Halaman

Ahad, 30 November 2014

Pengorbanan Itu Perlu

   Hidup ini kita tidak boleh hanya mementingkan diri sendiri. Kadangkala kita terpaksa berkorban demi yang lain. Ya, demi memuaskan kepuasan hati insan yang lain. Sebenarnya pengorbanan itu perlu ada dalam diri kita bagi menghargai pengorbanan orang lain pada kita.

   Kadangkala terlebih memberi pengorbanan tapi tidak hargai itu yang sakit. Tapi, tak semestinya setiap pengorbanan yang dilakukan harus mengharapkan pembalasan. Tak salah kalau kita ingin berkorban agar hati insan disekeliling kita bahagia walaupun kita sendiri terseksa tanpa kerelaan.

   Ingat, setiap pengorbanan yang ikhlas kita lakukan itu dinilai dan dihitung oleh Allah. Jangan merungut! Selagi Allah ada, Dia akan selalu ada dengan kita. Berkorbanlah selagi mampu membahagiakan mereka tapi jangan sehingga kita dipijak pula.

   Berkorban itu menunjukkan bahawa kita sanggup merendahkan diri dan berasa susah asalkan insan lain boleh tertawa tanpa berasa kesedihan. Itulah hebatnya sebuah pengorbanan. Lihat sahaja pengorbanan yang dilakukan oleh seorang ibu dan ayah kita. Mereka membesarkan kita tanpa merungut dan hanya mengharapkan kita akan terus berbahagia meskipun mereka dalam derita.

   Pengorbanan itu susah. Pengorbanan itu berat. Pengorbanan itu hebat. Pengorbanan itu mulia. Jadi, berkorban untuk insan yang tersayang itu tak salah dan boleh membuatkan hati kita untuk terus cekal dan bersyukur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan