Kehancuran sebuah hubungan kadangkala disebabkan munculnya orang ketiga dalam sesebuah hubungan. Ada insan lain yang turut peduli dengan pasangan kita dan itu mampu membuatkan hati seseorang itu mudah berubah. Apatah lagi jika pasangan tersebut teripsah dengan jarak yang jauh dan menyukarkan mereka untuk selalu bertemu.
Especially girls lahh yang mudah berubah hati jika ada lelaki lain yang caring dengan dia. Hatinya akan sedikit goyah walaupun mereka sendiri telah pun mempunyai insan yang teristimewa di hati. Ini kerana perempuan mempunyai hati yang lembut dan mudah tersentuh hati. Walaupun begitu, lelaki juga sebenarnya mempunyai hatiyang lembut walaupun pada luarannya mereka nampak tegas.
Sebaiknya, cuba elakkan daripada rapat dengan orang yang peduli dengan kita. Maksudnya pedulinya lebih daripada seorang kawan kerana orang tuh mungkin menyimpan perasaan suka terhadap kita. Ini yang bahaya kalau kita rapat dan tak jaga batasan antara kita dengan kawan kita tuh. Sebab kadang-kadang, hati kita boleh 'tersungkur' kalau kita terus melayan perasaannya.
Sebab itulah pentingnya kita cuba menjaga batas pergaulan dengan kawan-kawan yang berlainan jantina dengan kita. Sometimes tuh walaupun dorang tau kita dah ada yang special tapi dorang tetap tak peduli dengan semua itu dan menyukai kita. Bukan salah mereka pun suka kita kerana kadangkala perasaan tuh kita tak dapat kawal. Kadang-kadang dia jatuh hati dengan kita mungkin sebab dia selesa berkawan dengan kita. Tup! Tup! Dia mula caring pasal kita macam pasangan kita caring dengan kita.
"Dalam persahabatan antara lelaki dan perempuan, pasti akan ada perasaan cinta pada salah seorang tersebut." So, kita kena tahu macam mana nak kawal keadaan tersebut supaya keadaan takkan jadi rumit apatah lagi kalau kita dah berpasangan. Hati seorang sahabat harus dijaga begitu juga dengan hati si dia. Jangan kerana insan ketiga, sebuah perhubungan hancur ditengah jalan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan