Halaman

Ahad, 2 Jun 2013

Mesej yang Membosankan

 
 Hai uols !Jumpa lagi kita pada entry pada kali ni .Chiq Neyna ni keja update post je kan ?Dah tak ada kerja lain ke ?For your information ,Chiq Neyna now memang tengah free sangat lahh .Almaklumlah duduk saja kat rumah sementara nak tunggu sambung blajar bulan 9 nanti dalam proses membuat ijazah .Insya-Allah .Uols doakan lahh eh ?Tenkiu-tenkiu(sambil tepuk tangan) .

   Berbalik terbalik pada tajuk post Chiq Neyna pada hari ni pulak .Asyik merepek je dari tadi .Hehehe .Uols pernah mesej dengan sesaper kan ?Tak kisahlah sesaper dia tuh contohnya kengkawan ,bff ,abang angkat ,kakak angkat ,adik angkat and tak lupa juga boyfriend angkat .Pernah tak uols dapat mesej dari mereka yang sangat membosankan ?Kita ni punyalah story panjang start dari Gunung Jerai sampailah Gunung Kinabalu ,dia boleh reply 'okey' ,'yeke' ,'ouh' ,'urm' and so on lahh .Rasa macam nak dia bagi dia makan burger 4 orang makan sekaligus je kan ?Bagi orang spoiled mood je meyh !

Contoh ,
(rekaan semata-mata .Tiada kena mengena sama ada yang bahagia atau pun tidak)

   Kalau uols buat apa dengan orang macam ni ?Adakah uols marah dia ,'hei ,balas lahh mesej panjang sikit !Kalau mesej macam tuh ,kucing aku pun reti texting' atau uols tak balas mesej dia atau yang lebih kuat imannya uols terus mesej dia sampai otak uols pun berasap dek fikir idea yang nak disumbangkan dalam sesi chit chat uols ?Kalau uols dapat bf/gf yang cenggitu lak uols buat apa ?Uols tinggalkan or tak ?Pendapat Chiq Neyna lahh ,uols tinggalkan jela .Hahaha(gelak jahat) .

   Memang membosankan kalau dapat orang yang membosankan macam ni mesej dengan kita kan ?Boleh sakit otak tuh .Kalau Chiq Neyna ,Chiq Neyna memang tak balas dah mesej dia tuh .Lebih baik makan megi je dari balas mesej orang cenggituh .Kalau dia ada mesej Chiq Neyna ,Chiq Neyna fikir 1 000 kali der nak reply ke tak mesej tuh .Hahaha .

   Selalunya orang cenggini ,bila face to face dengan mereka langsung tak sama macam dalam mesej .Tapi ,bila mesej dengan mereka buat kita blur je .Samalah juga dengan yang ramah dalam mesej tuh ,kadang-kadang bila jumpa ,adoyaii...Bilakah kita boleh mesej semula ?Hahaha .Chiq Neyna ni merangkumi kedua-dua watak .Macam mana tuh ?Meh nak citer ,Chiq Neyna mesej sesaper kengkadang panjang dan kekadang pendek .Bukan apa bila panjang tuh ,mood Chiq Neyna berada di tahap yang excellent .Kalau Chiq Neyna balas mesej pendek-pendek pulak menunjukkan mood Chiq Neyna agak spoiled .Haa..Macam tuh lahh citernya .

   Sesungguhnya serta bahawasanya(kalau cikgu BM check ,mesti dah kena ketuk kepala) mesej daripada orang yang membosankan akan membuatkan kita bosan .Ketahuilah bahawa pembaca ,janganlah kamu mesej dengan orang macam ni melainkan kamu seorang yang penyabar(Riwayat Chiq Neyna) .Hahaha .Kepada uols yang selalu mesej pendek macam nih ,tukar lahh mood and style uols tuh .Uols tahu tak ,memang bosan mesej dengan orang yang membosankan .Kalau orang uols mesej tuh citer pepanjang ,uols reply lah pepanjang gak ,kasi meriah sikit .Jangan pulak bila mereka citer ,uols balas 'yekeeeeeeeeeeee?????' .Memanglah panjang ,tapi mengundang bala kat uols .Mungkin uols akan terima mesej cenggini 'Dah lama kau idop ?' .Hahaha .Apa pun ,think positif okey .

   Setakat ni dulu lahh post Chiq Neyna pada hari ni .Dah nak krem pulak jari ni tekan keyboard(mengada je) .Hew~Hew~Hew~ .See you next post !Daaa

Sekian ,tenkiu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan