Halaman

Ahad, 29 Mac 2015

Dekatkan Aku denganMu, Rabbi

Rabbi...
Kau kuatkanlah semangat aku
Berkati kehidupan ini
Permudahkan segala urusanku
Hanya padaMu aku berserah...

Rabbi...
Jadikan sakit ini sebagai penghapus dosa-dosa khilafku
Ampuni hambaMu yang hina ini
Jadikan aku insan yang kuat
Kuat dalam menempuh dugaan dunia yang kian penghujung
Bantu aku Tuhanku...

Rabbi...
Limpahkan kasih sayangMu padaku
Luaskan kemaafanMu untukku
Berikanlah aku petunjuk agar aku tetap berada di landasan sebenar
Pimpinlah aku
Tegurlah aku jika aku mulai lalai

Rabbi...
Ternyata langkah kaki ini mulai rapuh
Peluklah aku dengan kasih sayangMu
Agar aku dapat merasa aku masih diperlukan
Agar aku terus cekal dan tabah
Agar aku boleh melakukan yang terbaik
Sehingga akhir nafas ini...

Rabbi
Aku bersyukur Kau telah menghadirkan insan yang bermakna dalam hidupku
Kau panjangkanlah usia mereka
Panjangkan juga usiaku agar aku dapat membahagiakan mereka
Berkatilah mereka
Peliharalah mereka
Kerana aku sayang mereka sesungguhnya...

Redup Kasih Ayah


Melihat wajah tua yang penuh dengan kedutan yang jelas di wajahnya mampu membuat hati ini disapa perasaan sayu.
Setiap butiran kata-kata yang keluar dari bibirnya aku dengar dengan teliti.
Harapannya cuma satu, ingin melihat aku berjaya meskipun dia dalam kesusahan kerana akulah satu-satunya impian.
Maafkan aku ayah kerana telah menyusahkan ayah sepanjang hayat ini...
Hampir saban tika, dia menyebut-nyebut akan kejayaan aku kelak
Harapannya setinggi langit ketujuh
Ya...
Cuma aku yang mampu membahagiakannya di saat hari tuanya ini
Keluh kesah yang dimuntahkan terkadang membuatkan aku hampir menitis air mata
Aku kenal lelaki tua itu
Lelaki tua itu seorang ayah yang tegar dalam menempuh pancaroba hidup
Lelaki tua yang mengajar aku erti kesabaran
Lelaki tua yang mengajar aku erti kesusahan
Lelaki tua itu selalu memberi kata semangat saat aku hampir goyah
Kerananya aku bangkit meski kaki terasa lemah
Lelaki tua itu sanggup bersusah payah demi aku
Demi aku anak tunggal perempuannya dan harapan tunggalnya
Sekali lagi,,,
Maafkan aku ayah kerana menyusahkan ayah
Ampuni diri ini...
Aku berjanji
Aku akan menunaikan segala permintaan ayah meski sesulit apa pun itu
Aku akan bahagiakan ayah
Aku akan berikan kesenangan kepada ayah kelak
Aku akan balas jasa ayah
Pintalah apa pun
Pasti aku cuba untuk tunaikan meskipun nyawa jadi galang gantinya
Terima kasih ayah..

Sabtu, 21 Mac 2015

Ramainya Dah Bertunang & Kahwin !

   Asal cuti sekolah je, mesti banyak majlis pertunangan dan perkahwinan. Kita yang belum lagi bertunang or berkahwin terasa kecemburuan di situ. Huwaaa !Nak jugak! Asal buka je fb ke ig or wechat adalah yang dok mengepost gambar bertunang dorang or gambar dorang akad nikah ke wedding ke. Mak jeles! Okey, mak admit. Huh...

   Gilalah kalau tak rasa cemburu bila tengok ramai dah kengkawan yang dah bertunang tak kurang yang dah jadik isteri orang. Huntungnya korang! Kawan korang yang kat sini masih lagi terkial-kial belajar demi mencapai cita-cita dan menggalas amanah keluarga. Mungkin belum tiba masanya lagi. Sob! Sob!

   Tapi kalau ikut hati, nak je bertunang sekarang. Sekarang okey sekarang! Bukan esok ke apa ke. Nampak tak gelojohnya kat situ? Haha! Tapi, sabar jelah. Kalau umur panjang, ada rezeki in shaa Allah dapat juga merasa moment macam tuh. Urm~ Awak... cepat-cepatlah masuk meminang saya eh. Saya tunggu.. Bapak kita dah tak sabar sangat nak awak jadi menantu lelaki tunggal dia tuh (kedip-kedip mata).

   Sabar hati oit! Kepada yang dah bertunang dan dah berkahwin tuh, Chiq Neyna ucapkan tahniah kerana pada usia yang muda neh korang dah pun bertemu jodoh. Beruntung sangat tau! Sebabnya korang dah ada someone yang akan always ada dengan korang dan membina keluarga sendiri. Semoga hubungan korang akan diberkati dan kekal hingga ke jannah. In shaa allah...

Jumaat, 20 Mac 2015

Diari Semalam

" Abang ingat tak masa kita kat rumah mami hari tu?" Soal aku.
"Abang ingat. Semua abang ingat."
"Pasal buat nasi goreng.. Pasal monyet..." Sambungku.
Dia dah menghambur ketawa. Aku pun tak ketinggalan juga dalam menyumbangkan suara aku. Berair mata aku menahan geli hati yang menggila.
"Yang tak boleh blah bila Nina tanya kenapa telur goreng tu tak kembang. Dah minyak tak panas lagi!" Sambungnya.
Aku kembali ketawa. Seriously dia masih ingat sedangkan aku sendiri dah lupa.
"Paling kelakar bila ada orang tuh dah berlipat-lipat bajunya macam zaman 60-an pula." 
"Baju tu besarlah..." Balasnya diselang seli dengan ketawa.
Ketawa dan ketawa dan terus ketawa, Memang itu sudah menjadi sebahagian daripada hubungan ini.

Setiap coretan kisah pasti akan disemat rapi dalam lipatan memori tanpa dilupakan walau sedetik. Kerana apa? Kerana pertemuan yang tidak sekerap mungkin membuatkan aku dan dia dapat mengingati setiap detik yang berjalan meniti melewati titik hubungan itu.

"Abang ingat lagi masa kita masih di Dewan Resital waktu tu kita siapkan FOH. Nina ngorat abang." Dia ketawa.
"Masa bila pula Nina ngorat abang?"
"Ada... Nina tuduh abang ambil gunting. Padahal abang tak ambil pun. Nak ngorat kitalah tuh." Dia berhujah dengan yakin. Aku ketawa.
"Suka hati je. Padahal dia yang ambil gunting. Orang nak buat kerja pun susah. Asyik hilang je gunting tu." Aku membela diri. Dia ketawa nakal.

Lagi dan lagi... Memoir itu berputar ligat dalam cakera fikiran dan terlayar di minda satu persatu. Indahnya pertemuan itu Tuhan... Andainya ia dapat diulang semula, ingin sekali aku menghargai setiap waktu yang terluang. Pasti!

"Abang suka buli Nina." Sela aku.
"Masa bila abang buli Nina?"
"Masa kat airport. Suka cepuk kepala Nina."
"Eh.. Tak ada okey. Abang budak baiklah." Jawabnya poyo.
"Budak baiklah sangat. Padahal, banyak kali Nina kena buli hari tuh."
Dia ketawa kuat.
"Ahh !Abang rindulah. Puas hati betul hari tuh dapat tarik hidung Nina, dapat buli Nina." Jawabnya bangga.

Kerana nakalnya aku bahagia... Kerana nakalnya hidup aku bermakna dalam setiap coretan hidup sehelai demi sehelai. Pertemuan itu... Senyuman bahagia itu... Aku pasti takkan lupa kerana itulah yang terindah kerana saat berada di kejauhan ini hanya kenangan semalam menjadi santapan diri tatkala rindu itu mengetuk jendela hati. Berjanjilah wahai sang pemilik hati bahawa engkau akan terus menceriakan diari kanvas kehidupan ini sehingga takdir itu memisahkan kita dan dipertemukan kelak sebagai jodoh untuk selama-lamanya di dunia sana kelak...

Dan coretan ini tercipta demi mengabadikan kisah kita yang takkan pernah hilang selagi ia menjadi hidangan mata yang meniti tulisan itu satu persatu dan menjadi ingatan mereka meskipun kelak aku sudah tiada...

Rabu, 18 Mac 2015

Aku dan Cintaku

Aku... dan pekat malam tidak pernah terpisah. 
Terduduk menadah tangan di atas sejadah cinta dengan sejuta harapan agar aku dipertemukan dengan yang teristimewa. 
Terima kasih Tuhanku kerana mengurniakan aku insan yang penuh rasa kecintaannya padaku...
Wahai yang menyentuh hatiku, aku bersyukur kerana kehadiranmu memberi aku sejuta warna-warna pelangi dan selautan kasihmu untukku. 
Engkau memberiku perasaan yang mendamaikan tatkala engkau dan aku melayari bahtera cinta di samudera. 
Janganlah engkau khuatir... 
seperti selalu...
di kejauhan ini...
rindu ini akan selalu bertamu buatmu...

Selasa, 17 Mac 2015

Apabila Bekas Kekasih Muncul

   Susah untuk mengawal perasaan apabila bekas kekasih hati muncul dan kemudian cuba untuk meraih perhatian kita kembali. Lagi berat bila kita telah pun mempunyai yang lain. Kadangkala tuh kita tak mampu nak kawal perasaan apatah lagi bekas kekasih kita tuh cuba flashback segala moment kita dengan dia dahulu.

   Kalau bekas kekasih kita muncul lagi itu bermakna dia masih lagi  berharap kepada kita dan dapat membina kembali hubungan yang sekian lama terputus. Dia takkan give up even kita dah ada boyfriend or girlfriend. Apa yang patut kita buat adalah dengan tak layan je nonsense dia tuh.

   Selalunya ex kita yang dulu tuh memang akan flashback segala moment yang sweet antara kita da dia dan menyatakan bahawa dia menyesal kerana dia tak menghargai kita sehinggakan kita terluka. But, kita kena ingat kalau kita dah ada yang lain tolong jangan tinggalkan si dia kerana ex kita tuh belum tentu akan hargai kita dan dia mungkin akan lukakan kita lagi.Banyak kemungkinan dia nak get back balik dengan kita.

   Just appreciate si dia yang ada dengan kita. Takkan lah kita nak tinggalkan si dia yang dah bersama dengan kita dan menyayangi kita demi ex-boyfriend/girlfriend kita yang pernah menyakiti kita suatu ketika dahulu. Apakah semua itu berbaloi untuk kita? Adakah itu jalan terbaik dengan menyakiti orang lain demi kebahagian kita? Tidakkah itu dinamakan mengkhianati? Just think about that...


Khamis, 5 Mac 2015

Kenapa Perlu Serius Ketika Bercinta

   Bercinta tuh semua orang cakap mudah. Carilah sesiapa yang disukai kemudian bercintalah! Tak susah pun kan? But kau dah fikir ke sampai bila kau nak macam tuh? Sampai kau dah kerepot baru kau mula nak start bercinta dengan serius? Come on lahh .Kalau umur kau dah 20 ke atas, kau sepatutnya berfikiran matang dan fikirkan masa depan kau dengan seseorang yang bakal kau habiskan sisa hidup bersama.

   "Relexlah", "chill lahh... Umur masih muda", "enjoy dulu"... Itulah ayat yang selalu kau guna bila kau belum lagi fikir pasal kahwin. Cuba kau fikir sejenak. Kau main-mainkan perasaan orang tuh kau ingat seronok ke? Kau dah kenal dia bertahun-tahun then kau clash macam tuh je. Kau tak rasa rugi ke sebab kau dah habiskan banyak masa dengan orang tuh then kau cari yang baru dan kau start kenal-kenal dia pula.

   Kau cakap, "nak buat macam mana tak ada jodoh", "dia tak ngamlah"... Sampai bila kau nak terus macam tu? Bertukar pasangan bersilih ganti sedangkan umur kau makin meningkat? Be matured lah sahabat. Jangan kau habiskan masa kau dengan hobi kau yang terlebih suka berkenalan dengan gadis-gadis atau jejaka-jejaka di luar sana. Bila umur kau dah mencecah 20 tahun kau sepatutnya sudah ada wawasan dalam hidup kau. Bukan buat sesuatu yang tak mendatangkan manfaat dan faedah untuk kau. Let's think about that...