Halaman

Jumaat, 16 Januari 2015

Aku Insan Biasa

   Kerana sayang, dia menahan hati ini daripada sakit. Tak semudah yang disangka untuk terus berpura-pura kerana sakitnya tiada yang mengerti. Cuma dia... Cuma dia yang rasakannya...

   Salahkah jika dirinya cuba berkorban perasaan dengan menyembunyikan rasa sakit yang dirasakan supaya dia dapat melihat insan yang disayangi itu terus tertawa? Salahkah jika dia mahu insan yang disayangi itu berasa bahagia di sampingnya?

   Kerana sayang, dibiarkan perasaan itu terkubur dalam-dalam jauh ke lubuk hatinya. Kerana sayang dia tetap ketawa disebalik kesedihan yang dirasakannya. Kerana sayang dia ingin menjadi yang terbaik dan ikhlas.

  Ya... Memang kadang-kadang rasa sakit itu hampir membuat dia marah dan sensitif, tetapi ditahannya. Kadangkala dia terbabas dengan perasaannya sendiri kerana terkadang dia mahu dimengerti. Tapi, dia terlebih dahulu memujuk dirinya agar dapat menyembunyikan segala rasa.

   Tidurnya mulai terganggu jika emosinya terusik. Tak semudah yang disangka untuk memujuk hati yang dalam kesedihan. Namun, cepat-cepat dia istighfar supaya perasaan itu tidak menguasai dirinya lalu lenanya dengan zikir itu.

   Namun, dia telah disalah anggap sehinggakan hatinya benar-benar rasa terlalu sakit. Tapi dia tidak menyalahkan insan yang disayanginya kerana sememangnya insan tersebut tidak mengenali dia sepenuhnya. Hanya satu ingin disampaikan olehnya kepada si dia iaitu "waktu telah banyak mematangkan dirinya dan menjadikan siapa dia pada hari ini..."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan