Halaman

Jumaat, 7 Jun 2013

Pergi interview untuk claim insurans

   Hai uols !Sihat-sihat belaka ke ?Chiq Neyna harap uols sihatlah hendaknya .Chiq Neyna baru je sampai rumah ni .Memang letih sangat sebab balik waktu tengahari dan kebetulan orang nak sembahyang jumaat .


   Berbalik pada tajuk kat atas tuh ,Chiq Neyna kena pergi interview kat Sungai Petani untuk claim insurans motor Chiq Neyna hilang .Hari tuh ,taukey Cina tuh ada call cakap Chiq Neyna kena sampai kat kedai di Simpang Kuala pukul 10 pagi .Oleh kerana takut terlewat ,pukul 9 pagi Chiq Neyna dah gerak dari rumah .Hampir 40 minit jugak ,baru lah sampai kedai tuh .Jauh~

   Masa on the way nak ke sana ,Chiq Neyna potong lahh lori sampah ni .Apa uols ingat lori tuh bau wangi ke ?Pepagi lagi dah bau cenggitu .Nak termuntah Chiq Neyna .Bikin spoiled mood je meyh .Kalau lori tuh bawa bunga lavender okey lahh jugak kan nak follow .Lepas Chiq Neyna potong tuh ,lori tuh potong balik .Geram giler .Sekali lagi Chiq Neyna terbau haruman yang mekar mewangi uh .Uweeek !Bila kat traffic light ,Chiq Neyna pun pecut lahh motor tapi dia dapat gak potong lori uh .Dah macam racing je kami .Tup ,tup ,lori tuh bagi hon .Amboii ~Sempat lagi nak ngorat kita .

   Akhirnya Chiq Neyna sampai jugak kat kedai motor Simpang Kuala tuh .Chiq Neyna ada soal selidik kakak yang kerja kat situ ,saper lagi yang pergi temuduga uh .Dia cakap semua LELAKI and Chiq Neyna seorang je pompuan .OMG !Masa dalam kereta tuh ,bayangkan lahh 5 orang lelaki termasuk taukey kedai tuh .Chiq Neyna sorang je pompuan .Chiq Neyna diam terkaku uols .Nak bergerak pun fikir 8 kali .Hahaha .Terkedu Chiq Neyna untuk seketika waktu .

   Masa on the way tuh ,Chiq Neyna cuma berdoa cepat sampai dan cepat lahh balik .Tak sanggup nak lama-lama dalam kereta tuh .Dah lahh Chiq Neyna langsung tak kenal semua .Kalau uols kat tempat Chiq Neyna ,apa yang uols akan buat ?Chiq Neyna asalnya seorang yang peramah ,terus diam bila dalam situasi cenggitu .Tak sanggup nak bersuara melainkan mereka bertanya .

   Hampir 30 minit dalam kereta tuh ,kami sampai juga kat tempat yang nak dituju tuh .Masa sampai tuh ,yang penemuduga berumur dalam 40 lebih gitu and berbangsa India .Time tuh ,dia tengah temuduga orang yang senasib dengan Chiq Neyna .Chiq Neyna nampak penemuduga tuh ,mukanya punyalah serius and langsung tak senyum .Chiq Neyna nervous lahh jugak bila tengok riak orang tuh .

   Bila turn Chiq Neyna sampai ,Chiq Neyna sapa dia dengan ayat 'good morning' and dia balas .Chiq Neyna try ah tuk pikat mood dia .Alhamdulillah berjaya .Dia tak banyak tanya pasal Chiq Neyna tapi dia banyak cerita pasal kerjayanya dalam meng'handle' kes hilang motorsikal .Dia pun mula melemparkan senyuman tuk Chiq Neyna .Pehh~lega bila respons dia gitu .Ops !Mesti uols fikir Chiq Neyna mengorat dia kan ?Eh ,tak lahh !

   Untuk pengetahuan uols ,kalau kita hadiri apa-apa temuduga ,kita mesti pandai tacle mood mereka .So ,senang lahh kerja kita .Believe me :) .Habis temuduga uh ,sekali lagi Chiq Neyna terpaksa berada dalam situasi yang Chiq Neyna memang tak suka !Apa lagi kalau bukan bersama-sama dengan lelaki dalam kereta .Sabo ajelahh .

p/s :Setakat tuh dululahh post Chiq Neyna pada hari ni .Karang panjang-panjang nanti buat uols jemu je nak baca .kan ?kan ?kan ?Hehehe .By the way ,see u again in next post .Tunggu ye ~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan