Halaman

Selasa, 23 Disember 2014

Cinta Itu Hebat

   Sememangnya cinta itu sangat hebat penangannya. Kerana cinta, seseorang mampu berubah menjadi seorang yang lebih ikhlas dan melakukan perubahan pada dirinya sama ada dia sedar mahupun tidak. Cinta mampu mendorong seseorang itu tampil hebat. Kerana apa? Kerana cinta itu indah dan membahagiakan !

   Kalau dulu dialah insan yang tidak pernah peduli dengan kehadiran mereka yang datang dan pergi dalam hidupnya kerana baginya mereka itu sekadar mainan dunia. Tapi, apabila dia mula merasai cinta dari insan yang tepat lalu dia menjadi orang yang paling takut akan kehilangan cinta yang telah berjaya menusuk hatinya. Dia juga sanggup melakukan apa sahaja untuk menggenggam cinta itu.

   Kalau dulu dialah insan yang selalu bertukar pasangan silih ganti. Tapi, setelah cinta itu berjaya mengetuk pintu hatinya pastinya dialah insan yang paling setia dan sanggup mempertaruhkan seluruh hidupnya buat insan yang teristimewa.

   Kalau dulu dialah insan yang bukan berjiwa romantik. Tapi, sejak kehadiran cinta itu segalanya telah berubah tanpa dia sedari. Matlamatnya, dia mahu insan itu merasa bahagia di saat berada di sampingnya. Dia juga mahu membuktikan bahawa hanya insan itulah yang bertakhta di hatinya.

   Kalau dulu dialah insan yang sering berfoya-foya tanpa memikirkan keadaan sekeliling. Tapi, dia mula memikirkan masa depannya dengan insan yang dicintainya. Dia menjadi seorang yang lebih berdisiplin dan mula membina kerangka masa hadapan agar dapat menyulami kasih dengan insan yang selalu di fikirannya. Impiannya hanya satu, ingin hidup bersama hingga hujung pernafasan yang terakhir.

   Kerana cinta, seseorang mampu menggongcang dunia...Kerana cinta juga, hidup ibarat pelangi yang mewarnai dada langit...Dan kerana cinta lahirlah jasad insan yang teristimewa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan