Mak ingat lagi tak
masa hari ibu sewaktu ina darjah 5? Ina belikan mak keropok kesukaan mak. Ina
tahu mak suka keropok tuh dan Ina beli banyak-banyak kat mak sempena hari Ibu.
Sampai je Ina kat rumah, Ina terus dapatkan mak dan bagi semua keropok tuh. Mak
tersenyum masa tu.
Mak, mak ingat tak lagi masa Ina sekolah rendah dulu? Mak
selalu hantar Ina pergi ke sekolah selepas kita pindah ke rumah atok. Kalau
dulu masa kita tinggal di Alor Setar, pagi-pagi lagi mak akan teman Ina tunggu
bas sekolah. Dulu, mak akan buat kuih karipap dan jual. Mak ingat lagi tak masa
mak ketawakan Ina sebab Ina terminum air garam lepas Ina makan nasi lemak?
Padahal air garam tu mak buat untuk gaul dengan adunan karipap. Ina merajuk
dengan mak sebab mak ketawakan Ina.
Mak ingat tak lagi
masa kita pergi memancing sama-sama dengan ayah sekali di sungai ?Masa tu, Ina
pancing di tepi sawah manakala mak dan ayah memancing di tali air. Ina ingat
ina ingat Ina dah dapat ikan, rupa-rupanya katak yang makan umpan pancing Ina.
Mak dengan ayah ketawa dengan mimik muka Ina yang kecewa. Kelakarkan mak ?
Mak, mak ingat tak lagi sewaktu kita pergi pasar sesama dan masa tu
motor kita kehabisan minyak sebab abang Di terlupa nak isikan minyak. Ina
terpaksa tinggalkan mak kat tepi jalan dan Ina jalan kaki carikan minyak motor
untuk di isi. Ina dah pesan dengan mak, mak jangan berjalan sebab nanti mak
penat. Tapi, mak degil. Mak jalan juga supaya mak dapat tengok Ina dari jauh.
Bila Ina patah balik, Ina nampak mak berjalan hati Ina terasa sayu sangat sebab
nampak mak agak keletihan.
Mak ingat lagi tak kali terakhir kita berjumpa? Masa tu Ina cerita
macam-macam pengalaman pertama Ina belajar di universiti, mak dengar je dan
tersenyum. Ina cuba untuk hiburkan mak. Mak tetap jaga Ina walaupun mak sendiri
tidak sihat dan hanya menunggu ajal menjemput.
Mak, mak nak tahu tak...Masa mak lepas operate di tangan mak tuh kan,
Ina nampak darah kat balutan tangan mak banyak sangat. Ina tak sanggup nak
pandang sebab Ina ni kan penakut. Mak tahu kan ?Masa ada 2 orang doctor datang
check mak, dorang pegang kuat-kuat tangan mak dan time tuh mak mengaduh
kesakitan. Mak tahu tak, masa tu Ina nak tutup telinga sebab Ina tak sanggup
dengar bunyi mak mengaduh kesakitan. Lepas tu, Ina nampak darah kat tangan mak
keluar banyak sangat. Mak tahu tak, masa Ina lari masuk tandas tuh bukan sebab
Ina jijik lihat darah kat tangan mak tapi Ina menangis kat dalam tuh sebab Ina
tak mampu lakukan apa-apa.
Mak, mak nak tahu tak ?Kak Ana dah lahirkan baby baru .Baby boy..Sekarang
mak dah 2 orang cucu,hero pulak tuh. Mesti bertambah riuhkan keluarga kita?Tapi
sayang, cucu mak yang baru ni mak tak sempat nak tengok dan cium..
Mak, mak nak tahu tak ?Ina sayangkan mak...Terlalu sayang !Kalau dulu,
Ina selalu called mak bila Ina rindu..Ina akan ceritakan apa yang Ina buat kat
sini..Ina akan ceritakan dengan siapa Ina berkawan..Ina akan share semua cerita
kat mak...Tapi, sekarang mak dah tak ada..Ina dah tak ada tempat nak share
story lagi..Ina sunyi mak...Ina nak mak macam dulu...Ina kerap mimpi mak
sewaktu Ina tidur..
Mak...Selamat hari ibu..Semoga mak tenang di alam sana...Amin..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan