Diam, kelu melayan perasaan yang jauh hilang melayang entah ke mana.
Siapa aku?
Apa tujuan aku lahir di dunia yang penuh pancaroba ini?
Apakah setakat mengumpul dosa pahala lalu mati?
Apakah aku mampu jadi yang terbaik di antara yang terbaik?
Diam, kelu melayan perasaan yang kian keliru.
Tuhan...
Kenapa aku begini?
Kenapa aku begitu menjijikkan?
Kenapa aku sukar mendekatkan diri ini ke arah kebaikan?
Kenapa begitu seketika aku mampu berubah
Tak ubah seperti lalang yang ditiup angin.
Diam, kelu melayan perasaan yang kian berkecamuk.
Aku ingin menjadi yang terbaik untuk semua
Tapi
Seringkali aku tewas kerana keraguan
Kerana aku telah ingkar padaMu
Mampukah jua aku jadi yang terbaik
Sedangkan aku mengundang amarahMu?
Beriku hidayahMu lagi Tuhan
Lagi dan lagi
Kerana
Aku manusia tanpa noktah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan