Halaman

Isnin, 5 Januari 2015

All About Him

   Dialah sahabat .Dialah kawan. Dialah keluarga dan dia jugaklah kekasih hati. Dialah segala-galanya. Cuma dia..Hanya dia yang mampu memberikan aku sejuta senyuman yang takkan mungkin pernah pudar. Kerana apa? Kerana hanya dia yang aku sayang. Sayang ini akan sentiasa ada hingga hujung nyawa. In Shaa Allah...

   Masa akan terasa terlalu singkat bila waktu diluangkan masa bersama. Putaran bumi terasa begitu cepat berputar di atas paksinya. Dan akhir sekali membuatkan aku dan dia terpaksa berpisah. Masa mencemburui kami .Ya...

   Kehadiran dia memberi aku sejuta warna yang kembali mewarnai kanvas kehidupan aku yang kian malap. Aku takkan pernah jemu untuk selalu bersamanya kerana hanya dia tahu bagaimana untuk membuat aku bahagia. Cuma dia pemegang kunci hati aku. Jadi, tiada orang lain yang dapat membahagiakan aku melainkan lelaki itu.

   Perhubungan yang tercipta telah pun direstui keluarga buatkan aku rasa lebih yakin. Aku tahu, dengan restu itu pasti ayahanda aku menyerahkan keputusan kepada aku untuk memilih yang terbaik dan mampu membahagiakan aku. Di samping syarat yang telah ayahanda tetapkan ,aku yakin dia mampu. Mampu membimbing aku ke jalan-Nya dan menggalas amanah yang ayahanda aku berikan setelah tanggungjawabnya selesai kelak.

   Di sebalik senyum tawa aku, ada bayangan dia. Di sebalik jatuh dan bangun aku, adanya dia memberi sejuta sokongan. Disebalik tangisan aku, wujudnya dia menepis segala kedukaan itu. Aku berharap saat jasad ini terbaring kaku, dia ada di sisi aku bersama ayat-ayat suci yang akan mengiringi pemergian aku untuk selamanya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan