Halaman

Khamis, 21 Mei 2015

Aku Adalah Aku

   Aku tidak pandai mengungkapkan kata-kata dengan lancang searus dengan rasa hati aku. Aku tidak pandai untuk memuntahkan kata-kata kejian dalam sehari-hari daripada kata-kataku kerana aku diajar untuk bertoleransi dengan berhemah dan sabar

   Aku juga diajar untuk mengawal segala perilaku yang mampu mengundang ketidakselesaan kepada orang-orang sekelilingku. Setiap kali aku terlajak mengungkapkan kata yang mampu mengguris perasaan orang, aku akan ditegur supaya tidak mengulangi walaupun aku tidak sengaja

   Aku cuma insan biasa yang terkadang terbabas melakukan khilaf. Tapi aku cuba untuk memperbaikinya satu persatu. Aku ingin menjadi insan yang bersederhana dalam segalanya dan cuma bergantung kepada Tuhanku iaitu Allah...

   Aku tidak memerlukan penghakiman daripada manusia kerana aku tahu tidak semua di antara mereka menyukaiku. Cukup penghakiman daripada Tuhanku kerana cuma Dia yang layak menilai tentang aku kerana sesungguhnya dari Dia aku datang dan dari Dia aku kembali..

   Tegurlah aku dan nasihatilah aku jika aku mulai terleka dan lalai dengan nikmat dunia. Bukan menggunakan kekerasan bahasa sewaktu ingin mengubahku kerana aku juga insan sepertimu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan