Halaman

Rabu, 6 November 2013

Cerpen Andainya Kau Tahu

 
 Matanya tertancap pada sekeping gambar yang memberikannya seribu satu jenis kenangan .Setitis air matanya menuruni curam wajahnya .Di kesat air mata itu .Walaupun begitu ,air matanya masih tetap tidak mahu berhenti mengalir .Air mata tersebut terus menerus membasahi pipinya .Kebelakangan ini ,air matanya begitu mudah mengalir tanpa dipinta .Maafkan aku Mia .Aku terlalu sayangkan kau .Aku sangat menyayangi dirimu .Aku harap kau mampu memaafkan diri ini .
   Perlahan-lahan dia Zikri meletakkan gambar Mia yang sedang tersenyum riang di sisinya .Dia cuba memejamkan matanya serapat yang mungkin .Acap kali dia berbuat demikian ,wajah comel Mia akan terbayang difikirannya .Lantas dia membuka kembali kelopak matanya .Aku rindu kau !Sungguh aku benar-benar maksudkannya !Fahamilah aku,Mia...Aku tahu aku bersalah dan aku menyesal kerana telah menyakiti hatimu .
   Satu demi satu kenangan manis antara mereka mengimbau rasa .Masih kekal lagi diingatannya sewaktu Mia menangis dihadapannya kerana ego lelakinya yang setinggi gunung Everest .Dia telah memutuskan persahabatannya dengan Mia kerana cemburu !Ya ,cemburu yang tak pernah diungkapkan rasanya kepada gadis itu .Zikri mencintai gadis itu sepenuh hati .Tapi ,rasa cinta itu disemat rapi di dalam hatinya .Kerana perasaan itulah dia telah meninggalkan Mia tanpa alasan yang Mia sendiri tidak mengerti .
   “Kenapa kau nak putuskan persahabatan kita,Zik ?Kau sanggup keluarkan kata-kata kejam tu setelah 2  tahun kita berkawan ?Kenapa Zik ?Jawab soalan aku !Kenapa kau diam ?”Soal Mia dalam sebak yang mulai menguasai dirinya .
“Kau tak perlu tanya soalan tu .Aku ada sebab tersendiri kenapa aku buat keputusan untuk putuskan persahabatan kita .”Jawab Zikri tanpa memandang wajah Mia .
“Tapi kenapa,Zik ?Aku tak paham .Aku sayangkan persahabatan kita .”Sayu suara Mia menuturkan kata .
Tapi kau tak sayangkan aku seperti mana aku menyayangi kau !Bentak suara hati Zikri .
“Demi kebahagian kau aku lakukan semua ni .Aku harap kau faham .”Zikri meninggalkan Mia sejurus berkata demikian .Hati Mia bagaikan dirobek dengan kejam oleh sahabat baiknya .Air matanya terus menitis tanpa sempat dihalang .Kau kejam !Jerit hati Mia .

   “Zik.”
Zikri sedikit menoleh .Dia tahu Mia masih inginkan jawapan darinya .Mia cuba merapatkan dirinya dengan duduk di sebelah Zikri .
“Aku minta maaf kalau aku dah sakitkan hati kau .Tapi aku nak tahu kenapa kau berubah ?”
“Jangan ganggu aku boleh ?Aku rimaslah .”Lantas Zikri mengambil begnya dan beralih tempat .Sekali lagi hati Mia terasa seperti disentap dengan kuat sekali .Ingin sekali ia menangis di situ ,tetapi ditahannya .Zikri memandang Mia melalui hujung matanya .Kau nak tahu kenapa ?Sebab kau pilih lelaki tu !Aku tak sanggup untuk menerimanya !Tolong berikan ruang untuk aku bernafas tanpa kau .
   Sewaktu di dalam kelas dia benar-benar tidak fokus apa yang diajar oleh pensyarahnya .Fikirannya benar-benar bercelaru .Dengan tiba-tiba dan tanpa alasan yang kukuh Zikri berubah laku .Adha yang berada disebelah Mia bagaikan tidak wujud .
“Mia ,awak kenapa ?”Tanya Adha yang mulai aneh dengan sikap Mia sejak kebelakangan ini .Mia seringkali melihat ke arah Zikri .Kenapa dengan lelaki itu ?Adakah Mia sudah menaruh hati kepada Zikri ?Biarkan sahajalah jika lelaki itu tidak mahu bersahabat lagi dengan Mia .Aku masih ada untuk Mia .Aku pasti akan bahagiakan Mia .
“Tak ada apalah .Saya tak berapa faham lecture ni .”Dalih Mia .
“Nanti saya akan terangkan kat awak ,okey ?”Mia hanya mengangguk .Sekali lagi dia memandang ke arah Zikri yang leka dengan kuliah yang diberikan oleh Prof.Ahmad .Mia sekali lagi cuba mendapatkan Zikri setelah mereka habis kelas .Dihalang laluan lelaki itu .Seperti biasa Zikri akan cuba mengelak daripada berbicara dengan Mia .Dia segera mengubah haluan .Mia cepat-cepat megejar dari belakang .Tanpa disedari Mia telah tersadung membuatkan dia terjatuh .Tetapi Zikri tetap mengaturkan langkahnya tanpa menghiraukan Mia walaupun hatinya terasa begitu bersalah .Dia kan ada Adha .Jadi ,dia tidak perlukan aku lagi .Gumam Zikri .
   “Zik ,tunggu !”Jerit Mia .Mia tidak lagi menghiraukan setiap mata rakan kelas yang memandangnya .Dia bingkas bangun dan terus mengejar Zikri yang semakin menjauh darinya .Setelah dekat ,dia menarik tangan Zikri .
“Zik !”
“Kau nak apa ?”Soal Zikri angkuh .
“Kenapa dengan kau ?”
“Kenapa apa ?”Soal Zikri kembali .Mia mengetap bibirnya .
“Kenapa kau benci aku ?”
“Aku tak benci kau .”
“Habis tu kenapa kau buat aku macam orang asing bagi kau ?Kau mengelak dari aku setiap kali aku mahukan jawapan dari kau .Kau putuskan hubungan kita .”
“Aku dah tak suka kau .Kau tak layak untuk berkawan dengan aku .”Jawab Zikri bersahaja .Dipandang wajah lelaki itu dengan segenap jiwanya untuk mencari kepastian .Mia melepaskan pegangan tangannya dari menggenggam tangan Zikri .Air matanya sudah bertakung di kelopak matanya dan bila-bila masa sahaja akan berjuraian gugur .Jantungnya bagaikan ingin berhenti berdegup mendengar jawapan daripada Zikri ibaratkan halilintar yang memanah dirinya .Sakit rasanya !
“Maafkan aku .”Mia terus menyusun langkah meninggalkan Zikri .Aku takkan ganggu kau lagi .Aku minta maaf sekiranya aku tidak sempurna untuk menjadi sahabat kau .Zikri menghayunkan langkahnya membontoti Mia dari belakang .Tapi langkahnya terhenti apabila Adha merenung ke arahnya dengan pandangan yang tidak puas hati .Zikri kembali berpusing dan mengambil haluannya yang asal iaitu pulang ke bilik secepat yang mungkin .

  Zikri membaringkan tubuhnya di atas tilam .Terasa lenguh badannya setelah bertungkus lumus menyiapkan assignment .Dia mengambil telefon bimbitnya setelah terdengar bunyi menandakan mesej masuk .Tertera nama Mia Comot di skrin telefon bimbitnya .Dia membuka mesej tersebut .
‘Zik,aku nak jumpa kau sekarang.Tempat biasa.’
Zikri lambat-lambat membalas.
‘Malas.’
Sekali lagi telefon bimbitnya berbunyi .
‘Please...’
‘Jgn gangu aku.Bye.’
Zikri meraup wajahnya .Jika ikutkan hatinya ,mahu sahaja dia berjumpa dengan Mia .Tetapi egonya melarang keras .Mia milik Adha .Ya Tuhanku ,kenapa aku begini ?Kenapa Mia tidak menjadi milik aku ?Kenapa dia menerima lelaki itu ?Tidak cukupkah kasih sayang dan masa yang telah aku luangkan bersamanya ?Kenapa dia perlu mencari orang lain untuk berdamping dengannya ?Tidak cukupkah aku ?Seandainya kau mengerti Mia apa yang aku rasa...
   Untuk sekian kalinya hatinya direnyuk oleh Zikri .Kenapa dengan kau Zik ?Kenapa kau sanggup buat aku seperti insan  yang tidak pernah menjadi sebahagian daripada hidup kau ?Aku benar-benar minta maaf jika aku benar-benar tidak layak untuk bersahabat dengan kau .Aku insan yang penuh dengan kekurangan,Zik .Tak macam kau ,kau anak orang kaya dan kacak .Sedangkan aku ??Hanya menumpang kasih sayang daripada kau kerana aku tidak lagi mempunyai ibu bapa .Kau beruntung,Zik .Kau boleh memilih sesiapa sahaja untuk berkawan dengan kau dan kau boleh juga membuang orang yang tidak layak untuk berkawan dengan kau .Ya..Akulah salah seorangnya .
   Aku ingin sekali lagi meluangkan masa dengan kau,Zik .Hari ini hari aku terakhir di kampus ini .Aku tidak lagi dapat berjumpa dengan kau dan berborak lagi dengan kau seperti waktu yang lalu .Kau sebahagian dari semangat aku .Kini ,semangat aku telah pergi .Aku juga akan pergi dari sini .Akan aku bawa semua kenangan ini pergi bersama aku .Mia membiarkan air matanya terus mengalir tanpa sebarang halangan .Dia mengeluarkan sekeping kertas dan sebatang pen .Tangannya ligat menulis di atas sekeping kertas kosong .

   “Awak Zikri kan ?”Soal seorang gadis berkulit cerah dan berkaca mata .Zikri mengangguk .
“Alhamdulillah..Jumpa juga awak .Saya roommate Mia .Dia suruh saya bagi surat ni kat awak .Dia ada pesan kat saya yang dia minta maaf sangat kat awak .Dia harap awak maafkan dia .Saya gerak dulu ek .Assalamualaikum .”
“Waalaikumussalam .”Jawab Zikri perlahan .Kertas itu dimasukkan di dalam koceknya .Dia mencari tempat duduk di dalam library .Setelah dia mendapatkan tempat kosong ,tangannya dengan segera mengeluarkan surat yang ditulis oleh Mia .Dia membuka lipatan surat itu .

‘Kau ingat tak lagi Zik ,masa kali pertama kita kenal ?Masa tu aku telah tumpahkan air atas nota kau .Tapi ,kau tak marah aku langsung .Kau cakap ,semua orang pernah buat silap dan aku bukan sengaja tumpahkan air  tu .Aku rasa masa tu ,kau lah orang yang paling cool pernah aku jumpa .Kau ingat lagi tak masa aku terlupa nak siapkan assignment yang kau minta aku buatkan ?Kau langsung tak marah aku .Kau cakap ,’tak apa,aku akan buat .’Masa tu aku rasa kau lah orang paling baik hati pernah aku jumpa .Kau ingat lagi tak saat kita mulai rapat ?Masa tu discussion group kita habis sampai lewat malam dan kau sanggup hantarkan aku sampai blok aku dengan berjalan kaki. Padahal blok kau dengan aku jauh sangat sampaikan keesokkannya kau terbangun lewat kerana terlalu letih .Ketika tu ,aku rasa bersalah sangat dengan kau .Tapi kau cakap ,bukan salah aku kau bangun lewat sehingga tidak dapat menghadiri kelas .Bagi aku ,kau orang yang sangat berhati mulia .

Tapi ,kau ingat lagi tak saat aku beritahu kau bahawa ada seseorang yang merupakan semangat aku ?Orang itu ibarat nyawa aku .Masihkah kau ingat ?Tika aku ingin memberitahu siapakah gerangannya ,kau telah memberitahu bahawa bekas kekasih kau pernah meluahkan hal yang sama tetapi akhirnya kau meninggalkannya kerana dia tidak jujur .Aku risau jika hal yang sama terjadi pada aku .Kau ingat lagi tak ,aku pernah beritahu kau kalau semangat aku hilang dari sisi aku ,aku tidak akan meneruskan pengajian aku di sini ?Kerana semangat itulah yang mendorong aku untuk terus di sini .Kerana semangat itulah yang menguatkan jiwa aku untuk terus berjaya .

Zik...Untuk pengetahuan kau ,kau lah semangat aku ,kau juga lah nyawa aku .Tapi ,semangat aku kini tiada lagi di sisi aku .Aku sangat memerlukan kau dalam hidup aku .Aku minta maaf kalau aku tak layak untuk bersama dengan kau .Aku masih lagi tertanya-tanya kenapa kau berubah .Layanan kau menghancurkan kepingan hati aku satu persatu .Kau ingat tak lagi ,Zik ,aku pernah beritahu kau yang aku sukakan seseorang dan aku ingin berada di sampingnya walaupun sebagai seorang sahabat .Kau pernah tanya siapa ,tetapi aku membalas jawapannya dengan senyuman .Aku tahu ,kau tidak tahu jawapannya .Di sini aku akan meluahkan semua rahsia yang aku pendam .Sebenarnya kau lah orang yang aku sukakan selama ini .Orang yang aku ingin berdamping saat jatuh dan bangun kau .
Kau lah segalanya bagi aku .Aku sukakan kau sejak awal perkenalan kita .Akulah crush kau !Aku sukakan kau dalam diam-diam .Aku tahu ,aku tidak layak untuk menjadi yang teristimewa di hati kau .Jadi ,biarlah aku menjadi sahabat kau .Zik..Aku minta maaf dan aku harap kau sudikan maafkan aku yang terlanjur menyayangi kau .’

Zikri segera mendail nombor Mia setelah usai membaca isi kandungan isi surat tersebut,tapi malang nombor itu tidak diaktifkan oleh Mia .Zikri menghubungi pula nombor Adha .Setelah panggilannya berjawab .Zikri telah mengaturkan sebuah pertemuan dengan Adha di kafe berhampiran dengan perpustakaan .Setelah menunggu hampir 10 minit kelihatan kelibat Adha dari jauh .Adha melabuhkan punggungnya di hadapan Zikri .
“Kenapa nak jumpa dengan aku ?”
“Sorry kalau aku ganggu kau .Tapi ,aku nak tahu Mia ada beritahu kau tak dia kat mana sekarang ?”
“Dia dah balik Johor .Katanya dia akan sambung belajar kat sana .Kenapa ?”
“Kenapa kau tak halang dia ?Kau kan boyfriend dia ?”Wajah Zikri mulai serius .
“Aku dah lama break up dengan dia sejak kau dengan dia putus sahabat .”
“What ?Kenapa aku tak tahu ?”
“Macam mana kau nak tahu kalau muka dia pun kau tak nak pandang .Kau tak nampak ke yang Mia betul-betul sukakan kau ?Dia sanggup tinggalkan aku semata-mata demi kau .Padahal aku tak tahu rasional apa dia buat macam tu .”Adha mulai sakit hati .Zikri meraup wajahnya .Dia semakin tertekan dengan keadaan yang telah tercipta .
“Aku tahu ,kau pun sukakan Mia .Tapi sayang ,kau tak reti nak menghargai apa yang ada di depan kau .Kau cemburu bila kau tahu aku dengan dia couple .Sebab tu kau putuskan hubungan persahabatan kau dengan dia .Kau jangan nak tipu aku ,Zik .Rahsia kau dalam genggaman aku .Aku sedaya upaya untuk buatkan Mia happy ,tapi aku tak mampu sebab dia hanya pandang kau .Aku tak dapat nak tolong kau sebab Mia dah pun diaktif nombor dia .Goodluck .”Adha menepuk bahu Zikri dan dia berlalu pergi dari situ .Kerana Zikri lah ,Mia telah meninggalkannya dan berhenti belajar di situ .
Dengan langkah yang longlai ,Zikri menghayunkan langkahnya untuk pulang ke hostel .Otaknya benar-benar serabut dan tidak mampu untuk menghadiri sebarang kelas pada hari itu .Setiba di depan pintu ,dia memulas tombol pintu .Lalu dia menutup pintu tersebut .Di belakang pintu itu ,dia rebah .Dia menangis semahu-mahunya .Zikri memeluk lututnya .Terhenjut-henjut dia menahan sendu yang hebat .
“Kenapa kau tinggalkan aku ?Kenapa Mia ?Kenapa ?”Telefon bimbit di dalam kocek seluarnya dikeluarkan .Sekali lagi nombor Mia dihubungi ,tetapi gagal .Dengan rasa kecewa yang bermaharajalela ,Zikri melemparkan telefon bimbitnya sehingga berkecai .
“Mia ,kembalilah pada aku !Aku tak tahu mana nak cari kau .Kenapa aku bodoh sebab tak pernah tanya alamat rumah kau ?Mia ,kembali pada aku .Aku merayu !Mia !!”Air mata yang menuruni curam wajah Zikri sudah membasahi pipinya .Dia terus menangis untuk menghilangkan rasa kekesalan yang menguasai jiwanya .

p/s :Done created new cerpen .Oleh kerana mata Chiq Neyna tak mampu lelapkan mata ,Chiq Neyna telah mencipta cerpen baru yang mengambil masa hampir 4 jam lamanya .Maaflahh kalau story tak berapa seronok .Hee~Hope enjoylah yea !


   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan