Halaman

Sabtu, 28 Disember 2013

Masa & Jarak yang Memisahkan

Kalau dulu jika aku merindukanmu ,sebuah panggilan akan menghubungi antara kita
Di situ kita bergelak tawa bersama
Berkongsi khabar serta menceritakan hal seharian yang dilakukan
Di situ juga kita meluahkan rasa rindu yang terpendam disebabkan jarak yang jauh telah memisahkan kita
Senyuman akan terukir tatkala kita berbicara memberikan kita sinar kebahagiaan
Membuatkan aku tidak sabar lagi untuk menemui dirimu yang sering berceloteh dengan diri ini

Tapi ,
Semua itu hanyalah sebuah kenangan yang terukir antara kita
Jika dahulu aku ingin mendengar suaramu ,
dari jauh kau pasti akan terkocoh-kocoh mendapatkan panggilan itu
Jika dahulu kau pasti sambut panggilan itu dengan suara yang gembira
Tapi ,
Semua itu tidak akan terulang lagi
Ya...
Kini ,kau telah jauh dariku
Jarak itu juga memisahkan kita lalu membuatkan aku sering tewas dengan air mata
Jarak itu juga membuatkan kita takkan pernah bertemu lagi
Kita berbeza alam
Dan...
Jauh itu memaksa aku redha dan ikhlas akan ketentuan yang ditakdirkan

Tatkala puisi ini ditaip
Sekali lagi air mata ini menuruni curam wajah
Melewati wajah lalu menitis jatuh
Jelaslah di sini aku amat merinduimu
Terlalu rindu...
Rindu yang tak mampu aku ungkapkan dengan kata-kata
Lalu air mata ini membicarakan semuanya
Sukar untuk aku percaya bahawa kau telah tiada untuk menemani diri ini pada hari-hari akan datang
Terasa hambar sekali ini pabila mengenangkannya
Jiwa ini kosong
Aku cuba kuat demi yang lain
Ternyata ia terlalu sukar...

Seandainya waktu itu bisa diputarkan kembali
Aku tidak akan menciptakan jarak antara kita
Tidak akan berjauhan denganmu
Tidak akan meninggalkanmu
Aku akan setia di sisimu
Menemanimu setiap detik yang berlalu
Dan aku akan selalu membahagiakanmu

Masih terbayang di minda ini akan senyum tawamu
Masih terngiang-ngiang suaramu di telinga ini
Masih terlihat kelibatmu di hadapanku
Masih terasa kau masih ada di sini
Masih terasa kau sedang menunggu kepulangan diri ini
Ya..
Aku masih dapat rasakan semua itu

Kejamnya masa dan jarak kerana memisahkan kita
Kejamnya masa dan jarak kerana membuatkan aku rindukanmu
Kejamnya masa dan jarak kerana membuatkan diri ini terseksa
Kejamnya masa dan jarak kerana semua itu tidak dapat diulang kembali
Kejamnya masa dan jarak kerana membuatkan aku acap kali menangis
Kejamnya masa dan jarak kerana membuatkan aku tidak dapat memilikimu lagi seperti masa lalu....



Jumaat, 20 Disember 2013

Jiwang-Jiwang Saja...

Kadang kala aku ketawa ,kadang kala aku bersedih tetapi air mata itu aku segera hapuskan kerana aku tidak mahu dilihat sebagai seorang yang lemah walaupun pada hakikatnya akulah itu

Bukan niat di hati ingin menolak dirimu dari hidup ini ,tetapi jika hubungan ini terus dikhianati lebih baik ianya berlalu pergi

setiap saat aku ingin menemanimu walaupun aku diibaratkan sehelai kertas yang hanya digunakan tika perlu sahaja..

Aku berusaha untuk membahagiakanmu walaupun aku dilukai berkali-kali kerana senyumanmu itu merupakan sumber kekuatan aku untuk terus bertahan denganmu

Ada apa dengan cinta jika aku dikhianati oleh janji manismu ?

Ketika saya menangis ,saya lihat awak di dalam air mata ini .Tapi ,saya hapuskan air mata itu agar tiada siapa pun nampak awak

Jahatkan saya sebab curi-curi pandang awak ,curi-curi suka awak dan curi-curi merindui awak .Tapi ,awak lagi jahat sebab awak dah curi hati saya walaupun awak tak pernah sedar

Tatkala diri ini mengingati dirimu ,hanya doa menjadi pengiringnya semoga awak bahagia bersama si dia

Saya akan mempertahankan awak walaupun sejuta orang cakap awak hodoh .Bagi saya ,awaklah manusia yang terindah pernah saya jumpa

Saat aku ketawa ,semua orang gembira di sisi aku .Saat aku bercerita ,semua orang terhibur dengan cerita itu .Saat aku bersedih ,aku tidak mahu mereka melihat kesedihan aku kerana aku tidak sanggup melihat mereka bersedih kerana aku .

Aku rela menjadi bahan boneka jika itu mampu membuatmu gembira...

Khamis, 21 November 2013

I miss You,Mom


 Deraian demi deraian air mata menuruni pipi ini .Aku menangis sendiri tatkala tiada sesiapa di hadapanku agar aku tidak dilihat sebagai seorang yang lemah dan tidak mampu untuk menerima kenyataan .Hati siapa tidak sayu apabila kehilangan orang yang sangat dicintai dan pernah menyusukan diri ini serta menjaga aku tanpa ada rasa jemu .Hampir genap 2 minggu ibuku meninggalkan aku yang masih terkapai-kapai inginkan kasih sayang serta perhatian darinya .Aku benar-benar rindukan arwah dan teringin untuk memakan masakannya yang mampu membuatkan aku menjilat jari setiap kali aku merasainya .

   Tidakku sangka ibu meninggalkan aku secepat ini .Terlalu banyak perkara aku ingin lakukan bersama-samanya .Sangat banyak...Alangkah indahnya jika masa itu mampu diputarkan .Akan aku menghargai setiap detik yang berlalu .Akan aku buat dia selalu tertawa dengan ceritaku dan menjadi pendengar setia saat dia menceritakan kisah dia padaku .Terbayang saat aku bersama ibuku ,saat dia menunggu kepulangan aku dari sekolah dan menemani aku makan .Ibuku selalu marah padaku kerana aku sering mengusiknya .Itulah hobi yang sering aku lakukan apabila aku bersamanya .Ya ,aku gemar mengusik ibuku .

   Aku juga selalu memandang wajahnya tika dia tidur disebelah aku .Aku tatap wajah tua ibuku yang tidak pernah berhenti memberikan kasih sayangnya pada aku .Tapi...Semua itu aku tidak lagi mampu lakukannya .Aku hanya mampu menatap potretnya yang kaku dan tidak memberikan apa-apa respons kepada diriku .Aku masih dapat rasai kehadiran ibuku di sisi aku .Walaupun dia telah meninggalkan dunia ini untuk selamanya ,aku dapat merasakan semangat ibuku ada dalam sekeping jiwa yang lara ini .

   Ikhlaskan..Relakanlah..Semua yang hidup pastikan mati .Lagu ini benar-benar meruntunkan jiwa aku .Aku selalu menginginkan agar ibuku dapat menjemputku di airport semasa kepulanganku dari Sabah dan menyambutku dengan senyuman ,ternyata itu semua hanya angan-angan yang tidak akan menjadi realiti lagi .I1 Sept 2013 ,itulah hari terakhir dia menghantar aku ke airport dan tangisan perpisahan yang terakhir yang aku lihat gugur dari kelopak matanya .Mak ,Ina terlalu rindukan mak !!!!

   Aku tidak mampu lagi untuk menahan air mata ini dari terus gugur apabila terkenangkan ibuku .Walaupun mereka melihat aku senyum dan tertawa ,itu hanyalah luaran diriku sahaja .Di dalam hati ini ,aku menanggung sedih dan rindu yang menggunung kepada seorang wanita yang sangat aku sanjungi .Nampak seperti aku sudah tidak lagi berduka cita ,tapi hanya Allah yang mengetahui sebagaimana perasaan ini .Aku mencintai dia .Ya..Aku terlalu mencintai ibuku .Ibuku yang berusia 55 tahun telah meninggalkan seorang suami yang setia mencintainya ,seorang ibu yang telah tua ,3 orang anak beserta seorang cucu yang tidak mengenal apa itu kesedihan dan perpisahan .

   Wahai ibuku yang dikasihi ,tenanglah ibu di sana .Walaupun dikau telah meninggalkan diri ini pada usia yang muda dan masih lagi memerlukan bimbingan darimu ,anakmu ini cuba untuk terus kuat dan bertahan walau tanpa dirimu ibu di sisi ini .Ingin sekali anakmu ini bermanja denganmu seperti dahulu kala tetapi ia tidak mungkin akan terjadi kerana dirimu telah pun kembali menghadap Ilahi .Anakmu akan teruskan perjuangan ini sehingga selesai dan akan membuatkan keluarga kita bahagia .Anakmu ini yakin walaupun ibu tiada di dunia yang fana ini tapi semangat serta kasih sayangmu masih berada bersama kami .Ibu..Maafkan diri ini yang tidak berkesempatan untuk memberikanmu kemewahan hidup atas kejayaan yang bakal dicapai kelak .Berbahagialah ibuku di sana bersama keluarga kita yang juga telah lama pergi meningglkan dunia ini .

   Ya Allah ,ya tuhanku .Aku merayu padaMu agar engkau menjauhi ibuku dari azab api nerakaMu yang menyeksakan .Tempatkan lahh ibu yangku cintai di syurgaMu yang indah .Berikanlahh ibuku kebahagiaan serta kesenangannya di alam sana .Kau kasihanilah ibuku sebagaimana dia mengasihaniku sewaktu aku masih kecil .Limpahkan rahmatMu pada ibuku .Ya Rab ,berikan ibuku kebahagiaan yang sepatutnya menjadi haknya .Aku mohon...Kabulkanlah..Amin ya rabbalalamin..

p/s :luahan seorang anak yang terlalu rindukan ibunya yang telah pergi meninggalkannya dan tak akan pernah kembali lagi .Terima kasih kerana sudi membaca .Al-fatihah untuk ibuku yang telah pergi menghadap pencipta sekalian alam .

 

Rabu, 13 November 2013

Memoir Bersama Ibuku...

   Pada tanggal 11 Nov 2013 iaitu pada hari Ahad ibuku telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini .Sungguh berat hati ini untuk menerima pemergiannya yang sungguh cepat sedangkan aku masih lagi memerlukannya .Di usia 20 ini ,aku telah kehilangan bonda yang sangat aku cintai .Mujurlah 2 minggu sebelum pemergiannya ,aku telah pulang ke negeri Kedah untuk menjenguk serta menjaganya .Keputusan itu aku buat apabila aku mendapat khabar ibuku masih terlantar dihospital .Hatiku menjadi tidak keruan .Oleh kerana itulah aku telah membuat keputusan untuk pulang .

   Khabar tentang ibuku terlantar dihospital tidak diberitahu oleh keluarga aku di semenanjung kerana mereka khuatir pembelajaran aku terganggu .Aku berpura-tidak tahu agar mereka percaya aku tidak tahu akan keadaan ibuku .Aku mengetahui keadaan ibuku melalui nenekku pada hari raya korban .Walhal ibuku telah terlantar dihospital selama 2 hari sebelum hari raya korban .Aku menangis kerana aku langsung tidak tahu apa-apa .Padahal aku sangat rindukannya .Aku ada menghubunginya tetapi ayah aku cakap mak aku ada dan pada waktu itu ayah aku di luar .Aku hubungi semula pada hari raya ,kakak aku memberitahu bahawa ibuku keluar bersama abang aku .Pada sebelah petang aku kembali menghubungi keluarga aku disemenanjung .Panggilan aku disambut oleh nenekku dan dia telah memberitahu aku segalanya .

   Lepas satu minggu berlalu ,aku kembali menghubungi keluarga aku dan menanyakan tentang kedaan ibuku dan dia masih terlantar dihospital malah ditukarkan ke hospital lain .Sekali lagi aku menangis mengenangkan keadaan ibuku .Lalu aku membuat keputusan untuk pulang ke semanjung pada hari Selasa kerana pada hari Isnin aku mempunyai test .Pada petang Ahad itu ,abang aku telah menghubungi aku dan mengatakan bahawa ibuku ingin berbicara dengan aku .Aku sebak tetapi aku mengawal perasaan aku .Ibuku menangis dan tidak mampu bersuara .Mungkin kerana dia terlalu rindukan aku .Aku memberitahunya aku akan pulang untuk menemuinya dan berita tersebut ternyata membuatnya gembira .

   Pada hari Selasa ,aku telah pulang ke Kedah aku terus menemui aku di hospital dan keadaanya sangat mengejutkan aku .Keadaan ibuku sangat berbeza .Pada keesokkan harinya aku telah mengambil alih untuk menjaga ibuku .Aku berusaha untuk membuat dia ketawa .Dia ketawa walaupun dalam kepayahan .Aku menceritakan pengalaman aku selama aku belajar di Sabah .Ibuku mendengar dengan setia .Pada hari Jumaat aku telah menemani ibuku tidur dihospital .Aku tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana aku khuatir jika dia mahukan apa-apa .Pada hari Jumaat malam kakak sepupu aku telah mengambil aku dirumah kerana dia akan menghantar aku ke airport Penang pada awal pagi esoknya .Pada malam itu juga aku menemui ibuku dihospital untuk kali terakhir sebelum aku berangkat ke Sabah .

   Setelah seminggu berlalu ,aku menanyakan khabar ibuku melalui mesej kepada ayahku .Ayah aku memberitahu bahawa keadaan ibuku semakin baik .Aku gembira mendengarnya walaupun ibuku masih dihospital .Kemudian selepas beberapa hari selepas itu ,abang aku menghubungi aku pada pagi ahad yang lalu .Dia memberitahu keadaan ibu aku semakin tenat dan aku diminta untuk membaca surah yassin .Hati aku mula gelisah .Aku menangis .Setelah beberapa minit ,ayah aku menelefon aku dan memberitahu aku agar bersiap sedia untuk pulang ke Kedah sekiranya ada apa-apa terjadi .Aku kembali menangis .

   Dalam pukul 9.30am aku keluar ke bandar Kota Kianabalu untuk menemani sahabatku serta untuk menghilangkan rasa sedih yang bersarang di hati ini .Ketika aku di situ ,aku mendapat panggilan dari ayah aku dan meminta aku untuk pulang .Pada waktu itu jam menunjukkan pukul 12pm .Aku tidak berani memberi jaminan kerana aku khuatiri tiada flight untuk aku pulang ke Penang .Hati aku mula tidak tenang .Semasa menunggu bas untuk pulang ke UMS ,aku menangis di bus stop sambil ditemani sahabatku yang lain dan mereka berusaha menenangkan aku .

   Ketika dalam perjalanan pulang ke UMS ,sekali lagi ayah aku menelefon aku .Dia ingin tahu jadual penerbangan aku ke Penang .Aku meminta ayah aku untuk menunggu kerana aku di dalam bas pada ketika itu .Sesudah aku tiba di bilik ,aku terus on laptop aku untuk menyemak jadual penerbangan .Untuk sekian kalinya ,ayah aku menghubungi aku ."Ina ,mak dah tak ada ."Aku terdiam seribu kata .Sebak .Terkejut ."Ayah harap Ina bersabar .Esok pagi ayah akan kebumikan mak ."

   Setelah panggilan ditamatkan ,aku meraung semahu-mahunya .Emak telah pergi tinggalkan aku !Kawan aku telah membantu aku menghantar aku ke airport walaupun masih ada seorang sahabat lagi yang ingin menghantar aku ke airport .Flight aku dalam pukul 4pm macam tuhh. Dalam flight, air mata ini tak henti-henti mengalir .Penerbangan aku mengambil masa selama 2 jam 45 minit .Setelah tiba di airport Penang ,abang aku telah menunggu .Aku tiba di rumah hampir pukul 1 pagi .Setiba aku dirumah ,aku merapati sekujur tubuh yang terbaring kaku dihadapanku .Lalu kain yang menutupi wajah ibuku aku buka .Terpampang wajah pucat ibuku .Wajahnya tenang dan seakan-akan tersenyum .Air mata aku kembali mengalir .

   Dua sahabatku Adik yang Aisyah ,mendapatkan aku .Mereka memelukku dan menenangkan aku .Aku benar-benar tidak percaya bahawa tubuh itu adalah ibu yang pernah melahirkan diri ini .Aku menangis tanpa henti .Mereka turut menangis ."Sabar Nina ,mak hang tak nak tengok hang sedih macam ni ."Jantungku seakan mahu berhenti melihat ibu aku yang sudah tidak bernyawa dihadapan aku .Malam itu aku tidur berdekatan dengan mayat ibuku .Terasa sayu hati ini pabila mengenangkan dirinya telah meninggalkan aku pada usia aku yang masih muda dan masih lagi memerlukan kasih sayangnya .

   Aku tidak tidur walaupun badan ini terasa letih .Pada pukul 4 pagi terdengar suara ayah aku dengan sayunya membacakan surah suci dihadapan tubuh ibuku .Ya Allah...Ingin sekali aku menggerakkan tubuh ibuku agar ia bangun .Sesungguhnya ia sangat menyulitkan .Setelah matahari terbit ,orang kampung dan saudaraku mula memenuhi ruang rumah .Pukul 10pagi ,ibuku diangkat untuk dimandikan .Entah ke berapa kali ,air mata ini kembali gugur .Setelah siap ibuku dimandi ,sekali lagi ibuku diangkat untuk dikafankan .Air mata ini masih tidak mahu berhenti .Mereka meminta agar kami mencium ibuku buat kali terakhir .Seorang demi seorang mencium ubun-ubun ibuku .Mereka meminta agar aku mengesat air mataku agar tidak mengena tubuhnya .Aku segera berbuat demikian ,perlahan-lahan aku mengucup dahinya .Lama .Terasa sejuk di bibirku .

   Mereka mula mengafankan ibuku .Terasa berat hati ini untuk melepaskan dia pergi setelah dia dimasukkan ke dalam keranda .Ya...Ibuku telah pergi meninggalkan aku untuk selama-lamanya dan takkan pernah lagi kembali .Ketika di tanah perkuburan ,aku lihat ibuku dikebumikan .Aku ingin menghalang mereka berbuat demikian ,tapi apakan daya .Ibuku takkan kembali .Upacara pengebumian berjalan dengan lancar .Pada malam itu ,hujan .Terdetik di hati aku 'mak sejuk ke kat sana ?Ina mintak maaf sebab Ina tinggalkan mak seorang di situ .Ina rindu mak !' .Air mata ini sekali lagi menuruni curam wajahku dan melewati pipiku dan jatuh di atas bantal .

   Abang aku ada menceritakan sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir ,dia ada menyebut nama aku serta abang-abangku .Aku sebak kerana aku tiada saat hembusan nafasnya yang terakhir .Tapi aku sedikit lega kerana aku sempat bertemu dan berjasa dengannya saat dia sakit .Aku sempat buat dia ketawa dan...aku sempat buatkan dia sup ayam saat dia teringin memakan sup ayam .Itulah masakan yang terakhir dia rasa hasil masakan aku dan kali terakhir aku masak untuknya juga kali terakhir aku menyuapnya .Ya Allah ,lepas ni aku dah tak berpeluang lagi menyuap ibuku seperti hari-hari yang lalu...

   Mak..Ina belum sempat bahagiakan mak dengan kejayaan Ina menggenggam segulung ijazah .Mak terlebih dahulu meninggalkan Ina .Ina tak sempat nak bawa mak berjalan-jalan di bumi Sabah .Dan Mak tak sempat untuk tengok Ina memakai jubah sewaktu Ina graduate suatu hari nanti .Allah terlebih dahulu menyayangi mak .Allah tak sanggup nak biarkan mak sakit lama-lama dan kerana itulah dia ingin mak bertemu denganNya .Mak...Ina terlalu rindukan mak .Setiap apa yang Ina buat ,Ina terbayangkan saat mak ada .Mak ,tenanglah mak di sana bersama arwah abang Iskandar .Ina yakin sekarang mak bersama abang Iskandar .Abang Iskandar dah lama menunggu mak di syurga .Ina ikhlas lepaskan mak dari sisi ini walaupun berat...Pergilah mak..Ina akan selalu menyayangi mak .Sehingga kini Ina masih merasakan mak masih ada di rumah ini....

p/s :Sampai di sini dahulu coretan Chiq Neyna kerana sebak untuk meneruskan coretan lagi .Pesanan Chiq Neyna ,hargailah ibu bapa uols sebelum mereka meninggalkan uols kerana mereka tiada ganti di dunia ini .

Khamis, 7 November 2013

Kenangan Oh Kenangan

   Hi uols !Hari nih Chiq Neya nak update sikit tentang sweet moment Chiq Neyna .Tetiba je rasa nak update tentang kenangan Chiq Neyna bersama bff(Mr.Boy) Chiq Neyna .Dah lama betul Chiq Neyna tak jumpa dengan dia .Rindu pulak(kalau dia baca entry nih .confirm bangga siot) .Macam2 kisah di antara kami .

   Mr.Boy seorang yang sangat nakal bagi Chiq Neyna .Chiq Neyna selalu jadi mangsa usikannya .Alahaii !Rindu lahh kat hang Mr.Boy !Tersenyum sengsorang Chiq Neyna kalau terbayangkan kisah kami berdua .Ada masa kami bergaduh dan ada masa kami bergelak ketawa .Kalau lahh masa itu boleh diputar saat Chiq Neyna di tingkatan 6 ,Chiq Neyna tak akan sia-sia kan masa tuhh .

   Masa di ting. 6 lahh Chiq Neyna dan Mr.Boy menjadi sangat rapat .Padahal kami bukanlah rakan sekelas .Chiq Neyna ingat lagi ,pernah suatu hari cikgu MUET Chiq Neyna pernah tanya sama ada Chiq Neyna dan Mr.Boy skandal .Chiq Neyna memang confirm lahh nafikan .Tapi classmate Chiq Neyna bukan nak back up Chiq Neyna ,malah kena troll lagi .Memang hampeh !Tetiba je Mr.Boy lalu depan kelas Chiq Neyna dan terus cikgu Chiq Neyna tanya .Boleh pulak Mr.Boy tuhh mengaku .Wuaa !Bukan main Chiq Neyna membangkang ,suka suki je dia admit .Bertambah lebar senyuman cikgu Chiq Neyna .OMG !

   Pernah suatu ketika Chiq Neyna merajuk dengannya .Chiq Neyna langsung tak peduli dengan dia and Chiq Neyna geram sangat dengan Mr.Boy .Uols tahu apa Mr.Boy buat ?Dia telah minta pertolongan dari adik lower 6(Syafiq) pujuk Chiq Neyna .Kebetulan Chiq Neyna memang rapat dengan Syafiq tuhh .Dari orang tak tahu Chiq Neyna merajuk dengan dia ,tak pasal-pasal si Syafiq dah tahu .Patutlahh Syafiq tuhh pandang Chiq Neyna lain je .Petang tuh ,Syafiq mesej Chiq Neyna sama ada kami couple .Naik pening Chiq Neyna dengan pendapat orang nih .Bila dinafikan tak nak percaya bila tak dinafikan lagi lahh mereka percaya .Haishh !

   Walaupun Mr.Boy sangat nakal orangnya ,tapi hatinya baik .Dia selalu menolong Chiq Neyna .Kan best kalau dia satu kampus dengan Chiq Neyna .Mesti happy je life Chiq Neyna dengan sikap dia yang nakal tuhh .Satu je impian Chiq Neyna ,bila balik Kedah nanti ,Chiq Neyna nak spent time dengan dia .Nak tengok wayang ,nak makan dengan dia dan nak gaduh-gaduh dengan dia macam dulu ,Rindu sesangat semua tuh !

   Pernah jugak dahulu ,Chiq Neyna kejar dia satu tingkat blok ting.6 .Macam childish kan ?Hek !Hek !Tak kisah lahh .Semua tuhh sangat indah bagi Chiq Neyna walaupun ianya merupakan sebuah kenangan yang takkan terulang .Tapi ,dia tetap bff Chiq Neyna the best in the world !Hobi Chiq Neyna dahulu suka je pijak kasut Mr.Boy nih kalau Chiq Neyna geram .Hobi Mr.Boy lak suka mencuri kasut Chiq Neyna dan menyembunyikannya .Mr.boy !Aku rindu hang !(tolong kembang sikit tau kalau hang baca entry neh and jgn lupa belanja aku koteow bandung .heee) .
potret Chiq Neyna yang pernah dilukis oleh Mr.Boy pada suatu ketika dahulu


p/s :Setakat sini dulu lahh Chiq Neyna menaip .Tulis pepanjang nanti ,makin kembang and tak kuncup dah Mr.boy tuhh .Pantang dipuji .Hohoho .Daa~

Rabu, 6 November 2013

Cerpen Andainya Kau Tahu

 
 Matanya tertancap pada sekeping gambar yang memberikannya seribu satu jenis kenangan .Setitis air matanya menuruni curam wajahnya .Di kesat air mata itu .Walaupun begitu ,air matanya masih tetap tidak mahu berhenti mengalir .Air mata tersebut terus menerus membasahi pipinya .Kebelakangan ini ,air matanya begitu mudah mengalir tanpa dipinta .Maafkan aku Mia .Aku terlalu sayangkan kau .Aku sangat menyayangi dirimu .Aku harap kau mampu memaafkan diri ini .
   Perlahan-lahan dia Zikri meletakkan gambar Mia yang sedang tersenyum riang di sisinya .Dia cuba memejamkan matanya serapat yang mungkin .Acap kali dia berbuat demikian ,wajah comel Mia akan terbayang difikirannya .Lantas dia membuka kembali kelopak matanya .Aku rindu kau !Sungguh aku benar-benar maksudkannya !Fahamilah aku,Mia...Aku tahu aku bersalah dan aku menyesal kerana telah menyakiti hatimu .
   Satu demi satu kenangan manis antara mereka mengimbau rasa .Masih kekal lagi diingatannya sewaktu Mia menangis dihadapannya kerana ego lelakinya yang setinggi gunung Everest .Dia telah memutuskan persahabatannya dengan Mia kerana cemburu !Ya ,cemburu yang tak pernah diungkapkan rasanya kepada gadis itu .Zikri mencintai gadis itu sepenuh hati .Tapi ,rasa cinta itu disemat rapi di dalam hatinya .Kerana perasaan itulah dia telah meninggalkan Mia tanpa alasan yang Mia sendiri tidak mengerti .
   “Kenapa kau nak putuskan persahabatan kita,Zik ?Kau sanggup keluarkan kata-kata kejam tu setelah 2  tahun kita berkawan ?Kenapa Zik ?Jawab soalan aku !Kenapa kau diam ?”Soal Mia dalam sebak yang mulai menguasai dirinya .
“Kau tak perlu tanya soalan tu .Aku ada sebab tersendiri kenapa aku buat keputusan untuk putuskan persahabatan kita .”Jawab Zikri tanpa memandang wajah Mia .
“Tapi kenapa,Zik ?Aku tak paham .Aku sayangkan persahabatan kita .”Sayu suara Mia menuturkan kata .
Tapi kau tak sayangkan aku seperti mana aku menyayangi kau !Bentak suara hati Zikri .
“Demi kebahagian kau aku lakukan semua ni .Aku harap kau faham .”Zikri meninggalkan Mia sejurus berkata demikian .Hati Mia bagaikan dirobek dengan kejam oleh sahabat baiknya .Air matanya terus menitis tanpa sempat dihalang .Kau kejam !Jerit hati Mia .

   “Zik.”
Zikri sedikit menoleh .Dia tahu Mia masih inginkan jawapan darinya .Mia cuba merapatkan dirinya dengan duduk di sebelah Zikri .
“Aku minta maaf kalau aku dah sakitkan hati kau .Tapi aku nak tahu kenapa kau berubah ?”
“Jangan ganggu aku boleh ?Aku rimaslah .”Lantas Zikri mengambil begnya dan beralih tempat .Sekali lagi hati Mia terasa seperti disentap dengan kuat sekali .Ingin sekali ia menangis di situ ,tetapi ditahannya .Zikri memandang Mia melalui hujung matanya .Kau nak tahu kenapa ?Sebab kau pilih lelaki tu !Aku tak sanggup untuk menerimanya !Tolong berikan ruang untuk aku bernafas tanpa kau .
   Sewaktu di dalam kelas dia benar-benar tidak fokus apa yang diajar oleh pensyarahnya .Fikirannya benar-benar bercelaru .Dengan tiba-tiba dan tanpa alasan yang kukuh Zikri berubah laku .Adha yang berada disebelah Mia bagaikan tidak wujud .
“Mia ,awak kenapa ?”Tanya Adha yang mulai aneh dengan sikap Mia sejak kebelakangan ini .Mia seringkali melihat ke arah Zikri .Kenapa dengan lelaki itu ?Adakah Mia sudah menaruh hati kepada Zikri ?Biarkan sahajalah jika lelaki itu tidak mahu bersahabat lagi dengan Mia .Aku masih ada untuk Mia .Aku pasti akan bahagiakan Mia .
“Tak ada apalah .Saya tak berapa faham lecture ni .”Dalih Mia .
“Nanti saya akan terangkan kat awak ,okey ?”Mia hanya mengangguk .Sekali lagi dia memandang ke arah Zikri yang leka dengan kuliah yang diberikan oleh Prof.Ahmad .Mia sekali lagi cuba mendapatkan Zikri setelah mereka habis kelas .Dihalang laluan lelaki itu .Seperti biasa Zikri akan cuba mengelak daripada berbicara dengan Mia .Dia segera mengubah haluan .Mia cepat-cepat megejar dari belakang .Tanpa disedari Mia telah tersadung membuatkan dia terjatuh .Tetapi Zikri tetap mengaturkan langkahnya tanpa menghiraukan Mia walaupun hatinya terasa begitu bersalah .Dia kan ada Adha .Jadi ,dia tidak perlukan aku lagi .Gumam Zikri .
   “Zik ,tunggu !”Jerit Mia .Mia tidak lagi menghiraukan setiap mata rakan kelas yang memandangnya .Dia bingkas bangun dan terus mengejar Zikri yang semakin menjauh darinya .Setelah dekat ,dia menarik tangan Zikri .
“Zik !”
“Kau nak apa ?”Soal Zikri angkuh .
“Kenapa dengan kau ?”
“Kenapa apa ?”Soal Zikri kembali .Mia mengetap bibirnya .
“Kenapa kau benci aku ?”
“Aku tak benci kau .”
“Habis tu kenapa kau buat aku macam orang asing bagi kau ?Kau mengelak dari aku setiap kali aku mahukan jawapan dari kau .Kau putuskan hubungan kita .”
“Aku dah tak suka kau .Kau tak layak untuk berkawan dengan aku .”Jawab Zikri bersahaja .Dipandang wajah lelaki itu dengan segenap jiwanya untuk mencari kepastian .Mia melepaskan pegangan tangannya dari menggenggam tangan Zikri .Air matanya sudah bertakung di kelopak matanya dan bila-bila masa sahaja akan berjuraian gugur .Jantungnya bagaikan ingin berhenti berdegup mendengar jawapan daripada Zikri ibaratkan halilintar yang memanah dirinya .Sakit rasanya !
“Maafkan aku .”Mia terus menyusun langkah meninggalkan Zikri .Aku takkan ganggu kau lagi .Aku minta maaf sekiranya aku tidak sempurna untuk menjadi sahabat kau .Zikri menghayunkan langkahnya membontoti Mia dari belakang .Tapi langkahnya terhenti apabila Adha merenung ke arahnya dengan pandangan yang tidak puas hati .Zikri kembali berpusing dan mengambil haluannya yang asal iaitu pulang ke bilik secepat yang mungkin .

  Zikri membaringkan tubuhnya di atas tilam .Terasa lenguh badannya setelah bertungkus lumus menyiapkan assignment .Dia mengambil telefon bimbitnya setelah terdengar bunyi menandakan mesej masuk .Tertera nama Mia Comot di skrin telefon bimbitnya .Dia membuka mesej tersebut .
‘Zik,aku nak jumpa kau sekarang.Tempat biasa.’
Zikri lambat-lambat membalas.
‘Malas.’
Sekali lagi telefon bimbitnya berbunyi .
‘Please...’
‘Jgn gangu aku.Bye.’
Zikri meraup wajahnya .Jika ikutkan hatinya ,mahu sahaja dia berjumpa dengan Mia .Tetapi egonya melarang keras .Mia milik Adha .Ya Tuhanku ,kenapa aku begini ?Kenapa Mia tidak menjadi milik aku ?Kenapa dia menerima lelaki itu ?Tidak cukupkah kasih sayang dan masa yang telah aku luangkan bersamanya ?Kenapa dia perlu mencari orang lain untuk berdamping dengannya ?Tidak cukupkah aku ?Seandainya kau mengerti Mia apa yang aku rasa...
   Untuk sekian kalinya hatinya direnyuk oleh Zikri .Kenapa dengan kau Zik ?Kenapa kau sanggup buat aku seperti insan  yang tidak pernah menjadi sebahagian daripada hidup kau ?Aku benar-benar minta maaf jika aku benar-benar tidak layak untuk bersahabat dengan kau .Aku insan yang penuh dengan kekurangan,Zik .Tak macam kau ,kau anak orang kaya dan kacak .Sedangkan aku ??Hanya menumpang kasih sayang daripada kau kerana aku tidak lagi mempunyai ibu bapa .Kau beruntung,Zik .Kau boleh memilih sesiapa sahaja untuk berkawan dengan kau dan kau boleh juga membuang orang yang tidak layak untuk berkawan dengan kau .Ya..Akulah salah seorangnya .
   Aku ingin sekali lagi meluangkan masa dengan kau,Zik .Hari ini hari aku terakhir di kampus ini .Aku tidak lagi dapat berjumpa dengan kau dan berborak lagi dengan kau seperti waktu yang lalu .Kau sebahagian dari semangat aku .Kini ,semangat aku telah pergi .Aku juga akan pergi dari sini .Akan aku bawa semua kenangan ini pergi bersama aku .Mia membiarkan air matanya terus mengalir tanpa sebarang halangan .Dia mengeluarkan sekeping kertas dan sebatang pen .Tangannya ligat menulis di atas sekeping kertas kosong .

   “Awak Zikri kan ?”Soal seorang gadis berkulit cerah dan berkaca mata .Zikri mengangguk .
“Alhamdulillah..Jumpa juga awak .Saya roommate Mia .Dia suruh saya bagi surat ni kat awak .Dia ada pesan kat saya yang dia minta maaf sangat kat awak .Dia harap awak maafkan dia .Saya gerak dulu ek .Assalamualaikum .”
“Waalaikumussalam .”Jawab Zikri perlahan .Kertas itu dimasukkan di dalam koceknya .Dia mencari tempat duduk di dalam library .Setelah dia mendapatkan tempat kosong ,tangannya dengan segera mengeluarkan surat yang ditulis oleh Mia .Dia membuka lipatan surat itu .

‘Kau ingat tak lagi Zik ,masa kali pertama kita kenal ?Masa tu aku telah tumpahkan air atas nota kau .Tapi ,kau tak marah aku langsung .Kau cakap ,semua orang pernah buat silap dan aku bukan sengaja tumpahkan air  tu .Aku rasa masa tu ,kau lah orang yang paling cool pernah aku jumpa .Kau ingat lagi tak masa aku terlupa nak siapkan assignment yang kau minta aku buatkan ?Kau langsung tak marah aku .Kau cakap ,’tak apa,aku akan buat .’Masa tu aku rasa kau lah orang paling baik hati pernah aku jumpa .Kau ingat lagi tak saat kita mulai rapat ?Masa tu discussion group kita habis sampai lewat malam dan kau sanggup hantarkan aku sampai blok aku dengan berjalan kaki. Padahal blok kau dengan aku jauh sangat sampaikan keesokkannya kau terbangun lewat kerana terlalu letih .Ketika tu ,aku rasa bersalah sangat dengan kau .Tapi kau cakap ,bukan salah aku kau bangun lewat sehingga tidak dapat menghadiri kelas .Bagi aku ,kau orang yang sangat berhati mulia .

Tapi ,kau ingat lagi tak saat aku beritahu kau bahawa ada seseorang yang merupakan semangat aku ?Orang itu ibarat nyawa aku .Masihkah kau ingat ?Tika aku ingin memberitahu siapakah gerangannya ,kau telah memberitahu bahawa bekas kekasih kau pernah meluahkan hal yang sama tetapi akhirnya kau meninggalkannya kerana dia tidak jujur .Aku risau jika hal yang sama terjadi pada aku .Kau ingat lagi tak ,aku pernah beritahu kau kalau semangat aku hilang dari sisi aku ,aku tidak akan meneruskan pengajian aku di sini ?Kerana semangat itulah yang mendorong aku untuk terus di sini .Kerana semangat itulah yang menguatkan jiwa aku untuk terus berjaya .

Zik...Untuk pengetahuan kau ,kau lah semangat aku ,kau juga lah nyawa aku .Tapi ,semangat aku kini tiada lagi di sisi aku .Aku sangat memerlukan kau dalam hidup aku .Aku minta maaf kalau aku tak layak untuk bersama dengan kau .Aku masih lagi tertanya-tanya kenapa kau berubah .Layanan kau menghancurkan kepingan hati aku satu persatu .Kau ingat tak lagi ,Zik ,aku pernah beritahu kau yang aku sukakan seseorang dan aku ingin berada di sampingnya walaupun sebagai seorang sahabat .Kau pernah tanya siapa ,tetapi aku membalas jawapannya dengan senyuman .Aku tahu ,kau tidak tahu jawapannya .Di sini aku akan meluahkan semua rahsia yang aku pendam .Sebenarnya kau lah orang yang aku sukakan selama ini .Orang yang aku ingin berdamping saat jatuh dan bangun kau .
Kau lah segalanya bagi aku .Aku sukakan kau sejak awal perkenalan kita .Akulah crush kau !Aku sukakan kau dalam diam-diam .Aku tahu ,aku tidak layak untuk menjadi yang teristimewa di hati kau .Jadi ,biarlah aku menjadi sahabat kau .Zik..Aku minta maaf dan aku harap kau sudikan maafkan aku yang terlanjur menyayangi kau .’

Zikri segera mendail nombor Mia setelah usai membaca isi kandungan isi surat tersebut,tapi malang nombor itu tidak diaktifkan oleh Mia .Zikri menghubungi pula nombor Adha .Setelah panggilannya berjawab .Zikri telah mengaturkan sebuah pertemuan dengan Adha di kafe berhampiran dengan perpustakaan .Setelah menunggu hampir 10 minit kelihatan kelibat Adha dari jauh .Adha melabuhkan punggungnya di hadapan Zikri .
“Kenapa nak jumpa dengan aku ?”
“Sorry kalau aku ganggu kau .Tapi ,aku nak tahu Mia ada beritahu kau tak dia kat mana sekarang ?”
“Dia dah balik Johor .Katanya dia akan sambung belajar kat sana .Kenapa ?”
“Kenapa kau tak halang dia ?Kau kan boyfriend dia ?”Wajah Zikri mulai serius .
“Aku dah lama break up dengan dia sejak kau dengan dia putus sahabat .”
“What ?Kenapa aku tak tahu ?”
“Macam mana kau nak tahu kalau muka dia pun kau tak nak pandang .Kau tak nampak ke yang Mia betul-betul sukakan kau ?Dia sanggup tinggalkan aku semata-mata demi kau .Padahal aku tak tahu rasional apa dia buat macam tu .”Adha mulai sakit hati .Zikri meraup wajahnya .Dia semakin tertekan dengan keadaan yang telah tercipta .
“Aku tahu ,kau pun sukakan Mia .Tapi sayang ,kau tak reti nak menghargai apa yang ada di depan kau .Kau cemburu bila kau tahu aku dengan dia couple .Sebab tu kau putuskan hubungan persahabatan kau dengan dia .Kau jangan nak tipu aku ,Zik .Rahsia kau dalam genggaman aku .Aku sedaya upaya untuk buatkan Mia happy ,tapi aku tak mampu sebab dia hanya pandang kau .Aku tak dapat nak tolong kau sebab Mia dah pun diaktif nombor dia .Goodluck .”Adha menepuk bahu Zikri dan dia berlalu pergi dari situ .Kerana Zikri lah ,Mia telah meninggalkannya dan berhenti belajar di situ .
Dengan langkah yang longlai ,Zikri menghayunkan langkahnya untuk pulang ke hostel .Otaknya benar-benar serabut dan tidak mampu untuk menghadiri sebarang kelas pada hari itu .Setiba di depan pintu ,dia memulas tombol pintu .Lalu dia menutup pintu tersebut .Di belakang pintu itu ,dia rebah .Dia menangis semahu-mahunya .Zikri memeluk lututnya .Terhenjut-henjut dia menahan sendu yang hebat .
“Kenapa kau tinggalkan aku ?Kenapa Mia ?Kenapa ?”Telefon bimbit di dalam kocek seluarnya dikeluarkan .Sekali lagi nombor Mia dihubungi ,tetapi gagal .Dengan rasa kecewa yang bermaharajalela ,Zikri melemparkan telefon bimbitnya sehingga berkecai .
“Mia ,kembalilah pada aku !Aku tak tahu mana nak cari kau .Kenapa aku bodoh sebab tak pernah tanya alamat rumah kau ?Mia ,kembali pada aku .Aku merayu !Mia !!”Air mata yang menuruni curam wajah Zikri sudah membasahi pipinya .Dia terus menangis untuk menghilangkan rasa kekesalan yang menguasai jiwanya .

p/s :Done created new cerpen .Oleh kerana mata Chiq Neyna tak mampu lelapkan mata ,Chiq Neyna telah mencipta cerpen baru yang mengambil masa hampir 4 jam lamanya .Maaflahh kalau story tak berapa seronok .Hee~Hope enjoylah yea !


   

Isnin, 14 Oktober 2013

Mengkaji Motif Anyaman,Etnik Murut di Tenom,Sabah

   Assalamualaikum uols !Hari nieh Chiq Neyna dah tak sabar lagi nak update new entry tentang perjalanan Chiq Neyna ke perkampungan etnik Murut di Tenom ,Sabah .Pengalaman indah yang sememangnya Chiq Neyna tak akan lupa sepanjang hayat ini .Bukan semua orang dapat pengalaman macam Chiq Neyna .Tapi Chiq Neyna bersyukur sangat sebab dapat peluang untuk membuat kajian di situ .

   Kat sini akan cerita dari awal sehinggalah hari terakhir Chiq Neyna membuat kajian di Tenom .Chiq Neyna bersama team seramai 9 orang telah bergerak pukul 5.30 pagi ke Tenom kerana perjalanan akan mengambil masa 4jam .2 orang sahabat lelaki Chiq Neyna memandu kenderaan kereta Viva dan Myvi .Chiq Neyna telah mengambil tempat duduk di sebelah pemandu kerana Chiq Neyna nih mabuk sikit .

   Seramai 4 orang menaiki Viva dan selebihnya menaiki Myvi .Kami bertolak ke Tenom dengan menggunakan jalan Kimanis iaitu jalan yang sangat extreme kerana jalan kat situ memang berbukit .Tinggi bukit tuhh lebih kurang 90% tingginya .Uols bayangkanlah macam mana keadaan kat situ .Kereta pun dah macam siput je bila naik bukit yang tinggi dan banyak .

   Udara kat Kimanis tuhh pun sangat sejuk kalah Cameron Highland uols !Bertapa indahnya ciptaan Allah .Teruja seketika Chiq Neyna menghayati pemandangan di situ .Setelah beberapa jam dalam perjalanan ,kami akhirnya sampai di Tenom dan berjumpa dengan ketua kampung Alutok iaitu kampung yang akan kami tuju .Di situ ,dia memberi plan jalan nak ke kampung mereka .Setelah berbincang kami telah bergerak ke rumah sahabat Chiq Neyna ,Momoi kerana rumahnya berdekatan di situ .Kami makan tengahari dan solat zohor dan kemudiannya kami bergerak ke kampung Alutok .

   Perjalanan masuk dalam kampung tuhh mengambil masa hampir 2 jam kerana jalan di situ adalah tanah merah dan bukannya jalan tar .Setelah sampai di situ ,kami telah disambut dan ditunjukkan tempat kami akan menginap .Untuk pengetahuan uols ,penduduknya non muslim dan kami menginap di homestay gereja .Coz of that jugak lahh kami dicide untuk masak sendiri .Setelah rehat seketika ,kami membuat kajian dan petang tuhh kami di bawa untuk melawati kampung mereka .Kampung tuhh memang sangat indah !

   Pada malamnya ,penduduk kampung tuhh telah menunaikan hasrat kami untuk makan masakan dalam buluh .Sedap giler meyh walaupun simple !Takkan Chiq Neyna lupa rasa masakan tuh .Pada malam tuhh jugak kami memberi penghargaan pada ketua kampung kerana esok pagi kami akan bertolak dalam pukul 6 pagi .

    Pada pagi tuhh team Chiq Neyna telah bergerak pulang dan sempat lagi driver kami drift dalam keadaan jalan yang berbatu ,mahu terpelanting segala jenis batu kat situ .Anjing yang berada tepi jalan pun berselerak lari .Memang best sangat sebab tak pernah dibuat orang .Boleh rosak kereta Viva dan Myvi tuhh dikerjakan oleh kami .Setelah keluar dari kampung kami sekali lagi singgah di rumah Momoi untuk mandi .

   Tak sanggup rasanya nak mandi kat situ .Toilet pun macam peti mayat je .Hahaha .Setelah selesai solat ,kami bergerak pulang dan singgah di Keningau untuk lunch .Setelah tuhh ,kami bergerak pulang dengan menggunakan laluan yang sama iaitu jalan Kimanis .Masa dalam perjalanan tersebut ,break kereta Viva yang Chiq Neyna naiki dah bunyi semacam .Masa tuhh pulak tengah turun bukit .Sahabat Chiq Neyna ,si Saiful cuba menekan break berkali-kali dan bunyi makin bertambah kuat .

   Chiq Neyna sudah mula risau kerana masih banyak lagi bukit yang perlu dilalui dan perjalanan kami masih lagi jauh .Kemudian ,Chiq Neyna sudah mula terbau hangit dan Chiq Neyna minta kawan Chiq Neyna memberhentikan kereta .Kami memberhentikan kereta dan meyiram tayar kereta di situ untuk menyejukkan tayar kedua-dua buah kereta .

   Saiful mula insaf untuk pandu laju kerana break kami dah bermasalah .Semasa di bukit yang tinggi ,Saiful dan Hafiz sempat lagi drift dan turun bukit tanpa menekan break .Memang gilakan ???Padahal jalan tuh memang dah banyak makan korban sedangkan kami sendiri tak tahu .Setelah jauh dari Kimanis ,kami telah mengambil jalan shortcut untuk ke Kota Kinabalu yang jauhnya 60km .Semasa dalam perjalanan menurun bukit tiba-tiba break kereta Viva rosak dan kami telah terlanggar belakang kereta kancil dihadapan yang dipandu oleh warganegara Filipina yang sangat perlahan .Kami semua tergamam di dalam kereta tersebut .Kereta Myvi yang dipandu Hafiz sudah jauh ke hadapan dan Chiq Neyna telah menghubungi mereka untuk memberitahu bahawa kami telah kemalangan .

   Masalah ini kami telah bawa ke balai polis untuk diselesaikan .Chiq Neyna tengok Saiful memang sangat stress .Chiq Neyna kasihan melihatnya walaupun kami tidak menyalahkannya .Kami dikehendaki membayar kompaun sebanyak RM300 kepada pihak polis .Kami bersepakat untuk membayar sama-sama walaupun ditolak oleh Saiful .Setelah itu ,kami bergerak ke Tanjung Aru untuk release tension .Sekali lagi kami diuji apabila wayar break kereta Viva telah terputus .

   Akhirnya ,Hafiz mengambil keputusan untuk memandu kereta Viva dan Saiful memandu kereta Myvi kerana Hafiz sudah ada pengalaman membawa kereta dengan menggunakan handbreak .Chiq Neyna sudah mula risau kerana perjalan kami masih jauh dan kereta pula tiada break dan hanya bergantung pada handbreak .Selain tuh ,tayar kereta Viva tuhh jugak telah botak sebelah kiri dan bonjol di sebelah kanan .Semakin panas hati Hafiz kerana mereka ditipu kononnya kereta tuhh sudah service .

  Kami menghabiskan masa di pantai Tanjung Aru dan pulang setelah malam .Memang sukar memandu kereta yang tiada break dan kami terjebak dalam jalan raya yang sesak .Hampir-hampir sahaja kami terlanggar kereta mercedes yang tiba-tiba keluar .Menjerit kami semua kerana terkejut .Hafiz semakin tertekan dan Chiq Neyna cuba untuk menenangkannya .Risau Chiq Neyna melihat keadaannya yang semakin stress .Katanya ,nyawa kami dia yang jaga sekarang kerana kalau apa-apa yang terjadi ,dia yang bertanggungjawab .

   Walaupun begitu ,kami cuba untuk menghilangkan rasa tekanan dengan bergelak tawa dan alhamdulillah kami selamat sampai di UMS .Lega hati kami semua kerana tiada sesiapa tercedera dan semua dalam keadaan baik .Ketika kereta kami menuruni bukit dan ingin membelok ke kg E(hostel) ,tetiba sahaja ada kereta yang menunggu di depan simpang .Pada masa tuhh kami dah risau kerana Hafiz memberitahu bahawa dia tidak boleh menekan break .Dia terus membelok tanpa menggunakan apa-apa break ,kami semua hampir menjerit kerana risau sekiranya terbabas .Pengalaman tersebut memang sukar untuk dilupakan kerana sad ending .Nyawa kami berempat dipertaruhkan dalam sebuah kereta tanpa break .




perjalanan menuju ke Kimanis

atas bukit yang tinggi



pose di Kimanis


singgah dulu(tempat tak tahu)




gambar dalam gambar

perjalanan ke kg Alutok


Kampung Alutok



penduduk kg Alutok

proses mengeluarkan warna dari kulit kayu



pemuda murut .hahaha

sungai di kg Alutok

posing atas jambatan

time masak untuk dinner



sup ayam yg dimasak dalam buluh .Nyum !

bersalaman dengan ketua kg

di waktu pagi sebelum bergerak pulang

apa pun snap picture dulu

di Tanjung Aru

Sabtu, 14 September 2013

Pengembaraan Bermula

   Assalamualaikum uols !Wuaa~Rindunya Chiq Neyna untuk update blog nih .Maaf lahh kalau dah lama Chiq Neyna tak update apa-apa story .Chiq Neyna teramat busy lahh .Almaklumlahh macam-macam kejadian yang terjadik sebelum dan sejak Chiq Neyna melangkah ke Universiti Malaysia Sabah nih .So ,setelah mencuba untuk mencari peluang dan masa baru lahh hari nih Chiq Neyna boleh update blog .Biar lahh Chiq Neyna mulakan sebuah penceritaan tentang pengembaraan bermula pada tanggal 1 Sept 2013....

   Pada hari tuh ,dalam pukul 11 Chiq Neyna telah bertolak ke airport di Alor Setar sebab flight Chiq Neyna pukul 1.55pm macam tuh .So ,get ready awal-awal lahh .Tambahan lagi ,Chiq Neyna belum ada pengalaman naik kapal terbang nih .Dalam pukul 1pm something  macam tuh ,gate untuk berlepas ke KLIA telah dibuka .Perjalan untuk ke sana mengambil masa dalam 1jam lebih kurang .So ,Chiq Neyna bersama 4 orang sahabat yang lain akan sampai kat KLIA dalam pukul 2.55pm lahh .

   Lagipun ,flight kami nak ke Kota Kinabalu pukul 5 pulak .Kami Chiq Neyna dimaklumkan bahawa uncle sahabat Chiq Neyna akan menunggu kami di sana dan uncle dia akan mengiring kami sampai ke Sabah .Baik betul uncle dia .Pengalaman Chiq Neyna yang pertama membuatkan Chiq Neyna tidak selesa .Mahu taknya kalau dah nak termuntah .Entah kenapa Chiq Neyna rasa lama sangat semasa kat atas awan tuh .Rupa-rupanya flight kami tak dapat nal landing sebab traffic jam .Alahai~Macam tuh pulak .So ,pilot tuh bawak kami pusing kat ruangan udara KL sampai lahh pukul 4 dan mendarat pukul 4.15pm .Lama betul kami kat dalam tuh !Bila dah mendarat ,pilot MAS tuh cakap sesiapa yang ada flight selepas ini sila berhubung dengan kakitangan mereka .Memang dah terlepas pun lahh !

   Then ,uncle kawan Chiq Neyna call sebab kami punya flight pukul 5 pm .Apa ?What the fish !Mana nak sempat .Dah lahh luggage pun tak ambik lagi .Kami bergegas ke bahagian luggage .Setelah 30min kat situ ,uncle kawan Chiq Neyna cakap flight kami dah pun berlepas .So sad meyh .Kawan Chiq Neyna cakap yang uncle dia akan settle masalah kami .

   Dalam pukul 7 macam tuh uncle kawan Chiq Neyna cakap yang kami akan menginanp di hotel Concord(tak tahu lahh betul ke tak ejaannya .Hahaha) and flight kami ke K.K akan berlepas pada keesokkan harinya iaitu pada pukul 7am .Alahamdulillah sebab kami tak perlu beli tiket baru .

2 Sept 2013

   Pukul 5.30am kami telah bergerak ke KLIA risau kalau terlepas flight lagi .Kali ini ,kami telah menaiki kapal terbang MALINDO .Chiq Neyna lebih selesa dalam flight tuh berbanding MAS sebab agak selesa .Perjalanan ke K.K mengambil masa 2 jam 30 minit .Alhamdulillah ,akhirnya Chiq Neyna telah berjaya menjejakkan kaki ke Sabah ,negeri di bawah bayu .Masa tuh perasaan Chiq Neyna bercampur baur..Sedih ,gembira dan excited.

   Perjalan yang lama membuatkan Chiq Neyna sedikit letih kerana terpaksa menaiki bas dang mengangkat beg ke bilik .Chiq Neyna memang tak berdaya sangat .Di situ ,mengalir air mata Chiq Neyna kerana terpaksa bersendirian mengangkat luggage yang sememangnnya berat .Chiq Neyna terpaksa berpisah dengan 4 orang lagi sahabat kerana kami berlainan tempat kediaman .Perkataan yang keluar dari mulut Chiq Neyna ialah 'ayah,ina tak mampu nak angkat beg nih .Kenapa ayah tak ada kat sini?' .Sedihkan ?Family Chiq Neyna tak dapat nak ikut sebab kesempitan wang dan telah banyak menggunakan wang semasa mengadakan wedding abang Chiq Neyna .

   Roommate Chiq Neyna terdiri daripada 4 orang yang berlainan agama dan berlainan negeri iaitu seorang Sabahan ,seorang Cina dan 2 orang Melayu .Pada awalnya ,Chiq Neyna tidak gembira di sini kerana merasakan tiada apa yang gembira dan Chiq Neyna jugak tidak sihat di mana selera Chiq Neyna hilang .Hampir 1 minggu Chiq Neyna tak menjamah nasi kerana masakan di sini sangat berbeza di Kedah .

6 Sept 2013

   Pada tarikh nih Chiq Neyna bersama kengkawan yang satu kos dengan Chiq Neyna terpaksa membuat persembahan Malam Bakat di mana Chiq Neyna terpilih untuk melakukan 2 tarian iaitu tarian Rasa Sayang dan Joget .Gila doe !Mana pernah Chiq Neyna buat semua tuh .Tapi Chiq Neyna terpaksa belajar walaupun badan macam kayu .Semasa tarian joget ,kami diberikan partner berlainan jantina dan Chiq Neyna dapat orang Kelantan .Masalah jugak lahh nak biasakan diri menari dengan lelaki nih .Pada malam tuh ,ada 4 tarian dipersembahkan iaitu Sumazau(tarian sabah) ,tarian Rasa Sayang ,tarian joget dan tarian hindustan di samping terdapat 1 babak teater dan lakonan .Pelajar junior hanya mempersembahkan teater ,tarian Rasa Sayang ,Joget serta Sumazau .

   Memang meriah sangat malam tuh .Rasa seperti tidak mahu ia berlalu .Chiq Neyna enjoy !Bayangkan lahh persembahan kami akan dipertontonkan seramai 4 ribu orang .Tapi Chiq Neyna tak gubra langsung .Malah rasa sangat seronok .Mula pada malam itu lahh Chiq Neyna sudah mula terima untuk menerima bahawa Chiq Neyna sudah menjadi pelajar UMS .Terselit perasaan bangga di dalam sanubari nih .

   So ,kat sini Chiq Neyna nak selit beberapa keping gambar Chiq Neyna seketika berada di perantauan nih .Jom tengok !
gambar kat belakang stage bersama penari dan pelakon teater


muka Chiq Neyna setelah di make up untuk kali pertama

memang lain muka Chiq Neyna

orang sabah dengan pakaian tarian Sumazau

inilahh pelakon teater


pada malam Puisi Riong

Malam Minggu Suai Mesra

Malam Puisi Riong

classmate Chiq Neyna
sahabat Chiq Neyna dari Beufort,Sabah
2 orang kawan Chiq Neyna bersama partner joget Chiq Neyna

Khamis, 29 Ogos 2013

Seorang Blogger Telah Meninggal Dunia

   Assalamualaikum uols .Hari nih Chiq Neyna nk share dengan uols mengenai satu story yang tak berapa best tapi bagi Chiq Neyna ia sangat menyayat hati dan mampu membuatkan Chiq Neyna tersentap sendirian .Ini cerita pasal seorang blogger yang telah meninggal dunia yang fana nih .Walaupun Chiq Neyna tak berapa kenal saper blogger tersebut ,tapi kisahnya mampu membuatkan Chiq Neyna jadik sayu .

   Chiq Neyna terbaca kisahnya di satu blog nih then Chiq Neyna buka lahh link blog yang diberi .Apa lagi ??Chiq Neyna dengan pantas click lahh link tuh and singgah kejap kat situ .Rupa-rupanya blog tersebut masih lagi aktif setelah kematian blogger tersebut pada bulan Jun 2012  .Rupa-rupanya her mom take over blog tuh .So sweet .Beruntunglahh blogger tersebut sebab walaupun dia dah tak ada tapi tetap disayangi oleh parents dia and siap terbitkan novel lagi .Awesome !

   So ,kalau uols nak kenal saper Yasmin(admin blog tersebut) ,boleh lahh order kat mommy dia .Chiq Neyna pun nak share dengan uols link blog Miss Yasmin tuh http://www.misschronicz.blogspot.com/ .Tak rugi pun singgah blog dia di samping sedekah kan lahh al-Fatihah kepada beliau semoga rohnya dicucuri rahmat .Amin....

Rabu, 21 Ogos 2013

Binatang Gegeli


  Assalamualaikum dan salam satu Malaysia .Lama betul lahh Chiq Neyna tak update apa-apa entry kat blog nih .Bukan apa ,Chiq Neyna so busy maa..Tuh pasal susah nak update entry kat blog nih .Yelahh..Nak kena prepare barang ke u .Then ,baru-baru nih rumah Chiq Neyna ada wedding lepas raya dalam raya ke-8 macam tuh lahh .So ,lagi lahh bertambah double 'busy'nya .So ,today Chiq Neyna dicide nak jugak update blog walaupun tajuk entry tuh dah entah macam apa je .Hahaha .Tak kisah lahh...Uols tetap nak baca jugakkan ?Hee~

   Mesti uols terfikirkan apa lahh yang Chiq Neyna nak cuba sampaikan dalam entry kali nih .Meh sini Chiq Neyna nak story kat uols .Uols mesti ada benda binatang or haiwan yang buat uols memang gegeli teramat sangat macam lipas ke ,ulat bulu or apa-apa jelahh kan .Kalau Chiq Neyna memang Chiq Neyna geli sangat dengan haiwan kecil berkaki lapan nih .Nak tahu apa ??Spider !Tak kisah lahh dia tuh spiderman or spiderwoman ke .Chiq Neyna memang alergik yang teramat sangat .Tak tahu lahh apa dosa haiwan kecil tuh kat Chiq Neyna .Aha !Drama je lebihkan ?Tak kisah lahh uols nak cakap apa pun .

   Selain spider ,Chiq Neyna ada alah jugak dengan ulat bulu .Hadoii .Tambah-tambah bila musim ulat bulu .Geli sangat bila tengok uat bulu yang warna hitam tuh bergayut kat pokok .Alahai..Gebunya bulu dia  dah macam kucing parsi je .Nasib kau ulat bulu kan ?Kalau tak ,dah lama Chiq Neyna pegang tahu .Cuba tengok cara ulat bulu tuh jalan ,melentik je .Hadoii~Boleh cering bulu roma lahh !Tapi ,ulat bulu nih menduduki tempat kedua .Spider tuh memang Chiq Neyna geli yang teramat sangat .Kalau nampak spider tuh jalan dari jauh ,Chiq Neyna yang jaraknya 10 meter dah kompem lari haa...

   Kalau sesesaper yang tak ada alah dengan mana-mana haiwan tuh memang sangat beruntung lahh sebab tak payah nak gegeli or apa-apa je .Boleh buat keding je kalau haiwan tuh jalan kat tepi .Tapi Chiq Neyna sure ,uols mesti ada haiwan yang boleh buat uols terpacak bulu roma serta jantung uols boleh berdegup dengan kencang .Chiq Neyna percaya lahh !Hahaha .

   Untuk pengetahuan uols ,Chiq Neyna kerap je mimpi spider tuh ,Adoyaii~Masalah jugak tuh .Entah kenapa lahh haiwan tuh nak check in dalam mimpi Chiq Neyna .Memang geli sangat !Padahal bukannya Chiq Neyna fikir pun pasal si kaki lapan tuh .Nyibuk je masuk mimpi orang .Kalau saiz tuh kecik je tak apa lahh jugak .Nih tak ,besar tarantula !OMG !Boleh terjaga dari mimpi tahu .Tolong lahh jangan lagi datang secara haram dalam mimpi Chiq Neyna .Dah tak jadik sweet dream lahh .Huhuhu .

    Kat bawah nih Chiq Neyna nak share spider iaitu haiwan kecil yang memang Chiq Neyna geli .Nak upload gambar haiwan tuh pun sudah bikin seram sejuk meyh .Let's check it out !
Alololoo..Comelnya .

Euw !Kalau Chiq Neyna tak pegang dah sampai ke mati .

Labah-labah merak

Gebunya bulu & menanmbahkan kegelian Chiq Neyna

labah-labah unta

Sarang labah-labah yang hanya terdapat di pakistan

Erk !