Pada awalnya aku langsung tak terfikir yang kami akan serius dalam hubungan yang begitu cepat tercipta dan aku juga tak menaruh apa-apa harapan .Cuma aku hanya bersedia untuk menerima apa jua kemungkinan kerana hubungan itu pasti takkan berakhir dengan sesuatu yang lebih serius .
Tapi perancangan Allah itu hebat .Dia kirimkan seorang lelaki bernama Ahmad Nurikhwan untuk teman hari-hari yang mendatang dalam hidup aku .Dia hadirkan lelaki itu bersama perasaan yang indah untuk aku .Cinta .Ya ,kerana perasaan itulah yang membuatkan aku menerima dia perlahan-lahan dalam hidup aku walaupun aku masih terasa ragu .
Aku mohon petunjuk dari Ilahi agar memberi aku petanda bahawa jika dia benar-benar ikhlas dengan aku .Alhamdulillah...Segalanya telah dipermudahkan walaupun mengambil sedikit masa untuk aku mencintainya kerana aku masih terlalu berhati-hati .Aku takut jika hati ini diremukkan untuk sekian kali .
Sikapnya yang selalu mencuit hati aku membuatkan aku terus selesa untuk bersamanya tanpa ada rasa jemu .Semakin aku bersama dia semakin aku mengenali dia .Aku bersyukur kerana Allah telah memakbulkan permintaan aku lalu memberikan aku anugerah yang terindah dalam hidup ini .Biarlah sejuta manusia mengatakan dia terlalu banyak kekurangan tapi yang pasti itu takkan pernah jadi penghalang buat aku kerana aku yakin Allah lebih mengetahui sesuatu yang tersurat mahupun tersirat .
Dan aku takkan pernah menyesal mengenali dia kerana aku yakin Allah itu Maha Penyayang kerana Allah mendengar doa aku saat aku terluka kemudian dia hadir dalam hidup aku...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan