Halaman

Ahad, 10 Ogos 2014

Cerpen Tika Cinta Mengintai

             

              Isyad dan Amira ketawa mengekek-ngekek menahan ketawa melihat gelagat rakan sekelas mereka melakukan aksi lakonan semasa di hadapan kelas. Mereka ketawa sehingga mengeluarkan air mata seperti ada yang menggeletek mereka berdua dan juga rakan kelas yang lain.

“Lawaklah dorang ni kan?” Soal Isyad dalam pelat Sabahannya sambil menahan ketawa yang akan dihambur keluar lagi.
“Itulah..Sakit perut aku ketawa tengok dorang belakon macam tu. Seriously funny!”Jawab Amira dalam ketawa yang masih bersisa.
“Tapikan, menjadilah watak yang dorang bawak tu. Tambah-tambah si Din tu. Lucu!” Sambung Amira.

Setelah tamat program Kreativiti Pelajar Seni, mereka berasak-asak keluar dari studio. Masing-masing berniat untuk mengisi perut mereka untuk tengahari sebelum bergerak ke kelas. Masih terdapat segelintir pelajar yang masih bercerita tentang lakonan yang di bawa oleh rakan-rakan mereka sebentar di dalam kelas. Tidak kurang juga yang menyindir dalam gurauan. Amira dan Isyad seperti selalu, akan bersama walau ke mana jua kerana mereka berkongsi motorsikal yang sama.

“Aku nak makan dululah. Lapar ni.Kau dah makan belum?” Soal Amira sambil menyarung helmet di kepalanya.
“Makan je kerja kau kan. Aku dah makanlah sebelum program tadi.”
“Alahh....”Amira mencebikkan mulutnya.
“Aku teman kau makan jelah. Aku minum air je.”
Betul ni ?”Tanya Amira inginkan kepastian. Isyad sekadar mengangguk. Jawapan dari Isyad mengundang senyuman Amira yang panjang lebar.
“Jom.”Ajak Isyad. Dia memakai helmet lalu menekan butang starter. Manakala, Amira membonceng di belakang.
“Makan kat tempat biasa tau.” Amira memberi arahan. Isyad memulas pedal minyak, motorsikal mereka meluncur laju di atas jalan dan menuju ke kafe yang terletak di library. Isyad sudah mengerti bahawa kawannya itu suka mengisi perutnya di kafe library, seperti selalu .Tak pernah jemu !
“Kau janganlah bawa motor ni laju sangat. Kau ingat kita litar sepang ke? Nak terjatuh aku kat belakang ni tau!” Amira menampar belakang Isyad. Hampir sahaja dia terpelanting jatuh dari motor dek melanggar bonggol di jalan. Memang tak reti nak break ke dia ni? Amira mengomel di dalam hati.
“Kalau nak terjatuh, kau peluklah.....”
Papppp! Satu tamparan hinggap di belakang Isyad sekali lagi.
“Gatal!”Sampuk Amira.
“Aku belum habis cakaplah. Kalau kau nak terjatuh, peluklah beg aku. Hadoii! Kau ni kan.”
Amira tersenyum sumbing dibelakang Isyad walaupun Isyad tidak nampak.
“Nak cover line lah tuh. Bergurau kau kan?”
“Bha..Mana ada.”Jawab Isyad. Isyad memarkingkan motorsikal berhadapan kafe library. Berhenti sahaja, Amira telah membuka helmet lalu meninggalkan Isyad yang menongkatkan motorsikal.
‘Kalau bab makan, laju je. Tapi, dapat jugak gastrik. Semua benda nak disumbat dalam perut. Mira..Mira..Gumam Isyad.’

                Satu persatu suapan nasi dan sup bergilir-giir masuk ke mulut Amira.
“Lapar sangat ke kau ni? Makan elok-elok bha. Tercekik kau nanti.” Nasihat Isyad. Amira hanya tersenyum mendengar bebelan Isyad.
Ah...tak adanya aku nak kisah. Janji perut aku kenyang dan hati aku gembira.
“Eh, kau nak tak sup neh? Nah, ambiklah rasa.”
Mangkuk berisi sup daging itu ditolak perlahan-lahan ke arah Isyad. Isyad mengambil huluran sup itu lalu disuap ke dalam mulutnya.
“Habiskan. Aku dah kenyang.” Sambung Amira. Air lemon tea di dalam cup disedut menggunakan straw. Amira tersandar di kerusi. Kenyangnya!
“Kau nak ke mana lagi lepas ni?” Soal Isyad setelah menghabiskan sup.
“Entahlah. Balik biliklah. Dah kenyang macam ni rasa mengantuk lak.”
“Pemalas kau kan. Membesarkan diri jak kau tau.”
“Dah tu, nak ke mana lagi Encik Isyad oit?”
“Teman aku beli barang jom. Aku mau beli makanan ni. Stok makanan aku sudah mau habis di bilik.”
Terbuntang mata Amira mendengar penyataan dari Isyad. Melantak ke apa dia ni kat bilik? Ke membela saka? Cepat betul habis stok makanan. Padahal baru 2 minggu lepas aku shopping dengan dia. Sampai penuh raga motor dibuatnya. Tu pun belum lagi termasuk yang di galas dalam beg dan dipegang lagi .Dah macam shopping makanan untuk setahun je. Ni nak beli makanan lagi? Kau biar betik Isyad oit?
“Bukan ke baru-baru ni kau dah beli makanan? Takkan dah habis?” Soal Amira inginkan kepastian. Ini memang benar-benar musykil.
“Sudah mau habis bha. Aku makan ramai-ramai dengan roommate aku sekali. Jomlah teman aku. Biar aku yang bawa motor. Kau dibelakang jak.” Seraya berkata demikian, Isyad mengangkat punggung dan bersedia untuk meninggalkan kafe. Amira bingkas bangun dan membontoti Isyad dari belakang.
“Bagi arahan kat aku macam aku neh PA dia. Nasib aku ni baik hati orangnya.” Bebel Amira sendirian.

                “Isyad, kau ingat lagi tak masa awal perkenalan kita masa awal sem tahun satu dulu?” Soal Amira sambil memandang lautan yang terbentang luas dihadapan mereka. Isyad menganggukkan kepalanya sambil tersenyum nipis.
“Masa tu kita terlibat dengan MSM kan?” Jawab Isyad. Kali ini Amira pula menganggukkan kepalanya.
“Seronokkan kalau flash back balik semua tu. Aku ingat lagi aku dipasangkan dengan kau untuk tarian joget tapi kita ditukarkan kerana kau rendah sikit dari aku.”
Isyad ketawa kecil mendengar cerita Amira. Sememangnya dia rendah sedikit dari Amira. Dia akui.
“Aku tak sangka yang kita akan jadi sebaik ni. Macam sekarang. Kat mana ada aku mesti ada kau.” Sambung Amira.
“Ya bha. Kitakan kongsi motor sekali. Habis kalau endak ada kau macam mana aku mau ada? Sudah kita gerak sekali kan?” Isyad mula loyar buruk dengan Amira. Pantas Amira mencebikkan bibirnya.
“Kau nak tau, ramai classmate kita tanya aku kenapa aku tak couple je ngan kau. Apa punya soalan daaa.”
“Kan...Lagipun kau macam mak aku sudah.”Jawab Isyad selamba tanpa menghiraukan riak wajah Amira yang dah berubah seperti mahu menggigitnya. Macam mak kau cakap? Eh, tolonglah! Muka cun macam aku ada anak sebesar kau? Memang tak lah. Kalau jadi anak aku pun, dah confirm jadi anak derhaka. Asyik melawan je cakap aku.
“Eh, jomlah kita ke gerai makan sana. Aku lapar sudah ni.” Ajak Isyad lalu berdiri dan menggalas beg di belakangnya. Amira hanya menurut arahan seperti dirasuk lagaknya.
“Kau belanja aku.” Amira bersuara.
“Endak mau lah aku. Kau kahwin dengan aku baru aku belanja kau makan. Itu pun nasi kosong jak.” Sahut Isyad tanpa memandang wajah Amira.
“Kurang asam punya kawan. Kedekut!”
“Bha, cepat kau. Lapar ni.” Gesa Isyad. Amira segera mempercepatkan langkahnya sambil mulutnya tidak henti-henti terkumat kamit mengutuk Isyad. Tapi Isyad tidak pernah mempedulikannya kerana dia tahu Amira suka bergurau dan marahnya hanya sekadar mainan. Sebab itulah dia selesa berkawan dengan Amira.

                “Isyad, hari ni aku nak guna motor ke Kota Kinabalu. Jadi, kau pulang dengan Din eh?”
“Kau nak ke KK dengan siapa?” Soal Isyad kembali.
“Aku dengan Zain. Dia nak beli barang sikit kat sana tu. Bolehkan kau balik dengan Din?”
“Yala...Pergilah kau dengan dia. Pandai-pandailah aku balik nanti.” Jawab Isyad tanpa memandang wajah Amira. Skrin laptop dihadapannya dipandang dengan serius.
“Kalau macam tu, aku hantar kau pulang dululah.” Cadang Amira.
“Endak apa jugak. Aku mahu siapkan assignment ni dulu. Lambat lagi aku mau pulang.”
“Okeylah. Aku gerak dulu. Kalau ada apa-apa hal, mesej aku je.”

Amira berjalan meninggalkan Isyad .Isyad mengheret matanya melihat kelibat Amira yang kian hilang bersama Zain. Mereka bergelak tawa. Tiba-tiba hati Isyad menjadi sakit. Bukan kerana dia tidak dihantar pulang oleh Amira tapi kemesraan yang terjalin antara mereka membuatkan hati Isyad sedikit memberontak sakit. Sememangnya dia tahu Amira juga rapat dengan Zain selain dari dirinya. Ahh !Dah kenapa dengan kau, Isyad? Biarkan saja mereka. Kenapa pula kau yang terlebih rasa? Kau cuma kawan saja dengan dia.
          
      Handphone berjenama blackberry dikeluarkan dari poket seluar lalu Isyad menaip laju.
‘Pulang awal. Nanti petang aku mau guna motor pula.’
Sent. Delivered.
Dia menyimpan kembali handphone itu ke dalam poket seluarnya. Di dalam hatinya seribu satu rasa mula menjenguk dan membuatkan dia sedikit gelisah dan tidak tentu arah. Isyad kembali cuba untuk fokus kepada assignment yang terbengkalai walaupun hatinya kini berkecamuk.

                Sejak kebelakangan ini tingkah laku Isyad sangat berbeza jika hendak dibandingkan dengan awal dahulu. Isyad bertukar menjadi seorang yang mudah baran. Ada sahaja yang tidak kena di hatinya. Layanan Isyad terhadap Amira turut berubah. Amira sendiri tidak mengerti. Apakah dia telah melakukan kesalahan terhadap Isyad? Jika ditanya, Isyad menjawab tiada apa-apa yang berlaku. Aneh? Jika memang tiada apa-apa kenapa sikapnya telah berubah?

                Amira medapatkan Isyad yang sedang ralit berborak dengan Fazuan di luar kelas.
“Jom Syad kita pergi makan. Aku tak lunch lagi ni.” Ajak Amira sambil memegang perutnya bagi menandakan dia sedang lapar.
“Kejaplah. Aku mau borak dulu bha dengan si Fazuan ni.”
“Aku pun tak makan lagi ni. Aku makan maggi je pagi tadi.” Sampuk Fazuan.
“Kalau macam tu, kita makan sekalilah.” Ujar Amira.
“Sudahlah. Si fazuan ni sudah makan tadi dengan Bob. Dia tipu kau jak tu. Jom balik.”

                Belum sempat Amira bersuara, beg galasnya telah ditarik oleh Isyad membuatkan dia terpaksa melangkah pergi. Hampir sahaja dia terlentang ke belakang dek perbuatan Isyad itu.
“Eh, kau ni. Nasib aku tak jatuh. Kan kita nak makan dengan si Fazuan tu.” Marah Amira sambil berjalan mengikuti Isyad dari belakang.
“Kau dengar tak ni?” Soal Amira apabila Isyad hanya mendiamkan diri dan terus mengaturkan langkahnya. Eh,geram pulak aku dengan mamat seorang ni. Pekak ke apa?
“Isyad!” Amira memberhentikan langkahnya. Isyad terus melangkah tanpa menghiraukan panggilan Amira.
“Isyad!!” Jerit Amira sedikit lantang.
“Cepatlah kau jalan. Tadi lapar sangatkan.” Sahut Isyad tanpa menoleh dan terus berjalan ke hadapan.
“Eii... Sakit pulak hati aku dengan dia ni.” Amira bermonolog. Dia mempercepatkan langkahnya agar dapat mengejar Isyad yang sudah jauh ke depan. Setelah dapat menyaingi Isyad, dia menarik beg Isyad. Langkah Isyad terhenti.
“Kau dah tak dengar eh aku panggil kau?” Soal Amira sedikit bengang.
“Kenapa? Kan kita mau pergi makan.” Jawab Isyad tanpa ada riak rasa bersalah.
“Yang aku terjerit melolong panggil kau tuh, kau tak dengar ke saja buat-buat tak dengar? Kesian Fazuan kita tinggal dia macam tu je.”
“Sudah dia makan tadi. Kenapa kau mau risau? Kau suka dia?” Soal Isyad sinis.
“Suka? Eh, dah dia kawan kita. Kau ni makin lama makin pelik kenapa? Kau ada masalah ke?” Renung Amira tajam. Isyad menggeleng. Kemudian, dia kembali mengorak langkahnya meninggalkan Amira tanpa menjawab pertanyaan Amira. Amira kian bengang. Dia kejar Isyad sehingga dekat lalu direntap bahu Isyad agar Isyad berhenti melangkah.
“Kau mau apa?” Suara Isyad sedikit tinggi.
“Kau tu yang nak apa? Aku dah makin tak kenal kau tau. Semua benda kau nak marah-marah. Kau ingat kau seorang je boleh marah?” Bentak Amira.
“Kalau kau endak mau pulang sekali sudah. Biar aku pulang dengan bas jak.” Sebelum Isyad kembali berganjak dari situ, tangannya ditarik Amira.
“Kau jawab dengan aku sekarang. Apa masalah kau? Apa yang ada dalam otak kau tu? Apa yang kau sembunyi dari aku?” Desak Amira.
“Kau mau tau? Okey, aku cakap. Aku suka kau. Aku endak tau waktu mana aku suka kau. Aku sakit hati bila tengok kau rapat dengan dorang semua tu. Aku endak kisah kalau kau endak suka aku tapi aku minta kau tolong faham perasaan aku. Itu jak!”

                Amira terkaku mendengar luahan spontan Isyad. Otaknya seolah-olah sudah berhenti memberi respons. Dia hanya mampu melihat Isyad yang kian jauh meninggalkannya.
“Dia suka aku?” Suara Amira separuh berbisik seakan tidak percaya. Tapi dia hanya menganggap Isyad tidak lebih dari seorang kawan baik walaupun kadangkala dia juga terbabas mencemburui Isyad berborak mesra dengan gadis lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan