Zaman sekarang majlis pertunangan dibuat secara besar-besaran bagaikan majlis kahwin .Kadangkala adat itu terlalu melampaui batas dan agama Islam .Kalau difikirkan sejenak ,kenapa bertunang dalam Islam itu tak sepatutnya dihebahkan .Sebenarnya terdapat sebab musabab yang kukuh kenapa Islam tak menggalakkan seseorang itu menghebahkan pertunangannya pada umum .
Pertunangan dalam Islam adalah sebenarnya adalah untuk pihak lelaki mengenali pihak perempuan dengan lebih mendalam .Jadi ,jika pihak lelaki merasakan tak sesuai pertunangan itu boleh diputuskan .So ,bayangkan jika majlis grand gegiler dah dibuat masa majlis pertunangan dulu then pertunangan tersebut terputus ,tidakkah itu akan memalukan keluarga ?Kemudian menjadi bahan gosip mak cik Kiah ?
So that ,Islam tak menggalakkan mereka yang bertunang menghebahkan pertunangan mereka .Tapi itu tak bermaksud haram jika nak menghebahkan .Sebaiknya diamkan sahaja dan biarkan segalanya pasti sehingga majlis akad nikah .Jika dah bernikah ,diwajibkan untuk menghebahkan agar terhindar dari fitnah dan memberitahu masyarakat bahawa pasangan tersebut telah halal .
Chiq Neyna cuma sekadar ingin mengongsikan pandangan bila terpandang beberapa gambar pertunangan yang memang grand habis lahh .Secara automatik terfikir bahawa Islam telah pun memberikan garis panduan untuk penganutnya .Sebenarnya ada hikmah dan bukankah kita sepatutnya mengikut cara Islam dan tidak terlalu melebih-lebih ?Islam itu mudah dan Islam itu sederhana .Subhanallah...Renungkanlah sejenak .
Ahad, 31 Ogos 2014
Selasa, 26 Ogos 2014
Anugerah Terindah Untukku
Pada awalnya aku langsung tak terfikir yang kami akan serius dalam hubungan yang begitu cepat tercipta dan aku juga tak menaruh apa-apa harapan .Cuma aku hanya bersedia untuk menerima apa jua kemungkinan kerana hubungan itu pasti takkan berakhir dengan sesuatu yang lebih serius .
Tapi perancangan Allah itu hebat .Dia kirimkan seorang lelaki bernama Ahmad Nurikhwan untuk teman hari-hari yang mendatang dalam hidup aku .Dia hadirkan lelaki itu bersama perasaan yang indah untuk aku .Cinta .Ya ,kerana perasaan itulah yang membuatkan aku menerima dia perlahan-lahan dalam hidup aku walaupun aku masih terasa ragu .
Aku mohon petunjuk dari Ilahi agar memberi aku petanda bahawa jika dia benar-benar ikhlas dengan aku .Alhamdulillah...Segalanya telah dipermudahkan walaupun mengambil sedikit masa untuk aku mencintainya kerana aku masih terlalu berhati-hati .Aku takut jika hati ini diremukkan untuk sekian kali .
Sikapnya yang selalu mencuit hati aku membuatkan aku terus selesa untuk bersamanya tanpa ada rasa jemu .Semakin aku bersama dia semakin aku mengenali dia .Aku bersyukur kerana Allah telah memakbulkan permintaan aku lalu memberikan aku anugerah yang terindah dalam hidup ini .Biarlah sejuta manusia mengatakan dia terlalu banyak kekurangan tapi yang pasti itu takkan pernah jadi penghalang buat aku kerana aku yakin Allah lebih mengetahui sesuatu yang tersurat mahupun tersirat .
Dan aku takkan pernah menyesal mengenali dia kerana aku yakin Allah itu Maha Penyayang kerana Allah mendengar doa aku saat aku terluka kemudian dia hadir dalam hidup aku...
Ahad, 24 Ogos 2014
Kematian Itu Pasti
Terasa sayu dan sedih saat mendengar khabar saudara Islam kita di Gaza yang dibunuh saban hari .Kanak-kanak menjadi mangsa pertaruhannya .Apatah lagi warga muda mahupun tua dibunuh tanpa ada rasa perikemanusiaan .Sekali lagi kita diuji dengan berita yang berat apabila saudara kita telah meninggalkan dunia ini dalam kes kapal terbang MH17 yang telah ditembak jatuh oleh pemberontak .
Hidup ini pasti akan berakhir dengan kematian .Walau sejauh mana kita cuba untuk berlari ,maut itu takkan pernah berhenti mengekori kita dari belakang .Apakah kita sudah bersedia ?Sebanyak 70 kali malaikat maut melihat wajah kita dan bila tiba waktunya pasti malaikat Izrail akan menarik roh kita keluar .Cuma bagaimana dia mencabut nyawa kita itu merupakan rahsia Allah .
Sesungguhnya kematian itu adalah pasti dan takkan pernah terlambat mahupun sesaat .Tidak penting bagaimana cara kita mati tapi apakah kita akan mati dalam keadaan beriman ?Apakah cukup amalan kita selama ini ?Apakah kita telah meninggalkan semua larangan-Nya ?Apakah kita layak untuk ke syurga-Nya ?Renungkan sejenak...
Malunya diri ini bila melihat iman seseorang hamba Allah itu hebat .Nama Allah ,zikir serta selawat ke atas junjungan menjadi mainan bibirnya .Manakala ,al-Quran sentiasa menjadi santapan hati .Apakah kita mampu menjadi sehebat itu ?Allahuakhbar !Ya rabbi...Jadikanlah kami dari golongan orang yang beriman agar kelak mati kami dalam keadaan yang beriman dan diredhai .
Sahabatku ,hidup ini cuma sementara .Dunia harus dikejar tapi akhirat jangan dilupakan kerana di sanalah kita akan kekal selamanya .Kumpullah amalan jariah agar kelak kita dipermudahkan jalannya untuk melalui titian siratul mustaqim .Semoga kita mendapat hidayah dan petunjuk dari-Nya .Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Pengampun .
Hidup ini pasti akan berakhir dengan kematian .Walau sejauh mana kita cuba untuk berlari ,maut itu takkan pernah berhenti mengekori kita dari belakang .Apakah kita sudah bersedia ?Sebanyak 70 kali malaikat maut melihat wajah kita dan bila tiba waktunya pasti malaikat Izrail akan menarik roh kita keluar .Cuma bagaimana dia mencabut nyawa kita itu merupakan rahsia Allah .
Sesungguhnya kematian itu adalah pasti dan takkan pernah terlambat mahupun sesaat .Tidak penting bagaimana cara kita mati tapi apakah kita akan mati dalam keadaan beriman ?Apakah cukup amalan kita selama ini ?Apakah kita telah meninggalkan semua larangan-Nya ?Apakah kita layak untuk ke syurga-Nya ?Renungkan sejenak...
Malunya diri ini bila melihat iman seseorang hamba Allah itu hebat .Nama Allah ,zikir serta selawat ke atas junjungan menjadi mainan bibirnya .Manakala ,al-Quran sentiasa menjadi santapan hati .Apakah kita mampu menjadi sehebat itu ?Allahuakhbar !Ya rabbi...Jadikanlah kami dari golongan orang yang beriman agar kelak mati kami dalam keadaan yang beriman dan diredhai .
Sahabatku ,hidup ini cuma sementara .Dunia harus dikejar tapi akhirat jangan dilupakan kerana di sanalah kita akan kekal selamanya .Kumpullah amalan jariah agar kelak kita dipermudahkan jalannya untuk melalui titian siratul mustaqim .Semoga kita mendapat hidayah dan petunjuk dari-Nya .Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Pengampun .
Jumaat, 22 Ogos 2014
Hubungan Boleh Retak Jika...
Dalam sesebuah perhubungan pasti ada asam garamnya ,right ?Kadangkala ,sesuatu hubungan yang kita cipta mampu jadik retak lalu musnah .Sememangnya kita tak nak lahh kan hubungan kita yang telah sekian lama terbina hancus macam tuh je .But ,sometimes kita kena kaji dan lihat apakah punca yang boleh buatkan hubungan kita hancus musnah .
Kat sini Chiq Neyna akan share ngan uols apakah yang menyebabkan kekadang tanpa kita sedari kita mampu membuatkan hubungan itu terputus .
Kat sini Chiq Neyna akan share ngan uols apakah yang menyebabkan kekadang tanpa kita sedari kita mampu membuatkan hubungan itu terputus .
- Berfikir si dia sibuk dan uols secara automatik takkan contact ngan si dia. Sometimes ,si dia memang menunggu kita contact dia dulu nak tengok sama ada kita neh ingat @ rindukan dia tak.
- Ego .Ini memang masalah besar .Kalau gaduh je mesti tak nak mengalah .Uols kena ingat ,dalam sesuatu perhubungan kena ada yang mengalah. So that ,pergaduhan itu takkan berlangsung berabad lamanya.
- Tak percayakan si dia @ selalu ragu ngan si dia. Tak dinafikan dalam hati kadang-kadang tuh terdetik perasaan macam tuhh .But ,jangan terlalu berfikiran negatif & always think positif oke .Apatah lagi mereka yang terlibat dalam percintaan jarak jauh (PJJ). Kepercayaan itu tersangatlah penting untuk mengukuhkan hubungan yang sedia ada.
- Tidak meluahkan perasaan .Maksudnya ,walaupun uols selalu bersua muka uols tetap kena luahkan perasaan yang uols rindukan or sayangkan dia. Apatah lagi yang berjauhan. Sebab bila pasangan uols tahu yang uols sayang @ rindu si dia ,si dia pasti akan menghargainya dan tahu uols masih mencintainya.
- Tak ambil berat @ tak pedulikan si dia. Ini penting sangat dalam sesebuah hubungan .Sebab dengan caring yang mampu membuatkan pasangan uols tuh sayangkan uols .
- Kurangnya perhatian. Bila seseorang itu telah mencintai anda ,secara langsung si dia mahukan perhatian daripada uols. Walaupun rasa seperti kebudak-budakkan itulah realiti kerana si dia mahu uols memberi perhatian padanya. Kalau tidak, pasti merajuk !
- Tak pernah menghargai apa yang si dia lakukan. Uols kena ingat ,jangan sampai bila kita kehilangan si dia baru nak menyesal.
Selasa, 19 Ogos 2014
Sayangi Si Dia Kerana Allah
Setiap pasangan yang hadir dalam hidup dalam kita merupakan anugerah terindah dalam hidup kita. So that kita perlu hargai mereka dan terima mereka seadanya kerana itulah yang sebaiknya.
Sometimes Chiq Neyna tengok orang bercinta neh terlebih over. Maksudnya ?Yelah ,yang melebih-lebih macam dah kahwin ,berpeluk bagai .Ehh ,tuh dah kenapa ?Dah sah jadik suami isteri ke ?Walaupun uols tuh couple tapi tuh bukan jalan menghalalkan segala cara .Ingat tuh .
Sebab tuh sometimes Allah pisahkan kita ngan pasangan kita sebab kerana itu buatkan kita lalai dan makin jauh ngan perintahNya. Jangan salahkan takdir jika kita berpisah ngan si dia selepas kita dah berpeluk ,bercium dan mungkin lebih daripada tuh .Actually ,Allah nak kita kembali kepada pangkal jalan .
Tak salah bercouple tapi biarlah mengikut cara yang sebenar .Jangan terlalu melebih-lebih sampaikan buatkan kita lupa Allah .Ingat ,Allah berkuasa membuatkan kita kehilangan orang yang kita sayang dalam pelbagai cara. For example ,mungkin si dia dah berubah hati dan tak mampu untuk menyayangi kita lagi ataupun dia menjumpai si dia yang baru .
Dear ,sayangi si dia kerana Allah .Jika kita lebihkan Allah dalam apa jua urusan ,In shaa Allah segalanya akan dipermudahkan .Jika sayangkan si dia, berdoalah agar dijodohkan dengan si dia .Ya ,memang benar jodoh kita telah ditetapkan sejak di loh mahfuz tapi uols kena ingat kerana doa mampu mengubah segala-galanya .In shaa Allah .Allah itu Maha Penyayang .
Bila Chiq Neyna tengok ada segelintir couple tuh kekadang macam dah tak ingat dunia .Habis dicanangnya satu dunia yang dia telah couple ngan si polan neh .Selalu lahh kita dapat tengok status yg dorang update di fb like "taken by" ,"hanya dia milikku" ,"tak ada yang mampu pisahkan kami" and so on lagi lahh .Nak termuntah hijau membacanya .Lepas tuh bila dah break up mula lah keluar status nak bunuh diri ,no women no cry ,tak percaya pada cinta lagi ,berubah jadik pencinta sesama jenis .Oh ,sadisnya !
Remember ,kita neh Allah punya dan si dia pun Allah punya .So jangan bila meluahkan sesuatu kewarasan kita diletakkan paling belakang .If kita sayangkan dia sangat-sangat pun ,berdoa pada Allah moga dikekalkan dan disatukan dalam hubungan yang dihalalkan Islam .If rindukan si dia pun ,berdoa juga pada Allah supaya si dia merasai seperti apa yang kita rasakan dan berdoa untuk kesejahteraan si dia .Tak salahkan ?So ,kita akan bercinta secara bersederhana dan tidak terlalu "gedik" .
Jika kita praktikkan apa yang sepatutnya sebagai muslim ,pasti kebahagiaan itu kita rasakan .Bukan hipokrit manusia duniawi .Percayalah kerana Islam itu sangat indah dan cinta itu anugerah serta amanah yang perlu dijaga dengan baik .Cuma kita perlu tahu bagaimana cara untuk menjaga cinta itu berlandaskan jalan yang tepat .
Ahad, 10 Ogos 2014
Cerpen Tika Cinta Mengintai
Isyad
dan Amira ketawa mengekek-ngekek menahan ketawa melihat gelagat rakan sekelas
mereka melakukan aksi lakonan semasa di hadapan kelas. Mereka ketawa sehingga
mengeluarkan air mata seperti ada yang menggeletek mereka berdua dan juga rakan
kelas yang lain.
“Lawaklah dorang ni kan?” Soal
Isyad dalam pelat Sabahannya sambil menahan ketawa yang akan dihambur keluar
lagi.
“Itulah..Sakit perut aku ketawa
tengok dorang belakon macam tu. Seriously funny!”Jawab Amira dalam ketawa yang
masih bersisa.
“Tapikan, menjadilah watak yang
dorang bawak tu. Tambah-tambah si Din tu. Lucu!” Sambung Amira.
Setelah tamat
program Kreativiti Pelajar Seni, mereka berasak-asak keluar dari studio.
Masing-masing berniat untuk mengisi perut mereka untuk tengahari sebelum
bergerak ke kelas. Masih terdapat segelintir pelajar yang masih bercerita
tentang lakonan yang di bawa oleh rakan-rakan mereka sebentar di dalam kelas.
Tidak kurang juga yang menyindir dalam gurauan. Amira dan Isyad seperti selalu,
akan bersama walau ke mana jua kerana mereka berkongsi motorsikal yang sama.
“Aku nak makan dululah. Lapar
ni.Kau dah makan belum?” Soal Amira sambil menyarung helmet di kepalanya.
“Makan je kerja kau kan. Aku dah
makanlah sebelum program tadi.”
“Alahh....”Amira mencebikkan
mulutnya.
“Aku teman kau makan jelah. Aku
minum air je.”
Betul ni ?”Tanya Amira inginkan
kepastian. Isyad sekadar mengangguk. Jawapan dari Isyad mengundang senyuman
Amira yang panjang lebar.
“Jom.”Ajak Isyad. Dia memakai
helmet lalu menekan butang starter. Manakala, Amira membonceng di belakang.
“Makan kat tempat biasa tau.” Amira
memberi arahan. Isyad memulas pedal minyak, motorsikal mereka meluncur laju di
atas jalan dan menuju ke kafe yang terletak di library. Isyad sudah mengerti
bahawa kawannya itu suka mengisi perutnya di kafe library, seperti selalu .Tak
pernah jemu !
“Kau janganlah bawa motor ni laju
sangat. Kau ingat kita litar sepang ke? Nak terjatuh aku kat belakang ni tau!”
Amira menampar belakang Isyad. Hampir sahaja dia terpelanting jatuh dari motor
dek melanggar bonggol di jalan. Memang tak reti nak break ke dia ni? Amira
mengomel di dalam hati.
“Kalau nak terjatuh, kau
peluklah.....”
Papppp! Satu tamparan hinggap di
belakang Isyad sekali lagi.
“Gatal!”Sampuk Amira.
“Aku belum habis cakaplah. Kalau
kau nak terjatuh, peluklah beg aku. Hadoii! Kau ni kan.”
Amira tersenyum sumbing dibelakang
Isyad walaupun Isyad tidak nampak.
“Nak cover line lah tuh. Bergurau
kau kan?”
“Bha..Mana ada.”Jawab Isyad. Isyad
memarkingkan motorsikal berhadapan kafe library. Berhenti sahaja, Amira telah
membuka helmet lalu meninggalkan Isyad yang menongkatkan motorsikal.
‘Kalau bab makan, laju je. Tapi,
dapat jugak gastrik. Semua benda nak disumbat dalam perut. Mira..Mira..Gumam
Isyad.’
Satu
persatu suapan nasi dan sup bergilir-giir masuk ke mulut Amira.
“Lapar sangat ke kau ni? Makan
elok-elok bha. Tercekik kau nanti.” Nasihat Isyad. Amira hanya tersenyum
mendengar bebelan Isyad.
Ah...tak adanya aku nak kisah.
Janji perut aku kenyang dan hati aku gembira.
“Eh, kau nak tak sup neh? Nah,
ambiklah rasa.”
Mangkuk berisi sup daging itu
ditolak perlahan-lahan ke arah Isyad. Isyad mengambil huluran sup itu lalu
disuap ke dalam mulutnya.
“Habiskan. Aku dah kenyang.”
Sambung Amira. Air lemon tea di dalam cup disedut menggunakan straw. Amira
tersandar di kerusi. Kenyangnya!
“Kau nak ke mana lagi lepas ni?”
Soal Isyad setelah menghabiskan sup.
“Entahlah. Balik biliklah. Dah
kenyang macam ni rasa mengantuk lak.”
“Pemalas kau kan. Membesarkan diri
jak kau tau.”
“Dah tu, nak ke mana lagi Encik
Isyad oit?”
“Teman aku beli barang jom. Aku mau
beli makanan ni. Stok makanan aku sudah mau habis di bilik.”
Terbuntang mata Amira mendengar penyataan
dari Isyad. Melantak ke apa dia ni kat bilik? Ke membela saka? Cepat betul
habis stok makanan. Padahal baru 2 minggu lepas aku shopping dengan dia. Sampai
penuh raga motor dibuatnya. Tu pun belum lagi termasuk yang di galas dalam beg
dan dipegang lagi .Dah macam shopping makanan untuk setahun je. Ni nak beli
makanan lagi? Kau biar betik Isyad oit?
“Bukan ke baru-baru ni kau dah beli
makanan? Takkan dah habis?” Soal Amira inginkan kepastian. Ini memang
benar-benar musykil.
“Sudah mau habis bha. Aku makan
ramai-ramai dengan roommate aku sekali. Jomlah teman aku. Biar aku yang bawa
motor. Kau dibelakang jak.” Seraya berkata demikian, Isyad mengangkat punggung
dan bersedia untuk meninggalkan kafe. Amira bingkas bangun dan membontoti Isyad
dari belakang.
“Bagi arahan kat aku macam aku neh
PA dia. Nasib aku ni baik hati orangnya.” Bebel Amira sendirian.
“Isyad,
kau ingat lagi tak masa awal perkenalan kita masa awal sem tahun satu dulu?”
Soal Amira sambil memandang lautan yang terbentang luas dihadapan mereka. Isyad
menganggukkan kepalanya sambil tersenyum nipis.
“Masa tu kita terlibat dengan MSM
kan?” Jawab Isyad. Kali ini Amira pula menganggukkan kepalanya.
“Seronokkan kalau flash back balik
semua tu. Aku ingat lagi aku dipasangkan dengan kau untuk tarian joget tapi
kita ditukarkan kerana kau rendah sikit dari aku.”
Isyad ketawa kecil mendengar cerita
Amira. Sememangnya dia rendah sedikit dari Amira. Dia akui.
“Aku tak sangka yang kita akan jadi
sebaik ni. Macam sekarang. Kat mana ada aku mesti ada kau.” Sambung Amira.
“Ya bha. Kitakan kongsi motor
sekali. Habis kalau endak ada kau macam mana aku mau ada? Sudah kita gerak
sekali kan?” Isyad mula loyar buruk dengan Amira. Pantas Amira mencebikkan
bibirnya.
“Kau nak tau, ramai classmate kita
tanya aku kenapa aku tak couple je ngan kau. Apa punya soalan daaa.”
“Kan...Lagipun kau macam mak aku
sudah.”Jawab Isyad selamba tanpa menghiraukan riak wajah Amira yang dah berubah
seperti mahu menggigitnya. Macam mak kau cakap? Eh, tolonglah! Muka cun macam
aku ada anak sebesar kau? Memang tak lah. Kalau jadi anak aku pun, dah confirm
jadi anak derhaka. Asyik melawan je cakap aku.
“Eh, jomlah kita ke gerai makan
sana. Aku lapar sudah ni.” Ajak Isyad lalu berdiri dan menggalas beg di
belakangnya. Amira hanya menurut arahan seperti dirasuk lagaknya.
“Kau belanja aku.” Amira bersuara.
“Endak mau lah aku. Kau kahwin
dengan aku baru aku belanja kau makan. Itu pun nasi kosong jak.” Sahut Isyad
tanpa memandang wajah Amira.
“Kurang asam punya kawan. Kedekut!”
“Bha, cepat kau. Lapar ni.” Gesa
Isyad. Amira segera mempercepatkan langkahnya sambil mulutnya tidak henti-henti
terkumat kamit mengutuk Isyad. Tapi Isyad tidak pernah mempedulikannya kerana
dia tahu Amira suka bergurau dan marahnya hanya sekadar mainan. Sebab itulah
dia selesa berkawan dengan Amira.
“Isyad,
hari ni aku nak guna motor ke Kota Kinabalu. Jadi, kau pulang dengan Din eh?”
“Kau nak ke KK dengan siapa?” Soal
Isyad kembali.
“Aku dengan Zain. Dia nak beli
barang sikit kat sana tu. Bolehkan kau balik dengan Din?”
“Yala...Pergilah kau dengan dia.
Pandai-pandailah aku balik nanti.” Jawab Isyad tanpa memandang wajah Amira.
Skrin laptop dihadapannya dipandang dengan serius.
“Kalau macam tu, aku hantar kau
pulang dululah.” Cadang Amira.
“Endak apa jugak. Aku mahu siapkan
assignment ni dulu. Lambat lagi aku mau pulang.”
“Okeylah. Aku gerak dulu. Kalau ada
apa-apa hal, mesej aku je.”
Amira berjalan
meninggalkan Isyad .Isyad mengheret matanya melihat kelibat Amira yang kian
hilang bersama Zain. Mereka bergelak tawa. Tiba-tiba hati Isyad menjadi sakit.
Bukan kerana dia tidak dihantar pulang oleh Amira tapi kemesraan yang terjalin
antara mereka membuatkan hati Isyad sedikit memberontak sakit. Sememangnya dia
tahu Amira juga rapat dengan Zain selain dari dirinya. Ahh !Dah kenapa dengan
kau, Isyad? Biarkan saja mereka. Kenapa pula kau yang terlebih rasa? Kau cuma
kawan saja dengan dia.
Handphone
berjenama blackberry dikeluarkan dari poket seluar lalu Isyad menaip laju.
‘Pulang awal. Nanti petang aku mau
guna motor pula.’
Sent. Delivered.
Dia menyimpan kembali handphone itu
ke dalam poket seluarnya. Di dalam hatinya seribu satu rasa mula menjenguk dan
membuatkan dia sedikit gelisah dan tidak tentu arah. Isyad kembali cuba untuk
fokus kepada assignment yang terbengkalai walaupun hatinya kini berkecamuk.
Sejak
kebelakangan ini tingkah laku Isyad sangat berbeza jika hendak dibandingkan
dengan awal dahulu. Isyad bertukar menjadi seorang yang mudah baran. Ada sahaja
yang tidak kena di hatinya. Layanan Isyad terhadap Amira turut berubah. Amira
sendiri tidak mengerti. Apakah dia telah melakukan kesalahan terhadap Isyad?
Jika ditanya, Isyad menjawab tiada apa-apa yang berlaku. Aneh? Jika memang
tiada apa-apa kenapa sikapnya telah berubah?
Amira
medapatkan Isyad yang sedang ralit berborak dengan Fazuan di luar kelas.
“Jom Syad kita pergi makan. Aku tak
lunch lagi ni.” Ajak Amira sambil memegang perutnya bagi menandakan dia sedang
lapar.
“Kejaplah. Aku mau borak dulu bha dengan
si Fazuan ni.”
“Aku pun tak makan lagi ni. Aku
makan maggi je pagi tadi.” Sampuk Fazuan.
“Kalau macam tu, kita makan
sekalilah.” Ujar Amira.
“Sudahlah. Si fazuan ni sudah makan
tadi dengan Bob. Dia tipu kau jak tu. Jom balik.”
Belum
sempat Amira bersuara, beg galasnya telah ditarik oleh Isyad membuatkan dia
terpaksa melangkah pergi. Hampir sahaja dia terlentang ke belakang dek
perbuatan Isyad itu.
“Eh, kau ni. Nasib aku tak jatuh.
Kan kita nak makan dengan si Fazuan tu.” Marah Amira sambil berjalan mengikuti
Isyad dari belakang.
“Kau dengar tak ni?” Soal Amira
apabila Isyad hanya mendiamkan diri dan terus mengaturkan langkahnya. Eh,geram
pulak aku dengan mamat seorang ni. Pekak ke apa?
“Isyad!” Amira memberhentikan
langkahnya. Isyad terus melangkah tanpa menghiraukan panggilan Amira.
“Isyad!!” Jerit Amira sedikit
lantang.
“Cepatlah kau jalan. Tadi lapar
sangatkan.” Sahut Isyad tanpa menoleh dan terus berjalan ke hadapan.
“Eii... Sakit pulak hati aku dengan
dia ni.” Amira bermonolog. Dia mempercepatkan langkahnya agar dapat mengejar
Isyad yang sudah jauh ke depan. Setelah dapat menyaingi Isyad, dia menarik beg
Isyad. Langkah Isyad terhenti.
“Kau dah tak dengar eh aku panggil
kau?” Soal Amira sedikit bengang.
“Kenapa? Kan kita mau pergi makan.”
Jawab Isyad tanpa ada riak rasa bersalah.
“Yang aku terjerit melolong panggil
kau tuh, kau tak dengar ke saja buat-buat tak dengar? Kesian Fazuan kita
tinggal dia macam tu je.”
“Sudah dia makan tadi. Kenapa kau
mau risau? Kau suka dia?” Soal Isyad sinis.
“Suka? Eh, dah dia kawan kita. Kau
ni makin lama makin pelik kenapa? Kau ada masalah ke?” Renung Amira tajam.
Isyad menggeleng. Kemudian, dia kembali mengorak langkahnya meninggalkan Amira
tanpa menjawab pertanyaan Amira. Amira kian bengang. Dia kejar Isyad sehingga
dekat lalu direntap bahu Isyad agar Isyad berhenti melangkah.
“Kau mau apa?” Suara Isyad sedikit
tinggi.
“Kau tu yang nak apa? Aku dah makin
tak kenal kau tau. Semua benda kau nak marah-marah. Kau ingat kau seorang je
boleh marah?” Bentak Amira.
“Kalau kau endak mau pulang sekali
sudah. Biar aku pulang dengan bas jak.” Sebelum Isyad kembali berganjak dari
situ, tangannya ditarik Amira.
“Kau jawab dengan aku sekarang. Apa
masalah kau? Apa yang ada dalam otak kau tu? Apa yang kau sembunyi dari aku?”
Desak Amira.
“Kau mau tau? Okey, aku cakap. Aku
suka kau. Aku endak tau waktu mana aku suka kau. Aku sakit hati bila tengok kau
rapat dengan dorang semua tu. Aku endak kisah kalau kau endak suka aku tapi aku
minta kau tolong faham perasaan aku. Itu jak!”
Amira
terkaku mendengar luahan spontan Isyad. Otaknya seolah-olah sudah berhenti memberi
respons. Dia hanya mampu melihat Isyad yang kian jauh meninggalkannya.
“Dia suka aku?” Suara Amira separuh
berbisik seakan tidak percaya. Tapi dia hanya menganggap Isyad tidak lebih dari
seorang kawan baik walaupun kadangkala dia juga terbabas mencemburui Isyad
berborak mesra dengan gadis lain.
Langgan:
Catatan (Atom)