“ Aku bosan bha
Nina. Enda ada kerja mau dibuat. Risau juga aku kalau Dr.Andi mau tengok hasil
kerja untuk FOH.”
Keluh Khadijah
dengan muka yang berkerut. Risaulah tu. Mahu tak risaunya kalau penyarah garang
macam singa yang kelaparan bertahun-tahun tak makan. Memanglah menakutkan!
Semua student akan menggigil lutut
bila sebut nama pensyarah tu apatah lagi dengar derapan kasutnya.
“Alah... Kau
jumpalah ketua kau tu. Tanya dia ada job
tak yang nak dibuat.” Saran aku dalam memberikan idea yang mungkin agak bernas
dan mungkin juga agak lapuk. Mahu taknya kalau itu je yang selalu aku cakap
benda yang sama bila si Dijah ni mengadu kat aku.
“Sudah bha,
Nina. Tapi dia bilang enda ada kerja yang mahu dia buat masa sekarang. Ada
jugak dia suruh aku lukis design FOH. Itu pun sekali tuk jak lahh.” Rungutnya.
Alahai, kesian
pula aku tengok muka risau dia ni. Yang aku pula hampir-hampir gila bila banyak
kerja yang nak dibuat. Almaklumlah, aku ni kan bahagian marketing. Jadi, memang banyak target yang perlu dicapai bagi
mencapai jumlah wang yang banyak. Kalau boleh jual produk tu biar sampai jadi
jutawan.
“Siapa nama
ketua kau tu?”
“Abang Ikhwan.”
“Yang mana satu
eh?”
Aku mula
mengerutkan kening. Biasalah, aku bukan kenal habis pun senior-senior yang
terlibat dalam projek akhir tahun 3 ni. Kalau yang peramah tu aku agak
kenallah. Tapi kalau dah senyap macam semut berjalan, sah-sah aku tak kenal.
Lagipun, aku baru je terlibat
produksi ni selepas aku keluar dari produksi pensyarah aku yang satu lagi iaitu
En. Shah.
“Ada
bha yang berlakon watak pondan & konco-konco tuh.”
Aku
menggaru-garu kepala yang tak gatal. Yang mana satu pulak ni? Otak aku ligat
untuk mengingati wajah-wajah watak pelakon Teater Vito il Mafioso. Seriously, memang aku tak ingat walaupun
teater tu dah banyak kali aku tengok. Pada akhirnya, senyuman sumbing aku
terkeluar juga gara-gara tak dapat nak ingat wajah abang Ikhwan tu.
“Nanti aku
tunjukkan dekat kau mana satu dia tu.”
Aku mengangguk. Nak juga aku
tengok ketua FOH yang sangat baik hati sampaikan
kawan-kawan aku langsung tak ada kerja nak dibuat. Boleh tak kalau aku apply jadi rakyat di bawah naungannya?
Walaupun
badan aku terasa letih sangat-sangat, namun aku kena jugak pergi ke Sekolah
Pengajian Seni (SPS) iaitu fakulti tempat aku belajar kat UMS ni. Hampir setiap
malam aku dan classmate aku yang lain diwajibkan untuk tolong pelajar senior
tahun akhir major teater bagi menyiapkan projek akhir mereka di samping ada show yang mereka akan pentaskan. Mahu
atau tak, kenalah juga pergi bila pensyarah Asas Lakon aku tu mengugut bahawa
markah akan jadi taruhannya. Dengan hati yang tak ada kerelaannya, harus
jugaklah terlibat dalam produksi yang penuh dengan keterpaksaan itu.
Tapi,
nasiblah buat masa sekarang team
marketing tak berapa nak busy sangat. Cuma jual-jual makanan dalam produksi
sendiri. Itu pun memang habis makanan yang dijual sebab kalau dah balik hostel
pukul 2 atau 3 pagi, siapa tak laparkan masa tu? Waktu orang tidur dan siapkan assignment, kami masih lagi berada di
SPS.
Aku
pula suka melepak dengan kawan-kawan rapat aku bila tak ada benda yang nak
buat. Macam-macam aku dengar rungutan dari mulut classmate aku yang tak pernah puas hati join produksi ni dari awal
sehinggalah ke akhirnya. Aku pada awalnya memang tak berapa nak redha, tapi
kena jugaklah redha dalam keterpaksaan. Tak nak carry paper lah kononnya. Tengah sedap-sedap aku berborak, datang
seorang senior menghampiri kami yang sedang lepak di bawah Dewan Resital.
“Abang
Ikhwan, enda ada kerja ka?” Tegur Dijah.
“Iya,
bang. Bosan kami di sini.” Sampuk Mastura.
Aku? Aku diamlah. Takkan nak
menyampuk pula. Itu urusan rumah tangga mereka. Jangan masuk campur. Tapi
kejap! Oh, inilah abang Ikhwan yang si Dijah tu selalu merungut. Asal macam tak
pernah perasan eh? Memang dia ni wujud ke dalam produksi ni? Tak pernah nampak
pun. Tapi, handsome juga abang senior
ni. Choii! Sempat lagi aku menilai senior yang terpacak berdiri depan kami.
“Abang
tak ada kerjalah nak bagi kat korang. Lagipun, memang tak ada kerja nak kena
buat lagi. Korang lepak-lepaklah dulu.”
“Nanti
macam mana kalau Dr. Andi minta design untuk
FOH?” Tanya Mastura pula.
“Jangan
risaulah. Dia takkan minta lagi. Nanti abang bagi kerja kat korang okey.”
Mereka
berdua mengangguk tanda mengerti. Dah macam ayam patuk padi pula aku tengok.
Abang Ikhwan beralih ke tempat lain pula. Dia berborak dengan ahli-ahli yang
lain kemudian menghilang ke belakang dewan.
“Jadi,
tu lah abang Ikhwan yang jadi leader
korang?” Soal aku. Dijah mengangguk.
“Aku takut bha,
Nina. Kau bukan enda kenal macam mana Dr. Andi.” Keluh Dijah.
“Sabarlah.”
Jawab aku. Konon nak tenangkan hati kawan aku yang tengah gundah gulana dek tak
diendahkan oleh suami yang sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang pelakon yang
berbakat.
“Jom Nina teman
aku ke bengkel belakang dewan tu. Bosan pula aku di sini. Mana tau di bengkel
ada kerja yang mahu dibuat.” Saran Dijah.
Aku dan Dijah
bergandingan ke bengkel. Selalunya ramai yang akan lepak di bengkel tu untuk
siapkan props dan set untuk teater. Aku dan Dijah “parking” di satu meja berhampiran bengkel. Kebetulan di situ ada
ketua Dijah yang sedang relax juga.
Nampak sangat bahagian FOH ni memang tersangatlah free. Untungnya! Pada saat itu dan waktu yang sama serta untuk
pertama kalinya, aku berborak dengan senior ni. Boleh tahan juga ramah
tamahnya. Aku sembang jela sebab aku ni pun boleh tahan juga ramahnya. Topik
yang diketengahkan pun biasa-biasa je macam pasal study, produksi dan gurau-gurau kosong. Oleh sebab aku dah berborak
dengan dia, aku save nama dia dalam
otak aku. Kalau tak, jangan haraplah aku kenal siapa jejaka Kelantan yang
berwajah manis tu.
Suasana dalam
Dewan Resital agak bising walaupun jam dah menunjukkan pukul 12 a.m lebih. Ada
yang berborak dan tak kurang juga berselfie. Kalau dah suka bergambar ni,
memang tak kira tempat dan waktu dan selfie akan menjadi pilihan hati. Aku
nampak abang Ikhwan dan Momoi bukan main sakan selfie. Dah macam-macam jenis pose aku tengok mereka buat.
“Sampai hati
abang curang dengan saya.” Gurau aku pada abang Ikhwan setelah selesai
berselfie dengan kawan-kawan aku yang lain.
“Eh, abang tak
curang. Hanya Nina di hati abang.” Balas abang Ikhwan yang turut melayan gurau
aku. Dengan gaya “kau selalu di hatiku”, dia tersengih-sengih. Geli hati aku
bila tengok respons abg Ikhwan yang
sememangnya sporting.
“Sudahlah, bang.
Hati saya dah rabak. Sampai hati abang selfie dengan momoi.” Aku pun mula
menambah perisa dalam drama “aku bukan untukmu, pergilah dikau” yang baru
tercipta beberapa minit yang lalu.
“Hanya Nina di
hati abg. Percayalah.”
Boleh tahan
berdrama dia ni. Pada akhirnya, sama-sama menghambur ketawa. Alah, aku bukan
apa. Sajalah nak bergurau dengan dia. Beranikan diri untuk tegur nanti
dikatakan sombong pula. Padahal dah lama aku join produksi ni dengan mereka.
Gurauan demi gurauan berlanjutan dari hari ke hari. Tagline yang selalu aku guna, “sudahlah, hati saya dah rabak” dan tagline dia “hanya Nina di hati abang”.
Nasiblah dia ni jenis tak take serious
sangat apa yang aku cakapkan tu. Biasalah, gurau kan.
Dari hari ke
hari aku mula agak rapat dengan dia. Mahu taknya kalau dah jumpa tagline itulah yang akan dijual. Dah
macam orang kecewa betullah pula. Disebabkan gurauan tu, mula jugalah rentetan
yang seterusnya yang memang tak ada siapa sangka.
“Nina, kau tolong
tanyakan senior kita. Bolehkah kita apply
hostel dalam UMS dengan luar UMS serentak?” Soal Kastri bingung.
Dah banyak kali
dia suruh aku tanya senior teater sama ada kami dibenarkan mohon 2 hostel pada
masa yang sama. Bukan apa, risau kalau tak dapat hostel dalam kampus tapi
sekurang-kurangnya dapat tinggal hostel di luar kawasan kampus. Aku nak beri
jawapan pun tak yakin. Sebab masing-masing baru 1st time nak apply
hostel. Memikir juga aku, kat siapa aku nak tanya? Lagipun, kami dah tak
terlibat dengan produksi lagi. Sekarang minggu untuk final exam pula. Bukan aku tak ada friend di Facebook dengan
senior-senior tu. Ada juga walaupun tak ramai. Masalahnya, senior-senior tu
bukannya selalu online.
“Nantilah, aku
tanyakan dorang kat fb.”
“Kau tanyalah
Abe ka atau abang Zul. Kau friend juga
kan dengan dorang di fb?”
Aku mengangguk
tanda mengiakan.
“Tapi dorang
jarang sangat online. Entah bila
dorang akan tengok chat aku tu. Sudahlah, tarikh tutup permohonan tak lama
lagi.”
“Itulah itu.
Risau jugak aku.”
Risau tu
memanglah risau. Masalahnya, dekat siapa aku nak mengajukan soalan yang
berkaitan dengan kebahagiaan kami ni? Hampir saban hari aku online di Facebook dengan harapan bahawa senior-senior aku akan online. Tapi, hampa. Jadi aku ambil
keputusan untuk hantar chat pada abang Ikhwan walaupun perasaan segan tu ada.
Biasalah, bukannya aku rapat sangat dengan dia macam aku rapat dengan Abe dan
abang Zul. Setakat bergurau kosong tu adalah sikit-sikit. Chat yang aku kirim,
dibalasnya. Bermula dari chat pasal hostel, sampailah aku ajak dia keluar untuk
tengok wayang di 1Borneo. Dah bosan aku menghadap nota sebenarnya.
Aku minta diri
untuk pulang awal daripada abang angkat aku sebab aku dengan dia sama-sama study di library. Kalau bukan permintaan abang aku nak study di library, memang
taklah aku nak jejak kaki di situ seorang diri. Selalunya kalau dah start final exam, abang angkat aku mesti
akan ajak aku untuk study berjemaah
dengan dia sejak aku semester satu lagi. Lagi pun, semester ni adalah semester
terakhir dia di UMS. Jadi, permintaan dia aku ikut juga kerana abang angkat aku
ni merangkap senior aku cuma kami lain kos dan fakulti.
Pukul 4 p.m
menjadi pilihan hati untuk kami bertemu untuk kali pertamanya. Hampir pukul 4 p.m
aku mula gerak keluar dan kebetulan terjumpa dengan abang Ikhwan di lampu
isyarat berhadapan UMS. Padahal, bukan main lagi aku berjanji nak tunggu dia
di area Baskin Robin di dalam 1B tu tapi terjumpa pula dengan dia di simpang
lampu isyarat. Jadi, tak perlulah aku buang masa untuk tunggu dia di Baskin
Robin tu. Dari petang sehinggalah malam pun mengetuk dada langit barulah kami
balik. Itu pun belum puas lagi berjumpa kami berborak di Whatsapp.
Kalau dah nama
suka bergurau tu, memang akan bergurau tak kisahlah tentang apa pun sampaikan
tentang ajak couple pun aku boleh
ajak bergurau. Abang Ikhwan ni pun melayan je kerjanya. Dari caranya, dia green light je dengan gurau aku yang
entah apa-apa tu. Aku sebenarnya tak adalah ambil kisah sangat sebab kami cuma
bergurau je dan masing-masing tak ada niat untuk couple dengan serius. Hati siapa tak berbunga riang kalau dah
menggatal macam tu lepas tu dapat pula respons
yang memberangsangkan lagi lah berbunga hati aku ni. Secara automatik bunga di
hati aku ni bertukar jadi taman bunga. Gila dasyat!
Lepas dari hari
kami jumpa tu, aku ingat dia pun dah lupalah segala gurau aku yang
terhegeh-hegeh nak jadi special one
dalam hidup dia. Tak sangka pula, dia boleh panggil aku “yunk” masa dia kirim
mesej di Whatsapp. Rasa nak pitam aku
dibuatnya gara-gara terkejut. Nasib aku masih sihat lagi masa baca mesej dia.
Syukur.
Sebelum dia
balik semenanjung adalah juga 2 kali aku keluar jumpa dengan dia bagi
menghabiskan sisa waktu yang ada. Aku pula, dah habis exam tak dapat nak balik semenanjung lagi disebabkan beli tiket flight lambat. Hujung bulan 6 baru
tarikh flight aku pulang ke
semenanjung. Abang Ikhwan dah lama fly
balik negeri dia tu. Sebenarnya aku tak berharap pun dengan abang Ikhwan tu
sebabnya dulu tu aku cuma bergurau je dengan dia. Lagipun, aku dan dia bukan
satu negeri pun di semenanjung tu. Dia di Pantai Timur, aku pula di bahagian
utara semenanjung. Apa yang pasti aku cuma anggap hubungan kami sekadar gurauan
semata-mata dan takkan ada yang serius.
Walaupun kami
dah tak dapat jumpa, Whatsapp tu
semestinya menjadi penghubung antara kami walaupun bukan tiap hari. Aku dial
nombornya kerana dah rasa bosanlah pula asyik menaip je. Nak juga berborak.
Panggilan aku di sambut. Tak ada apa sangat yang dibualkan melainkan berbual
kosong dan diselang seli dengan gelak ketawa.
“Nina ,I
love you....I love you so much...Kito
saye demo... Saranghaeyo...Wo i ni...Saya cintakan awak...I miss you...”
Terkedu
aku dibuatnya bila dia luahkan perasaan macam tu. Tapi aku cuba cool kan diri. Kalau dia tengok muka aku
waktu ni mesti dia ketawa. Mahu taknya, kalau aku dah rasa muka aku ni dah tak
ada darah lagi yang mengalir. Pucat! Berani betul dia ni main-main feeling love pula dengan aku. Aku pula
tak ada kekuatan nak membalas. Bukan apa, kalau perasaan tu aku tak rasa kat
hati ni susah sikit aku nak luahkan. Makin aku tak peduli, makin sakan dia confess. Malu aku rasa! Dia ni tak ada
malu ke cakap aku macam tu? Ke sweet
talker ni? Risau pula aku rasa. Aku malas nak terbuai-buai sangat. Karang
kalau jatuh, sakit rasanya oit!
Dia
tak pernah henti menyakinkan aku bahawa sememangnya yang dia telah pun jatuh
cinta pada aku. Aku pula tak sangka semudah tu dia boleh cintakan aku.
Sedangkan kami couple ni pun tak
dirancang. Bukannya ada niat kat hati nak declare
ke apa. Cuma hanya dengan gurauan je aku couple
main-main dengan dia. Akhirnya dia yang terlajak sukakan aku. Berkali-kali dia
raih kepercayaan aku supaya aku percaya yang memang dia sukakan aku dan
inginkan hubungan yang lebih serius.
Memang
awalnya aku kurang yakin dengan apa yang Ikhwan ucapkan pada aku. Tapi, aku
cuba dapatkan kepercayaan tu dengan berdoa pada Tuhan supaya tunjukkan jalan
yang benar jika dia memang ikhlas dengan aku. Makin lama, aku pula makin sayang
padanya. Tapi satu jela masalahnya, kami jauh! Nak jumpa bukan main susah lagi.
Alahai, dah kenapalah kita ni tak tinggal sekampung ke setaman ke? Kalau tak,
dapat jugalah aku keluar dating
dengan dia.
Hari
konvokesyen jela aku dapat jumpa dia. Itupun jumpa di Sabah dan mungkin tak
lama. Masa yang kami tunggu akhirnya tiba. Gembira tu tak payahlah cakap macam
mana. Nak je aku buat pengumuman yang buah hati aku selama 5 bulan tak jumpa
datang ke Sabah. Dek kerana waras, aku tak buat lagilah kerja gila tu.
Selama
sepanjang 10 hari dia di Sabah, kami keluar bersama walaupun tak selalu kerana
aku busy dengan projek wartawan aku.
Jadi, bila ada masa yang terluang aku akan dating
dengan buah hati merangkap senior aku suatu ketika dulu. Tapi, itu dulu
sekarang dah jadi orang yang paling aku sayang. Kalau dulu, aku langsung tak
kenal dia. Jangan kata namanya, bayang-bayang dia pun aku tak kenal dan tak
hairan langsung pun kalau dia mundar mandir depan aku.
Demi
nak nak menunjukkan bahawa dia serius dengan aku, aku di bawa jumpa mak dan
ayah dia. Okeylah tu kan kalau aku nak buat dia calon suami sebab dia dah
tunjukkan tanda-tanda yang dia memang serius dengan aku. Semakin hari semakin
dekat dia nak pulang ke bumi semenanjung. Sedih betul aku dibuatnya.
Macam-macam aku fikir macam mana kalau aku tak dapat jumpa dia lagi dan macam
mana aku nak teruskan hari-aku lepas ni bila dia dah tak ada depan mata aku.
Argh! Berat nanang!
Sebelum
dia pulang ke Kelantan esok pagi dan tinggalkan aku di Sabah, aku overnight dengan dia. Konon nak luangkan
masa untuk kali terakhir. Dalam melayan perasaan masing-masing menanti siang
menjelma, dia memegang tangan aku. Terkejut aku. Nasiblah aku tak tertumbuk
muka dia ke apa. Karang tak pasal-pasal ada yang lebam di muka bila balik
semenanjung. Tangan aku digenggam erat seperti seerat kening aku yang hampir
bertaut. Dah kenapa pula ni? Janganlah buang tabiat pula pagi-pagi macam ni.
“Abang
sayang Nina sangat-sangat. Tak ada perempuan lain yang abang sayang macam mana
abang sayang Nina. Abang nak minta maaf sebab abang terlanjur mencintai Nina.
Tolong jangan tinggalkan abang.”
Pang!
Rasa macam satu panah masuk tepat kena kat hati aku. Sentap aku bila dengar dia
luah perasaan macam tu. Menusuk kalbu yang paling dalam tu. Hampir je air mata
aku nak menitis. Oleh sebab aku masih gentlewoman,
aku tahan juga.
“Nina
pun sayangkan abang. Terima kasih sebab sudi sayangkan Nina. Nina tak pandai
nak confess face to face macam ni.
Tapi, Nina nak abang tahu hanya abang yang Nina sayang. Tak ada orang lain. In Shaa Allah.”
“Terima
kasih yunk sebab sudi terima abang. Abang janji akan selalu bahagiakan
Nina.”Luahnya.
Mata dia
tidak lari daripada terus menatap mata aku. Aku pula yang gelisah. Tinggal
berapa jam lagi dia akan tinggalkan aku. Kemudian, dia menghantar aku pulang ke
hostel. Di dalam kereta, aku nampak wajah sugulnya tanda tidak merelakan
perpisahan antara kami. Tapi aku cuba kuat. Sebelum aku langkah keluar, sempat
lagi aku berpesan.
“Jaga hati
abang untuk Nina.” Hidung mancungnya aku cuit. Ikhwan mengangguk.
“Abang
janji akan jaga hati abang hanya untuk Nina.”
Aku senyum. Kaki kiri aku mula
melangkah keluar dari kereta. Aku terus melangkah tanpa memandang dia kerana
aku tak sanggup untuk melihat dia pergi dan aku tak tahu bila lagi wajah itu
dapat aku pandang. Aku mengheret langkah aku menaiki tangga satu persatu dan
dalam genggaman aku ada hadiah teddy bear
pemberiannya dan tanpa aku sedar setitis air mata mengalir di pipi. I will love and miss you, yayang... That’s my promise.