Halaman

Isnin, 3 Oktober 2016

Trip ke Pulau Batik, Perak (review)

   Hari Sabtu baru-baru ni (1 Oktober 2016) Chiq Neyna pi vacation yang tak dirancang ke Teluk Batik, Lumut, Perak Darul Ridzuan. Perjalanan yang mengambil masa 3 jam lebih dari Kuala Lumpur memang agak membosankan juga la. masa nak pergi tu memang excited gila la sebab dah lama tak pi vacation ke Teluk Batik ni.

   So, malam sebelum bertolak tu Chiq Neyna reserve satu chalet ni. kalau tak silap nama resort ni Astana Rimba Resort a.k.a Notti Chalet/Resort (tak ingat). Resort ni berdekatan dengan Resort Pak Man Kenangan. Tapi, this is for the last time Chiq Neyna pi resort tu. Kitorang plan memang nak stay dekat dengan laut, nak feeling-feeling gitu la kan.

   Tapi, rasa menyesal pula bila chalet yang kitorang booked tu macam apa je. Chalet tu macam khemah dan dinding dia macam partition kat office gitu. Yang ada cuma katil, bantal, tuala, air cond, sabun kecil ngan toilet. Chalet tu berlantaikan kayu. Bumbung chalet pula macam bumbung khemah. Mak aii, punyalah bahang bila tengahari. Udohle mahal bebenor sewanya, RM120. Yang paling sadis, dapat pula chalet paling hujung sebelah hutan. Uishhh! Seram mak nak stay. Sumpah dah tak mau check in chalet situ lagi.

   Bila hari kedua Chiq Neyna kat sana, kitorang decided untuk stay hotel je. Dah tak sangup nak tinggal chalet yang macam khemah kenduri je. Check in hotel baru RM98 + deposit RM20 dan jauh lebih selesa untuk stay berbanding kat chalet tu.

   Pantai kat Teluk Batik ni okeylah but to crowded dengan pengunjung-pengunjung. Ada banyak game air yang korang boleh join kat sini.So, takkan mengecewakan korang la.

   Okey, tips untuk kedai makan pula kitorang makan dekat kedai makan dan minum silaturahim. kedai tu betul-betul dekat simpang nak ke Teluk Batik. Kedai makan tu betul-betul sebelah kanan simpang.. Kedai tu memang tersangat murah dan sedap + ada bakar-bakar lagi tu. No wonder la ramai pelanggannya. Tapi, kedai tu cuma buka untuk lunch je tau. Bila malam sila cari kedai makan lain.

   Ada satu kedai makan ni, nama kedai makan tu restauran Sup Ayam Kampung. Ma Shaa Allah punya la lambat dorang nak siapkan makan. Udoh le idok sedap. pelanggang bukan ramai pun time tu. Yang Chiq Neyna perasan la, ramai pelanggang blah dari situ sebab terlalu lambat. Omaigodddddd! Kitorang order nasi goreng 2 je tapi, sejam kemudian baru sampai. Tunggu air pun, kat setengah jam. What the pishhhh??? Kalau korang nak tahu, restauran tu pun dekat simpang nak ke Teluk Batik. Location dia sebelah kiri simpang. Please cari tempat makan kat lain kalau korang nak makan okey.

   Okey, setakat tu je review Chiq Neyna nak share dengan koran supaya korang tak terkena macam Chiq Neyna ni. Better chek in hotel jela. Lagipun, bukan jauh jugak hotel dengan Teluk Batik.

Ahad, 25 September 2016

Kadang Kala

Lemah... Longlai memikirkan liku hidup yang kian payah.
Huhh... Helaan nafas dilepaskan berat sekali.
Pandangan dilemparkan jauh diluar jendela
Memerhati gelagat manusia-manusia yang sibuk mengejar masa dunia.
Huhhh!
Sesak di dada ini.

Pandangan dilemparkan ke dada syiling
"Hidup sebenar aku akan bermula. Tapi, kenapa aku tidak menjumpai jalan benar itu? Tuhan, permudahkan apa yang sukar untukku. Jika jalannya payah, mudahkanlah. Mudahkanlah."

Buntu untuk memulakan dari kanan atau kiri
Semakin sesak difikiran
Tiada cahaya yang menanti dihadapan
Pandangan masih kabur.
Ahhh!

Tuhan,
aku serahkan segalanya kepada-Mu
Jika aku ingin putus asa, berikan aku semangat baru.
Agar aku tahu perancangan-Mu adalah sebaik-baiknya

Isnin, 19 September 2016

Hati



Hati
Aku mohon
Jangan kau terus rapuh dengan keadaan yang tidak membela kau.
Aku mohon
Kau harus tabah dan kau perlu tabah wahai hati
Jangan diikutkan perasaan yang sering sahaja goyah pendiriannya
Ada kalanya suka adakalanya juga sedih

Hati,
jika kau rapuh, air mata juga mengiringimu
Aku tidak ahu terlihat lemah di mata manusia meskipun kau telah lelah, hati.
Rayuku hanya satu,
teruslah bangkit dan kita akan hadapi sama-sama segala cubaan yang datang melintang.
Janji dengan aku ya, hati?

Khamis, 1 September 2016

Rasa

Bukan mudah untuk sembunyikan
Sejuta rasa yang bermaharajalela
yang sudah sekian lama menjajah
hati dan perasaan kau.
Bukan mudah.

Kau kena sembunyikan rasa itu sedalam-dalamnnya
agar ia tidak timbul di dasar wajah
Kau kena berpura-pura
dan pamerkan kegembiraan palsu kau
Ia bukan mudah.
 
Bukan kau mahu terus berduka
Tapi parut yang sekian lama tertanam
sukar untuk kau hapuskan.
Lalu kau pilih untuk terus menyimpan rasa itu
dan biarkan ia di dalam sana. 
Sampai bila-bila

Isnin, 15 Ogos 2016

Beruntung


Beruntung
Beruntung jika kau punya si dia yang menyayangi
Si dia yang selalu memahami
Beruntung sangat!

Jika kau sedih
Dia ada menghiburkan
Jika kau sendiri
Dia ada menemani
Jika kau tangis
Dia ada menepis air mata

Jika kau jumpa si dia begini
Mohon dihargai
Kerana kau mungkin takkan jumpa lagi
Manusia yang berhati suci
Jangan dibiarkan pergi
Kerana kau dicintai separuh mati

Selasa, 2 Ogos 2016

Lelah

Aku lelah
Lelah dengan sikap manusia yang hipokrit
Lelah dengan perbuatan mereka yang acuh
Bila tiada dicari
Dan pabila ada tidak dihargai

Sungguh aku lelah
Dengan mereka yang prejudis dengan aku
Seolah mahu mencampak aku ke neraka
Seperti aku sang pendosa tanpa noktah
Seperti aku sang hamba hina

Lelah
Ya.. Aku lelah
Lelah untuk menjaga hati manusia
Aku juga insan
Juga sama seperti mereka

Isnin, 30 Mei 2016

Chubby?

"Aku tengok kau sekarang makin besarlah"
"Kau ni makan banyak, patut badan gemuk"
"Hei, mok!"

Persetankan manusia-manusia yang mencela kau.
Yang menghakimi pada saiz badan kau.
Mereka sendiri tidak sedar diri
Mereka juga bukan perfect
Bukannya kurus juga
Muka berjerawat pula tu

Sekurangnya kau lagi comel dari diaorang
Muka cute
Pipi flawless
Senyuman kau menarik
Mereka apa ada?
Orang pun tak sudi nak pandang

Biar chubby asal tak buruk perangai
Usah peduli manusia bersuara sumbang
Kerana mereka ibarat kumbang yang mencari tahi
Selalu mengganggu ketenteraman manusia-manusia comel
yang macam kau dan aku

Kau chubby dan aku pun chubby
Kita ada geng
Kita lagi kuat
Mereka belum tahu kekuatan orang chubby macam kita
Kalau sekali hembus, kekabu pun boleh terbang
Mereka ada?

Rabu, 25 Mei 2016

Usah

Usah lagi kau pandang ke belakang
Dongak pandangan kau
Kukuhkan paksi kaki dan tangan
Bangkit perlahan-lahan
Aku tahu kau boleh
Ayuh!

Meski tubuh kau dibaluti luka
Biarkan ia
Akan jadi sebahagian kekuatan kau kelak
Langkah dan langkah
Sinar menanti kau dihadapan

Biar jatuh tapi ada bangunnya
Takkan patah semangat kau yang jitu
Aku tahu kau kuat
Aku tahu kau boleh lebih daripada itu
Ayuh!
Koyakkan langkah lemah kau
Aku yakin kau boleh

Jumaat, 20 Mei 2016

Kahwin?

   Terasa buntu bila harus menjawab soalan yang sememangnya tidak pasti. Andainya aku tahu bila waktu bahagia itu akan tiba, tanpa perlu kau bertanya pasti sudah aku memberikan jawapan.

   Sedangkan aku belum lagi memulakan hidup sebagai seorang yang bekerjaya. Masih terkapai-kapai mencari hala tuju hidup. Usah ditanya soalan yang aku sendiri tidak tahu. Bila dan pada umur berapa.

   Kau harus tahu satu. Tuhan itu perancang yang sebaiknya. Jadi segala urusan hidup aku, Dia aturkan. Aku tidak pernah terfikir atau terdesak untuk segera berkahwin. Bagi aku, jodoh itu akan datang bila aku sudah bersedia. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk aku.

   Dan buat kau, usah lagi kau bertanyakan perkara yang aku tidak mahu dipersoalkan. Mungkin kau sudah bahagia dengan pasangan kau tapi itu kau dan bukannya aku. Ada sebabnya kau melangkah  setapak ke depan daripada aku dan ada sebabnya kenapa aku setapak dibelakang kau.

Bukannya aku prejudis pada persoalan perkahwinan. Tapi sememangnya aku tiada perancangan yang besar seperti itu. Ya, aku jujur.

Sabtu, 14 Mei 2016

Novel Langit Syurga

   Syukur ke hadrat Ilahi dengan izin-Nya Chiq Neyna berjaya menyiapkan sebuah novel yang berjudul Langit Syurga hasil cetusan idea sendiri. For your information, novel ini merupakan hasil daripada projek akhir yang perlu disiapkan oleh Chiq Neyna dan merupakan novel Chiq Neyna yang pertama.


Tajuk asal novel ini sebenarnya 'Cinta dari Syurga'. Tapi, Chiq Neyna telah ubah tajuk asalnya pada saat akhir setelah ditegur lecturer Chiq Neyna. She said,
"Kenapa letak cinta dari syurga? Terlalu direct perkataan cinta itu & nampak membosankan. So better awak tukar perkataan cinta tu dengan sesuatu yang lain. Simbolikkan perkataan cinta tu."

So that, tajuk novel ini tiada kaitan dengan filem yang dilakonkan oleh Keith Foo atau sama waktu dengannya. Kisah dalam novel ini bukan sekadar rekaan semata-mata tapi juga diceduk daripada pengalaman Chiq Neyna sendiri. Jom baca sikit tentang novel Langit Syurga.

"Meski terlihat tabah, namun aku rapuh di sebalik kepura-puraan"

Pencarian kebahagiaan dan kesempurnaan oleh seorang lelaki yang bernama Attar Iskandar akhirnya menemukan seorang gadis bernama Nur Afsha. Niat yang pada mulanya inginkan menduga perasaan Afsha namun memakan dirinya sendiri apabila hatinya diketuk perasaan rindu yang tiba-tiba saat berada kejauhan daripada Afsha. Perpisahan di antara dua insan ini kerana mengejar impian dan kehidupan di masa hadapan menyukarkan lagi mereka untuk bertemu. Afsha yang mengalami konflik dalaman kerana masalah hubungan kekeluargaan menyebabkan dia mempunyai hati yang terlalu rapuh meski terlihat tabah. Masalah yang dihadapi oleh Afsha membuatkan Attar tidak sanggup lagi untuk tinggal berjauhan dan kemudiannya Attar nekad untuk menikahi Afsha. Perkahwinan mereka juga mendapat sedikit tentangan daripada keluarga Afsha kerana kedua-kedua belah pihak mempunyai persefahaman politik yang berbeza.

"Tersenyum secara tiba-tiba.
Menangis secara tiba-tiba kemudian mencium tangannya sendiri.
Bukankah itu sesuatu sikap yang agak pelik?
Apakah yang dirasai di hatinya?" - Attar Iskandar

If uols berminat untuk membuat order kepada Chiq Neyna, uols boleh emel neyna93@gmail.com. Harga sebuah noveladalah RM25 tidak termasuk postage. Novel ini adalah terhad dan tidak dijual di mana-mana kedai buku. Thanks for reading.

Jumaat, 22 April 2016

Masalah

Ketika aku ditimpa masalah
Aku tidak minta pertolongan
Aku tak mengharap simpati
Cukup kau menemani
Pinjamkan sebentar bahu kau untuk aku
Supaya aku dapat menyandar

Ketika aku ditimpa kemelut gundah
Aku tidak meminta untuk difahami
Cukup kau menghiburkan aku
dengan jenaka
Buatkan aku lupa seketika
Masalah yang aku punya

Terima kasih untuk semuanya
Kau ada ketika aku ditimpa celaka
Aku hargainya.

Rabu, 13 April 2016

Dilema

Kau dilema.
Antara kehendak  tuntutan fitrah kau dan tanggungjawab
Ikutkan hati kau pilih keinginan
Tapi akal menyangkal
Kau masih ada tanggungjawab kau pada keluarga

Kemudian kau sedar.
Mereka itu lebih penting dari keinginan kau sendiri
Kau bangkit dari kegilaan nafsu muda
Dan kau tahu
Tuhan itu perancang sebaiknya
Dia tahu bila kau bersedia
Dan kelak kau akan terima kunjungan si dia

Sabar dan istikharah
Jangan gelojoh
Tuhan kenal siapa kau
Bila kemampuan kau
Dia tahu
Lupakan sejenak keinginan kau
Kejar impian kau.

Isnin, 28 Mac 2016

Rahsia Hati

   Kau ingin meluah. Tapi kepada siapa? Mahukah ada yang mendengar? Apakah mereka-mereka itu memahami? Atau cuma sekadar meluah sia-sia?

   Kau diam. Kau fikir. Bebanan hati kian bertambah. Makin disimpan makin menyesakkan dada. Keluhan demi keluhan menjadi melodi bibir kau.

   Kemudian, kau terasa kosong. Kosong dari pendengar setia yang utuh. Kau pendam. Kau diam dan semakin parah. Masa itu kau sedar tiada manusia yang boleh dijadikan tempat kau bergantung.

   Kau mulai terfikir dunia ini ada penciptanya. Kau juga ada penciptanya. Kau dan dunia datang dari pencipta yang sama iaitu Sang Maha Agung. Kau sedar cuma Dia satu-satunya tempat kau boleh merengek-rengek. Dan cuma Dia sahaja yang sudi bersama kau.

   Dari situ hati Kau mula ada rasa tenang. Tenang setelah mendekatkan diri kepada Tuhan.

Rabu, 6 Januari 2016

Aku Pendosa Tanpa Noktah

Diam, kelu melayan perasaan yang jauh hilang melayang entah ke mana.
Siapa aku?
Apa tujuan aku lahir di dunia yang penuh pancaroba ini?
Apakah setakat mengumpul dosa pahala lalu mati?
Apakah aku mampu jadi yang terbaik di antara yang terbaik?
Diam, kelu melayan perasaan yang kian keliru.

Tuhan...
Kenapa aku begini?
Kenapa aku begitu menjijikkan?
Kenapa aku sukar mendekatkan diri ini ke arah kebaikan?
Kenapa begitu seketika aku mampu berubah
Tak ubah seperti lalang yang ditiup angin.
Diam, kelu melayan perasaan yang kian berkecamuk.

Aku ingin menjadi yang terbaik untuk semua
Tapi
Seringkali aku tewas kerana keraguan
Kerana aku telah ingkar padaMu
Mampukah jua aku jadi yang terbaik
Sedangkan aku mengundang amarahMu?
Beriku hidayahMu lagi Tuhan
Lagi dan lagi
Kerana
Aku manusia tanpa noktah.