Halaman

Selasa, 4 Jun 2013

Ujian dari-nya

 

 Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada uols .Hari ni Chiq Neyna nak kongsi pulak citer pasal tentang hidup kita and agak Islamik sikitlah .Apa pun ,Chiq Neyna harap uols boleh lahh menghayatinya .Tenkiu2 Uols mesti pernah ditimpa ujian kan ?Macam-macam dugaan yang penah kita terima dari pencipta kita ,right ?Ada ujian yang ringan dan ada ujian yang sangat berat sehinggakan kita rasa terlalu lemah .

   Untuk pengetahuan uols ,tahun ni merupakan tahun yang banyak dugaan yang berat tuk Chiq Neyna sampaikan Chiq Neyna kadang-kadang dah rasa tak mampu nak teruskan kehidupan .Memang perit sangat rasa .Chiq Neyna rasa kebahagiaan uh kejap ja pada awal tahun .After that ,ujian demi ujian menimpa Chiq Neyna . Ujian pertama yang Chiq Neyna terima ialah mengenai masalah personal yang Chiq Neyna tak boleh nak kongsi dengan uols .Then selepas 2 minggu ,Chiq Neyna diuji sekali lagi dengan kehilangan sebuah motor yang baru digunakan 2 bulan 10 hari .Hanya air mata yang menemani Chiq Neyna pada ketika tuh .Chiq Neyna memang terasa lemah sangat dengan dugaan yang Allah berikan pada Chiq Neyna .Seterusnya ,Chiq Neyna telah kehilangan orang yang tersayang untuk selamanya iaitu nenek Chiq Neyna dan atok sedara .Semua ujian uh datang bertimpa-timpa .

    Untuk pengetahuan uols ,dengan ujian-ujian yang diberikanNya pada kita membuatkan kita belajar untuk mendekatkan diri denganNya ,belajar untuk tabah serta redha .Allah mengirimkan ujianNya untuk kita adalah untuk menguji setakat mana kekeuatan iman kita .Jika Allah merindukan kita ,dia kan mengirimkan hadiah pada kita yang di mana isinya berupa ujian yang dikirimkan melalui malaikat kepada kita . Jadi janganlah kita menjadi terlalu sedih kerana dugaan yang menimpa kita .Allah takkan menguji hambanya dengan ujian yang kita tidak mampu .Pasti ada hikmah disebalik kejadian yang terjadi .Percayalah .

   Orang-orang yang bersabar menerima ujian daripada Allah akan diangkat darjatnya sekiranya dia seorang yang beriman . Bila kita menerima ujian macam ni ,cubalah kita kenangkan dan muhasabah diri .Mungkin ada silap kita di situ .Kadang-kadang Allah hantar ujian tuk kita supaya kita kembali padaNya dan percaya bahawa Dia lah sumber kekuatan kita dan kita harus bergantung kepadaNya . Janganlah uols bersedih dengan ujian yang diberikan Dia kepada kita .Sesungguhnya ,kesulitan itu merupakan permulaan kepada sebuah kebahgiaan .

   Chiq Neyna create post ni untuk peringatan kepada uols serta kepada Chiq Neyna sendiri bahawa Allah tahu apa yang terbaik untuk kita dan Dia lah perancang yang terbaik .Bersyukurlah kita kerana dilahirkan sebagai seorang Islam kerana apa yang Allah rencanakan untuk kita ada hikmah dan pahala lahh ganjarannya .Alhamdulillah .
berdoa dan berserahlah kepadaNya
Allah itu maha penyayang :)



 p/s :Janganlah berasa sedih dengan apa yang Allah tentukan untuk kita .Sesungguhnya ,ada sesuatu yang kita tidak tahu akan Allah berikan kepada kita :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan