Tahun 2015 akan menjelma manakala tahun 2014 pula bakal ditinggalkan dengan sejuta kenangan yang takkan mampu dipadam. Kemudian, di media sosial seperti facebook, wechat dan sebagainya penuh dengan post-post yang penuh keazaman yang baru bagi menyambut tahun baru. Tak kurang juga meminta maaf seandainya pernah terkasar bahasa dan melukai hati mereka.
Tetiba hati ini terdetik tanpa dipinta, kenapa bila munculnya tahun baru mulalah semua orang sibuk buat azam baru serta ingin memohon maaf? Kenapa tidak sewaktu malam Nisfu Syaaban iaitu sewaktu buku amal yang kita lakukan bakal diangkat oleh malaikat kepada Maha Pencipta? Kenapa tidak waktu itu dan kenapa pada tahun baru?
Memang tidak salah jika ingin meminta maaf pada awal tahun dan mulakan azam yang baru. Tapi, fikirkanlah sejenak... Sewaktu buku amal kita akan diangkat adakah kita meminta maaf pada insan di sekeliling kita dan kita berazam untuk menjadi lebih baik setelah buku amal kita ditukar baru. Bukankah itu yang sepatutnya kita lakukan? Berazam menjadi insan yang menurut perintahNya dan cuba untuk meninggalkan segala laranganNya. Wallahualam...
Chiq Neyna sekadar meluahkan pendapat Chiq Neyna sahaja dan ingin mengongsikan hal ini dengan uols. Bukannya diri ini berlagak seperti manusia yang alim tetapi sekadar terfikir sejenak apabila melihat menyambut tahun baru sudah menjadi trend bagi golongan muda. Sedangkan kita boleh sahaja meminta maaf pada bila-bila masa dan berazam juga tidak perlu menunggu tahun baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan