Halaman

Khamis, 1 Mei 2014

Bernikah Sewaktu Belajar @ Muda

 
Assaamualauikum..Pernahkah uols terfikir untuk berkahwin pada usia masih muda atau lebih spesifik sikit sewaktu masih belajar ?Perkahwinan adalah sebuah ikatan yang mulia dan dituntut oleh Allah kerana perkahwinan mampu mengelakkan kita dari melakukan pra zina dan seterusnya terjebak dalam zina .Nauzubillah..Rasulullah pernah berkata, "Wahai para pemuda, jika kamu mampu hendaklah kamu berkahwin,sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan menjaga kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu hendaklah berpuasa kerana berpuasa itu adalah pendinding baginya."

   "Barang siapa yang di antara remaja yang berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan .Dan ia (syaitan) mengeluh, "Aduh, celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku."HR.Ibnu 'Addi .Ini membuktikan bahawa dengan berkahwin kita mampu menjauhi zina dan juga dapat mengawal nafsu yang terkadang terbabas untuk dikawal .Bagi pasangan muda yang berkahwin awal ,mereka terlindung daripada melakukan maksiat dan juga mempunyai hubungan yang halal di sisi agama .Nak keluar bersama berpimpin tangan juga tak menjadi masalah .Heretlah ke mana jua isteri mereka ,tidaklah haram .Indahnya sebuah perkahwinan !Itulah yang dipanggil bercouple secara halal.

   Selalunya pasangan couple neh tak dapat menahan diri daripada berjumpa ,dating dan ingin bersama setiap masa .Bila perkara ini selalu terjadi tak mustahil akan menyebabkan mereka jatuh ke kancah zina .Berkahwinlah ,kerana itulah sebaik-baiknya .Bukankah bercinta lepas nikah lebih indah ?Ini kerana kita terselamat daripada cinta monyet ,cinta orang utan dan sebagainya lagilah .Selalunya ,cinta seperti ini tidak akan berkekalan lama dan akan putus dipertengahan jalan .Tidakkah itu akan melukakan hati kita sendiri ?Kepada kaum adam di luar sana ,jika anda menyukai seorang wanita ,pinanglah wanita itu ,jadikanlah wanita itu isterimu .Pelihara hubungan kalian daripada zina dan binalah sebuah masjid .

   Pasti banyak perkara yang bermain di fikiran kita ,kalau kahwin muda ,nak bagi isteri makan apa ?Mesti mak dengan ayah tak bagi !Nak tinggal kat mana ?Aku belajar lagi .Dan pelbagai lagilah .Jawapan kepada persoalan itu mudah ,kamu wajib nikah khitbah !Nikah khitbah atau dikenali sebagai nikah gantung membolehkan kita untuk bersama ke mana jua dengan pasangan kita dan hukumnya harus .Nikah ini sesuai untuk mereka yang masih belajar macam Chiq Neyna sendiri .Jangan kita lupa ,apabila seseorang itu telah mendirikan rumah tangga ,rezekinya akan melimpah ruah .Itu janji Allah kepada sesiapa yang berkahwin.

Perkara-perkara biasa nikah khitbah dilakukan:
-suami belum mampu menyara sepenuhnya kos sara hidup isteri
-pasangan yang masih belajar dan mahu menuntut ilmu
-belum bersedia memberikan komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumah tangga

Setelah akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan harus tinggal berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggunjawab sebagai suami isteri. Tujuan utama nikah gantung ini adalah untk mengelakkan berlakunya zina dan lahirnya anak luar nikah.




   Seperti yang selalu kita dengar ramai pelajar yang berkahwin berjaya dalam pelajaran mereka .Prestasi mereka meningkat dan itu sememangnya tidak dapat dinafikan .Apabila pasangan itu berkahwin, ini akan menjadikan hidup mereka lebih tenang serta bersemangat dalam melakukan apa jua perkara serta matlamat hidup lebih jelas.

   In shaa Allah ,jika diizinkan oleh Allah mahu juga Chiq Neyna melakukan nikah khitbah ini dan Chiq Neyna yakin kedua ibu bapa Chiq Neyna pasti akan setuju .Ya Rab ,jika ditakdirkan aku jatuh cinta lagi ,hadirkanlah rasa cinta itu pada orang yang tepat dan jadikanlah dia jodohku di dunia juga di syurga kelak .Hadirkanlah lelaki itu kepada aku merupakan seorang lelaki yang biasa sahaja orangnya tapi mampu membimbing aku sehingga ke jannah, seorang yang melabuhkan cintanya padaMu .Berikanlah padaku seorang imam yang mampu mendekatkan aku denganMu dan selalu mengingatkan aku tentang agamaMu agar aku tidak jauh tersungkur dari jalanMu .Amin....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan