Ahad, 29 Mac 2015
Redup Kasih Ayah
Melihat wajah tua yang penuh dengan kedutan yang jelas di wajahnya mampu membuat hati ini disapa perasaan sayu.
Setiap butiran kata-kata yang keluar dari bibirnya aku dengar dengan teliti.
Harapannya cuma satu, ingin melihat aku berjaya meskipun dia dalam kesusahan kerana akulah satu-satunya impian.
Maafkan aku ayah kerana telah menyusahkan ayah sepanjang hayat ini...
Hampir saban tika, dia menyebut-nyebut akan kejayaan aku kelak
Harapannya setinggi langit ketujuh
Ya...
Cuma aku yang mampu membahagiakannya di saat hari tuanya ini
Keluh kesah yang dimuntahkan terkadang membuatkan aku hampir menitis air mata
Aku kenal lelaki tua itu
Lelaki tua itu seorang ayah yang tegar dalam menempuh pancaroba hidup
Lelaki tua yang mengajar aku erti kesabaran
Lelaki tua yang mengajar aku erti kesusahan
Lelaki tua itu selalu memberi kata semangat saat aku hampir goyah
Kerananya aku bangkit meski kaki terasa lemah
Lelaki tua itu sanggup bersusah payah demi aku
Demi aku anak tunggal perempuannya dan harapan tunggalnya
Sekali lagi,,,
Maafkan aku ayah kerana menyusahkan ayah
Ampuni diri ini...
Aku berjanji
Aku akan menunaikan segala permintaan ayah meski sesulit apa pun itu
Aku akan bahagiakan ayah
Aku akan berikan kesenangan kepada ayah kelak
Aku akan balas jasa ayah
Pintalah apa pun
Pasti aku cuba untuk tunaikan meskipun nyawa jadi galang gantinya
Terima kasih ayah..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan