Halaman

Selasa, 20 Januari 2015

Don't Judge People By It's Cover

   Manusia mana tak pernah melakukan silap ?Jika boleh mahu sahaja kenangan silam tuh dapat diundur dan dipadam. Tapi sejarah tetap sejarah dan takkan mungkin terpadam Tapi kerana sejarah yang lalulah menjadikan siapa kita pada hari ini.

   Jangan mudah menunding jari kepada mereka sesuka hati atas apa yang pernah terjadi sebelum ini. Jangan mudah menyalahkan mereka selepas peristiwa yang tak ingin dikenang mereka. Siapa kita untuk menghukum mereka atas masa lalu mereka? Bukankah kita juga insan berdosa dan tak lepas daripada melakukan kesilapan?

   Bukan mudah seseorang itu mahu melupakan kisah silam yang mereka sendiri benci untuk mengingatinya kerana kita juga manusia biasa yang banyak cacat celanya. Kadangkala, mereka yang pernah mempunyai kisah silam yang teruk mampu berubah menjadi insan yang mulia di mata Allah. Kerana apa? Kerana hidayah Allah itu tak mengenal siapa. Siapa pula kita nak menghukum mereka?

   Setiap manusia pasti ada kenangan yang menyakitkan. Banyak kesilapan dilakukan pada masa dahulu. Sebolehnya kita tidak mahu lagi mengingatinya kerana mengenangkan betapa bodohnya kita pada waktu. Tapi ingatlah, "kesalahan" merupakan guru yang hebat kerana menjadikan kita lebih berhati-hati dan matang pada masa akan datang.

   Andainya dia pada masa lalu seorang perompak, pembunuh atau seorang perogol, jika hidayah Allah itu sampai kepada mereka maka mereka lebih baik daripada kita yang tak pernah berhenti menyalahkan mereka atas kesilapan mereka yang lalu. Apakah kita ini manusia yang mulia di sisi Allah dan berasa kita manusia yang terlalu suci sehinggakan tidak pernah melakukan kesilapan? Siapakah kita ingin menghukum mereka?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan