Terasa buntu bila harus menjawab soalan yang sememangnya tidak pasti. Andainya aku tahu bila waktu bahagia itu akan tiba, tanpa perlu kau bertanya pasti sudah aku memberikan jawapan.
Sedangkan aku belum lagi memulakan hidup sebagai seorang yang bekerjaya. Masih terkapai-kapai mencari hala tuju hidup. Usah ditanya soalan yang aku sendiri tidak tahu. Bila dan pada umur berapa.
Kau harus tahu satu. Tuhan itu perancang yang sebaiknya. Jadi segala urusan hidup aku, Dia aturkan. Aku tidak pernah terfikir atau terdesak untuk segera berkahwin. Bagi aku, jodoh itu akan datang bila aku sudah bersedia. Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk aku.
Dan buat kau, usah lagi kau bertanyakan perkara yang aku tidak mahu dipersoalkan. Mungkin kau sudah bahagia dengan pasangan kau tapi itu kau dan bukannya aku. Ada sebabnya kau melangkah setapak ke depan daripada aku dan ada sebabnya kenapa aku setapak dibelakang kau.
Bukannya aku prejudis pada persoalan perkahwinan. Tapi sememangnya aku tiada perancangan yang besar seperti itu. Ya, aku jujur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan