Halaman

Sabtu, 28 Disember 2013

Masa & Jarak yang Memisahkan

Kalau dulu jika aku merindukanmu ,sebuah panggilan akan menghubungi antara kita
Di situ kita bergelak tawa bersama
Berkongsi khabar serta menceritakan hal seharian yang dilakukan
Di situ juga kita meluahkan rasa rindu yang terpendam disebabkan jarak yang jauh telah memisahkan kita
Senyuman akan terukir tatkala kita berbicara memberikan kita sinar kebahagiaan
Membuatkan aku tidak sabar lagi untuk menemui dirimu yang sering berceloteh dengan diri ini

Tapi ,
Semua itu hanyalah sebuah kenangan yang terukir antara kita
Jika dahulu aku ingin mendengar suaramu ,
dari jauh kau pasti akan terkocoh-kocoh mendapatkan panggilan itu
Jika dahulu kau pasti sambut panggilan itu dengan suara yang gembira
Tapi ,
Semua itu tidak akan terulang lagi
Ya...
Kini ,kau telah jauh dariku
Jarak itu juga memisahkan kita lalu membuatkan aku sering tewas dengan air mata
Jarak itu juga membuatkan kita takkan pernah bertemu lagi
Kita berbeza alam
Dan...
Jauh itu memaksa aku redha dan ikhlas akan ketentuan yang ditakdirkan

Tatkala puisi ini ditaip
Sekali lagi air mata ini menuruni curam wajah
Melewati wajah lalu menitis jatuh
Jelaslah di sini aku amat merinduimu
Terlalu rindu...
Rindu yang tak mampu aku ungkapkan dengan kata-kata
Lalu air mata ini membicarakan semuanya
Sukar untuk aku percaya bahawa kau telah tiada untuk menemani diri ini pada hari-hari akan datang
Terasa hambar sekali ini pabila mengenangkannya
Jiwa ini kosong
Aku cuba kuat demi yang lain
Ternyata ia terlalu sukar...

Seandainya waktu itu bisa diputarkan kembali
Aku tidak akan menciptakan jarak antara kita
Tidak akan berjauhan denganmu
Tidak akan meninggalkanmu
Aku akan setia di sisimu
Menemanimu setiap detik yang berlalu
Dan aku akan selalu membahagiakanmu

Masih terbayang di minda ini akan senyum tawamu
Masih terngiang-ngiang suaramu di telinga ini
Masih terlihat kelibatmu di hadapanku
Masih terasa kau masih ada di sini
Masih terasa kau sedang menunggu kepulangan diri ini
Ya..
Aku masih dapat rasakan semua itu

Kejamnya masa dan jarak kerana memisahkan kita
Kejamnya masa dan jarak kerana membuatkan aku rindukanmu
Kejamnya masa dan jarak kerana membuatkan diri ini terseksa
Kejamnya masa dan jarak kerana semua itu tidak dapat diulang kembali
Kejamnya masa dan jarak kerana membuatkan aku acap kali menangis
Kejamnya masa dan jarak kerana membuatkan aku tidak dapat memilikimu lagi seperti masa lalu....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan