Jika hari ini hari terakhir aku menaip di sini...
Maafkan segala salah dan silap yang pernah aku lakukan sama ada aku menyedarinya ataupun tidak. Kerana aku juga insan seperti kalian yang tak pernah terlepas daripada kekhilafan..
Jika hari ini hari terakhir aku bernafas...
Aku ingin memberitahu kalian bahawa kalian adalah insan yang terindah dalam hidup aku. Tanpa kalian, aku tidak mengenal erti kehidupan yang sebenar. Kerana kalianlah aku belajar erti dewasa dan berjuang untuk terus membahagiakan kalian meskipun sebentar.
Jika hari ini hari terakhir aku mampu berkata-kata...
Aku ingin meluahkan bahawa aku terlalu menyayangi kalian. Maafkan aku jika aku tak mampu untuk terus bersama di sisi kalian untuk selamanya. Tapi, aku selalu berdoa bahawa kita akan dipertemukan kelak di dunia sana. Jadi, kita takkan pernah terpisah lagi.
Jika hari ini hari terakhir aku dapat menghubungi kalian...
Aku tidak mahu kalian berasa sedih setelah pemergian aku kelak. Aku mahu menghabiskan sisa-sisa hidupku bersama kalian yang aku cintai sepanjang pernafasan ini. Aku mahu kalian tahu bahawa sememangnya aku tidak akan rela perpisahan yang terjadi kerana aku tidak pernah puas bersama kalian.
Seandainya hari esok tiada lagi untukku...
Aku ingin kalian tahu bahawa aku terlalu sangat bahagia bersama kalian. Aku terlau mencintai kalian. Pejamnya mata aku untuk hari esok tak bermakna kasih sayang ini tiada lagi buat kalian. Aku juga berharap, jika jasad ini membeku kaku janganlah kalian lupakan aku, kenangan kita dan doakan untuk aku, supaya urusan aku di sana dipermudahkan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan