Uols mesti pernah ada daya firasat kan ?Walaupun kadang-kadang daya firasat kita tak betul ,tapi sekurang-kurangnya kita ada firasat and menunjukkan kita ni normal .Kepada sesaper yang tak ada daya firasat tuh ,mungkin uols ada something wrong .Hahaha(gelak jahat) .Macam-macam keadaan yang boleh membuatkan kita ada daya firasat ni .Contohnya time kita nak exam lahh kan ?Macam-macam daya firasat kita keluar macam soalan apakah yang akan ditanya dalam paper tuh .Kadang-kadang ada yang mengena and jugak sebaliknya .
Bukan time exam je kita ada daya firasat gitu .Kadang-kadang dalam percintaan serta dalam persahabatan juga kita ada daya firasat tersendiri .Uols mesti fikirkan ,apalah daya firasat ni .Alahaii~uols ni .Chiq Neyna dah citer sampai tengah still buat blur lagi .Lain kali cakap lahh awal(drama je lebih .hahaha) .Daya firasat is naluri lahh .Got it ?Tenkiu-tenkiu .
Berbalik pada perenggan di atas ,dalam menjalinkan sesuatu perhubungan pun kita ada firasat jugak .Ingat apa ?Hahaha .Contohnya ,kita dapat rasakan yang si dia tuh curang dengan kita dengan membaca setiap lakunya kat kita atau dia marah kat kita walaupun si dia tidak menzahirkannya .Hebatkan kita ?Itulah kurniaan Allah kepada kita .Manusia ni memang cukup sempurna .Pelbagai kelebihan yang ada pada kita .
Firasat ni ada dalam pelbagai bentuk mengikut keadaan .Contohnya ,kita takut nak balik malam sebab takut bertembung dengan hantu lepat ,kononnya kawasan tuh agak 'keras' .Akibat firasat uols yang tersangat kuat ,lastly uols jumpa gak dengan si gula-gula tuh .Pada muka uols .Lain kali ,jangan fikir sangat .Hahaha .
Sometimes ,hati kita rasa tak sedap je bila kita nak buat sesuatu tuh ,mungkin perkara yang tidak baiklah .So ,lebih baik uols ikut kata hati tuh .Sebab kadang-kadang ianya menjadik tahu .May be ia salah satu pertolongan daripada Allah untuk kita .Jadik ,tak rugi pun kita ikut .
Kelebihan kita ni ,kadang-kadang kita dapat meneka mood seseorang tuh dengan texting je kan ?Uols setuju tak ?Kalau dia tak suka kita ganggu dia ,mungkin si dia akan layan kita acuh tak acuh je .Kalau orang tuh layan Chiq Neyna cam tuh and Chiq Neyna dapat rasakan ,kompem Chiq Neyna tak kan mesej lagi dia tuh .Macam kita ni terhegeh-hegeh lak kan dok mencari dia .Erk !
Okey lahh uols ,sampai di sini saja lahh post Chiq Neyna hari ni .Esok ,Insya Allah Chiq Neyna akan post tajuk yang baru pulak .So ,malam ni kena fikir lahh tajuk apa yang nak di'post'kan kat uols esok .Hew~Hew~Hew~ .Daaaaa
Tiada ulasan:
Catat Ulasan