Masa Chiq Neyna banyak dihabiskan di kampus maklumlah student kan. Tapi, student pun ada life jugak macam manusia luar sana dan mungkin sedikit berbeza sikit lahh kan. Tahun 2014 terlalu banyak kenangan yang telah pun terpalit dalam diari hidup Chiq Neyna. Salah satunya bermula dari sebuah perhubungan yang terindah sehinggalah bersusah payah bersama rakan-rakan seperjuangan.
Sepanjang bergelar pelajar di UMS, banyak perkara yang mengajar Chiq Neyna untuk berdikari dan berfikiran lebih profesional. Kalau nak diceritakan memang takkan habis. Pahit getir yang dilalui itu adalah sebenarnya kenangan manis apabila kita telah pun lalui semua itu. Macam-macam karenah yang terpaksa kita terima pabila ada rakan kumpulan kita yang 'kureng' sikit. Tapi, semua itu mampu diselesaikan dengan baik dengan adanya toleransi antara ahli kumpulan.
Munculnya tahun 2015, sekumpulan wartawan Coretan Pena mengambil keputusan untuk buat BBQ setelah penat lelah bersama-sama dalam menyiapkan surat khabar sendiri yang diberi nama Detik Kampus. Sebenarnya projek kewartawan ini adalah projek akhir kami dalam kursus Penulisan Media. So, ahli kumpulan Chiq Neyna seramai 12 orang bertungkus lumus serta bekerjasama dalam melaksanakan projek. Bukan mudah menjadi seorang wartawan kerana terlalu banyak halangan yang terpaksa ditempuhi namun semua itu kami tempuhi dengan sabar. Alhamdulillah semuanya telah dipermudahkan.
Chiq Neyna malas nak story panjang-panjang sebab uols akan skip ayat yang panjang berjela tu. So that, Chiq Neyna nak share gambar yang sempat diambil sepanjang Chiq Neyna berada di Sabah.
Biarlah gambar berbicara...
Classmate Chiq Neyna
Sewaktu perbentangan surat khabar Detik Kampus
Program Kokum iaitu Baktisiswa
Inilah group Coretan Pena yang menyambut tahun baru (2015) dengan buat BBQ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan