Halaman

Sabtu, 8 Jun 2013

Koleksi cerita's kelakar


 Assalamualaikum dan salam sjahtera Chiq Neyna ucapkan kepada uols(macam beri ucapan kat atas stage je) .Today Chiq Neyna nak share dengan uols ayat-ayat yang funny kepada uols .Hari-hari Chiq Neyna nak beri santapan kat uols post-post yang the best .Hope uols sukalahh kan ?Kasik smile sikit .Cenggini :)

   Chiq Neyna malas nak intro panjang-panjang nanti uols jugak yang jemu nak melayan karenah Chiq Neyna ni kan ?Okey-okey .Now ,mari kita layan sama-sama citer kat bawah ni and Chiq Neyna harap uols boleh lah tersenyum walaupun tak mampu nak ketawa .Hahaha .Jangan stress okey .Kita mulakan dengan citer yang pertama....

Story 1

Berlaku di suatu pagi di sebuah market..
 Pembeli :Berapa harga ikan siakap ni bang ?
Penjual :Sekilo rm13 .
Pembeli :Ikan kembung ni pulak macam mana harganya ?
Penjual :Hari ni harga ikan kembung mahal sikit lahh adik rm 10 sekilo .
Pembeli :Amboi !Mahalnyer..Kalau ikan bawal ni pulak ?
Penjual :Ikan bawal ni harganya rm15 .Masih fresh lagi ni ,adik .Ikan ni baru sampai pagi tadi .
Pembeli :Oo..Yeke ?Harga ikan merah ni berapa yer ?"
Penjual :Yang ni harganya rm10 .Sama harga dengan ikan kembong .Adik tanya harga semua ikan ni ,adik nak beli ke tak ?
Pembeli :Eh ,saya ada cakap ke nak beli ?
Penjual :Aku bagi makan ikan mentah jugak budak ni .

Story 2

Seorang nenek berusia 65th melahirkan seorang anak .Rakan-rakannya datang berkunjung untuk menjenguknya .Ketika mereka ingin melihat bayi tersebut ,nenek itu berkata 'nanti dulu' .Beberapa minit kemudian ,mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi .Tetapi nenek itu tetap berkata 'nanti dulu' .Akhirnya mereka bertanya .
"Bilakah kami boleh melihat bayi kamu ?"
"Bila dia menangis ."
"Kenapa kami perlu tunggu sehingga bayi kamu menangis ?"
"Kerana aku lupa dimana aku letak bayiku ."

Story 3

Di sebuah bus stop ,seorang budak nakal bertanya waktu kepada Pak Cupit .

Budak :Pakcik sekarang pukul berapa ?
Pak Cupit : Pukul 3.45 petang .
Budak :Terima kasih .
Pak Cupit :Sama-sama .
Budak :Pakcik mintak tolong sikit boleh ?
Pak Cupit :Tolong apa ?
Budak :Nanti  bila dah pukul 4 petang boleh tak pak cik cium bontot saya ?
Pak Cupit :Celaka punya budak !

Budak nakal tersebut terus lari meninggalkan Pak Cupit sambil ketawa berdekah-dekah .Pak Cupit yang berang mengejar budak itu sampai ke sebuah gerai menjual buah jambu .

Penjual :Kenapa termengah-mengah ni pak cik ?
Pak Cupit :Budak celaka tu kenakan aku !Ada ke patut dia suruh aku cium bontot dia pukul 4 petang ?
Penjual :Lahh yeke ?Tapi sekarang baru pukul 3.50 ,ada lagi 10 minit .Kenapa tergesa-gesa ?
Pak Cupit :!@#$%

Story 4

Pada suatu petang...

Si ibu membawa anaknya berusia 4th bersiar-siar menaiki kereta .Dalam perjalanan si ibu telah membunyikan hon .
Anak :Naper ibu bunyikan hon & saper orang tu ?
Ibu :Tu sedara kita ,kenalah hormat sikit .

Dalam perjalan mereka seterusnya mereka terserempak dengan seekor lembu yang nak melintas lalu si ibu membunyikan hon .
Anak :Itu pun sedara kita jugak ke ?
Ibu :????

Story 5

Seorang pemburu bertembung dengan seekor singa .Akibat terperanjat ,dia tidak sempat mengangkat senapangnya .Oleh kerana tiada pilihan ,pemburu itu menadah tangan dan berdoa .Ketika itu ,pemburu itu menjeling ke arah singa dan dia ternampak bahawa singa itu juga sedang berdoa .
Pemburu :Ahh..Leganya....Singa baik rupanya .
Singa :Ya..Singa yang baik selalu baca doa sebelum makan ,Aminnn...

Story 6

1 mayat orang tua dikeluarkan dari bilik ais untuk dikebumikan .Setelah dikeluarkan ,ada air mengalir  di muka orang tua tersebut .Dengan rasa ketakutan ,cucunya memanggil neneknya .
"Nek..Atuk keluar peluh ."
Neneknya pun menjawab..
"Oo..Atuk kamu 1st time meninggal ,mestilah nervous sikit ."


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan