Halaman

Selasa, 19 Ogos 2014

Sayangi Si Dia Kerana Allah



 Setiap pasangan yang hadir dalam hidup dalam kita merupakan anugerah terindah dalam hidup kita. So that kita perlu hargai mereka dan terima mereka seadanya kerana itulah yang sebaiknya.

   Sometimes Chiq Neyna tengok orang bercinta neh terlebih over. Maksudnya ?Yelah ,yang melebih-lebih macam dah kahwin ,berpeluk bagai .Ehh ,tuh dah kenapa ?Dah sah jadik suami isteri ke ?Walaupun uols tuh couple tapi tuh bukan jalan menghalalkan segala cara .Ingat tuh .

   Sebab tuh sometimes Allah pisahkan kita ngan pasangan kita sebab kerana itu buatkan kita lalai dan makin jauh ngan perintahNya. Jangan salahkan takdir jika kita berpisah ngan si dia selepas kita dah berpeluk ,bercium dan mungkin lebih daripada tuh .Actually ,Allah nak kita kembali kepada pangkal jalan .

   Tak salah bercouple tapi biarlah mengikut cara yang sebenar .Jangan terlalu melebih-lebih sampaikan buatkan kita lupa Allah .Ingat ,Allah berkuasa membuatkan kita kehilangan orang yang kita sayang dalam pelbagai cara. For example ,mungkin si dia dah berubah hati dan tak mampu untuk menyayangi kita lagi ataupun dia menjumpai si dia yang baru .

   Dear ,sayangi si dia kerana Allah .Jika kita lebihkan Allah dalam apa jua urusan ,In shaa Allah segalanya akan dipermudahkan .Jika sayangkan si dia, berdoalah agar dijodohkan dengan si dia .Ya ,memang benar jodoh kita telah ditetapkan sejak di loh mahfuz tapi uols kena ingat kerana doa mampu mengubah segala-galanya .In shaa Allah .Allah itu Maha Penyayang .

   Bila Chiq Neyna tengok ada segelintir couple tuh kekadang macam dah tak ingat dunia .Habis dicanangnya satu dunia yang dia telah couple ngan si polan neh .Selalu lahh kita dapat tengok status yg dorang update di fb like "taken by" ,"hanya dia milikku" ,"tak ada yang mampu pisahkan kami" and so on lagi lahh .Nak termuntah hijau membacanya .Lepas tuh bila dah break up mula lah keluar status nak bunuh diri ,no women no cry ,tak percaya pada cinta lagi ,berubah jadik pencinta sesama jenis .Oh ,sadisnya !


   Remember ,kita neh Allah punya dan si dia pun Allah punya .So jangan bila meluahkan sesuatu kewarasan kita diletakkan paling belakang .If kita sayangkan dia sangat-sangat pun ,berdoa pada Allah moga dikekalkan dan disatukan dalam hubungan yang dihalalkan Islam .If rindukan si dia pun ,berdoa juga pada Allah supaya si dia merasai seperti apa yang kita rasakan dan berdoa untuk kesejahteraan si dia .Tak salahkan ?So ,kita akan bercinta secara bersederhana dan tidak terlalu "gedik" .

   Jika kita praktikkan apa yang sepatutnya sebagai muslim ,pasti kebahagiaan itu kita rasakan .Bukan hipokrit manusia duniawi .Percayalah kerana Islam itu sangat indah dan cinta itu anugerah serta amanah yang perlu dijaga dengan baik .Cuma kita perlu tahu bagaimana cara untuk menjaga cinta itu berlandaskan jalan yang tepat .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan