Suara pertama yang aku dengar saat aku lahir adalah suaranya .Berkumandang suara seraknya mengazan di telinga. Hari aku dilalui adalah kerana ketegasannya. Terdidiknya aku kerana kepimpinannya. Dia hebat kerana dia ketua keluarga.
Semakin hari aku semakin dewasa. Walaupun begitu dia tetap tegas seperti dahulu kala. Cuma satu harapannya, dia mahu aku berjaya. Itulah cita-cita, harapan dan impiannya. Saat aku terasa hampir gagal, dia memberi seribu kata. Katanya, aku kena kuat dalam apa jua kerana dunia ini penuh dengan pancaroba.
Kini yang aku punya hanyalah dia. Seorang lelaki yang aku puja dan aku panggil bapa. Dialah semangat aku dari dulu, kini dan selamanya. Dalam dunia ini, hanya dia yang aku punya. Kalau hilang dia, hilanglah semua semangat dan punca. Kerana adanya dia, aku juga ada. Ayah, aku cinta padanya. Cinta ini melebihi segalanya. Berdirinya aku hari ini adalah kerana dia. Seorang ayah yang hebat dan aku puja.
Terima kasih ayah atas segalanya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan