Halaman

Sabtu, 7 Februari 2015

Jodoh Baik Itu Akan Bersama Orang yang Baik

   "Jodoh yang baik tetap untuk yang baik walaupun sama-sama pernah jahat"



   Allah telah pun menjanjikan kepada hamba-Nya bahawa siapa yang baik akan mendapat pasangan yang baik dan begitu juga dengan sebaliknya. Tak kisahlah selama nih dia pernah buat jahat sekalipun. Kalau orang tuh dah insaf daripada melakukan dosa, dia layak untuk mendapat jodoh yang selayak dengannya. Allah itu Maha Adil dan Penyayang.

   Jika kita mahukan jodohkan yang baik, ubahlah dahulu sikap kita supaya kelak nanti diberikan orang yang baik untuk kita. Kerana Allah itu adil dia akan memberikan pasangan yang selayaknya untuk kita. Jangan risau jika pada hari pada masa lalu kita sangat nakal tapi jika pada hari ini kita telah pun taubat, In Shaa Allah jodoh yang baik itu pasti ada untuk kita. Berdoalah... Memohon pada yang Maha Esa.

   Setiap manusia ada kisah hidupnya yang tersendiri tapi jika dia dah berubah dia layak untuk didampingi oleh manusia-manusia yang baik dan mendapat balasan yang baik. Sejahat manapun manusia, jika hidayah Allah datang mengetuk pintu hatinya maka dia lebih baik daripada kita yang tidak pernah berusaha untuk berubah.

   Jangan pandang seseorang itu pada masa silamnya kerana sesiapa sahaja boleh berubah. Jangan menghukum mereka yang melakukan khilaf pada ketika dahulu dengan mengatakan mereka tidak layak mendapat pasangan yang baik kerana perancangan Allah kita tak tahu. Jika pasangan itu mempunyai kisah silam yang teruk, tapi dengan kehendak Allah mereka bahagia sehingga ke Jannah. Siapa sangka?

   Sebagai manusia biasa, kita takkan pernah terlepas daripada buat kesilapan right? Jangan rasa sedih memikirkan mungkin jodoh itu nanti mungkin bukan yang baik-baik kerana semuanya bergantung kepada kita. In Shaa Allah, jodoh itu adalah sebaik-baik hadiah yang Allah kirimkan untuk kita. Wallahualam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan