Halaman

Ahad, 10 Mei 2015

Permudahkan Jalanku Ya Allah

   Terkadang terasa serba salah itu menguasai diri meskipun aku tahu aku masih tanggungjawabnya. Tapi, aku merasakan aku adalah beban yang harus ditanggung oleh lelaki tua itu.Huh... Maafkan diri ini. Aku cuba untuk tidak menyusahkannya tapi aku gagal. Aku masih perlukan sokongan daripadanya. Sekali lagi, maafkan aku...

   Bebanan taraf hidup yang kian meningkat buatkan aku sedikit gelisah. Aku tidak mahu susahkan orang-orang yang aku sayang. Kerana aku, mereka tepaksa menghulurkan wang bagi menyara makan dan minumku yang jauh di perantauan ini. Aku masih belajar... Hanya itu alasanku

   Aku cuba untuk berjimat cermat dalam membelanjakan segalanya kerana aku tahu keluargaku bukanlah berlatar belakang orang kaya. Walaupun begitu, makan, minum dan pakaian kami mencukupi meskipun terkadang dihimpit ujian.

   Rabbi, terasa jalan ini semakin sukar untukku. Kau permudahkanlah jalan yang telah Kau tetapkan untukku agar aku kelak tidak selamanya aku terus menerus menyusahkan orang yang aku sayang. Aku mahu mereka berbangga suatu hari nanti dengan kejayaan aku setelah mereka bersusah payah demi aku. Aku mahu membalas jasa mereka. Aku sayang mereka!


   Tapi, ya Tuhanku... Aku tidak mahu mereka terlibat dalam segala masalah yang sedangku hadapi meskipun hanya sebesar zarah. Aku mahu mereka tahu aku dalam keadaan yang baik-baik sahaja walaupun pada ketika ini aku hampir tersungkur. Aku harus membohongi orang-orang yang aku sayang kerana aku tidak mahu mereka khuatir. Aku cuba untuk kuat ketika lemah. Aku cuba untuk terus berdiri walaupun kaki goyah. Aku harus melindungi kebenaran dalam kebohongan. Aku harus berpura-pura dalam kenyataan. Aku harus....Ya, aku harus...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan