Halaman

Khamis, 18 Disember 2014

Allah Itu Ada

   Terasa sakit itu menusuk-nusuk hatinya membuatkan dia tidak lagi mampu menahan rasa itu sehinggakan air matanya mengalir. Dibiarkan air mata itu mengalir tanpa halangan akhirnya diseka air mata itu agar tiada yang melihat air mata jernih itu gugur dan dia tewas dalam kesedihan.

   Bagaikan bertalu-talu ujian yang menimpanya dan dia hanya mampu berdoa dan meluahkan segalanya dalam sekeping kertas yang dikenali diari. Coretannya menghiasi baris demi baris. Lajunya dia menulis seperti laju air matanya mengalir di pipi.

   Kenapa dan kenapa selalu dipersoalkan tanpa henti. Kini dia berasa terlalu penat lagi untuk berpura-pura dan memendam sejuta rasa. Kesakitan yang dia rasa hampir membuatnya tersungkur di atas jalan yang dia sendiri tidak inginkan. Tuhan, kenapakah ujiannya sebegini?

   Saat kesedihan mula menyelubungi dirinya, dia terasa sendiri dan sukar untuk diungkapkan kepada sesiapa. Kerana  rasa itu hanya Tuhan lebih mengerti. Hanya Tuhan yang mampu membantunya. Bukan dia tidak cuba untuk berkongsi dengan insan lain, tapi dia tak mampu meski beban itu kian berat.

   Doa dan harapan selalu mengiringi setelah usai melakukan kewajipannya. Dia mahu seperti dahulu lagi. Keadaan sekarang terlalu menyeksakan jiwanya dan mengganggu kewarasan akal manusianya. Kadangkala dia tidur dalam tangisan yang sendu dan akhirnya terlena sewaktu hati ligat istighfar kepada penciptanya yang maha agung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan