Halaman

Jumaat, 20 Mac 2015

Diari Semalam

" Abang ingat tak masa kita kat rumah mami hari tu?" Soal aku.
"Abang ingat. Semua abang ingat."
"Pasal buat nasi goreng.. Pasal monyet..." Sambungku.
Dia dah menghambur ketawa. Aku pun tak ketinggalan juga dalam menyumbangkan suara aku. Berair mata aku menahan geli hati yang menggila.
"Yang tak boleh blah bila Nina tanya kenapa telur goreng tu tak kembang. Dah minyak tak panas lagi!" Sambungnya.
Aku kembali ketawa. Seriously dia masih ingat sedangkan aku sendiri dah lupa.
"Paling kelakar bila ada orang tuh dah berlipat-lipat bajunya macam zaman 60-an pula." 
"Baju tu besarlah..." Balasnya diselang seli dengan ketawa.
Ketawa dan ketawa dan terus ketawa, Memang itu sudah menjadi sebahagian daripada hubungan ini.

Setiap coretan kisah pasti akan disemat rapi dalam lipatan memori tanpa dilupakan walau sedetik. Kerana apa? Kerana pertemuan yang tidak sekerap mungkin membuatkan aku dan dia dapat mengingati setiap detik yang berjalan meniti melewati titik hubungan itu.

"Abang ingat lagi masa kita masih di Dewan Resital waktu tu kita siapkan FOH. Nina ngorat abang." Dia ketawa.
"Masa bila pula Nina ngorat abang?"
"Ada... Nina tuduh abang ambil gunting. Padahal abang tak ambil pun. Nak ngorat kitalah tuh." Dia berhujah dengan yakin. Aku ketawa.
"Suka hati je. Padahal dia yang ambil gunting. Orang nak buat kerja pun susah. Asyik hilang je gunting tu." Aku membela diri. Dia ketawa nakal.

Lagi dan lagi... Memoir itu berputar ligat dalam cakera fikiran dan terlayar di minda satu persatu. Indahnya pertemuan itu Tuhan... Andainya ia dapat diulang semula, ingin sekali aku menghargai setiap waktu yang terluang. Pasti!

"Abang suka buli Nina." Sela aku.
"Masa bila abang buli Nina?"
"Masa kat airport. Suka cepuk kepala Nina."
"Eh.. Tak ada okey. Abang budak baiklah." Jawabnya poyo.
"Budak baiklah sangat. Padahal, banyak kali Nina kena buli hari tuh."
Dia ketawa kuat.
"Ahh !Abang rindulah. Puas hati betul hari tuh dapat tarik hidung Nina, dapat buli Nina." Jawabnya bangga.

Kerana nakalnya aku bahagia... Kerana nakalnya hidup aku bermakna dalam setiap coretan hidup sehelai demi sehelai. Pertemuan itu... Senyuman bahagia itu... Aku pasti takkan lupa kerana itulah yang terindah kerana saat berada di kejauhan ini hanya kenangan semalam menjadi santapan diri tatkala rindu itu mengetuk jendela hati. Berjanjilah wahai sang pemilik hati bahawa engkau akan terus menceriakan diari kanvas kehidupan ini sehingga takdir itu memisahkan kita dan dipertemukan kelak sebagai jodoh untuk selama-lamanya di dunia sana kelak...

Dan coretan ini tercipta demi mengabadikan kisah kita yang takkan pernah hilang selagi ia menjadi hidangan mata yang meniti tulisan itu satu persatu dan menjadi ingatan mereka meskipun kelak aku sudah tiada...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan