimengerti orang lain. Tapi, hampa.
Apa yang kita rasa, kita sendiri yang faham. Orang lain takkan faham.
Because what?
Mereka cuba bersimpati bukan menyelami perasaan dan hati kita.
So, kita cuma ada Allah yang selalu memahami kita
Selalu ada dengan kita.
Jadi luahkan sahaja pada Allah. Biar dia yang sembuhkan perasaan kecewa, sedih dan tertekan yang kita rasa.

Kadang, kita mahu mereka-mereka itu memahami situasi kita.
Tapi sukar malah tak mungkin.
Kata-kata semangat diungkapkan mungkin sekadar mengambil hati
Tapi tidak benar-benar mengungkapkannya.

Kadang kala juga kita dipersalahkan lagi dan lagi
Dan kita mulai rasa tidak mampu jadi terbaik lagi
Makin tak berguna kerana tak mampu menjaga hati mereka-mereka itu
Tapi mereka tidak sedar
Tekanan dan amanah yang digalas terbeban di bahu
Mengubah kita menjadi siapa yang sebenarnya

Katakan pada mereka-mereka itu,
"Jika kau ditempatku pasti kau turut berubah. Tapi sayang, kau hanya mampu mencela"

Ahad, 4 Oktober 2015

Dia Teristimewa

Dia
Cuma dia. Dan sampai bila pun hanya dia
Wajahnya. Langkahnya. Gaya cakapnya. Senyumannya
Sesungguhnya aku tertarik

Kini dia dan selamanya dia
Seorang insan yang aku cinta
Bagi aku dia sempurna
Dia tahu buat aku ketawa gila
Ya, cuma dia yang tahu

Meski terpisah kerana jarak dan masa
Aku tetap setia
Terbayang dia pada setiap sudut waktu
Aku jadi gila bayang!
Aku janji
Perasaan ini hanya selamanya untuk dia

Selamanya.

Ahad, 23 Ogos 2015

Sempurnakan Ibadahmu Hawa

Dear hawa,
Awak tuh dah cantik ditambah pula awak tutup aurat awak dengan sempurna. Lagi cantik awak! Seriously tak tipu. Mana ada perempuan muslimah yang tutup aurat tak cantik. Betul tak?

Dear Hawa,
Kalau kita tutup aurat dengan sempurna, tak ada cacat celanya di mana-mana In Shaa Allah kita akan dihormati. Kita takkan diganggu sesuka hati oleh lelaki buaya darat ni.

Dear hawa,
Walaupun pada pandangan manusia lain kita tak secantik Zalika tetapi oleh kerana kesempurnaa kita menunaikan kewajipan kita. Secara automatik, kita akan nampak cantik. Di mata manusia bahkan juga di mata Allah. Hebatkan? Tak perlu make up tebal-tebal untuk cantik. Cukup dengan menyempurnakan ibadah kita.

Dear hawa,
Kaum adam di luar sana akan mencari pasangannya yang tahu jaga aurat. Mereka mahu isteri mereka daripada golongan yang baik-baik. Awak kena tahu, lelaki yang baik takkan mencari perempuan yang seksi seksa untuk dijadikan isteri. Awak pun kena tahu juga, untuk mendapat jodoh yang baik, awak perlu berubah.

Dear hawa,

Nasihat ini untuk awak dan juga saya. Kita sama-sama berubah untuk kebaikan bersama. Kalau aurat kita dijaga, takkan ada pandangan liar yang cuba-cuba untuk ‘merogol’ setiap inci tubuh kita. Berdoa pada Allah supaya kita diberi hidayah untuk terus berubah. In shaa allah...

Rabu, 19 Ogos 2015

Pasang Surut Dalam Hubungan

   Setiap hubungan yang wujud antara lelaki dan perempuan pasti takkan terlepas daripada pergaduhan dan persilisihan pendapat or misunderstanding. That's normal. Tak mungkin dalam hubungan tu tak ada pergaduhan langsung. Mendatar je graf. Semakin kita kenal seseorang tu, makin banyak salah faham or pergaduhan yang akan wujud.

   Tapi tuh tak bermaksud seseorang itu cuba mencari kesalahan then nak bergaduh. Nope! Pergaduhan yang wuud tu yang akan buatkan sesebuah relation become strong dan kita akan lebih mengenali pasangan kita tu macam mana.

   Selalunya kita lihat pasangan yang baru je bina hubungan mereka takkan bergaduh. Indah-indah belaka. Itu sebenarnya baru di tahap permulaan hubungan. Memang tak akan ada isu yang akan timbul untuk dibicarakan. But, bila hubungan tu semakin bertambah usia pasti akan wujud juga pergaduhan. Percayalah.

   Bergaduh di sini bukan bermaksud untuk buatkan hubungan itu retak then putus di tengah jalan. I mean, dengan pergaduhan kita boleh continue dan tahu kekuatan hubungan tu macam mana. Kita akan tahu macam mana nak handle masalah tu bila terjadi lagi pergaduhan. Sebenarnya pergaduhan tersebut adalah untuk mematangkan perhubungan tersebut.

   Lain pula kalau asyik bergaduh non-stop. Ada je yang tak kena di hati. Kalau dah jadi macam tu, make sure selidik di mana kurangnya and why asyik nak gaduh je sampai hati pun boleh jadi tawar.

Sabtu, 11 Julai 2015

Tahniah Sahabat-Sahabatku

   Assalamualaikum! Rasanya dah lama chiq Neyna tak mencoret apa-apa nukilan di blog sejak pulang dari Sabah. Bukan busy or what. But, dah tak dapat connection wifi lagi macam dulu. Ayah, Chiq Neyna tak nak guna wifi lagi. Maklum sajalah bila dah ada internet di handphone sendiri kan. Lebih mudah nak diguna kat mana-mana je.

   By the way, Chiq Neyna nak ucap sekalung dan berkalung-kalung tahniah kepada sahabat or teman sepermainan dan sehingusan Chiq Neyna yang dah pun bertunang, bakal bernikah dan tak kurang jugak akan menikah terus tanpa bertunang hujung tahun ni. Tahniah sangat-sangat. Antara kita berempat, aku sorang je belum terikat apa-apa. Jelous ngan hangpa. Sob! Sob!

   Then tadi Chiq Neyna dapat berita kawan Chiq Neyna yang paling muda antara kami berempat akan menikah hujung tahun ni. Terkejut okey! Siap book Chiq Neyna jadik pengapit lagi. Aku tak kisah. Nampaknya, hujung tahun ni Chiq Neyna terpaksa dan wajib pulang ke Kedah sebab dua orang sahabat Chiq Neyna akan menikah. Tak apalah, aku berkorban demi hangpa. Hiks!

   Sahabat-sahabatku, semoga hubungan yang bakal tercipta antara korang dengan pasangan korang akan berkekalan dan bahagia. Aku gembira bila tahu korang akan mencipta hubungan yang halal yang sememangnya mudah untuk korang kumpul pahala. Tahniah again. Aku akan selalu mendoakan yang terbaik untuk korang. Dari kita kecil sehinggalah masing-masing dah pun dewasa, hubungan persahabatan kita tetap utuh. Aku harap, lepas korang dah jumpa kebahagiaan masing-masing janganlah dilupakan prsahabatan kita yang telah tercipta sejak dulu lagi.

   Buatlah yang terbaik untuk hidup korang. Benarlah kata Tuhan, jodoh itu akan datang bila seseorang itu telah bersedia. Dan... korang telah pun bersedia untuk menempuh hidup yang lebih mencabar. Tahniah sayang-sayangku...

Selasa, 9 Jun 2015

Bila Hati Sering Disakiti

   Aku cuma teringat soalan yang roommate aku tanya 2 hari lepas. Borak punya borak sampai jam3 pagi.

"Akak ada 1 soalan. Apa yang Nina akan buat kalau exbf Nina nak get back dengan Nina dan he said dia menyesal pernah curang dengan Nina. Dia janji yang dia akan jaga Nina lebih daripada segala-galanya. Then, pada masa yang sama Nina dah ada couple but hubugan korang to complicated. Bf Nina selalu buat Nina nangis. Lepas tuh ego dan dah macam tak peduli dengan Nina."

Terpinga-pinga jugak aku nak menjawab soalan macam tuh. But, I still have an answer.

"Nina takkan terima lagi orang yang pernah curang dengan Nina. Sebab susah untuk Nina maafkan orang yang pernah curang dengan Nina. Then yang pasal bf tuh Nina akan tengok dulu macam mana. Kalau dah tak boleh nak go on, Nina akan buat keputusan yang terbaik. Break jelah. Yang pasti Nina takkan terima kedua-dua lagi. Buat apa asyik makan hati je."

"Actually akak dah terlalu penat asyik mengalah. Dia tuh ego. Sekarang susah nak dengar dia minta maaf kalau dia bersalah. And bla...bla...bla..."

Aku faham perasaan macam tuh. Kalau hati selalu je rasa sakit dan kecewa no wonder satu hari nanti kita akan berubah hati. Konon katanya sayang tapi mana buktinya? Kalau sayang buktikan dengan perbuatan bukan sekadar hanya kata-kata yang kosong. Tak ada makna okey!

   Kalau benar sayang, hargailah. Ambil berat tentang si dia. Bukan buat tak tahu dan pentingkan ego yang setinggi langit. Bila si dia dalam keadaan susah, bantulah! Bukan mengarang cerita sedih sebab simpati pada dia. Konon memahamilah tuh. Kalau boleh bantu selesaikan masalah dia, just do it. Tak perlu tanya, "awak perlukan bantuan saya ke?"

   Then, bila si dia tak sihat. Care for her! Bukan buat tak tahu je. That's why scandal always win than boyfriend. Bf pura-pura caring but scandal will do anything for her. Bezakan? Perempuan tak minta wang berjuta tapi cuma perhatian je dan penghargaan daripada kaum-kaum adam sekalian. Remember, perempuan akan berubah hati kalau dia sering dikecewakan. Jika dia pilih untuk ignore korang that's mean dia dah cukup terluka dan pilih untuk mendiamkan diri.

   Sometimes perempuan akan banyak mendiamkan diri bila dia terasa hati dengan si dia. Kalau boleh dia tak nak panjangkan isu tuh walaupun masa tuh hati dia rabak gila! Selagi dia ada pilihan untuk mendiamkan diri, dia akan diam. Sometime dia rasa macam nak nangis bila fikir kenapa bf dia sanggup buat dia macam tuh. But, she still silent...

   Bila dah sampai satu tahap dia sendiri akan berhenti berharap. Dia sedar, dia selalu berharap orang yang dia sayang caring dengan dia tapi si bf tak seperti yang dia harapkan. Then, ada orang lain yang lebih caring daripada si bf. Sampai satu masa dia dah tak peduli kalau si bf dah tak caring pasal dia kerana dia dah penat dan dia sedar cinta tuh bukan sekadar kata-kata tapi dibuktikan dengan perbuatan.

Jumaat, 5 Jun 2015

Gempa Bumi di Sabah

   Tanggal 5 Jun 2015 bersamaan pada hari Jumaat berlaku gegaran gempa bumi di bumi bayu dengan kadar 6.0 skala ritter. Gegaran pertama telah berlaku pada 7.15am iaitu pada waktu tempatan dan seterusnya berlaku gegaran yang kedua pada jam 9.18 pm. Gegaran kecil terus berlansgsung beberapa jam kemudian sehingga pada jam 2.20 masih terasa sedikit gegaran di kawasan Kota Kinabalu.

   Seriously, seumur hidup Chiq Neyna belum lagi pernah rasa gegaran gempa bumi. Masa yang 1st gegaran tu memang Chiq Neyna tak fikir apa-apa. Yelah.. tengah sedap tidur kot. Almaklumlah, sekarang UMS cuti study week sekarang ni. Tapi, gegaran tuh memang tersangat kuat sehinggakan Chiq Neyna terjaga daripada tidur. Mahu taknya kalau katil, meja study dan gelas Chiq Neyna bergegar. But, at the end Chiq Neyna continue tidur balik sebab tak syak apa-apa.

   Then, Chiq Neyna terbangun pula dalam jam 9 am something sebab dengar bunyi whatapps masuk. Then mak rommate Chiq Neyna dah call tanya keadaan roommate Chiq Neyna kat Sabah ni. Mak dia dah kelam kabut sedangkan kami nyenyak je tidur. Baru Chiq Neyna perasan rupanya tadi gempa bumi ingatkan Chiq Neyna ngigau ke apa sebab dengar bunyi gelas kaca berlaga atas meja sudy. Yang paling sadis, akak tuh langsung tak rasa apa. Adoi!

   Si buah hati dah sibuk bertanya keadaan Chiq Neyna kat Sabah. Pelik juga Chiq Neyna tetiba tanya okey ke tak (walaupun time tuh demam). Bila buka whatsapp group kelas, baru tahu classmate dah kecoh-kecoh dengan gempa bumi. Baru diri ini mengerti mengapa... Mahunya Chiq Neyna tak gelabah sebab malam tuh Chiq Neyna dah muntah then terus tido dengan nyenyak until more than 12 hours. Haha!

   Then, continue pulak dengan gegaran susulan pada jam 9.18pm. Chiq Neyna tak berapa rasa sangat sampaikan akak roommate mesej tanya sama ada Chiq Neyna rasa (dia tak ada kat bilik sebab balik Tuaran) sebab bff dia cakap rasa gegaran, After that, terus berlaku gegaran yang kecil. Mak tidur tak nyenyak okey! Macam-macam terfikir. Dari info sahih ada mengatakan akan berlaku 10 gegaran susulan selama tempoh 24 hours. Ohhh, god! Bless us, Allah.

   Bila dah tak dapat tidur tuh, Chiq Neyna usyarlah wechat dan fb dan ternyata, mahasiswa/mahasiswi UMS di kolej kediaman Angkasa dah stay di luar bangunan kerana diarahkan berada di luar bangunan kediaman. Scary okey! Dari pukul 7.15 am- 2.20 am, telah berlaku 4x gegaran. Allahuakhbar! Selamatkan kami, Rabbi.
pelajar UMS berkumpul di luar kawasan kolej kediaman Angkasa


   Apa pun, ada hikmah berlakunya gempa ni. Paling teruk area Ranaulah iaitu kawasan yang berhampiran Gunung Kinabalu. Area Kota Kinabalu tak ada apa-apa yang terjejas sangat. Alhamdulillah masih selamat. Anyway, pray for Sabah! Thanks.

Rabu, 3 Jun 2015

Manusia Bertopeng Itu Karut


Manusia bertopeng itu karut!
Mereka konon memahami
Tapi mereka juga menyusahkan kita
Tak pernah menyelami perasaan hati yang gundah
Yang mereka tahu hanya melontarkan kata-kata berbunga
Yang mampu membuatkan manusia lain teruja mendengar
Tapi, itu cuma propaganda!

Manusia bertopeng itu karut!
Mereka konon memahami
Tapi kita juga yang menanggung hutang
Konon demi kebaikan dan kesejahteraan
Yang pastinya kita kian merana hari demi hari
Bersusah payah mencari rezeki siang dan malam.

Manusia bertopeng itu karut!
Mereka memperkenalkan pelbagai dasar
Dasar itu dan dasar ini
Kebaikannya entah di mana
Yang jelas kelihatan sengsara itu di mana-mana
Yang pasti mereka tidak merasai kesusahan itu
Pastilah ya!
Kerana manusia-manusia itu tidak pernah merasa susah
Merasa panas terik mencari sesuap nasi

Manusia bertopeng itu karut!
Mereka bersenang lenang atas kesusahan orang lain
Propaganda mereka lebih hebat daripada segalanya
Tapi mereka lupa
Ada yang lebih hebat daripada mereka
Tuhanku adalah Tuhanmu
Jangan kau lupa manusia bertopeng!
Mungkin kini kau terlepas di dunia
Tapi tidak di padang masyar kelak!

Jumaat, 29 Mei 2015

Susahnya Nak Cari Jeans!

   Adoiiiyai! Dari satu kedai ke satu kedai Chiq Neyna masuk but still jugak tak jumpa yang sesuai dengan kehendak Chiq Neyna. Kebanyakan seluar jeans perempuan ni akan ketat then akan ikut shape kaki. Memang mak tak berkenan sangatlah!

   Bila dah berkenan then try lahh. Okey, fine. Letak balik. Mahu taknya kalau memang dah ikut shape kaki Chiq Neyna. Boleh pengsan tengok kaki sendiri macam gitu. Kalau ayahanda pula tengok Chiq Neyna pakai seluar ketat pulak, rasanya boleh koma ayahanda Chiq Neyna.

   Argh! Stress! Dalam banyak-banyak pakaian, seluar jeans yang Chiq Neyna sukar nak cari. Kalau tersalah beli, memang Chiq Neyna takkan pakai. Chiq Neyna selalu ingat pesan ayahanda, "nak beli pakaian tuh biar yang longgar. Jangan ketat. Ina tuh dah banyak dosa dan jangan nak tambah lagi."
Deep gila kot! Sampai sekarang still lagi ingat kata-kata dia yang memang sentap habis tuh.

   Ayahanda Chiq Neyna memang cerewet dari segi pakaian. Dia akan teliti setiap pakaian Chiq Neyna setiap kali Chiq Neyna nak keluar. Kalau dia tak berkenan, dia akan suruh tukar sekarang jugak or dia tak benarkan Chiq Neyna keluar. Cerewetkan? But, he's the beloved dad yang betul-betul jaga penampilan dan perilaku anak perempuan tunggalnya ni.

   So that, Chiq Neyna harus cari seluar or baju yang agak besar dari saiz badan Chiq Neyna. Kalau tak, dengarlah sindiran paling halus daripada buah hati tersayang tuh. Semua hadis akan keluar daripada mulut ayah Chiq Neyna untuk sedarkan anak dia yang selalu lalai ni. Huhu! Because of that jugak, susah untuk Chiq Neyna jumpa jeans yang betul-betul ngam dengan keinginan ayahanda Chiq Neyna. I think, patut ada banyak kedai pakaian yang menjual seluar jeans yang muslimah. I think Malaysia should have. Huhhh!

Ahad, 24 Mei 2015

"Peel" Manusia Ni Pelik

   Pernah tak kau jumpa, orang tu dah mempunyai segala-galanya yang cukup lengkap dalam hidup dia. Hidup senang, duit ada dan makan pun yang mewah. Apa yang dia nak semua dia boleh dapat. Tapi yang satu peliknya bila dah ada kelengkapan diri yang terlebih cukup pun still lagi nak guna and mintak barang orang. Itu memang betul-betul Chiq Neyna faham! Orang yang susah pulak tak ada pulak nak menyusahkan siap cukup kelengkapan barang untuk kegunaan sendiri lagi. Sudahlah dia tuh susah, disusahkan lagi dengan mengguna barang-barang dia. Aduhai manusia!

   Then, pernah tak kau jumpa orang yang dia dah ada couple yang baik lagi cun/hensem tapi still lagi sibuk mencari yang lain. Konon tak cukup bahagia dengan apa yang ada. Itu bukan tak bahagia tapi tak reti bersyukur! Memang pelik. Orang yang sayang dia tapi tak dihargai tapi dikejar pula yang tak nak pada dia. Dah depan mata tuh just appreciate it and tak perlu kot cari yang lain. Mana tahu, orang depan kita tuh kebahagiaan kita tapi bila kita dah tak peduli dengan dia confirm lahh bahagia tuh akan menghilang. Lepas tuh baru kau nak meroyan bila orang yang ditunggu tak dapat yang menunggu kau pun kau tak dapat jugak.

   Pernah juga tak kau jumpa orang yang asyik mengeluh je tiap hari? Bagi dia, semua benda tak kena then ada je yang tak kena di hati dia. Masalah betoi lahaiii. Sometimes tuh lebih banyak mengeluh daripada usaha dia untuk setelkan benda-benda tuh. Baru buat sikit tapi dia punya complain, mak aiiii.. Dah macam panel juri lagi. Sometimes tuh belum lagi cuba buat dah start mengeluh. Macam mana benda tuh hasilnya akan berkualiti kalau buat pun tak ikhlas. Sedangkan orang lain boleh je buat benda tu without merungut or what ever. Kesimpulannya, manusia macam tuh pemalas!

   Pernah kau jumpa orang yang selalu merungut Allah tak pernah beri apa yang dia nak? Ini masalah besar sebab tak tahu bersyukur. Allah dah bagi nyawa tuh pun lebih daripada apa yang kau nak tahu. Kau boleh bernafas hari ni, dapat makan, dapat bercakap, dapat berjalan, dapat ketawa, dapat meluangkan masa dengan insan tersayang tuh semua Allah beri pada kau tapi kau yang tak nampak. Udara yang kau hirup pun Allah bagi free. Still lagikah Allah tak beri apa yang kau nak? Let's think for awhile...

   Manusia ni actually very-very weird. Dah ada depan mata tapi tak nampak. Benda yang tak nampak tuh nak dinampak-nampakkan (pelik pula ayat aku ni). Apa kata mulakan hidup dengan senyuman dan bismillah then ucapkan Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk meneruskan langkah. Tak semua manusia dapat bersyukur tapi semua manusia dapat bersabar. Chiq Neyna cuma terfikir kata-kata guru Chiq Neyna, "manusia sukar untuk merasa syukur saat ditimpa kesusahan." Memang ada betulnya. Contohnya, kita kehilangan sebelah selipar masa kita tinggal di masjid then kita akan marah dan mengamuk bagai macam monster tapi kita terlupa untuk bersyukur pada Tuhan kita kerana masih diberikan sepasang kaki untuk berjalan. Deep kan? Bayangkan kalau kita kehilangan kaki pasti kita sukar untuk berjalan lagi.

   Because of that, starting for today jadilah insan yang selalu bersyukur dengan pemberian daripada Allah. Belajar untuk bersyukur meskipun dalam kesusahan kerana masih ada lagi nikmat Allah yang kita perolehi. Saat hati merasa lelah dengan ujian, bersyukurlah kerana masih ada Allah yang menyayangimu kerana itu dia memberimu ujian. Itu tanda kasihnya dia padamu. Syukurlah... Mensyukuri apa yang kita ada jauh lebih baik daripada memberontak apa yang tidak kita miliki.

Manusia Itu Suka Mencari Kesalahan Manusia Lain

   Kadang-kadang Chiq Neyna memang takkan faham kenapa mesti ada yang suka sangat cari kesalahan kita sedangkan kita tak ganggu hidup dorang pun. So annoying right? But chill... Dah nama pun manusia so banyak lahh perangainya yang kadang-kadang buat kita rasa menyampah.

   But, sometimes tuh rasa sakit hati sangat bila ada yang cuba-cuba jadi hakim untuk mengadili kita. Oh, please! Kau cuma kenal dia dari luaran. Kau cuma tahu namanya. Kau cuma baru kenal dia. Tapi! Kau tak tahu kisah hidup dia. Kau tak tahu jalan hidup dia. Kau tak tahu masalah dia. Kau tak tahu siapa di sebenarnya. Then kau suka-suka hati nak cari kesalahan dia sedangkan kau sendiri pun salah.

   Memberi nasihat itu tak salah malah wajib kita menasihati antara satu sama lain meskipun iman kita sendiri ibarat lalang di tiup angin. Kejap ke kiri, kejap ke kanan. Memberi nasihat sangat berbeza dengan orang yang cuba cari kesalahan orang lain. Tuh bermaksud orang tu sebenarnya memang ada yang tak puas hati dengan kita! Even kita buat betul pun dia tetap nampak salah. Gilakan?

   Please stop cari kesalahan orang. Kaji diri sendiri tuh di mana kekurangannya. Asyik nampak orang je salah and you think semua benda kau buat tuh betul lahh? Jangan sampai kau diibarat kuman seberang laut nampak tapi gajah depan mata tak nampak. Itu masalah okey! Stop judging people! Again... Stop it!

  Tolong jangan simpan perasaan iri hati kat orang lain. Busuk hati kau tuh lama-lama. Sebab orang macam ni memang takkan senang tengok orang lain lebih baik daripada dia. Sebab tuh dia berusaha untuk jatuhkan kita. But, never mind, biarkan dia dengan hatinya yang tak tenteram. Tuh bermaksud dia caring dengan kita bila dia selalu sangat 'stalk' pasal kita. OMG! Terharunyerrr! So, biarkan dia bersama labu-labunya dan teruskan hidup kita selagi hidup ini diberkati Ilahi...

Khamis, 21 Mei 2015

Aku Adalah Aku

   Aku tidak pandai mengungkapkan kata-kata dengan lancang searus dengan rasa hati aku. Aku tidak pandai untuk memuntahkan kata-kata kejian dalam sehari-hari daripada kata-kataku kerana aku diajar untuk bertoleransi dengan berhemah dan sabar

   Aku juga diajar untuk mengawal segala perilaku yang mampu mengundang ketidakselesaan kepada orang-orang sekelilingku. Setiap kali aku terlajak mengungkapkan kata yang mampu mengguris perasaan orang, aku akan ditegur supaya tidak mengulangi walaupun aku tidak sengaja

   Aku cuma insan biasa yang terkadang terbabas melakukan khilaf. Tapi aku cuba untuk memperbaikinya satu persatu. Aku ingin menjadi insan yang bersederhana dalam segalanya dan cuma bergantung kepada Tuhanku iaitu Allah...

   Aku tidak memerlukan penghakiman daripada manusia kerana aku tahu tidak semua di antara mereka menyukaiku. Cukup penghakiman daripada Tuhanku kerana cuma Dia yang layak menilai tentang aku kerana sesungguhnya dari Dia aku datang dan dari Dia aku kembali..

   Tegurlah aku dan nasihatilah aku jika aku mulai terleka dan lalai dengan nikmat dunia. Bukan menggunakan kekerasan bahasa sewaktu ingin mengubahku kerana aku juga insan sepertimu...

Jumaat, 15 Mei 2015

Kasih Ayah

Setiap kali aku terima whatsapp daripada ayah, mesti satu soalan yang akan kerap dia tanya,

"Ina okey ke?"

Dan seperti kebiasaan aku akan balas,

"Ina okey je. Ayah jangan risau."

Dan ayah aku...

"Baguslah. Jaga diri dan jaga solat."

Setiap kali itu jugalah aku harus berbohong padanya. Sebenarnya, Ina tak okey! Langsung tak okey!!!
Tapi,
aku tak dapat nak luah semua tuh
sebabnya...
Aku tak nak dia risau dengan keadaan anak tunggal perempuannya yang dah makin luntur semangat pada waktu ini.
Aku terpaksa menipu yang aku tak ada masalah walaupun terkadang beban itu dah tak mampu lagi aku tanggung.
Ayah...
Ina nak ayah
Ina dah terluka dengan keadaan
hampir saban hari mengalir air mata

Ahhh!
Aku harus kuat!
Walaupun jalan ini makin sukar
Aku harus tabah!
Macam ayah selalu cakap,
Allah tak pernah lupakan kita dan dia sentiasa ada...
jadi,
berdoa padaNya
mintalah padaNya...

Ayah...
Lepas ni tolonglah jangan tanya lagi soalan sama ada anak ayah ni okey ke tak. Sebab Ina dah tak sanggup untuk menipu setiap kali soalan tuh ditanya...
Rasa berdosa...
Ina tak nak menangis lagi setiap kali terpaksa menipu ayah
Maafkan diri ini

Khamis, 14 Mei 2015

Bila Perempuan Membisu

   Kadang kala perempuan lebih memilih untuk mendiamkan diri apabila dia dah terluka dengan keadaan dan kecewa. Cukuplah air mata yang menjadi bukti segalanya. Kerana terlalu penat dengan harapan, perempuan lebih memilih untuk mendiamkan diri kerana dia tahu tidak ada gunanya dia berharap.

   Perempuan memang manusia yang sensetif dan semua tahu hakikat tuh. Perempuan juga kadangkala dikatakan complex untuk difahami. Tapi, ingatlah. Perempuan itu jiwanya lembut dan mudah terasa. Sometimes, dia bersabar dan terus bersabar kerana tidak mahu masalah itu jadik besar. Tapi, bila dah sampai satu tahap dia takkan mampu lagi untuk bertahan dan seterusnya dia memilih untuk mendiamkan diri lalu menjauhi.

   Kadang kita menjauhi seseorang bukan kerana benci tapi kerana kecewa. Contohnya like me lahh, Chiq Neyna tak suka meluahkan apa yang Chiq Neyna tak puas hati. Lebih memilih untuk berdiam diri dan cuba untuk terima meskipun pahit. For me, diam itu lebih baik daripada isu itu makin besar. Biarlah salah di mata orang asalkan Chiq Neyna tak menyakiti hati mereka. Chiq Neyna mahu melatih diri untuk bersabar dan menahan marah.

   Tapi, sometimes kita akan rasa terlalu penat bila hati yang kita jaga tuh tak peduli pun dengan apa yang kita lakukan. Sampai satu tahap, kita akan pilih untuk menyendiri. Masa tuh baru kita sedar yang sebenarnya waktu kita memerlukan seseorang untuk support kita waktu kita dalam kesulitan tapi tak ada pun yang datang dan kita akui hanya Allah tempat untuk kita bergantung. Hanya Allah yang memahami kita...

   Kadang-kadang jugak kita pilih untuk menyendiri kerana kita nak ketenangan hati dan latih hati kita untuk kembali kuat. Waktu tuh kita akan mulai sedar satu persatu yang sebenarnya kita tak patut bergantung pada manusia. Cukup Allah bersama kita. Bila kita memilih untuk menjauhkan diri daripada mereka yang telah melukakan kita kerana kita tak mahu mereka tahu yang kita terluka dengan perbuatan mereka. Kita mahu kelihatan tabah saat bersama mereka walaupun hati kita remuk.

   Perempuan dan lelaki ada cara mereka tersendiri untuk xpress rasa sakit dan kecewa itu. Ada sesetengah lebih suka meluahkan secara terus dan ada yang lebih suka mendiamkan diri.

Ahad, 10 Mei 2015

Permudahkan Jalanku Ya Allah

   Terkadang terasa serba salah itu menguasai diri meskipun aku tahu aku masih tanggungjawabnya. Tapi, aku merasakan aku adalah beban yang harus ditanggung oleh lelaki tua itu.Huh... Maafkan diri ini. Aku cuba untuk tidak menyusahkannya tapi aku gagal. Aku masih perlukan sokongan daripadanya. Sekali lagi, maafkan aku...

   Bebanan taraf hidup yang kian meningkat buatkan aku sedikit gelisah. Aku tidak mahu susahkan orang-orang yang aku sayang. Kerana aku, mereka tepaksa menghulurkan wang bagi menyara makan dan minumku yang jauh di perantauan ini. Aku masih belajar... Hanya itu alasanku

   Aku cuba untuk berjimat cermat dalam membelanjakan segalanya kerana aku tahu keluargaku bukanlah berlatar belakang orang kaya. Walaupun begitu, makan, minum dan pakaian kami mencukupi meskipun terkadang dihimpit ujian.

   Rabbi, terasa jalan ini semakin sukar untukku. Kau permudahkanlah jalan yang telah Kau tetapkan untukku agar aku kelak tidak selamanya aku terus menerus menyusahkan orang yang aku sayang. Aku mahu mereka berbangga suatu hari nanti dengan kejayaan aku setelah mereka bersusah payah demi aku. Aku mahu membalas jasa mereka. Aku sayang mereka!


   Tapi, ya Tuhanku... Aku tidak mahu mereka terlibat dalam segala masalah yang sedangku hadapi meskipun hanya sebesar zarah. Aku mahu mereka tahu aku dalam keadaan yang baik-baik sahaja walaupun pada ketika ini aku hampir tersungkur. Aku harus membohongi orang-orang yang aku sayang kerana aku tidak mahu mereka khuatir. Aku cuba untuk kuat ketika lemah. Aku cuba untuk terus berdiri walaupun kaki goyah. Aku harus melindungi kebenaran dalam kebohongan. Aku harus berpura-pura dalam kenyataan. Aku harus....Ya, aku harus...

Ahad, 12 April 2015

Kau Masih Berharap Itu Aku

   Terkadang terlebih ramah juga susah! Bukan nak kata diri ni cantik ke apa tapi mungkin terlajak perisa sebagai seorang yang banyak keletah. Jadi, banyak pulak yang menaruh. Aduhhh !

   Aku cuma anggap kawan bukannya lawan. Tapi bila mereka datang kepada aku bersama perasaan. Aku yang mulai terasa nak pengsan. Bukannya nak perasan tapi tolonglah faham hati aku telah dimiliki insan lain.

   Aku bukannya kejam dengan dia tapi kita cuma kawan sahaja. Ada yang meluah rindu kenangan ketika dahulu kala. Katanya, aku dah berbeza. Ya, mungkin kerana kau juga atau mungkin kerana masa yang memaksa. Tapi, kini aku dah bahagia dan bukan lagi derita.

   Maafkan aku kerana mulai menjauhi kerana aku tahu perasaan yang kau bawa bersama akan memusnahkan hubungan aku dengan dia. Cukuplah kisah itu berlalu seperti air di muara. Aku tidak mahu terkenangkannya.

   Aku tahu kau masih suka aku. Kau rindu aku tapi kau tak mengaku. Cara kau layan aku, semua orang tahu! Kau jadi stalker kerana aku. Kau cakap kau doakan aku bahagia selalu. Tapi kau tak perasan yang kau dedahkan perasaan kau pada aku. Tolong hentikan semua itu. Aku rasa berbulu!

   Kau tahu aku sudah punya dia. Tapi kau tetap juga mencuba. Walau kau cuba menidakkan tapi itulah kebenarannya. Kau berharap aku menjadi insan yang teristimewa. Insan yang selalu ada waktu suka dan duka.Tapi pada hakikatnya impian kau terlalu tinggi untuk diduga...

Jumaat, 10 April 2015

Bercuti ke Pulau Sapi, Sabah

   Assalamualaikum! Baru-baru ni Chiq Neyna ada ke pulau bersama kengkawan Chiq Neyna bagi meluangkan masa cuti mid sem selama seminggu. Daripada terperap kat hostel then tak ada buat apa-apa, better jejalan kan? Dapat juga menikmati keindahan ciptaan Tuhan yang terindah.

   Chiq Neyna cuma pi satu pulau je pun. Tambangnya pun murah dalam RM20 je untuk satu pulau. Kami naik bot dari jeti Jesselton(Kota Kinabalu) dan terus ke pulau yang mengambil masa selama 10 minit perjalanan. Kalau cuma nak ke satu pulau je, mereka akan bagi masa kat kita dari pukul 10 a.m sehinggalah 5 p.m baru dorang akan ambil kita semula di pulau tersebut.

    Lainlah kalau kita nak ke tiga buah pulau yang terdapat di Kota Kinabalu (Pulau Sapi, Pulau Manukan & Pulau Mamutik) hanya dibenarkan selama 3 jam je kat setiap pulau tuh. Tapi, memang sangat berbaloi lahh !Kalau dah ke pulau tuh, uols wajib snorkeling. Kalau di Pulau Sapi nak sewa google cuma RM15 dan uols takkan kecewa! Uols boleh menyelam sepuas-puasnya!

   Jom usyar-usyar gambar yang sempat Chiq Neyna snap sewaktu nak ke Pulau Sapi!

dalam bot sebelum bergerak ke Pulau Sapi

safely arrived

bergambar dulu sebelum mandi

ready for snorkeling



keindahan Pulau Sapi

masa untuk pulang!



Ahad, 5 April 2015

Masih Tersisakah Ia?

   Handphone di tepi bantal dicapai setelah mata dibuka. Bunyi whatsapp yang masuk benar-benar mengganggu pendengarannya. Perlahan-lahan dia menaip di atas screen handphone touch screen itu. Setelah reply dia keluar daripada apps itu. Banyak notification yang muncul. Satu persatu dibukanya.

"Sweetdream tembam comel"
"Sesibuk mana pun seseorang itu, dia pasti akan memikirkan orang yang dia sayang setiap kali sebelum tidur"

 Kiriman mesej di wechat daripada seorang jejaka pada pukul 4.54 a.m itu buat dia termangu seketika. Mesej itu dibaca berulang kali. Dia bangun dari baringnya. Handphone ditangannya dipandang sekilas.
"Takkan dia masih sukakan aku? Dah lama pun kisah tuh terjadi. 2 tahun lebih sejak dia confess. Ahh...Dia kan suka bergurau."

Conversation mereka malam tadi dia scroll.
"Aku rindu kau"
Satu persatu chat itu dibaca. Tapi dia tahu semua itu cuma gurauan kerana dia tahu lelaki itu sememangnya suka bergurau. Dia kenal lelaki itu. Dia sendiri pun tak pernah peduli dan ambil pusing gurauan kawan baiknya. Tapi, kadangkala dia ingin bertanya yang sebenarnya. Apakah lelaki itu masih tersisa perasaannya buat dia??? Dia perlu tahu supaya gurauan seperti itu dapat dihentikan...

Ahad, 29 Mac 2015

Dekatkan Aku denganMu, Rabbi

Rabbi...
Kau kuatkanlah semangat aku
Berkati kehidupan ini
Permudahkan segala urusanku
Hanya padaMu aku berserah...

Rabbi...
Jadikan sakit ini sebagai penghapus dosa-dosa khilafku
Ampuni hambaMu yang hina ini
Jadikan aku insan yang kuat
Kuat dalam menempuh dugaan dunia yang kian penghujung
Bantu aku Tuhanku...

Rabbi...
Limpahkan kasih sayangMu padaku
Luaskan kemaafanMu untukku
Berikanlah aku petunjuk agar aku tetap berada di landasan sebenar
Pimpinlah aku
Tegurlah aku jika aku mulai lalai

Rabbi...
Ternyata langkah kaki ini mulai rapuh
Peluklah aku dengan kasih sayangMu
Agar aku dapat merasa aku masih diperlukan
Agar aku terus cekal dan tabah
Agar aku boleh melakukan yang terbaik
Sehingga akhir nafas ini...

Rabbi
Aku bersyukur Kau telah menghadirkan insan yang bermakna dalam hidupku
Kau panjangkanlah usia mereka
Panjangkan juga usiaku agar aku dapat membahagiakan mereka
Berkatilah mereka
Peliharalah mereka
Kerana aku sayang mereka sesungguhnya...

Redup Kasih Ayah


Melihat wajah tua yang penuh dengan kedutan yang jelas di wajahnya mampu membuat hati ini disapa perasaan sayu.
Setiap butiran kata-kata yang keluar dari bibirnya aku dengar dengan teliti.
Harapannya cuma satu, ingin melihat aku berjaya meskipun dia dalam kesusahan kerana akulah satu-satunya impian.
Maafkan aku ayah kerana telah menyusahkan ayah sepanjang hayat ini...
Hampir saban tika, dia menyebut-nyebut akan kejayaan aku kelak
Harapannya setinggi langit ketujuh
Ya...
Cuma aku yang mampu membahagiakannya di saat hari tuanya ini
Keluh kesah yang dimuntahkan terkadang membuatkan aku hampir menitis air mata
Aku kenal lelaki tua itu
Lelaki tua itu seorang ayah yang tegar dalam menempuh pancaroba hidup
Lelaki tua yang mengajar aku erti kesabaran
Lelaki tua yang mengajar aku erti kesusahan
Lelaki tua itu selalu memberi kata semangat saat aku hampir goyah
Kerananya aku bangkit meski kaki terasa lemah
Lelaki tua itu sanggup bersusah payah demi aku
Demi aku anak tunggal perempuannya dan harapan tunggalnya
Sekali lagi,,,
Maafkan aku ayah kerana menyusahkan ayah
Ampuni diri ini...
Aku berjanji
Aku akan menunaikan segala permintaan ayah meski sesulit apa pun itu
Aku akan bahagiakan ayah
Aku akan berikan kesenangan kepada ayah kelak
Aku akan balas jasa ayah
Pintalah apa pun
Pasti aku cuba untuk tunaikan meskipun nyawa jadi galang gantinya
Terima kasih ayah..

Sabtu, 21 Mac 2015

Ramainya Dah Bertunang & Kahwin !

   Asal cuti sekolah je, mesti banyak majlis pertunangan dan perkahwinan. Kita yang belum lagi bertunang or berkahwin terasa kecemburuan di situ. Huwaaa !Nak jugak! Asal buka je fb ke ig or wechat adalah yang dok mengepost gambar bertunang dorang or gambar dorang akad nikah ke wedding ke. Mak jeles! Okey, mak admit. Huh...

   Gilalah kalau tak rasa cemburu bila tengok ramai dah kengkawan yang dah bertunang tak kurang yang dah jadik isteri orang. Huntungnya korang! Kawan korang yang kat sini masih lagi terkial-kial belajar demi mencapai cita-cita dan menggalas amanah keluarga. Mungkin belum tiba masanya lagi. Sob! Sob!

   Tapi kalau ikut hati, nak je bertunang sekarang. Sekarang okey sekarang! Bukan esok ke apa ke. Nampak tak gelojohnya kat situ? Haha! Tapi, sabar jelah. Kalau umur panjang, ada rezeki in shaa Allah dapat juga merasa moment macam tuh. Urm~ Awak... cepat-cepatlah masuk meminang saya eh. Saya tunggu.. Bapak kita dah tak sabar sangat nak awak jadi menantu lelaki tunggal dia tuh (kedip-kedip mata).

   Sabar hati oit! Kepada yang dah bertunang dan dah berkahwin tuh, Chiq Neyna ucapkan tahniah kerana pada usia yang muda neh korang dah pun bertemu jodoh. Beruntung sangat tau! Sebabnya korang dah ada someone yang akan always ada dengan korang dan membina keluarga sendiri. Semoga hubungan korang akan diberkati dan kekal hingga ke jannah. In shaa allah...

Jumaat, 20 Mac 2015

Diari Semalam

" Abang ingat tak masa kita kat rumah mami hari tu?" Soal aku.
"Abang ingat. Semua abang ingat."
"Pasal buat nasi goreng.. Pasal monyet..." Sambungku.
Dia dah menghambur ketawa. Aku pun tak ketinggalan juga dalam menyumbangkan suara aku. Berair mata aku menahan geli hati yang menggila.
"Yang tak boleh blah bila Nina tanya kenapa telur goreng tu tak kembang. Dah minyak tak panas lagi!" Sambungnya.
Aku kembali ketawa. Seriously dia masih ingat sedangkan aku sendiri dah lupa.
"Paling kelakar bila ada orang tuh dah berlipat-lipat bajunya macam zaman 60-an pula." 
"Baju tu besarlah..." Balasnya diselang seli dengan ketawa.
Ketawa dan ketawa dan terus ketawa, Memang itu sudah menjadi sebahagian daripada hubungan ini.

Setiap coretan kisah pasti akan disemat rapi dalam lipatan memori tanpa dilupakan walau sedetik. Kerana apa? Kerana pertemuan yang tidak sekerap mungkin membuatkan aku dan dia dapat mengingati setiap detik yang berjalan meniti melewati titik hubungan itu.

"Abang ingat lagi masa kita masih di Dewan Resital waktu tu kita siapkan FOH. Nina ngorat abang." Dia ketawa.
"Masa bila pula Nina ngorat abang?"
"Ada... Nina tuduh abang ambil gunting. Padahal abang tak ambil pun. Nak ngorat kitalah tuh." Dia berhujah dengan yakin. Aku ketawa.
"Suka hati je. Padahal dia yang ambil gunting. Orang nak buat kerja pun susah. Asyik hilang je gunting tu." Aku membela diri. Dia ketawa nakal.

Lagi dan lagi... Memoir itu berputar ligat dalam cakera fikiran dan terlayar di minda satu persatu. Indahnya pertemuan itu Tuhan... Andainya ia dapat diulang semula, ingin sekali aku menghargai setiap waktu yang terluang. Pasti!

"Abang suka buli Nina." Sela aku.
"Masa bila abang buli Nina?"
"Masa kat airport. Suka cepuk kepala Nina."
"Eh.. Tak ada okey. Abang budak baiklah." Jawabnya poyo.
"Budak baiklah sangat. Padahal, banyak kali Nina kena buli hari tuh."
Dia ketawa kuat.
"Ahh !Abang rindulah. Puas hati betul hari tuh dapat tarik hidung Nina, dapat buli Nina." Jawabnya bangga.

Kerana nakalnya aku bahagia... Kerana nakalnya hidup aku bermakna dalam setiap coretan hidup sehelai demi sehelai. Pertemuan itu... Senyuman bahagia itu... Aku pasti takkan lupa kerana itulah yang terindah kerana saat berada di kejauhan ini hanya kenangan semalam menjadi santapan diri tatkala rindu itu mengetuk jendela hati. Berjanjilah wahai sang pemilik hati bahawa engkau akan terus menceriakan diari kanvas kehidupan ini sehingga takdir itu memisahkan kita dan dipertemukan kelak sebagai jodoh untuk selama-lamanya di dunia sana kelak...

Dan coretan ini tercipta demi mengabadikan kisah kita yang takkan pernah hilang selagi ia menjadi hidangan mata yang meniti tulisan itu satu persatu dan menjadi ingatan mereka meskipun kelak aku sudah tiada...

Rabu, 18 Mac 2015

Aku dan Cintaku

Aku... dan pekat malam tidak pernah terpisah. 
Terduduk menadah tangan di atas sejadah cinta dengan sejuta harapan agar aku dipertemukan dengan yang teristimewa. 
Terima kasih Tuhanku kerana mengurniakan aku insan yang penuh rasa kecintaannya padaku...
Wahai yang menyentuh hatiku, aku bersyukur kerana kehadiranmu memberi aku sejuta warna-warna pelangi dan selautan kasihmu untukku. 
Engkau memberiku perasaan yang mendamaikan tatkala engkau dan aku melayari bahtera cinta di samudera. 
Janganlah engkau khuatir... 
seperti selalu...
di kejauhan ini...
rindu ini akan selalu bertamu buatmu...

Selasa, 17 Mac 2015

Apabila Bekas Kekasih Muncul

   Susah untuk mengawal perasaan apabila bekas kekasih hati muncul dan kemudian cuba untuk meraih perhatian kita kembali. Lagi berat bila kita telah pun mempunyai yang lain. Kadangkala tuh kita tak mampu nak kawal perasaan apatah lagi bekas kekasih kita tuh cuba flashback segala moment kita dengan dia dahulu.

   Kalau bekas kekasih kita muncul lagi itu bermakna dia masih lagi  berharap kepada kita dan dapat membina kembali hubungan yang sekian lama terputus. Dia takkan give up even kita dah ada boyfriend or girlfriend. Apa yang patut kita buat adalah dengan tak layan je nonsense dia tuh.

   Selalunya ex kita yang dulu tuh memang akan flashback segala moment yang sweet antara kita da dia dan menyatakan bahawa dia menyesal kerana dia tak menghargai kita sehinggakan kita terluka. But, kita kena ingat kalau kita dah ada yang lain tolong jangan tinggalkan si dia kerana ex kita tuh belum tentu akan hargai kita dan dia mungkin akan lukakan kita lagi.Banyak kemungkinan dia nak get back balik dengan kita.

   Just appreciate si dia yang ada dengan kita. Takkan lah kita nak tinggalkan si dia yang dah bersama dengan kita dan menyayangi kita demi ex-boyfriend/girlfriend kita yang pernah menyakiti kita suatu ketika dahulu. Apakah semua itu berbaloi untuk kita? Adakah itu jalan terbaik dengan menyakiti orang lain demi kebahagian kita? Tidakkah itu dinamakan mengkhianati? Just think about that...


Khamis, 5 Mac 2015

Kenapa Perlu Serius Ketika Bercinta

   Bercinta tuh semua orang cakap mudah. Carilah sesiapa yang disukai kemudian bercintalah! Tak susah pun kan? But kau dah fikir ke sampai bila kau nak macam tuh? Sampai kau dah kerepot baru kau mula nak start bercinta dengan serius? Come on lahh .Kalau umur kau dah 20 ke atas, kau sepatutnya berfikiran matang dan fikirkan masa depan kau dengan seseorang yang bakal kau habiskan sisa hidup bersama.

   "Relexlah", "chill lahh... Umur masih muda", "enjoy dulu"... Itulah ayat yang selalu kau guna bila kau belum lagi fikir pasal kahwin. Cuba kau fikir sejenak. Kau main-mainkan perasaan orang tuh kau ingat seronok ke? Kau dah kenal dia bertahun-tahun then kau clash macam tuh je. Kau tak rasa rugi ke sebab kau dah habiskan banyak masa dengan orang tuh then kau cari yang baru dan kau start kenal-kenal dia pula.

   Kau cakap, "nak buat macam mana tak ada jodoh", "dia tak ngamlah"... Sampai bila kau nak terus macam tu? Bertukar pasangan bersilih ganti sedangkan umur kau makin meningkat? Be matured lah sahabat. Jangan kau habiskan masa kau dengan hobi kau yang terlebih suka berkenalan dengan gadis-gadis atau jejaka-jejaka di luar sana. Bila umur kau dah mencecah 20 tahun kau sepatutnya sudah ada wawasan dalam hidup kau. Bukan buat sesuatu yang tak mendatangkan manfaat dan faedah untuk kau. Let's think about that...

Khamis, 19 Februari 2015

Tanda Anda Mencintai Seseorang

   Perasaan cinta adalah sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata kerana hanya kita sendiri sahaja yang boleh merasainya. Apakah perasaan cinta itu? Bagaimanakah perasaan itu? Okey, kat sini Chiq Neyna nak share dengan uols adakah memang cintakan seseorang. Let's check it out !

1. Tanpa sebab
   Maksudnya kat sini adalah uols tak boleh berikan sebab mengapa dan kenapa uols boleh cintakan dia. Kalau uols sukakan dia kerana rupa, itu mungkin bukan cinta kerana uols boleh ceritakan kepada sesiapa sahaja yang uols jatuh cinta kerana kecantikan/kehenseman si dia. Jika ditanya mengapa uols sukakan si dia, uols tidak tahu mengapa uols sukakan dia. Bagi uols, dia adalah anugerah yang terindah dalam hidup uols.

2. Selesa
   Uols akan berasa selesa dengan dia dan boleh mengongsikan pelbagai story untuk dikongsikan bersama. Time uols dengan dia, uols berasa bahagia dan tenang. Tak ada perasaan stress ke apa.

3. Sanggup berubah
   Dengan perlahan-lahan uols berubah demi dia dan kebaikan hubungan uols dengan dia. Kalau boleh uols mahu jadi yang terbaik untuk dia. Perubahan yang uols lakukan adalah dengan kerelaan hati sendiri tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak.

4. Gelisah
   Jika si dia tak contact uols, mulalah rasa gelisah semacam. Habis difikir yang bukan-bukan. Contohnya macam, "dia dah lupa kat aku ke?", "dia sakit ke?". Hati uols takkan senang selagi si dia mendiamkan diri.

5. Selalu Tunggu mesej/call
   Setiap kali henfon uols bunyi, uols akan berharap sangat-sangat yang si dia contact uols. Even si dia cuma hantar "hi" dah mampu buatkan uols tersenyum lebar sampai ke telinga.

6.Teringatkan si dia
   Even kat mana pun uols ada, uols akan selalu terfikirkan tentang dia. Bak kata orang, di mana bumi berpijak, di situlah uols akan terfikirkan pasal dia.

   Setakat itulah tanda-tanda yang boleh share dengan uols. Adakah uols ada tanda-tanda yang disenaraikan di atas? Kalau ada, sahlah uols memang dah jatuh cinta.

Ahad, 15 Februari 2015

Terima Pasangan Kita Seadanya

   Setiap manusia pasti ada kekurangan dan kelebihan. Terimalah kekurangan dan kelebihan pasangan kita itu seadanya. Jadikan kelebihan pasangan kita tuh sebagai pelengkap kekurangan kita dan jadikan kelebihan kita sebagai pelengkap kepada kekurangannya pula. Hidup berpasangan ini adalah untuk saling melengkapi bukan saling memburukkan kekurangan pasangan kita.



   Hadirnya seseorang tuh dalam hidup kita adalah untuk melengkapi kekurangan kita. Jadi, terimalah dia seadanya. Tiada manusia yang sempurna di dunia ini apatah lagi kita yang tak lepas daripada melakukan salah dan silap. Kalau ada yang kurang dalam diri pasangan kita dan tidak menyenangkan kita, tegurlah dia dengan cara yang baik. Bukan dengan cara menghina.

   Setiap kekurangan yang ada pasti boleh diperbaiki perlahan-lahan. Tapi ingat, jangan minta pasangan kita berubah mengikut kehendak kita. Itu bukan menerima seadanya tetapi memaksa dia untuk mengikut citarasa kita. Cintakah itu? Kalau cinta itu takkan pernah memaksa untuk berubah tetapi berubah menjadi lebih baik tanpa dipaksa. Tepuk dada, tanyalah hati itu benarkan kita mencintai dia jika kita memaksa dia untuk menjadi itu dan ini mengikut kemahuan kita?

Ahad, 8 Februari 2015

Cerpen Kerana Takdir Kita Untuk Bersama


“ Aku bosan bha Nina. Enda ada kerja mau dibuat. Risau juga aku kalau Dr.Andi mau tengok hasil kerja untuk FOH.”
Keluh Khadijah dengan muka yang berkerut. Risaulah tu. Mahu tak risaunya kalau penyarah garang macam singa yang kelaparan bertahun-tahun tak makan. Memanglah menakutkan! Semua student akan menggigil lutut bila sebut nama pensyarah tu apatah lagi dengar derapan kasutnya.
“Alah... Kau jumpalah ketua kau tu. Tanya dia ada job tak yang nak dibuat.” Saran aku dalam memberikan idea yang mungkin agak bernas dan mungkin juga agak lapuk. Mahu taknya kalau itu je yang selalu aku cakap benda yang sama bila si Dijah ni mengadu kat aku.
“Sudah bha, Nina. Tapi dia bilang enda ada kerja yang mahu dia buat masa sekarang. Ada jugak dia suruh aku lukis design FOH. Itu pun sekali tuk jak lahh.” Rungutnya.
Alahai, kesian pula aku tengok muka risau dia ni. Yang aku pula hampir-hampir gila bila banyak kerja yang nak dibuat. Almaklumlah, aku ni kan bahagian marketing. Jadi, memang banyak target yang perlu dicapai bagi mencapai jumlah wang yang banyak. Kalau boleh jual produk tu biar sampai jadi jutawan.
“Siapa nama ketua kau tu?”
“Abang Ikhwan.”
“Yang mana satu eh?”
Aku mula mengerutkan kening. Biasalah, aku bukan kenal habis pun senior-senior yang terlibat dalam projek akhir tahun 3 ni. Kalau yang peramah tu aku agak kenallah. Tapi kalau dah senyap macam semut berjalan, sah-sah aku tak kenal. Lagipun, aku baru je terlibat produksi ni selepas aku keluar dari produksi pensyarah aku yang satu lagi iaitu En. Shah.
                “Ada bha yang berlakon watak pondan & konco-konco tuh.”
                Aku menggaru-garu kepala yang tak gatal. Yang mana satu pulak ni? Otak aku ligat untuk mengingati wajah-wajah watak pelakon Teater Vito il Mafioso. Seriously, memang aku tak ingat walaupun teater tu dah banyak kali aku tengok. Pada akhirnya, senyuman sumbing aku terkeluar juga gara-gara tak dapat nak ingat wajah abang Ikhwan tu.
“Nanti aku tunjukkan dekat kau mana satu dia tu.”
               Aku mengangguk. Nak juga aku tengok ketua FOH yang sangat baik hati sampaikan kawan-kawan aku langsung tak ada kerja nak dibuat. Boleh tak kalau aku apply jadi rakyat di bawah naungannya?
 


                Walaupun badan aku terasa letih sangat-sangat, namun aku kena jugak pergi ke Sekolah Pengajian Seni (SPS) iaitu fakulti tempat aku belajar kat UMS ni. Hampir setiap malam aku dan classmate aku yang lain diwajibkan untuk tolong pelajar senior tahun akhir major teater bagi menyiapkan projek akhir mereka di samping ada show yang mereka akan pentaskan. Mahu atau tak, kenalah juga pergi bila pensyarah Asas Lakon aku tu mengugut bahawa markah akan jadi taruhannya. Dengan hati yang tak ada kerelaannya, harus jugaklah terlibat dalam produksi yang penuh dengan keterpaksaan itu.
                Tapi, nasiblah buat masa sekarang team marketing tak berapa nak busy sangat. Cuma jual-jual makanan dalam produksi sendiri. Itu pun memang habis makanan yang dijual sebab kalau dah balik hostel pukul 2 atau 3 pagi, siapa tak laparkan masa tu? Waktu orang tidur dan siapkan assignment, kami masih lagi berada di SPS.
                Aku pula suka melepak dengan kawan-kawan rapat aku bila tak ada benda yang nak buat. Macam-macam aku dengar rungutan dari mulut classmate aku yang tak pernah puas hati join produksi ni dari awal sehinggalah ke akhirnya. Aku pada awalnya memang tak berapa nak redha, tapi kena jugaklah redha dalam keterpaksaan. Tak nak carry paper lah kononnya. Tengah sedap-sedap aku berborak, datang seorang senior menghampiri kami yang sedang lepak di bawah Dewan Resital.
                “Abang Ikhwan, enda ada kerja ka?” Tegur Dijah.
                “Iya, bang. Bosan kami di sini.” Sampuk Mastura.
Aku? Aku diamlah. Takkan nak menyampuk pula. Itu urusan rumah tangga mereka. Jangan masuk campur. Tapi kejap! Oh, inilah abang Ikhwan yang si Dijah tu selalu merungut. Asal macam tak pernah perasan eh? Memang dia ni wujud ke dalam produksi ni? Tak pernah nampak pun. Tapi, handsome juga abang senior ni. Choii! Sempat lagi aku menilai senior yang terpacak berdiri depan kami.
                “Abang tak ada kerjalah nak bagi kat korang. Lagipun, memang tak ada kerja nak kena buat lagi. Korang lepak-lepaklah dulu.”
                “Nanti macam mana kalau Dr. Andi minta design untuk FOH?” Tanya Mastura pula.
                “Jangan risaulah. Dia takkan minta lagi. Nanti abang bagi kerja kat korang okey.”
                Mereka berdua mengangguk tanda mengerti. Dah macam ayam patuk padi pula aku tengok. Abang Ikhwan beralih ke tempat lain pula. Dia berborak dengan ahli-ahli yang lain kemudian menghilang ke belakang dewan.
                “Jadi, tu lah abang Ikhwan yang jadi leader korang?” Soal aku. Dijah mengangguk.
“Aku takut bha, Nina. Kau bukan enda kenal macam mana Dr. Andi.” Keluh Dijah.
“Sabarlah.” Jawab aku. Konon nak tenangkan hati kawan aku yang tengah gundah gulana dek tak diendahkan oleh suami yang sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang pelakon yang berbakat.
“Jom Nina teman aku ke bengkel belakang dewan tu. Bosan pula aku di sini. Mana tau di bengkel ada kerja yang mahu dibuat.” Saran Dijah.
Aku dan Dijah bergandingan ke bengkel. Selalunya ramai yang akan lepak di bengkel tu untuk siapkan props dan set untuk teater. Aku dan Dijah “parking” di satu meja berhampiran bengkel. Kebetulan di situ ada ketua Dijah yang sedang relax juga. Nampak sangat bahagian FOH ni memang tersangatlah free. Untungnya! Pada saat itu dan waktu yang sama serta untuk pertama kalinya, aku berborak dengan senior ni. Boleh tahan juga ramah tamahnya. Aku sembang jela sebab aku ni pun boleh tahan juga ramahnya. Topik yang diketengahkan pun biasa-biasa je macam pasal study, produksi dan gurau-gurau kosong. Oleh sebab aku dah berborak dengan dia, aku save nama dia dalam otak aku. Kalau tak, jangan haraplah aku kenal siapa jejaka Kelantan yang berwajah manis tu.
 



Suasana dalam Dewan Resital agak bising walaupun jam dah menunjukkan pukul 12 a.m lebih. Ada yang berborak dan tak kurang juga berselfie. Kalau dah suka bergambar ni, memang tak kira tempat dan waktu dan selfie akan menjadi pilihan hati. Aku nampak abang Ikhwan dan Momoi bukan main sakan selfie. Dah macam-macam jenis pose aku tengok mereka buat.
“Sampai hati abang curang dengan saya.” Gurau aku pada abang Ikhwan setelah selesai berselfie dengan kawan-kawan aku yang lain.
“Eh, abang tak curang. Hanya Nina di hati abang.” Balas abang Ikhwan yang turut melayan gurau aku. Dengan gaya “kau selalu di hatiku”, dia tersengih-sengih. Geli hati aku bila tengok respons abg Ikhwan yang sememangnya sporting.
“Sudahlah, bang. Hati saya dah rabak. Sampai hati abang selfie dengan momoi.” Aku pun mula menambah perisa dalam drama “aku bukan untukmu, pergilah dikau” yang baru tercipta beberapa minit yang lalu.
“Hanya Nina di hati abg. Percayalah.”
Boleh tahan berdrama dia ni. Pada akhirnya, sama-sama menghambur ketawa. Alah, aku bukan apa. Sajalah nak bergurau dengan dia. Beranikan diri untuk tegur nanti dikatakan sombong pula. Padahal dah lama aku join produksi ni dengan mereka. Gurauan demi gurauan berlanjutan dari hari ke hari. Tagline yang selalu aku guna, “sudahlah, hati saya dah rabak” dan tagline dia “hanya Nina di hati abang”. Nasiblah dia ni jenis tak take serious sangat apa yang aku cakapkan tu. Biasalah, gurau kan.
Dari hari ke hari aku mula agak rapat dengan dia. Mahu taknya kalau dah jumpa tagline itulah yang akan dijual. Dah macam orang kecewa betullah pula. Disebabkan gurauan tu, mula jugalah rentetan yang seterusnya yang memang tak ada siapa sangka.

 


“Nina, kau tolong tanyakan senior kita. Bolehkah kita apply hostel dalam UMS dengan luar UMS serentak?” Soal Kastri bingung.
Dah banyak kali dia suruh aku tanya senior teater sama ada kami dibenarkan mohon 2 hostel pada masa yang sama. Bukan apa, risau kalau tak dapat hostel dalam kampus tapi sekurang-kurangnya dapat tinggal hostel di luar kawasan kampus. Aku nak beri jawapan pun tak yakin. Sebab masing-masing baru 1st time nak apply hostel. Memikir juga aku, kat siapa aku nak tanya? Lagipun, kami dah tak terlibat dengan produksi lagi. Sekarang minggu untuk final exam pula. Bukan aku tak ada friend di Facebook dengan senior-senior tu. Ada juga walaupun tak ramai. Masalahnya, senior-senior tu bukannya selalu online.
“Nantilah, aku tanyakan dorang kat fb.”
“Kau tanyalah Abe ka atau abang Zul. Kau friend juga kan dengan dorang di fb?”
Aku mengangguk tanda mengiakan.
“Tapi dorang jarang sangat online. Entah bila dorang akan tengok chat aku tu. Sudahlah, tarikh tutup permohonan tak lama lagi.”
“Itulah itu. Risau jugak aku.”
Risau tu memanglah risau. Masalahnya, dekat siapa aku nak mengajukan soalan yang berkaitan dengan kebahagiaan kami ni? Hampir saban hari aku online di Facebook dengan harapan bahawa senior-senior aku akan online. Tapi, hampa. Jadi aku ambil keputusan untuk hantar chat pada abang Ikhwan walaupun perasaan segan tu ada. Biasalah, bukannya aku rapat sangat dengan dia macam aku rapat dengan Abe dan abang Zul. Setakat bergurau kosong tu adalah sikit-sikit. Chat yang aku kirim, dibalasnya. Bermula dari chat pasal hostel, sampailah aku ajak dia keluar untuk tengok wayang di 1Borneo. Dah bosan aku menghadap nota sebenarnya.
Aku minta diri untuk pulang awal daripada abang angkat aku sebab aku dengan dia sama-sama study di library. Kalau bukan permintaan abang aku nak study di library, memang taklah aku nak jejak kaki di situ seorang diri. Selalunya kalau dah start final exam, abang angkat aku mesti akan ajak aku untuk study berjemaah dengan dia sejak aku semester satu lagi. Lagi pun, semester ni adalah semester terakhir dia di UMS. Jadi, permintaan dia aku ikut juga kerana abang angkat aku ni merangkap senior aku cuma kami lain kos dan fakulti.
Pukul 4 p.m menjadi pilihan hati untuk kami bertemu untuk kali pertamanya. Hampir pukul 4 p.m aku mula gerak keluar dan kebetulan terjumpa dengan abang Ikhwan di lampu isyarat berhadapan UMS. Padahal, bukan main lagi aku berjanji nak tunggu dia di area Baskin Robin di dalam 1B tu tapi terjumpa pula dengan dia di simpang lampu isyarat. Jadi, tak perlulah aku buang masa untuk tunggu dia di Baskin Robin tu. Dari petang sehinggalah malam pun mengetuk dada langit barulah kami balik. Itu pun belum puas lagi berjumpa kami berborak di Whatsapp.
Kalau dah nama suka bergurau tu, memang akan bergurau tak kisahlah tentang apa pun sampaikan tentang ajak couple pun aku boleh ajak bergurau. Abang Ikhwan ni pun melayan je kerjanya. Dari caranya, dia green light je dengan gurau aku yang entah apa-apa tu. Aku sebenarnya tak adalah ambil kisah sangat sebab kami cuma bergurau je dan masing-masing tak ada niat untuk couple dengan serius. Hati siapa tak berbunga riang kalau dah menggatal macam tu lepas tu dapat pula respons yang memberangsangkan lagi lah berbunga hati aku ni. Secara automatik bunga di hati aku ni bertukar jadi taman bunga. Gila dasyat!
Lepas dari hari kami jumpa tu, aku ingat dia pun dah lupalah segala gurau aku yang terhegeh-hegeh nak jadi special one dalam hidup dia. Tak sangka pula, dia boleh panggil aku “yunk” masa dia kirim mesej di Whatsapp. Rasa nak pitam aku dibuatnya gara-gara terkejut. Nasib aku masih sihat lagi masa baca mesej dia. Syukur.
Sebelum dia balik semenanjung adalah juga 2 kali aku keluar jumpa dengan dia bagi menghabiskan sisa waktu yang ada. Aku pula, dah habis exam tak dapat nak balik semenanjung lagi disebabkan beli tiket flight lambat. Hujung bulan 6 baru tarikh flight aku pulang ke semenanjung. Abang Ikhwan dah lama fly balik negeri dia tu. Sebenarnya aku tak berharap pun dengan abang Ikhwan tu sebabnya dulu tu aku cuma bergurau je dengan dia. Lagipun, aku dan dia bukan satu negeri pun di semenanjung tu. Dia di Pantai Timur, aku pula di bahagian utara semenanjung. Apa yang pasti aku cuma anggap hubungan kami sekadar gurauan semata-mata dan takkan ada yang serius.
Walaupun kami dah tak dapat jumpa, Whatsapp tu semestinya menjadi penghubung antara kami walaupun bukan tiap hari. Aku dial nombornya kerana dah rasa bosanlah pula asyik menaip je. Nak juga berborak. Panggilan aku di sambut. Tak ada apa sangat yang dibualkan melainkan berbual kosong dan diselang seli dengan gelak ketawa.
 “Nina ,I love you....I love you so much...Kito saye demo... Saranghaeyo...Wo i ni...Saya cintakan awak...I miss you...”
Terkedu aku dibuatnya bila dia luahkan perasaan macam tu. Tapi aku cuba cool kan diri. Kalau dia tengok muka aku waktu ni mesti dia ketawa. Mahu taknya, kalau aku dah rasa muka aku ni dah tak ada darah lagi yang mengalir. Pucat! Berani betul dia ni main-main feeling love pula dengan aku. Aku pula tak ada kekuatan nak membalas. Bukan apa, kalau perasaan tu aku tak rasa kat hati ni susah sikit aku nak luahkan. Makin aku tak peduli, makin sakan dia confess. Malu aku rasa! Dia ni tak ada malu ke cakap aku macam tu? Ke sweet talker ni? Risau pula aku rasa. Aku malas nak terbuai-buai sangat. Karang kalau jatuh, sakit rasanya oit!
 



                Dia tak pernah henti menyakinkan aku bahawa sememangnya yang dia telah pun jatuh cinta pada aku. Aku pula tak sangka semudah tu dia boleh cintakan aku. Sedangkan kami couple ni pun tak dirancang. Bukannya ada niat kat hati nak declare ke apa. Cuma hanya dengan gurauan je aku couple main-main dengan dia. Akhirnya dia yang terlajak sukakan aku. Berkali-kali dia raih kepercayaan aku supaya aku percaya yang memang dia sukakan aku dan inginkan hubungan yang lebih serius.
                Memang awalnya aku kurang yakin dengan apa yang Ikhwan ucapkan pada aku. Tapi, aku cuba dapatkan kepercayaan tu dengan berdoa pada Tuhan supaya tunjukkan jalan yang benar jika dia memang ikhlas dengan aku. Makin lama, aku pula makin sayang padanya. Tapi satu jela masalahnya, kami jauh! Nak jumpa bukan main susah lagi. Alahai, dah kenapalah kita ni tak tinggal sekampung ke setaman ke? Kalau tak, dapat jugalah aku keluar dating dengan dia.
                Hari konvokesyen jela aku dapat jumpa dia. Itupun jumpa di Sabah dan mungkin tak lama. Masa yang kami tunggu akhirnya tiba. Gembira tu tak payahlah cakap macam mana. Nak je aku buat pengumuman yang buah hati aku selama 5 bulan tak jumpa datang ke Sabah. Dek kerana waras, aku tak buat lagilah kerja gila tu.
                Selama sepanjang 10 hari dia di Sabah, kami keluar bersama walaupun tak selalu kerana aku busy dengan projek wartawan aku. Jadi, bila ada masa yang terluang aku akan dating dengan buah hati merangkap senior aku suatu ketika dulu. Tapi, itu dulu sekarang dah jadi orang yang paling aku sayang. Kalau dulu, aku langsung tak kenal dia. Jangan kata namanya, bayang-bayang dia pun aku tak kenal dan tak hairan langsung pun kalau dia mundar mandir depan aku.
                Demi nak nak menunjukkan bahawa dia serius dengan aku, aku di bawa jumpa mak dan ayah dia. Okeylah tu kan kalau aku nak buat dia calon suami sebab dia dah tunjukkan tanda-tanda yang dia memang serius dengan aku. Semakin hari semakin dekat dia nak pulang ke bumi semenanjung. Sedih betul aku dibuatnya. Macam-macam aku fikir macam mana kalau aku tak dapat jumpa dia lagi dan macam mana aku nak teruskan hari-aku lepas ni bila dia dah tak ada depan mata aku. Argh! Berat nanang!
                Sebelum dia pulang ke Kelantan esok pagi dan tinggalkan aku di Sabah, aku overnight dengan dia. Konon nak luangkan masa untuk kali terakhir. Dalam melayan perasaan masing-masing menanti siang menjelma, dia memegang tangan aku. Terkejut aku. Nasiblah aku tak tertumbuk muka dia ke apa. Karang tak pasal-pasal ada yang lebam di muka bila balik semenanjung. Tangan aku digenggam erat seperti seerat kening aku yang hampir bertaut. Dah kenapa pula ni? Janganlah buang tabiat pula pagi-pagi macam ni.
                “Abang sayang Nina sangat-sangat. Tak ada perempuan lain yang abang sayang macam mana abang sayang Nina. Abang nak minta maaf sebab abang terlanjur mencintai Nina. Tolong jangan tinggalkan abang.”
                Pang! Rasa macam satu panah masuk tepat kena kat hati aku. Sentap aku bila dengar dia luah perasaan macam tu. Menusuk kalbu yang paling dalam tu. Hampir je air mata aku nak menitis. Oleh sebab aku masih gentlewoman, aku tahan juga.
                “Nina pun sayangkan abang. Terima kasih sebab sudi sayangkan Nina. Nina tak pandai nak confess face to face macam ni. Tapi, Nina nak abang tahu hanya abang yang Nina sayang. Tak ada orang lain. In Shaa Allah.”
                “Terima kasih yunk sebab sudi terima abang. Abang janji akan selalu bahagiakan Nina.”Luahnya.
Mata dia tidak lari daripada terus menatap mata aku. Aku pula yang gelisah. Tinggal berapa jam lagi dia akan tinggalkan aku. Kemudian, dia menghantar aku pulang ke hostel. Di dalam kereta, aku nampak wajah sugulnya tanda tidak merelakan perpisahan antara kami. Tapi aku cuba kuat. Sebelum aku langkah keluar, sempat lagi aku berpesan.
“Jaga hati abang untuk Nina.” Hidung mancungnya aku cuit. Ikhwan mengangguk.
“Abang janji akan jaga hati abang hanya untuk Nina.”

Aku senyum. Kaki kiri aku mula melangkah keluar dari kereta. Aku terus melangkah tanpa memandang dia kerana aku tak sanggup untuk melihat dia pergi dan aku tak tahu bila lagi wajah itu dapat aku pandang. Aku mengheret langkah aku menaiki tangga satu persatu dan dalam genggaman aku ada hadiah teddy bear pemberiannya dan tanpa aku sedar setitis air mata mengalir di pipi. I will love and miss you, yayang... That’s my promise.

Sabtu, 7 Februari 2015

Jodoh Baik Itu Akan Bersama Orang yang Baik

   "Jodoh yang baik tetap untuk yang baik walaupun sama-sama pernah jahat"



   Allah telah pun menjanjikan kepada hamba-Nya bahawa siapa yang baik akan mendapat pasangan yang baik dan begitu juga dengan sebaliknya. Tak kisahlah selama nih dia pernah buat jahat sekalipun. Kalau orang tuh dah insaf daripada melakukan dosa, dia layak untuk mendapat jodoh yang selayak dengannya. Allah itu Maha Adil dan Penyayang.

   Jika kita mahukan jodohkan yang baik, ubahlah dahulu sikap kita supaya kelak nanti diberikan orang yang baik untuk kita. Kerana Allah itu adil dia akan memberikan pasangan yang selayaknya untuk kita. Jangan risau jika pada hari pada masa lalu kita sangat nakal tapi jika pada hari ini kita telah pun taubat, In Shaa Allah jodoh yang baik itu pasti ada untuk kita. Berdoalah... Memohon pada yang Maha Esa.

   Setiap manusia ada kisah hidupnya yang tersendiri tapi jika dia dah berubah dia layak untuk didampingi oleh manusia-manusia yang baik dan mendapat balasan yang baik. Sejahat manapun manusia, jika hidayah Allah datang mengetuk pintu hatinya maka dia lebih baik daripada kita yang tidak pernah berusaha untuk berubah.

   Jangan pandang seseorang itu pada masa silamnya kerana sesiapa sahaja boleh berubah. Jangan menghukum mereka yang melakukan khilaf pada ketika dahulu dengan mengatakan mereka tidak layak mendapat pasangan yang baik kerana perancangan Allah kita tak tahu. Jika pasangan itu mempunyai kisah silam yang teruk, tapi dengan kehendak Allah mereka bahagia sehingga ke Jannah. Siapa sangka?

   Sebagai manusia biasa, kita takkan pernah terlepas daripada buat kesilapan right? Jangan rasa sedih memikirkan mungkin jodoh itu nanti mungkin bukan yang baik-baik kerana semuanya bergantung kepada kita. In Shaa Allah, jodoh itu adalah sebaik-baik hadiah yang Allah kirimkan untuk kita. Wallahualam

Jumaat, 6 Februari 2015

Cara Mengawal Marah

   "Jika marahkan seseorang jangan biarkan rasa marah itu melebihi perasaan sayang"




   Macam mana cara kita nak kawal marah supaya perasaan amarah itu tak berpanjangan? Salah satu caranya cuba uols amek space untuk tenangkan hati yang tengah bergelodak macam tsunami tuh. Bukan apa, actually untuk elak kita mengeluarkan kata-kata kesat yang boleh menyebabkan orang lain rasa sakit hati dan sesebuah perhubungan tuh hancur. Ambil lahh sikit space supaya hati kita dapat back to normal.

   Cara yang kedua, cuba jangan hiraukan perasaan marah uols tuh. That's mean, uols dengarlah lagu favourite uols or watching movie or apa jela yang boleh buatkan uols lupa pasal perasaan marah uols yang bersarang kat dalam hati tuh. Kalau uols tetap melayan perasaan marah tuh, alamatnya ada yang akan berperang besar even masalah tuh cuma kecik.

   Then, uols boleh jugak lupakan perasaan marah uols dengan watching something yang boleh make you laugh. Macam funny video ke kan. Kat youtube banyak je funny video tuh. Uols boleh lahh download then simpan dalam handphone uols. Mana tahu masa uols tengah marah uols dapatlah hilangkan sikit perasaan marah tuh dengan watching that video kan? (tapi kalau dah tengok video yang sama banyak kali pun bosan jugakkan! Hahaha)

   And the last step yang uols boleh buat adalah dengan tak menghiraukan sekejap orang yang buat uols marah tuh. Tinggalkan handphone uols tuh dan pergilah spend time with family uols or kengkawan uols kan. Memanglah bila kita time marah kita nak si dia pujuk kita balik. But, ignore kan dia kejap supaya uols boleh cool balik then uols contact lahh dengan dia balik.

   Bukan senang nak kawal marah nih. So that, uols mesti bertindak untuk cool kan diri uols terlebih dahulu supaya uols dapat berfikir secara matang. Waktu kita marah nih, apa pun boleh jadik. So, try to avoid jadik pergaduhan yang besar dan berlarutan.

Khamis, 5 Februari 2015

Hargailah Dia Untuk Sesaat

   "You only know love when you let her/his go"

   Hadirnya seseorang itu dalam hidup kita sebenarnya mempunyai impak. Tak kisahlah kesannya kecil or besar sekalipun. Memang sudah menjadi sifat manusia kalau dah kehilangan baru nak menghargai. Barulah rasa nak mencintai and then menyesal. But, apa yang kau dapat? Sebab hati dia kau dah lukai dan sebab tuh lahh dia tinggalkan kau. So, puaslah kan?

   Sometimes, seseorang tuh datang dalam hidup kita sekejap je. Kadang-kadang kita tak tak tahu pun yang kita akan kehilangan dia. So that, kita buat tak layan dia. Bila rasa dia tuh annoying, kita langsung tak peduli kat dia. Bila dia bebel kat kita, kita marah dia balik. Sedangkan bebelan dia tuh bersebab dan untuk kebaikan kita jugak. Lepas dia dah pergi, masa tuh lahh baru kita nak terhegeh-hegeh. Still bermakna lagikah buad dia?


   Manusia ni ada batas sabarnya jika dia langsung tak dihargai. Apa kau ingat dia tak ada perasaan ke kau nak mainkan hati dia suka hati kau? Kalau kau bosan, baru kau cari dia? Kalau kau dah menyampah dengan dia, kau biarkan dia sengsorang? Don't be cruel okey sebab bila hati dia dah berpaling dari kau jangan pula kau cari dia pulak.

   Tak kisahlah siapa "dia" yang datang dalam hidup uols. But, you must appreciate them and you must do that! Tanpa penghargaan daripada seseorang, siapalah manusia tuh? Manusia ni perlukan penghargaan dalam hidupnya even dia tak mintak balasan wang berjuta ringgit. Cukup dengan menghargai apa yang dia buat dah cukup buat dia bahagia dan rasa dihargai.

   Jangan sampai "nasi jadi bubur" sebab kalau time tuh uols menyesal macam mana pun semuanya takkan sama macam dulu lagi. Sebab apa? Sebabnya hati yang ditoreh berkali-kali pasti meninggalkan parut yang dalam dan banyak. Sedangkan luka di kulit yang kita nampak pun take time nak sembuh apatah lagi luka di hati yang kita tak nampak.