Susah untuk mengawal perasaan apabila bekas kekasih hati muncul dan kemudian cuba untuk meraih perhatian kita kembali. Lagi berat bila kita telah pun mempunyai yang lain. Kadangkala tuh kita tak mampu nak kawal perasaan apatah lagi bekas kekasih kita tuh cuba flashback segala moment kita dengan dia dahulu.
Kalau bekas kekasih kita muncul lagi itu bermakna dia masih lagi berharap kepada kita dan dapat membina kembali hubungan yang sekian lama terputus. Dia takkan give up even kita dah ada boyfriend or girlfriend. Apa yang patut kita buat adalah dengan tak layan je nonsense dia tuh.
Selalunya ex kita yang dulu tuh memang akan flashback segala moment yang sweet antara kita da dia dan menyatakan bahawa dia menyesal kerana dia tak menghargai kita sehinggakan kita terluka. But, kita kena ingat kalau kita dah ada yang lain tolong jangan tinggalkan si dia kerana ex kita tuh belum tentu akan hargai kita dan dia mungkin akan lukakan kita lagi.Banyak kemungkinan dia nak get back balik dengan kita.
Just appreciate si dia yang ada dengan kita. Takkan lah kita nak tinggalkan si dia yang dah bersama dengan kita dan menyayangi kita demi ex-boyfriend/girlfriend kita yang pernah menyakiti kita suatu ketika dahulu. Apakah semua itu berbaloi untuk kita? Adakah itu jalan terbaik dengan menyakiti orang lain demi kebahagian kita? Tidakkah itu dinamakan mengkhianati? Just think about that...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan