Halaman

Rabu, 13 November 2013

Memoir Bersama Ibuku...

   Pada tanggal 11 Nov 2013 iaitu pada hari Ahad ibuku telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini .Sungguh berat hati ini untuk menerima pemergiannya yang sungguh cepat sedangkan aku masih lagi memerlukannya .Di usia 20 ini ,aku telah kehilangan bonda yang sangat aku cintai .Mujurlah 2 minggu sebelum pemergiannya ,aku telah pulang ke negeri Kedah untuk menjenguk serta menjaganya .Keputusan itu aku buat apabila aku mendapat khabar ibuku masih terlantar dihospital .Hatiku menjadi tidak keruan .Oleh kerana itulah aku telah membuat keputusan untuk pulang .

   Khabar tentang ibuku terlantar dihospital tidak diberitahu oleh keluarga aku di semenanjung kerana mereka khuatir pembelajaran aku terganggu .Aku berpura-tidak tahu agar mereka percaya aku tidak tahu akan keadaan ibuku .Aku mengetahui keadaan ibuku melalui nenekku pada hari raya korban .Walhal ibuku telah terlantar dihospital selama 2 hari sebelum hari raya korban .Aku menangis kerana aku langsung tidak tahu apa-apa .Padahal aku sangat rindukannya .Aku ada menghubunginya tetapi ayah aku cakap mak aku ada dan pada waktu itu ayah aku di luar .Aku hubungi semula pada hari raya ,kakak aku memberitahu bahawa ibuku keluar bersama abang aku .Pada sebelah petang aku kembali menghubungi keluarga aku disemenanjung .Panggilan aku disambut oleh nenekku dan dia telah memberitahu aku segalanya .

   Lepas satu minggu berlalu ,aku kembali menghubungi keluarga aku dan menanyakan tentang kedaan ibuku dan dia masih terlantar dihospital malah ditukarkan ke hospital lain .Sekali lagi aku menangis mengenangkan keadaan ibuku .Lalu aku membuat keputusan untuk pulang ke semanjung pada hari Selasa kerana pada hari Isnin aku mempunyai test .Pada petang Ahad itu ,abang aku telah menghubungi aku dan mengatakan bahawa ibuku ingin berbicara dengan aku .Aku sebak tetapi aku mengawal perasaan aku .Ibuku menangis dan tidak mampu bersuara .Mungkin kerana dia terlalu rindukan aku .Aku memberitahunya aku akan pulang untuk menemuinya dan berita tersebut ternyata membuatnya gembira .

   Pada hari Selasa ,aku telah pulang ke Kedah aku terus menemui aku di hospital dan keadaanya sangat mengejutkan aku .Keadaan ibuku sangat berbeza .Pada keesokkan harinya aku telah mengambil alih untuk menjaga ibuku .Aku berusaha untuk membuat dia ketawa .Dia ketawa walaupun dalam kepayahan .Aku menceritakan pengalaman aku selama aku belajar di Sabah .Ibuku mendengar dengan setia .Pada hari Jumaat aku telah menemani ibuku tidur dihospital .Aku tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana aku khuatir jika dia mahukan apa-apa .Pada hari Jumaat malam kakak sepupu aku telah mengambil aku dirumah kerana dia akan menghantar aku ke airport Penang pada awal pagi esoknya .Pada malam itu juga aku menemui ibuku dihospital untuk kali terakhir sebelum aku berangkat ke Sabah .

   Setelah seminggu berlalu ,aku menanyakan khabar ibuku melalui mesej kepada ayahku .Ayah aku memberitahu bahawa keadaan ibuku semakin baik .Aku gembira mendengarnya walaupun ibuku masih dihospital .Kemudian selepas beberapa hari selepas itu ,abang aku menghubungi aku pada pagi ahad yang lalu .Dia memberitahu keadaan ibu aku semakin tenat dan aku diminta untuk membaca surah yassin .Hati aku mula gelisah .Aku menangis .Setelah beberapa minit ,ayah aku menelefon aku dan memberitahu aku agar bersiap sedia untuk pulang ke Kedah sekiranya ada apa-apa terjadi .Aku kembali menangis .

   Dalam pukul 9.30am aku keluar ke bandar Kota Kianabalu untuk menemani sahabatku serta untuk menghilangkan rasa sedih yang bersarang di hati ini .Ketika aku di situ ,aku mendapat panggilan dari ayah aku dan meminta aku untuk pulang .Pada waktu itu jam menunjukkan pukul 12pm .Aku tidak berani memberi jaminan kerana aku khuatiri tiada flight untuk aku pulang ke Penang .Hati aku mula tidak tenang .Semasa menunggu bas untuk pulang ke UMS ,aku menangis di bus stop sambil ditemani sahabatku yang lain dan mereka berusaha menenangkan aku .

   Ketika dalam perjalanan pulang ke UMS ,sekali lagi ayah aku menelefon aku .Dia ingin tahu jadual penerbangan aku ke Penang .Aku meminta ayah aku untuk menunggu kerana aku di dalam bas pada ketika itu .Sesudah aku tiba di bilik ,aku terus on laptop aku untuk menyemak jadual penerbangan .Untuk sekian kalinya ,ayah aku menghubungi aku ."Ina ,mak dah tak ada ."Aku terdiam seribu kata .Sebak .Terkejut ."Ayah harap Ina bersabar .Esok pagi ayah akan kebumikan mak ."

   Setelah panggilan ditamatkan ,aku meraung semahu-mahunya .Emak telah pergi tinggalkan aku !Kawan aku telah membantu aku menghantar aku ke airport walaupun masih ada seorang sahabat lagi yang ingin menghantar aku ke airport .Flight aku dalam pukul 4pm macam tuhh. Dalam flight, air mata ini tak henti-henti mengalir .Penerbangan aku mengambil masa selama 2 jam 45 minit .Setelah tiba di airport Penang ,abang aku telah menunggu .Aku tiba di rumah hampir pukul 1 pagi .Setiba aku dirumah ,aku merapati sekujur tubuh yang terbaring kaku dihadapanku .Lalu kain yang menutupi wajah ibuku aku buka .Terpampang wajah pucat ibuku .Wajahnya tenang dan seakan-akan tersenyum .Air mata aku kembali mengalir .

   Dua sahabatku Adik yang Aisyah ,mendapatkan aku .Mereka memelukku dan menenangkan aku .Aku benar-benar tidak percaya bahawa tubuh itu adalah ibu yang pernah melahirkan diri ini .Aku menangis tanpa henti .Mereka turut menangis ."Sabar Nina ,mak hang tak nak tengok hang sedih macam ni ."Jantungku seakan mahu berhenti melihat ibu aku yang sudah tidak bernyawa dihadapan aku .Malam itu aku tidur berdekatan dengan mayat ibuku .Terasa sayu hati ini pabila mengenangkan dirinya telah meninggalkan aku pada usia aku yang masih muda dan masih lagi memerlukan kasih sayangnya .

   Aku tidak tidur walaupun badan ini terasa letih .Pada pukul 4 pagi terdengar suara ayah aku dengan sayunya membacakan surah suci dihadapan tubuh ibuku .Ya Allah...Ingin sekali aku menggerakkan tubuh ibuku agar ia bangun .Sesungguhnya ia sangat menyulitkan .Setelah matahari terbit ,orang kampung dan saudaraku mula memenuhi ruang rumah .Pukul 10pagi ,ibuku diangkat untuk dimandikan .Entah ke berapa kali ,air mata ini kembali gugur .Setelah siap ibuku dimandi ,sekali lagi ibuku diangkat untuk dikafankan .Air mata ini masih tidak mahu berhenti .Mereka meminta agar kami mencium ibuku buat kali terakhir .Seorang demi seorang mencium ubun-ubun ibuku .Mereka meminta agar aku mengesat air mataku agar tidak mengena tubuhnya .Aku segera berbuat demikian ,perlahan-lahan aku mengucup dahinya .Lama .Terasa sejuk di bibirku .

   Mereka mula mengafankan ibuku .Terasa berat hati ini untuk melepaskan dia pergi setelah dia dimasukkan ke dalam keranda .Ya...Ibuku telah pergi meninggalkan aku untuk selama-lamanya dan takkan pernah lagi kembali .Ketika di tanah perkuburan ,aku lihat ibuku dikebumikan .Aku ingin menghalang mereka berbuat demikian ,tapi apakan daya .Ibuku takkan kembali .Upacara pengebumian berjalan dengan lancar .Pada malam itu ,hujan .Terdetik di hati aku 'mak sejuk ke kat sana ?Ina mintak maaf sebab Ina tinggalkan mak seorang di situ .Ina rindu mak !' .Air mata ini sekali lagi menuruni curam wajahku dan melewati pipiku dan jatuh di atas bantal .

   Abang aku ada menceritakan sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir ,dia ada menyebut nama aku serta abang-abangku .Aku sebak kerana aku tiada saat hembusan nafasnya yang terakhir .Tapi aku sedikit lega kerana aku sempat bertemu dan berjasa dengannya saat dia sakit .Aku sempat buat dia ketawa dan...aku sempat buatkan dia sup ayam saat dia teringin memakan sup ayam .Itulah masakan yang terakhir dia rasa hasil masakan aku dan kali terakhir aku masak untuknya juga kali terakhir aku menyuapnya .Ya Allah ,lepas ni aku dah tak berpeluang lagi menyuap ibuku seperti hari-hari yang lalu...

   Mak..Ina belum sempat bahagiakan mak dengan kejayaan Ina menggenggam segulung ijazah .Mak terlebih dahulu meninggalkan Ina .Ina tak sempat nak bawa mak berjalan-jalan di bumi Sabah .Dan Mak tak sempat untuk tengok Ina memakai jubah sewaktu Ina graduate suatu hari nanti .Allah terlebih dahulu menyayangi mak .Allah tak sanggup nak biarkan mak sakit lama-lama dan kerana itulah dia ingin mak bertemu denganNya .Mak...Ina terlalu rindukan mak .Setiap apa yang Ina buat ,Ina terbayangkan saat mak ada .Mak ,tenanglah mak di sana bersama arwah abang Iskandar .Ina yakin sekarang mak bersama abang Iskandar .Abang Iskandar dah lama menunggu mak di syurga .Ina ikhlas lepaskan mak dari sisi ini walaupun berat...Pergilah mak..Ina akan selalu menyayangi mak .Sehingga kini Ina masih merasakan mak masih ada di rumah ini....

p/s :Sampai di sini dahulu coretan Chiq Neyna kerana sebak untuk meneruskan coretan lagi .Pesanan Chiq Neyna ,hargailah ibu bapa uols sebelum mereka meninggalkan uols kerana mereka tiada ganti di dunia ini .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan