Jika hari ini merupakan hari terakhir aku bernafas di bumi ini ,aku tidak mahu meninggalkan kenangan yang menyakitkan untuk orang-orang yang aku sayang .Aku tidak mahu mereka menangisi pemergian aku .Tapi aku mahu mereka terus tersenyum dan berbangga kerana aku pernah menyayangi mereka dan selalu bersama mereka walaupun hanyalah sesingkat waktu .Jika hari ini hari terakhir aku melihat dunia ini ,aku mahu berbakti dan mencurahkan segala kasih sayang serta waktu aku untuk mereka yang sangat bermakna dalam hidup aku .Aku mahu memberikan mereka kebahagian dengan bergelak tawa kerana aku tidak mahu mereka menangis apabila melihat sekujur tubuhku yang terbaring kaku .
Jika hari ini merupakan hari terakhir aku boleh berkata-kata ,aku ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi bersama aku saat jatuh dan bangun aku .Terima kasih kerana menghargai aku .Terima kasih kerana menyayangi aku .Terima kasih kerana sanggup berkorban untuk aku .Terima kasih kerana menjalinkan hubungan persahabatan dengan aku .Terima kasih kerana bergelak tawa dengan aku .Terima kasih kerana memujukku .Terima kasih semuanya !Aku terlalu sayangkan kalian walaupun pertemuan dan perkenalan kita hanyalah kebetulan dan juga sementara .
Jika hari ini hari terakhir aku mampu menggerakkan tubuh aku ,aku ingin membawa langkah ini untuk menemui semua orang yang menjadi sebahagian dari hidup aku .Aku ingin memeluk mereka ,memberi sebuah kecupan mesra dan ingin menyalami tangan mereka .Mak !Ayah !Aku mahu mereka bangga mempunyai anak seperti aku kerana telah melahirkan seorang anak yang normal dan tidak cacat .Aku mahu mereka tersenyum kerana aku menyayangi mereka malah lebih dari diri aku sendiri .Terima kasih mak dan ayah kerana membesarkan aku tanpa rasa lelah dan jemu meskipun aku merupakan anak yang degil .Mak !Ayah !Maafkan aku jika aku tidak berkesempatan untuk bernafas lebih lama lagi .Tapi ,anakmu berjanji akan membahagiakan mak dan ayah sebelum ajal menjemput .Tersenyumlah !
Jika hari ini adalah hari terakhir aku melihat kalian, aku tidak mahu menjadi beban kepada kalian .Aku mahu menjadi pendamping yang selalu membuat mereka selesa dan membuatkan mereka selalu merindui aku .Maafkan aku jika aku tidak mampu lagi menemani hari-hari yang akan datang seperti masa-masa yang lalu .Aku sayangkan mereka Tuhan .Seandainya aku tiada ,Kau berikanlah mereka penggantiku yang lebih baik dari aku kerana aku mahu mereka bahagia tanpa rasa derita mahupun sedih .Aku tidak mahu mereka menangisi pemergian aku pada keesokkan harinya .Jika mereka rindukan aku ,aku mahu mereka mendoakan aku di sana kelak agar permudahkan segala urusan aku dengan Mu, ya Rab .
Jika hari ini merupakan hari terakhir aku menyayangi mereka ,aku mahu menyayangi mereka sesungguhnya .Aku ingin memberikan segala kasih sayang aku dan perhatian aku kepada mereka .Aku tidak mahu mereka berasa sedih hati kerana aku tiada bersama mereka saat-saat terakhir aku di dunia ini .Aku mahu mereka mengingati aku dan berkata, 'dialah yang sering membuat kami tertawa dengan gelagatnya!' Itu sudah mencukupi bagi aku walaupun pada esoknya hanya tinggal nama serta kenangan aku sahaja .Ya Allah ,jika ada perbuatan mereka yang melukan hati ini ,aku maafkan mereka kerana aku mahu bertemu dengan mereka di syurga kelak .Aku tidak mahu mereka dihalang masuk ke syurga kerana mereka telah menyakiti hati aku .Aku sayangkan mereka !Ampuni mereka Tuhanku !
Jika hari ini adalah hari terakhir jantung aku berdegup ,aku ingin meminta maaf kepada mereka jika aku telah melukakan hati mereka tanpa aku sedari .Aku ingin mereka menyenangi kehadiran aku walaupun hanya sebentar .Aku tidak mahu menjadi beban kepada mereka .Aku tidak mahu menjadi penyebab mereka berkecil hati .Aku ingin melakukan yang terbaik di penghujung nafas ini .Maafkan aku !Aku cuma manusia yang lemah lagi hina dan seringkali melakukan kesalahan .Maafkan aku sekali lagi...Halalkan segala pemberian kalian yang telah pun menjadi darah daging dalam diri ini .Jika masih berkesempatan ,aku mahu melutut di hadapan kalian agar kalian dapat memaafkan semua kesalahanku .Memaafkan dosa aku pada kalian dari sekecil zarah sehinggalah yang membuatkan kalian menangis kerana perbuatan aku yang kadang-kadang terbabas .Maafkan aku....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan