Halaman

Rabu, 4 Februari 2015

Takdir Allah Bukan Kebetulan

   Terkadang dalam hidup ni banyak yang kita tak sangka akan terjadik .Perkara yang cuba kita nak elakkan tuh lahh akan terjadik dalam hidup kita .Tapi setakat mana kita mampu berlari dan menjauhi sesuatu jika Allah sememangnya telah menetapkan perkara tuh akan jadi?

   Uols mesti tak faham kan apa yang Chiq Neyna nak sampaikan. Okey ,meh Chiq Neyna explain dari A to Z orait? Sebagai contohlah kan, kita memang berharap tak nak parents kita meninggalkan kita terlebih dahulu but if Allah dah tetapkan parents kita akan tinggalkan kita even umur kita baru 10 tahun, benda tuh tetap akan terjadik. Sebab apa? Sebabnya setiap yang jadik kat bumi ni bukanlah kebetulan semata tetapi sememangnya telah ditetapkan oleh Allah sejak dulu lagi.

   Okey, satu contoh lagi Chiq Neyna bagi. Pernah tak uols dulu benci sangat dengan someone neh but at the end dia dah jadik jodoh uols sekarang ni? Kalau dulu bukan main uols kerap gaduh dengan dia sampaikan nak pandang muka pun tak boleh. Nahh, sekarang dia jadik orang yang paling penting dalam hidup uols. Uols rasa tuh kebetulan ke? Actually, Allah memang dah tetapkan benda macam tuh akan jadik sejak di loh mahfuz lagi.

   Itu sebabnya rezeki, jodoh dan maut semuanya jadik rahsia Allah. Kita jalani hidup kita seperti biasa tiap hari seperti yang telah ditetapkan Allah dan kita tak tahu pun apa yang akan jadi even untuk 1 saat akan datang. Kita rasa apa yang jadik dalam kehidupan kita sebenarnya banyak kebetulan tapi sebenarnya tak. Cuma kita tak tahu apa yang akan jadik sedangkan Allah dah tahu apa yang akan jadik dalam hidup kita. Tetapi, sesuatu perkara boleh berubah jika ada doa dan usaha.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan