Halaman

Jumaat, 29 Mei 2015

Susahnya Nak Cari Jeans!

   Adoiiiyai! Dari satu kedai ke satu kedai Chiq Neyna masuk but still jugak tak jumpa yang sesuai dengan kehendak Chiq Neyna. Kebanyakan seluar jeans perempuan ni akan ketat then akan ikut shape kaki. Memang mak tak berkenan sangatlah!

   Bila dah berkenan then try lahh. Okey, fine. Letak balik. Mahu taknya kalau memang dah ikut shape kaki Chiq Neyna. Boleh pengsan tengok kaki sendiri macam gitu. Kalau ayahanda pula tengok Chiq Neyna pakai seluar ketat pulak, rasanya boleh koma ayahanda Chiq Neyna.

   Argh! Stress! Dalam banyak-banyak pakaian, seluar jeans yang Chiq Neyna sukar nak cari. Kalau tersalah beli, memang Chiq Neyna takkan pakai. Chiq Neyna selalu ingat pesan ayahanda, "nak beli pakaian tuh biar yang longgar. Jangan ketat. Ina tuh dah banyak dosa dan jangan nak tambah lagi."
Deep gila kot! Sampai sekarang still lagi ingat kata-kata dia yang memang sentap habis tuh.

   Ayahanda Chiq Neyna memang cerewet dari segi pakaian. Dia akan teliti setiap pakaian Chiq Neyna setiap kali Chiq Neyna nak keluar. Kalau dia tak berkenan, dia akan suruh tukar sekarang jugak or dia tak benarkan Chiq Neyna keluar. Cerewetkan? But, he's the beloved dad yang betul-betul jaga penampilan dan perilaku anak perempuan tunggalnya ni.

   So that, Chiq Neyna harus cari seluar or baju yang agak besar dari saiz badan Chiq Neyna. Kalau tak, dengarlah sindiran paling halus daripada buah hati tersayang tuh. Semua hadis akan keluar daripada mulut ayah Chiq Neyna untuk sedarkan anak dia yang selalu lalai ni. Huhu! Because of that jugak, susah untuk Chiq Neyna jumpa jeans yang betul-betul ngam dengan keinginan ayahanda Chiq Neyna. I think, patut ada banyak kedai pakaian yang menjual seluar jeans yang muslimah. I think Malaysia should have. Huhhh!

Ahad, 24 Mei 2015

"Peel" Manusia Ni Pelik

   Pernah tak kau jumpa, orang tu dah mempunyai segala-galanya yang cukup lengkap dalam hidup dia. Hidup senang, duit ada dan makan pun yang mewah. Apa yang dia nak semua dia boleh dapat. Tapi yang satu peliknya bila dah ada kelengkapan diri yang terlebih cukup pun still lagi nak guna and mintak barang orang. Itu memang betul-betul Chiq Neyna faham! Orang yang susah pulak tak ada pulak nak menyusahkan siap cukup kelengkapan barang untuk kegunaan sendiri lagi. Sudahlah dia tuh susah, disusahkan lagi dengan mengguna barang-barang dia. Aduhai manusia!

   Then, pernah tak kau jumpa orang yang dia dah ada couple yang baik lagi cun/hensem tapi still lagi sibuk mencari yang lain. Konon tak cukup bahagia dengan apa yang ada. Itu bukan tak bahagia tapi tak reti bersyukur! Memang pelik. Orang yang sayang dia tapi tak dihargai tapi dikejar pula yang tak nak pada dia. Dah depan mata tuh just appreciate it and tak perlu kot cari yang lain. Mana tahu, orang depan kita tuh kebahagiaan kita tapi bila kita dah tak peduli dengan dia confirm lahh bahagia tuh akan menghilang. Lepas tuh baru kau nak meroyan bila orang yang ditunggu tak dapat yang menunggu kau pun kau tak dapat jugak.

   Pernah juga tak kau jumpa orang yang asyik mengeluh je tiap hari? Bagi dia, semua benda tak kena then ada je yang tak kena di hati dia. Masalah betoi lahaiii. Sometimes tuh lebih banyak mengeluh daripada usaha dia untuk setelkan benda-benda tuh. Baru buat sikit tapi dia punya complain, mak aiiii.. Dah macam panel juri lagi. Sometimes tuh belum lagi cuba buat dah start mengeluh. Macam mana benda tuh hasilnya akan berkualiti kalau buat pun tak ikhlas. Sedangkan orang lain boleh je buat benda tu without merungut or what ever. Kesimpulannya, manusia macam tuh pemalas!

   Pernah kau jumpa orang yang selalu merungut Allah tak pernah beri apa yang dia nak? Ini masalah besar sebab tak tahu bersyukur. Allah dah bagi nyawa tuh pun lebih daripada apa yang kau nak tahu. Kau boleh bernafas hari ni, dapat makan, dapat bercakap, dapat berjalan, dapat ketawa, dapat meluangkan masa dengan insan tersayang tuh semua Allah beri pada kau tapi kau yang tak nampak. Udara yang kau hirup pun Allah bagi free. Still lagikah Allah tak beri apa yang kau nak? Let's think for awhile...

   Manusia ni actually very-very weird. Dah ada depan mata tapi tak nampak. Benda yang tak nampak tuh nak dinampak-nampakkan (pelik pula ayat aku ni). Apa kata mulakan hidup dengan senyuman dan bismillah then ucapkan Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk meneruskan langkah. Tak semua manusia dapat bersyukur tapi semua manusia dapat bersabar. Chiq Neyna cuma terfikir kata-kata guru Chiq Neyna, "manusia sukar untuk merasa syukur saat ditimpa kesusahan." Memang ada betulnya. Contohnya, kita kehilangan sebelah selipar masa kita tinggal di masjid then kita akan marah dan mengamuk bagai macam monster tapi kita terlupa untuk bersyukur pada Tuhan kita kerana masih diberikan sepasang kaki untuk berjalan. Deep kan? Bayangkan kalau kita kehilangan kaki pasti kita sukar untuk berjalan lagi.

   Because of that, starting for today jadilah insan yang selalu bersyukur dengan pemberian daripada Allah. Belajar untuk bersyukur meskipun dalam kesusahan kerana masih ada lagi nikmat Allah yang kita perolehi. Saat hati merasa lelah dengan ujian, bersyukurlah kerana masih ada Allah yang menyayangimu kerana itu dia memberimu ujian. Itu tanda kasihnya dia padamu. Syukurlah... Mensyukuri apa yang kita ada jauh lebih baik daripada memberontak apa yang tidak kita miliki.

Manusia Itu Suka Mencari Kesalahan Manusia Lain

   Kadang-kadang Chiq Neyna memang takkan faham kenapa mesti ada yang suka sangat cari kesalahan kita sedangkan kita tak ganggu hidup dorang pun. So annoying right? But chill... Dah nama pun manusia so banyak lahh perangainya yang kadang-kadang buat kita rasa menyampah.

   But, sometimes tuh rasa sakit hati sangat bila ada yang cuba-cuba jadi hakim untuk mengadili kita. Oh, please! Kau cuma kenal dia dari luaran. Kau cuma tahu namanya. Kau cuma baru kenal dia. Tapi! Kau tak tahu kisah hidup dia. Kau tak tahu jalan hidup dia. Kau tak tahu masalah dia. Kau tak tahu siapa di sebenarnya. Then kau suka-suka hati nak cari kesalahan dia sedangkan kau sendiri pun salah.

   Memberi nasihat itu tak salah malah wajib kita menasihati antara satu sama lain meskipun iman kita sendiri ibarat lalang di tiup angin. Kejap ke kiri, kejap ke kanan. Memberi nasihat sangat berbeza dengan orang yang cuba cari kesalahan orang lain. Tuh bermaksud orang tu sebenarnya memang ada yang tak puas hati dengan kita! Even kita buat betul pun dia tetap nampak salah. Gilakan?

   Please stop cari kesalahan orang. Kaji diri sendiri tuh di mana kekurangannya. Asyik nampak orang je salah and you think semua benda kau buat tuh betul lahh? Jangan sampai kau diibarat kuman seberang laut nampak tapi gajah depan mata tak nampak. Itu masalah okey! Stop judging people! Again... Stop it!

  Tolong jangan simpan perasaan iri hati kat orang lain. Busuk hati kau tuh lama-lama. Sebab orang macam ni memang takkan senang tengok orang lain lebih baik daripada dia. Sebab tuh dia berusaha untuk jatuhkan kita. But, never mind, biarkan dia dengan hatinya yang tak tenteram. Tuh bermaksud dia caring dengan kita bila dia selalu sangat 'stalk' pasal kita. OMG! Terharunyerrr! So, biarkan dia bersama labu-labunya dan teruskan hidup kita selagi hidup ini diberkati Ilahi...

Khamis, 21 Mei 2015

Aku Adalah Aku

   Aku tidak pandai mengungkapkan kata-kata dengan lancang searus dengan rasa hati aku. Aku tidak pandai untuk memuntahkan kata-kata kejian dalam sehari-hari daripada kata-kataku kerana aku diajar untuk bertoleransi dengan berhemah dan sabar

   Aku juga diajar untuk mengawal segala perilaku yang mampu mengundang ketidakselesaan kepada orang-orang sekelilingku. Setiap kali aku terlajak mengungkapkan kata yang mampu mengguris perasaan orang, aku akan ditegur supaya tidak mengulangi walaupun aku tidak sengaja

   Aku cuma insan biasa yang terkadang terbabas melakukan khilaf. Tapi aku cuba untuk memperbaikinya satu persatu. Aku ingin menjadi insan yang bersederhana dalam segalanya dan cuma bergantung kepada Tuhanku iaitu Allah...

   Aku tidak memerlukan penghakiman daripada manusia kerana aku tahu tidak semua di antara mereka menyukaiku. Cukup penghakiman daripada Tuhanku kerana cuma Dia yang layak menilai tentang aku kerana sesungguhnya dari Dia aku datang dan dari Dia aku kembali..

   Tegurlah aku dan nasihatilah aku jika aku mulai terleka dan lalai dengan nikmat dunia. Bukan menggunakan kekerasan bahasa sewaktu ingin mengubahku kerana aku juga insan sepertimu...

Jumaat, 15 Mei 2015

Kasih Ayah

Setiap kali aku terima whatsapp daripada ayah, mesti satu soalan yang akan kerap dia tanya,

"Ina okey ke?"

Dan seperti kebiasaan aku akan balas,

"Ina okey je. Ayah jangan risau."

Dan ayah aku...

"Baguslah. Jaga diri dan jaga solat."

Setiap kali itu jugalah aku harus berbohong padanya. Sebenarnya, Ina tak okey! Langsung tak okey!!!
Tapi,
aku tak dapat nak luah semua tuh
sebabnya...
Aku tak nak dia risau dengan keadaan anak tunggal perempuannya yang dah makin luntur semangat pada waktu ini.
Aku terpaksa menipu yang aku tak ada masalah walaupun terkadang beban itu dah tak mampu lagi aku tanggung.
Ayah...
Ina nak ayah
Ina dah terluka dengan keadaan
hampir saban hari mengalir air mata

Ahhh!
Aku harus kuat!
Walaupun jalan ini makin sukar
Aku harus tabah!
Macam ayah selalu cakap,
Allah tak pernah lupakan kita dan dia sentiasa ada...
jadi,
berdoa padaNya
mintalah padaNya...

Ayah...
Lepas ni tolonglah jangan tanya lagi soalan sama ada anak ayah ni okey ke tak. Sebab Ina dah tak sanggup untuk menipu setiap kali soalan tuh ditanya...
Rasa berdosa...
Ina tak nak menangis lagi setiap kali terpaksa menipu ayah
Maafkan diri ini

Khamis, 14 Mei 2015

Bila Perempuan Membisu

   Kadang kala perempuan lebih memilih untuk mendiamkan diri apabila dia dah terluka dengan keadaan dan kecewa. Cukuplah air mata yang menjadi bukti segalanya. Kerana terlalu penat dengan harapan, perempuan lebih memilih untuk mendiamkan diri kerana dia tahu tidak ada gunanya dia berharap.

   Perempuan memang manusia yang sensetif dan semua tahu hakikat tuh. Perempuan juga kadangkala dikatakan complex untuk difahami. Tapi, ingatlah. Perempuan itu jiwanya lembut dan mudah terasa. Sometimes, dia bersabar dan terus bersabar kerana tidak mahu masalah itu jadik besar. Tapi, bila dah sampai satu tahap dia takkan mampu lagi untuk bertahan dan seterusnya dia memilih untuk mendiamkan diri lalu menjauhi.

   Kadang kita menjauhi seseorang bukan kerana benci tapi kerana kecewa. Contohnya like me lahh, Chiq Neyna tak suka meluahkan apa yang Chiq Neyna tak puas hati. Lebih memilih untuk berdiam diri dan cuba untuk terima meskipun pahit. For me, diam itu lebih baik daripada isu itu makin besar. Biarlah salah di mata orang asalkan Chiq Neyna tak menyakiti hati mereka. Chiq Neyna mahu melatih diri untuk bersabar dan menahan marah.

   Tapi, sometimes kita akan rasa terlalu penat bila hati yang kita jaga tuh tak peduli pun dengan apa yang kita lakukan. Sampai satu tahap, kita akan pilih untuk menyendiri. Masa tuh baru kita sedar yang sebenarnya waktu kita memerlukan seseorang untuk support kita waktu kita dalam kesulitan tapi tak ada pun yang datang dan kita akui hanya Allah tempat untuk kita bergantung. Hanya Allah yang memahami kita...

   Kadang-kadang jugak kita pilih untuk menyendiri kerana kita nak ketenangan hati dan latih hati kita untuk kembali kuat. Waktu tuh kita akan mulai sedar satu persatu yang sebenarnya kita tak patut bergantung pada manusia. Cukup Allah bersama kita. Bila kita memilih untuk menjauhkan diri daripada mereka yang telah melukakan kita kerana kita tak mahu mereka tahu yang kita terluka dengan perbuatan mereka. Kita mahu kelihatan tabah saat bersama mereka walaupun hati kita remuk.

   Perempuan dan lelaki ada cara mereka tersendiri untuk xpress rasa sakit dan kecewa itu. Ada sesetengah lebih suka meluahkan secara terus dan ada yang lebih suka mendiamkan diri.

Ahad, 10 Mei 2015

Permudahkan Jalanku Ya Allah

   Terkadang terasa serba salah itu menguasai diri meskipun aku tahu aku masih tanggungjawabnya. Tapi, aku merasakan aku adalah beban yang harus ditanggung oleh lelaki tua itu.Huh... Maafkan diri ini. Aku cuba untuk tidak menyusahkannya tapi aku gagal. Aku masih perlukan sokongan daripadanya. Sekali lagi, maafkan aku...

   Bebanan taraf hidup yang kian meningkat buatkan aku sedikit gelisah. Aku tidak mahu susahkan orang-orang yang aku sayang. Kerana aku, mereka tepaksa menghulurkan wang bagi menyara makan dan minumku yang jauh di perantauan ini. Aku masih belajar... Hanya itu alasanku

   Aku cuba untuk berjimat cermat dalam membelanjakan segalanya kerana aku tahu keluargaku bukanlah berlatar belakang orang kaya. Walaupun begitu, makan, minum dan pakaian kami mencukupi meskipun terkadang dihimpit ujian.

   Rabbi, terasa jalan ini semakin sukar untukku. Kau permudahkanlah jalan yang telah Kau tetapkan untukku agar aku kelak tidak selamanya aku terus menerus menyusahkan orang yang aku sayang. Aku mahu mereka berbangga suatu hari nanti dengan kejayaan aku setelah mereka bersusah payah demi aku. Aku mahu membalas jasa mereka. Aku sayang mereka!


   Tapi, ya Tuhanku... Aku tidak mahu mereka terlibat dalam segala masalah yang sedangku hadapi meskipun hanya sebesar zarah. Aku mahu mereka tahu aku dalam keadaan yang baik-baik sahaja walaupun pada ketika ini aku hampir tersungkur. Aku harus membohongi orang-orang yang aku sayang kerana aku tidak mahu mereka khuatir. Aku cuba untuk kuat ketika lemah. Aku cuba untuk terus berdiri walaupun kaki goyah. Aku harus melindungi kebenaran dalam kebohongan. Aku harus berpura-pura dalam kenyataan. Aku harus....Ya, aku harus...