Halaman

Ahad, 8 Februari 2015

Cerpen Kerana Takdir Kita Untuk Bersama


“ Aku bosan bha Nina. Enda ada kerja mau dibuat. Risau juga aku kalau Dr.Andi mau tengok hasil kerja untuk FOH.”
Keluh Khadijah dengan muka yang berkerut. Risaulah tu. Mahu tak risaunya kalau penyarah garang macam singa yang kelaparan bertahun-tahun tak makan. Memanglah menakutkan! Semua student akan menggigil lutut bila sebut nama pensyarah tu apatah lagi dengar derapan kasutnya.
“Alah... Kau jumpalah ketua kau tu. Tanya dia ada job tak yang nak dibuat.” Saran aku dalam memberikan idea yang mungkin agak bernas dan mungkin juga agak lapuk. Mahu taknya kalau itu je yang selalu aku cakap benda yang sama bila si Dijah ni mengadu kat aku.
“Sudah bha, Nina. Tapi dia bilang enda ada kerja yang mahu dia buat masa sekarang. Ada jugak dia suruh aku lukis design FOH. Itu pun sekali tuk jak lahh.” Rungutnya.
Alahai, kesian pula aku tengok muka risau dia ni. Yang aku pula hampir-hampir gila bila banyak kerja yang nak dibuat. Almaklumlah, aku ni kan bahagian marketing. Jadi, memang banyak target yang perlu dicapai bagi mencapai jumlah wang yang banyak. Kalau boleh jual produk tu biar sampai jadi jutawan.
“Siapa nama ketua kau tu?”
“Abang Ikhwan.”
“Yang mana satu eh?”
Aku mula mengerutkan kening. Biasalah, aku bukan kenal habis pun senior-senior yang terlibat dalam projek akhir tahun 3 ni. Kalau yang peramah tu aku agak kenallah. Tapi kalau dah senyap macam semut berjalan, sah-sah aku tak kenal. Lagipun, aku baru je terlibat produksi ni selepas aku keluar dari produksi pensyarah aku yang satu lagi iaitu En. Shah.
                “Ada bha yang berlakon watak pondan & konco-konco tuh.”
                Aku menggaru-garu kepala yang tak gatal. Yang mana satu pulak ni? Otak aku ligat untuk mengingati wajah-wajah watak pelakon Teater Vito il Mafioso. Seriously, memang aku tak ingat walaupun teater tu dah banyak kali aku tengok. Pada akhirnya, senyuman sumbing aku terkeluar juga gara-gara tak dapat nak ingat wajah abang Ikhwan tu.
“Nanti aku tunjukkan dekat kau mana satu dia tu.”
               Aku mengangguk. Nak juga aku tengok ketua FOH yang sangat baik hati sampaikan kawan-kawan aku langsung tak ada kerja nak dibuat. Boleh tak kalau aku apply jadi rakyat di bawah naungannya?
 


                Walaupun badan aku terasa letih sangat-sangat, namun aku kena jugak pergi ke Sekolah Pengajian Seni (SPS) iaitu fakulti tempat aku belajar kat UMS ni. Hampir setiap malam aku dan classmate aku yang lain diwajibkan untuk tolong pelajar senior tahun akhir major teater bagi menyiapkan projek akhir mereka di samping ada show yang mereka akan pentaskan. Mahu atau tak, kenalah juga pergi bila pensyarah Asas Lakon aku tu mengugut bahawa markah akan jadi taruhannya. Dengan hati yang tak ada kerelaannya, harus jugaklah terlibat dalam produksi yang penuh dengan keterpaksaan itu.
                Tapi, nasiblah buat masa sekarang team marketing tak berapa nak busy sangat. Cuma jual-jual makanan dalam produksi sendiri. Itu pun memang habis makanan yang dijual sebab kalau dah balik hostel pukul 2 atau 3 pagi, siapa tak laparkan masa tu? Waktu orang tidur dan siapkan assignment, kami masih lagi berada di SPS.
                Aku pula suka melepak dengan kawan-kawan rapat aku bila tak ada benda yang nak buat. Macam-macam aku dengar rungutan dari mulut classmate aku yang tak pernah puas hati join produksi ni dari awal sehinggalah ke akhirnya. Aku pada awalnya memang tak berapa nak redha, tapi kena jugaklah redha dalam keterpaksaan. Tak nak carry paper lah kononnya. Tengah sedap-sedap aku berborak, datang seorang senior menghampiri kami yang sedang lepak di bawah Dewan Resital.
                “Abang Ikhwan, enda ada kerja ka?” Tegur Dijah.
                “Iya, bang. Bosan kami di sini.” Sampuk Mastura.
Aku? Aku diamlah. Takkan nak menyampuk pula. Itu urusan rumah tangga mereka. Jangan masuk campur. Tapi kejap! Oh, inilah abang Ikhwan yang si Dijah tu selalu merungut. Asal macam tak pernah perasan eh? Memang dia ni wujud ke dalam produksi ni? Tak pernah nampak pun. Tapi, handsome juga abang senior ni. Choii! Sempat lagi aku menilai senior yang terpacak berdiri depan kami.
                “Abang tak ada kerjalah nak bagi kat korang. Lagipun, memang tak ada kerja nak kena buat lagi. Korang lepak-lepaklah dulu.”
                “Nanti macam mana kalau Dr. Andi minta design untuk FOH?” Tanya Mastura pula.
                “Jangan risaulah. Dia takkan minta lagi. Nanti abang bagi kerja kat korang okey.”
                Mereka berdua mengangguk tanda mengerti. Dah macam ayam patuk padi pula aku tengok. Abang Ikhwan beralih ke tempat lain pula. Dia berborak dengan ahli-ahli yang lain kemudian menghilang ke belakang dewan.
                “Jadi, tu lah abang Ikhwan yang jadi leader korang?” Soal aku. Dijah mengangguk.
“Aku takut bha, Nina. Kau bukan enda kenal macam mana Dr. Andi.” Keluh Dijah.
“Sabarlah.” Jawab aku. Konon nak tenangkan hati kawan aku yang tengah gundah gulana dek tak diendahkan oleh suami yang sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang pelakon yang berbakat.
“Jom Nina teman aku ke bengkel belakang dewan tu. Bosan pula aku di sini. Mana tau di bengkel ada kerja yang mahu dibuat.” Saran Dijah.
Aku dan Dijah bergandingan ke bengkel. Selalunya ramai yang akan lepak di bengkel tu untuk siapkan props dan set untuk teater. Aku dan Dijah “parking” di satu meja berhampiran bengkel. Kebetulan di situ ada ketua Dijah yang sedang relax juga. Nampak sangat bahagian FOH ni memang tersangatlah free. Untungnya! Pada saat itu dan waktu yang sama serta untuk pertama kalinya, aku berborak dengan senior ni. Boleh tahan juga ramah tamahnya. Aku sembang jela sebab aku ni pun boleh tahan juga ramahnya. Topik yang diketengahkan pun biasa-biasa je macam pasal study, produksi dan gurau-gurau kosong. Oleh sebab aku dah berborak dengan dia, aku save nama dia dalam otak aku. Kalau tak, jangan haraplah aku kenal siapa jejaka Kelantan yang berwajah manis tu.
 



Suasana dalam Dewan Resital agak bising walaupun jam dah menunjukkan pukul 12 a.m lebih. Ada yang berborak dan tak kurang juga berselfie. Kalau dah suka bergambar ni, memang tak kira tempat dan waktu dan selfie akan menjadi pilihan hati. Aku nampak abang Ikhwan dan Momoi bukan main sakan selfie. Dah macam-macam jenis pose aku tengok mereka buat.
“Sampai hati abang curang dengan saya.” Gurau aku pada abang Ikhwan setelah selesai berselfie dengan kawan-kawan aku yang lain.
“Eh, abang tak curang. Hanya Nina di hati abang.” Balas abang Ikhwan yang turut melayan gurau aku. Dengan gaya “kau selalu di hatiku”, dia tersengih-sengih. Geli hati aku bila tengok respons abg Ikhwan yang sememangnya sporting.
“Sudahlah, bang. Hati saya dah rabak. Sampai hati abang selfie dengan momoi.” Aku pun mula menambah perisa dalam drama “aku bukan untukmu, pergilah dikau” yang baru tercipta beberapa minit yang lalu.
“Hanya Nina di hati abg. Percayalah.”
Boleh tahan berdrama dia ni. Pada akhirnya, sama-sama menghambur ketawa. Alah, aku bukan apa. Sajalah nak bergurau dengan dia. Beranikan diri untuk tegur nanti dikatakan sombong pula. Padahal dah lama aku join produksi ni dengan mereka. Gurauan demi gurauan berlanjutan dari hari ke hari. Tagline yang selalu aku guna, “sudahlah, hati saya dah rabak” dan tagline dia “hanya Nina di hati abang”. Nasiblah dia ni jenis tak take serious sangat apa yang aku cakapkan tu. Biasalah, gurau kan.
Dari hari ke hari aku mula agak rapat dengan dia. Mahu taknya kalau dah jumpa tagline itulah yang akan dijual. Dah macam orang kecewa betullah pula. Disebabkan gurauan tu, mula jugalah rentetan yang seterusnya yang memang tak ada siapa sangka.

 


“Nina, kau tolong tanyakan senior kita. Bolehkah kita apply hostel dalam UMS dengan luar UMS serentak?” Soal Kastri bingung.
Dah banyak kali dia suruh aku tanya senior teater sama ada kami dibenarkan mohon 2 hostel pada masa yang sama. Bukan apa, risau kalau tak dapat hostel dalam kampus tapi sekurang-kurangnya dapat tinggal hostel di luar kawasan kampus. Aku nak beri jawapan pun tak yakin. Sebab masing-masing baru 1st time nak apply hostel. Memikir juga aku, kat siapa aku nak tanya? Lagipun, kami dah tak terlibat dengan produksi lagi. Sekarang minggu untuk final exam pula. Bukan aku tak ada friend di Facebook dengan senior-senior tu. Ada juga walaupun tak ramai. Masalahnya, senior-senior tu bukannya selalu online.
“Nantilah, aku tanyakan dorang kat fb.”
“Kau tanyalah Abe ka atau abang Zul. Kau friend juga kan dengan dorang di fb?”
Aku mengangguk tanda mengiakan.
“Tapi dorang jarang sangat online. Entah bila dorang akan tengok chat aku tu. Sudahlah, tarikh tutup permohonan tak lama lagi.”
“Itulah itu. Risau jugak aku.”
Risau tu memanglah risau. Masalahnya, dekat siapa aku nak mengajukan soalan yang berkaitan dengan kebahagiaan kami ni? Hampir saban hari aku online di Facebook dengan harapan bahawa senior-senior aku akan online. Tapi, hampa. Jadi aku ambil keputusan untuk hantar chat pada abang Ikhwan walaupun perasaan segan tu ada. Biasalah, bukannya aku rapat sangat dengan dia macam aku rapat dengan Abe dan abang Zul. Setakat bergurau kosong tu adalah sikit-sikit. Chat yang aku kirim, dibalasnya. Bermula dari chat pasal hostel, sampailah aku ajak dia keluar untuk tengok wayang di 1Borneo. Dah bosan aku menghadap nota sebenarnya.
Aku minta diri untuk pulang awal daripada abang angkat aku sebab aku dengan dia sama-sama study di library. Kalau bukan permintaan abang aku nak study di library, memang taklah aku nak jejak kaki di situ seorang diri. Selalunya kalau dah start final exam, abang angkat aku mesti akan ajak aku untuk study berjemaah dengan dia sejak aku semester satu lagi. Lagi pun, semester ni adalah semester terakhir dia di UMS. Jadi, permintaan dia aku ikut juga kerana abang angkat aku ni merangkap senior aku cuma kami lain kos dan fakulti.
Pukul 4 p.m menjadi pilihan hati untuk kami bertemu untuk kali pertamanya. Hampir pukul 4 p.m aku mula gerak keluar dan kebetulan terjumpa dengan abang Ikhwan di lampu isyarat berhadapan UMS. Padahal, bukan main lagi aku berjanji nak tunggu dia di area Baskin Robin di dalam 1B tu tapi terjumpa pula dengan dia di simpang lampu isyarat. Jadi, tak perlulah aku buang masa untuk tunggu dia di Baskin Robin tu. Dari petang sehinggalah malam pun mengetuk dada langit barulah kami balik. Itu pun belum puas lagi berjumpa kami berborak di Whatsapp.
Kalau dah nama suka bergurau tu, memang akan bergurau tak kisahlah tentang apa pun sampaikan tentang ajak couple pun aku boleh ajak bergurau. Abang Ikhwan ni pun melayan je kerjanya. Dari caranya, dia green light je dengan gurau aku yang entah apa-apa tu. Aku sebenarnya tak adalah ambil kisah sangat sebab kami cuma bergurau je dan masing-masing tak ada niat untuk couple dengan serius. Hati siapa tak berbunga riang kalau dah menggatal macam tu lepas tu dapat pula respons yang memberangsangkan lagi lah berbunga hati aku ni. Secara automatik bunga di hati aku ni bertukar jadi taman bunga. Gila dasyat!
Lepas dari hari kami jumpa tu, aku ingat dia pun dah lupalah segala gurau aku yang terhegeh-hegeh nak jadi special one dalam hidup dia. Tak sangka pula, dia boleh panggil aku “yunk” masa dia kirim mesej di Whatsapp. Rasa nak pitam aku dibuatnya gara-gara terkejut. Nasib aku masih sihat lagi masa baca mesej dia. Syukur.
Sebelum dia balik semenanjung adalah juga 2 kali aku keluar jumpa dengan dia bagi menghabiskan sisa waktu yang ada. Aku pula, dah habis exam tak dapat nak balik semenanjung lagi disebabkan beli tiket flight lambat. Hujung bulan 6 baru tarikh flight aku pulang ke semenanjung. Abang Ikhwan dah lama fly balik negeri dia tu. Sebenarnya aku tak berharap pun dengan abang Ikhwan tu sebabnya dulu tu aku cuma bergurau je dengan dia. Lagipun, aku dan dia bukan satu negeri pun di semenanjung tu. Dia di Pantai Timur, aku pula di bahagian utara semenanjung. Apa yang pasti aku cuma anggap hubungan kami sekadar gurauan semata-mata dan takkan ada yang serius.
Walaupun kami dah tak dapat jumpa, Whatsapp tu semestinya menjadi penghubung antara kami walaupun bukan tiap hari. Aku dial nombornya kerana dah rasa bosanlah pula asyik menaip je. Nak juga berborak. Panggilan aku di sambut. Tak ada apa sangat yang dibualkan melainkan berbual kosong dan diselang seli dengan gelak ketawa.
 “Nina ,I love you....I love you so much...Kito saye demo... Saranghaeyo...Wo i ni...Saya cintakan awak...I miss you...”
Terkedu aku dibuatnya bila dia luahkan perasaan macam tu. Tapi aku cuba cool kan diri. Kalau dia tengok muka aku waktu ni mesti dia ketawa. Mahu taknya, kalau aku dah rasa muka aku ni dah tak ada darah lagi yang mengalir. Pucat! Berani betul dia ni main-main feeling love pula dengan aku. Aku pula tak ada kekuatan nak membalas. Bukan apa, kalau perasaan tu aku tak rasa kat hati ni susah sikit aku nak luahkan. Makin aku tak peduli, makin sakan dia confess. Malu aku rasa! Dia ni tak ada malu ke cakap aku macam tu? Ke sweet talker ni? Risau pula aku rasa. Aku malas nak terbuai-buai sangat. Karang kalau jatuh, sakit rasanya oit!
 



                Dia tak pernah henti menyakinkan aku bahawa sememangnya yang dia telah pun jatuh cinta pada aku. Aku pula tak sangka semudah tu dia boleh cintakan aku. Sedangkan kami couple ni pun tak dirancang. Bukannya ada niat kat hati nak declare ke apa. Cuma hanya dengan gurauan je aku couple main-main dengan dia. Akhirnya dia yang terlajak sukakan aku. Berkali-kali dia raih kepercayaan aku supaya aku percaya yang memang dia sukakan aku dan inginkan hubungan yang lebih serius.
                Memang awalnya aku kurang yakin dengan apa yang Ikhwan ucapkan pada aku. Tapi, aku cuba dapatkan kepercayaan tu dengan berdoa pada Tuhan supaya tunjukkan jalan yang benar jika dia memang ikhlas dengan aku. Makin lama, aku pula makin sayang padanya. Tapi satu jela masalahnya, kami jauh! Nak jumpa bukan main susah lagi. Alahai, dah kenapalah kita ni tak tinggal sekampung ke setaman ke? Kalau tak, dapat jugalah aku keluar dating dengan dia.
                Hari konvokesyen jela aku dapat jumpa dia. Itupun jumpa di Sabah dan mungkin tak lama. Masa yang kami tunggu akhirnya tiba. Gembira tu tak payahlah cakap macam mana. Nak je aku buat pengumuman yang buah hati aku selama 5 bulan tak jumpa datang ke Sabah. Dek kerana waras, aku tak buat lagilah kerja gila tu.
                Selama sepanjang 10 hari dia di Sabah, kami keluar bersama walaupun tak selalu kerana aku busy dengan projek wartawan aku. Jadi, bila ada masa yang terluang aku akan dating dengan buah hati merangkap senior aku suatu ketika dulu. Tapi, itu dulu sekarang dah jadi orang yang paling aku sayang. Kalau dulu, aku langsung tak kenal dia. Jangan kata namanya, bayang-bayang dia pun aku tak kenal dan tak hairan langsung pun kalau dia mundar mandir depan aku.
                Demi nak nak menunjukkan bahawa dia serius dengan aku, aku di bawa jumpa mak dan ayah dia. Okeylah tu kan kalau aku nak buat dia calon suami sebab dia dah tunjukkan tanda-tanda yang dia memang serius dengan aku. Semakin hari semakin dekat dia nak pulang ke bumi semenanjung. Sedih betul aku dibuatnya. Macam-macam aku fikir macam mana kalau aku tak dapat jumpa dia lagi dan macam mana aku nak teruskan hari-aku lepas ni bila dia dah tak ada depan mata aku. Argh! Berat nanang!
                Sebelum dia pulang ke Kelantan esok pagi dan tinggalkan aku di Sabah, aku overnight dengan dia. Konon nak luangkan masa untuk kali terakhir. Dalam melayan perasaan masing-masing menanti siang menjelma, dia memegang tangan aku. Terkejut aku. Nasiblah aku tak tertumbuk muka dia ke apa. Karang tak pasal-pasal ada yang lebam di muka bila balik semenanjung. Tangan aku digenggam erat seperti seerat kening aku yang hampir bertaut. Dah kenapa pula ni? Janganlah buang tabiat pula pagi-pagi macam ni.
                “Abang sayang Nina sangat-sangat. Tak ada perempuan lain yang abang sayang macam mana abang sayang Nina. Abang nak minta maaf sebab abang terlanjur mencintai Nina. Tolong jangan tinggalkan abang.”
                Pang! Rasa macam satu panah masuk tepat kena kat hati aku. Sentap aku bila dengar dia luah perasaan macam tu. Menusuk kalbu yang paling dalam tu. Hampir je air mata aku nak menitis. Oleh sebab aku masih gentlewoman, aku tahan juga.
                “Nina pun sayangkan abang. Terima kasih sebab sudi sayangkan Nina. Nina tak pandai nak confess face to face macam ni. Tapi, Nina nak abang tahu hanya abang yang Nina sayang. Tak ada orang lain. In Shaa Allah.”
                “Terima kasih yunk sebab sudi terima abang. Abang janji akan selalu bahagiakan Nina.”Luahnya.
Mata dia tidak lari daripada terus menatap mata aku. Aku pula yang gelisah. Tinggal berapa jam lagi dia akan tinggalkan aku. Kemudian, dia menghantar aku pulang ke hostel. Di dalam kereta, aku nampak wajah sugulnya tanda tidak merelakan perpisahan antara kami. Tapi aku cuba kuat. Sebelum aku langkah keluar, sempat lagi aku berpesan.
“Jaga hati abang untuk Nina.” Hidung mancungnya aku cuit. Ikhwan mengangguk.
“Abang janji akan jaga hati abang hanya untuk Nina.”

Aku senyum. Kaki kiri aku mula melangkah keluar dari kereta. Aku terus melangkah tanpa memandang dia kerana aku tak sanggup untuk melihat dia pergi dan aku tak tahu bila lagi wajah itu dapat aku pandang. Aku mengheret langkah aku menaiki tangga satu persatu dan dalam genggaman aku ada hadiah teddy bear pemberiannya dan tanpa aku sedar setitis air mata mengalir di pipi. I will love and miss you, yayang... That’s my promise.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan