Halaman

Ahad, 24 Ogos 2014

Kematian Itu Pasti

   Terasa sayu dan sedih saat mendengar khabar saudara Islam kita di Gaza yang dibunuh saban hari .Kanak-kanak menjadi mangsa pertaruhannya .Apatah lagi warga muda mahupun tua dibunuh tanpa ada rasa perikemanusiaan .Sekali lagi kita diuji dengan berita yang berat apabila saudara kita telah meninggalkan dunia ini dalam kes kapal terbang MH17 yang telah ditembak jatuh oleh pemberontak .

   Hidup ini pasti akan berakhir dengan kematian .Walau sejauh mana kita cuba untuk berlari ,maut itu takkan pernah berhenti mengekori kita dari belakang .Apakah kita sudah bersedia ?Sebanyak 70 kali malaikat maut melihat wajah kita dan bila tiba waktunya pasti malaikat Izrail akan menarik roh kita keluar .Cuma bagaimana dia mencabut nyawa kita itu merupakan rahsia Allah .


   Sesungguhnya kematian itu adalah pasti dan takkan pernah terlambat mahupun sesaat .Tidak penting bagaimana cara kita mati tapi apakah kita akan mati dalam keadaan beriman ?Apakah cukup amalan kita selama ini ?Apakah kita telah meninggalkan semua larangan-Nya ?Apakah kita layak untuk ke syurga-Nya ?Renungkan sejenak...

   Malunya diri ini bila melihat iman seseorang hamba Allah itu hebat .Nama Allah ,zikir serta selawat ke atas junjungan menjadi mainan bibirnya .Manakala ,al-Quran sentiasa menjadi santapan hati .Apakah kita mampu menjadi sehebat itu ?Allahuakhbar !Ya rabbi...Jadikanlah kami dari golongan orang yang beriman agar kelak mati kami dalam keadaan yang beriman dan diredhai .

   Sahabatku ,hidup ini cuma sementara .Dunia harus dikejar tapi akhirat jangan dilupakan kerana di sanalah kita akan kekal selamanya .Kumpullah amalan jariah agar kelak kita dipermudahkan jalannya untuk melalui titian siratul mustaqim .Semoga kita mendapat hidayah dan petunjuk dari-Nya .Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Pengampun .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan