Manusia itu tidak akan pernah sempurna sifatnya kerana tiada manusia yang sempurna. Dalam kelebihan ada kekurangan dalam dirinya. Kita bukan nabi yang mempunyai sifat yang mulia. Kita hanya insan biasa yang banyak kekurangan berbanding kelebihan. Biarlah kita cacat di mata manusia tapi bukan di mata Allah.
Selagi bergelar manusia. insan ini takkan pernah lepas cuba untuk mencari kesalahan orang lain, Sebaik manapun kita pasti ada kekurangan yang tersembunyi. Biarlah mereka mengumpat dan mengeji kita kerana hanya Allah yang menilai kita.
Ada suatu saat kita terasa lemah kerana kita cuba melakukan dan yang terbaik tapi ianya tak dihargai. Jangan bersedih hati, tekapkan tangan pada dada dan katalah "Allah selalu ada bersamaku". Yakinlah kerana saat kita berasa diri kita tak mampu menjadi yang terbaik untuk orang lain, kita sudahpun berusaha keras untuk membahagiakan mereka dan berserahlah segala urusan kepada-Nya.
Bukan semua manusia lahir dapat membaca isi hati orang lain seterusnya memahami orang-orang disekelilingnya kerana batasan manusia tidak sampai ke tahap itu. Jadi, maafkanlah mereka yang tidak sengaja menyakiti kita kerana mungkin kita juga pernah menyakiti mereka tanpa kita sedar. Memaafkan itu perlu kerana itu mampu menenangkan hati kita meskipun kita tidak semestinya menerima apa yang telah berlaku.
Kerana manusia itu lemah maka ia akan selalu melakukan kesilapan dan kerana manusia itu lemah adanya tuhan untuk memaafkan dan membimbing hamba-Nya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan