Halaman

Ahad, 31 Ogos 2014

Bertunang Cara Islam

   Zaman sekarang majlis pertunangan dibuat secara besar-besaran bagaikan majlis kahwin .Kadangkala adat itu terlalu melampaui batas dan agama Islam .Kalau difikirkan sejenak ,kenapa bertunang dalam Islam itu tak sepatutnya dihebahkan .Sebenarnya terdapat sebab musabab yang kukuh kenapa Islam tak menggalakkan seseorang itu menghebahkan pertunangannya pada umum .

    Pertunangan dalam Islam adalah sebenarnya adalah untuk pihak lelaki mengenali pihak perempuan dengan lebih mendalam .Jadi ,jika pihak lelaki merasakan tak sesuai pertunangan itu boleh diputuskan .So ,bayangkan jika majlis grand gegiler dah dibuat masa majlis pertunangan dulu then pertunangan tersebut terputus ,tidakkah itu akan memalukan keluarga ?Kemudian menjadi bahan gosip mak cik Kiah ?

   So that ,Islam tak menggalakkan mereka yang bertunang menghebahkan pertunangan mereka .Tapi itu tak bermaksud haram jika nak menghebahkan .Sebaiknya diamkan sahaja dan biarkan segalanya pasti sehingga majlis akad nikah .Jika dah bernikah ,diwajibkan untuk menghebahkan agar terhindar dari fitnah dan memberitahu masyarakat bahawa pasangan tersebut telah halal .

   Chiq Neyna cuma sekadar ingin mengongsikan pandangan bila terpandang beberapa gambar pertunangan yang memang grand habis lahh .Secara automatik terfikir bahawa Islam telah pun memberikan garis panduan untuk penganutnya .Sebenarnya ada hikmah dan bukankah kita sepatutnya mengikut cara Islam dan tidak terlalu melebih-lebih ?Islam itu mudah dan Islam itu sederhana .Subhanallah...Renungkanlah sejenak .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan