Dear hawa,
Awak tuh dah cantik ditambah pula awak tutup aurat awak
dengan sempurna. Lagi cantik awak! Seriously tak tipu. Mana ada perempuan
muslimah yang tutup aurat tak cantik. Betul tak?
Dear Hawa,
Kalau kita tutup aurat dengan sempurna, tak ada cacat
celanya di mana-mana In Shaa Allah kita akan dihormati. Kita takkan diganggu
sesuka hati oleh lelaki buaya darat ni.
Dear hawa,
Walaupun pada pandangan manusia lain kita tak secantik
Zalika tetapi oleh kerana kesempurnaa kita menunaikan kewajipan kita. Secara
automatik, kita akan nampak cantik. Di mata manusia bahkan juga di mata Allah.
Hebatkan? Tak perlu make up tebal-tebal untuk cantik. Cukup dengan
menyempurnakan ibadah kita.
Dear hawa,
Kaum adam di luar sana akan mencari pasangannya yang tahu
jaga aurat. Mereka mahu isteri mereka daripada golongan yang baik-baik. Awak
kena tahu, lelaki yang baik takkan mencari perempuan yang seksi seksa untuk
dijadikan isteri. Awak pun kena tahu juga, untuk mendapat jodoh yang baik, awak
perlu berubah.
Dear hawa,
Nasihat ini untuk awak dan juga saya. Kita sama-sama berubah
untuk kebaikan bersama. Kalau aurat kita dijaga, takkan ada pandangan liar yang
cuba-cuba untuk ‘merogol’ setiap inci tubuh kita. Berdoa pada Allah supaya kita
diberi hidayah untuk terus berubah. In shaa allah...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan