Halaman

Rabu, 28 Mei 2014

Kenangan Yang Bernilai

   Assalamualaikum .Tamat sudah penglibatan Chiq Neyna dalam produksi pementasan Vito Il Mafioso pada ketika ini .Sedih jugak lahh bila segalanya telah tamat pada 29 Mei 2014 iaitu hari terakhir pementasan projek akhir pelajar tahun 3, Sekolah Pengajian Seni ,UMS .Banyak moment dan pengajaran yang Chiq Neyna dapat bila joined ngan produksi neh .

   Walaupun pada awalnya agak berat untuk libatkan diri Chiq Neyna ,tapi pada akhirnya hati ini berat untuk melepaskan .Dah macam satu keluarga produksi neh .Kami saling tolong menolong ,susah senang bersama .Indah sangat bila terkenangkan .

   Lagi pula ,dorang tersangatlah friendly dan tak pernah membezakan umur di antara kami walaupun Chiq Neyna dan kengkawan yang lain baru di tahun 1 .Memang banyak masa dan penat lelah kami untuk produksi ini .Balik pukul 2-3 pagi setiap hari .Kalau ada masa yang free ,kami terpaksa datang untuk membantu senior .Tapi, itulah yang terindah !

   Chiq Neyna takkan lupa jasa dorang serta ikatan persahabatan yang terjalin antara kami semua .Chiq Neyna akan doakan senior major teater akan sentiasa berjaya walau di mana pun berada .Doa Chiq Neyna akan sentiasa mengiringi kalian semua .Gembira dapat mengenali insan seperti kalian .Walaupun kita takkan bersua wajah lagi untuk sem depan ,tapi facebook akan jadi penghubung antara kita .I love uols !

   Chiq Neyna nak shared sikit gambar yang sempat Chiq Neyna snap sebagai kenang-kenangan .
Bergambar di Front of House (FOH)

Set & Prop yang dihiaskan untuk FOH


With Vito aka Abe (watak utama)


penonton yang hadir



Ahli produksi yang terlibat



Bersama classmate, Faizan



set yang dikeluarkan untuk memberi ruang pementasan teater Jazzy Paper Doll


Hafizi with Abe yang sempat pose depan kamera Chiq Neyna


Round table ngan semua produksi untuk kali terakhir



Isnin, 26 Mei 2014

Kenapa Aku Dikecewakan ?




 Assalamualaikum .Pernahkah uols berasa dikecewakan berkali-kali ??Bahkan terasa sudah putus asa apabila hati dan perasaan dipermainkan .Bersabarlah wahai teman .Sakit rasanya apabila menyedari kehadiran diri cumalah sekadar debu yang ditiup angin lalu menghilang .Langsung tak bermakna !

   Kenapa kita dikecewakan dan terus dikecewakan oleh orang yang sangat kita cintai ?Kenapa si dia berubah ?Percayalah, rancangan Allah itu ada hikmahnya .Dialah perancang yang terbaik saat kita terjatuh lalu Dia menghadiahi kita teman yang lebih indah .Cuma ,hanya waktu yang akan menentukan .

   Kadang-kadang terasa hati disiat-siat kerana kita percaya bahawa si dia benar-benar mencintai kita ,rupa-rupanya hanya sekadar lakonan .Lakonan yang hebat buat kita terpedaya .Kemudiannya, air mata mengalir lalu membicarakan semua rasa yang tak mampu diungkapkan dengan kata-kata.

   Kadang-kadang kita tertanya, kenapa aku sering dikecewakan ?Kenapa harus aku ?Apakah tidak ada insan yang sudi mencintaiku dengan ikhlas ??Aku dah terlalu lemah kerana selalu dipermainkan .Hati ini hancur !Aku sudah berputus asa !Sekali lagi ,bersabarlah !Mungkin pada ketika ini kita acap kali dikecewakan tapi bila tiba masanya kebahagiaan itu akan kita perolehi.
                                         

   Tapi kenapa aku terus menerus di uji sebegini ??Itulah persoalan yang sering bermain di minda .Allah itu Maha Penyayang .Dalam rasa kecewa dan sakit, Allah mengajar kita untuk terus tabah dan kuat untuk menempuhi dugaan hidup .Saat kita menangis kerana dilukakan, Allah sedang mengatur pertemuan kita dengan pemilik hati kita yang sebenar .Believe me...

   Hidup ini umpama roda .Saat kita berada di bawah ,kelak pasti kita akan di atas dan sebaliknya. Allah itu Maha Adil dan Dia lah yang akan menghakimi hambaNya yang berbuat zalim kepada orang lain .Setiap perbuatan takkan terlepas dari pembalasan .Mungkin hari ini kita dikecewakan, tapi suatu saat nanti si dia akan merasai seperti mana kita rasakan .Doa orang yang teraniaya itu makbul.

   Bersabarlah wahai hati... Kelak, pasti kita akan bertemu dengan insan yang sebenar...yang akan menghargai kehadiran kita dan mencintai kita dengan ikhlas .Berdoalah pada Allah agar dipermudahkan jalan bagi menemui cinta yang diredhai Allah dan disatukan dalam hubungan yang halal .Amin...

  Berdoalah kepada Dia agar dikuatkan hati dalam mengharungi segala ujian yang akan mendatang .Jika si dia itu memang jodoh kita seperti yang tercatat di loh mahfuz, sejauh mana dia berlari dan berjumpa dengan insan yang sempurna dari kita, percayalah...dia pasti akan kembali pada kita dan akan mencintai kita seikhlasnya .Tawakkal lah pada Ilahi agar kita terus bergantung hanya pada Dia dan menghapuskan rasa kecewa kita itu .Segala yang terjadi ada hikmah disebaliknya yang kita tidak tahu .

Isnin, 19 Mei 2014

Sajak Harapan Kian Layu

Masihkah wujud warna pelangi itu buat aku?
Mencari-cari tatkala dalam gelapan
Bayangannya langsung tak aku temui
Rebah sendiri menanti sebuah harapan

Saat aku menoleh ke arah itu
Seakan-akan ia kan menjadi milikku
Lalu aku hampiri dengan penuh riang
Semakin aku mendekati semakin menghilang

Aku kabur dalam harapan yang kian layu
Menanti sesuatu yang tidak pasti
Apakah mampu untuk aku dampingi
Atau hanya sekadar dituip angin lalu
Lalu menghilang tanpa jejak...

Khamis, 15 Mei 2014

Malam Karyawan Seni

   Assalamualaikum !Baru-baru neh fakulti Chiq Neyna menganjurkan program annual dinner yang diberikan nama Malam Karyawan Seni (12 Mei 2014) . Semua pelajar terlibat dari tahun satu sehinggalah tahun 3. Actually annual dinner neh adalah meraikan pelajar akhir tahun yang bakal menamatkan pelajaran mereka pada hujung bulan 6 neh. Huwaa ~Sadisnya !Tak dapat lagi story mory dengan abang & kakak senior for next sem .Dorang really friendly apatah lagi senior major teater. I love them so much !Tak pernah kedekut share ilmu kat adik-adik dorang neh haa...

   Malam Karyawan Seni or MKS neh bertempat di Restoran Nelayan .Tak jauh dari area Kota Kinabalu sangat .Tema yang diberikan untuk malam itu selebriti .So, memang ramai yang berpakaian gojes malam tuh .Piwiiit !Meh Chiq Neyna share sikit ngan korang gegambor yang sempat di snap pada malam tuh .
Classmate yang sporting a.k.a boypren ketika dalam kelas .hihihi

sahabat cool yg selalu bersama Chiq Neyna walau ke mana jua, Hafiz

Chak !Chak !Snap picture ngan Dijah

With Cik Kastri

Jejaka idaman Malaya (dari kiri Fairuz,Safee & Iqbal)

Kasik pose dulu kejap

Teruja pulak bila dapat spek sebesar alam neh .Ahaks !

Calon-calon menantu

Cari publisiti .Hiks !

Pelajar seni kreatif

Jejaka classmate Chiq Neyna yang hensem-hensem belaka

Moment dengan abang senior yang sporting dan jugak classmate. dari kiri (Abg Zul,Joe,Hafiz,
Abg Ikhwan,Abg Nazrin,Chiq Neyna,Abe Sham,Kastri & abg ??Alahh,terlupa nama .Hihi)

Selebriti UMS. Tip top okaiii

Senyum itu satu sedekah :)

Sewaktu pendaftaran .Macam-macam style

Again...

Again......

And again....


Mr.James ngan senyuman manisnya

Ketibaan pelajar tahun 3 memasuki ruang dewan .Piwittt !

Sedap kena massage En.Hafizi kita neh

Sewaktu persembahan berlangsung

Berjamilah secara berjemaah dulu .

Selasa, 13 Mei 2014

Selamat Hari Ibu

   Mak ingat lagi tak masa hari ibu sewaktu ina darjah 5? Ina belikan mak keropok kesukaan mak. Ina tahu mak suka keropok tuh dan Ina beli banyak-banyak kat mak sempena hari Ibu. Sampai je Ina kat rumah, Ina terus dapatkan mak dan bagi semua keropok tuh. Mak tersenyum masa tu. 

Mak, mak ingat tak lagi masa Ina sekolah rendah dulu? Mak selalu hantar Ina pergi ke sekolah selepas kita pindah ke rumah atok. Kalau dulu masa kita tinggal di Alor Setar, pagi-pagi lagi mak akan teman Ina tunggu bas sekolah. Dulu, mak akan buat kuih karipap dan jual. Mak ingat lagi tak masa mak ketawakan Ina sebab Ina terminum air garam lepas Ina makan nasi lemak? Padahal air garam tu mak buat untuk gaul dengan adunan karipap. Ina merajuk dengan mak sebab mak ketawakan Ina.

   Mak ingat tak lagi masa kita pergi memancing sama-sama dengan ayah sekali di sungai ?Masa tu, Ina pancing di tepi sawah manakala mak dan ayah memancing di tali air. Ina ingat ina ingat Ina dah dapat ikan, rupa-rupanya katak yang makan umpan pancing Ina. Mak dengan ayah ketawa dengan mimik muka Ina yang kecewa. Kelakarkan mak ?

   Mak, mak ingat tak lagi sewaktu kita pergi pasar sesama dan masa tu motor kita kehabisan minyak sebab abang Di terlupa nak isikan minyak. Ina terpaksa tinggalkan mak kat tepi jalan dan Ina jalan kaki carikan minyak motor untuk di isi. Ina dah pesan dengan mak, mak jangan berjalan sebab nanti mak penat. Tapi, mak degil. Mak jalan juga supaya mak dapat tengok Ina dari jauh. Bila Ina patah balik, Ina nampak mak berjalan hati Ina terasa sayu sangat sebab nampak mak agak keletihan.

   Mak ingat lagi tak kali terakhir kita berjumpa? Masa tu Ina cerita macam-macam pengalaman pertama Ina belajar di universiti, mak dengar je dan tersenyum. Ina cuba untuk hiburkan mak. Mak tetap jaga Ina walaupun mak sendiri tidak sihat dan hanya menunggu ajal menjemput.

   Mak, mak nak tahu tak...Masa mak lepas operate di tangan mak tuh kan, Ina nampak darah kat balutan tangan mak banyak sangat. Ina tak sanggup nak pandang sebab Ina ni kan penakut. Mak tahu kan ?Masa ada 2 orang doctor datang check mak, dorang pegang kuat-kuat tangan mak dan time tuh mak mengaduh kesakitan. Mak tahu tak, masa tu Ina nak tutup telinga sebab Ina tak sanggup dengar bunyi mak mengaduh kesakitan. Lepas tu, Ina nampak darah kat tangan mak keluar banyak sangat. Mak tahu tak, masa Ina lari masuk tandas tuh bukan sebab Ina jijik lihat darah kat tangan mak tapi Ina menangis kat dalam tuh sebab Ina tak mampu lakukan apa-apa.

   Mak, mak nak tahu tak ?Kak Ana dah lahirkan baby baru .Baby boy..Sekarang mak dah 2 orang cucu,hero pulak tuh. Mesti bertambah riuhkan keluarga kita?Tapi sayang, cucu mak yang baru ni mak tak sempat nak tengok dan cium..

   Mak, mak nak tahu tak ?Ina sayangkan mak...Terlalu sayang !Kalau dulu, Ina selalu called mak bila Ina rindu..Ina akan ceritakan apa yang Ina buat kat sini..Ina akan ceritakan dengan siapa Ina berkawan..Ina akan share semua cerita kat mak...Tapi, sekarang mak dah tak ada..Ina dah tak ada tempat nak share story lagi..Ina sunyi mak...Ina nak mak macam dulu...Ina kerap mimpi mak sewaktu Ina tidur..


   Mak...Selamat hari ibu..Semoga mak tenang di alam sana...Amin..

Selasa, 6 Mei 2014

Cuti Sem Bakal Menjelma

   Assalamualaikum !Alohaaa !Jumpa lagi sekali lagi dengan uols !Hiks !Mesti uols selalu terfikirkan ,kenapalah Chiq Neyna neh kerap beno update entry kat blog neh ?Dah terlalu free sangat ke ?Ops !Actually tak jugak okey .Tapi, oleh kerana semangat Chiq Neyna terlalu berkobar-kobar untuk update sebabnya bulan 6 nanti Chiq Neyna dah boleh balik ke semenanjung .Hohoyeahhh !

   Cuti sem kali neh memang agak lama iaitu 2 bulan .Wuaaa !Puas lahh Chiq Neyna kat sana nanti setelah sekian lama bermastautin di obersi .Hiks !Overdrama je lebih kan .Macam lahh dah tak ada flight pulak nak balik ke semananjung tuhh kan .Yang buat Chiq Neyna excited sebabnya last paper final exam Chiq Neyna 19 Jun dan masalahannya ,Chiq Neyna beli tiket flight 28 Jun .Alohaiii~Ape kehe lambat beno Chiq Neyna oit ?

   Takpe ,lagi pun Chiq Neyna ada planned ngan group Hypno Entrepreneur tuhh yang kitorang nak honeymoon dulu menggunakan hasil pulangan modal masa berniaga dulu .Heee ~Harapnya menjadik lahh kan .Then ,boleh fly balik ke Negeri Jelapang Padi dengan hati yang gumbira !

   Kalau dalam jangkaan ,29hb Jun dah start puasa kan ?Nasiblah Chiq Neyna beli tiket 28hb ,sesampai je kat sana tunggu untuk start sahur je .Wuaaa!Tak sabarnya !Risau jugak kalau 28hb tuh start bulan Ramadhan ,mau taknya sebab Chiq Neyna ada beli makanan untuk lunch ketika dalam flight .Mee goreng mamak pulak tuh !Mau dipandang orang bersilang-silang nanti.Hahaha !Itu lahh bahananya kalau beli tiket flight tak tengok calender .Tetiba pulak rasa bersalah .Huwaa~

   Tetiba pulak rasa sayu kat hati neh .Mau taknya, bulan Ramadhan kali neh tanpa ibu tercinta di sisi .Pasti terasa lain suasana kali neh .Mak ,rindu !!!!Apatah lagi kalau Syawal menjelma nanti, dah tak dapat lagi nak bersalaman dan mencium ibu Chiq Neyna macam dulu-dulu lagi .Sedihnya !Semoga ditabahkan hati ini .Amin~

   Oh ya ,tetiba rasa krem suda jari neh nak menaip .Hihihi .Errr..Jumpa uols lagi di next entry .Sekian !

Sabtu, 3 Mei 2014

Jika Hari Ini Hari Terakhirku Bernafas

   Jika hari ini merupakan hari terakhir aku bernafas di bumi ini ,aku tidak mahu meninggalkan kenangan yang menyakitkan untuk orang-orang yang aku sayang .Aku tidak mahu mereka menangisi pemergian aku .Tapi aku mahu mereka terus tersenyum dan berbangga kerana aku pernah menyayangi mereka dan selalu bersama mereka walaupun hanyalah sesingkat waktu .Jika hari ini hari terakhir aku melihat dunia ini ,aku mahu berbakti dan mencurahkan segala kasih sayang serta waktu aku untuk mereka yang sangat bermakna dalam hidup aku .Aku mahu memberikan mereka kebahagian dengan bergelak tawa kerana aku tidak mahu mereka menangis apabila melihat sekujur tubuhku yang terbaring kaku .

   Jika hari ini merupakan hari terakhir aku boleh berkata-kata ,aku ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi bersama aku saat jatuh dan bangun aku .Terima kasih kerana menghargai aku .Terima kasih kerana menyayangi aku .Terima kasih kerana sanggup berkorban untuk aku .Terima kasih kerana menjalinkan hubungan persahabatan dengan aku .Terima kasih kerana bergelak tawa dengan aku .Terima kasih kerana memujukku .Terima kasih semuanya !Aku terlalu sayangkan kalian walaupun pertemuan dan perkenalan kita hanyalah kebetulan dan juga sementara .

   Jika hari ini hari terakhir aku mampu menggerakkan tubuh aku ,aku ingin membawa langkah ini untuk menemui semua orang yang menjadi sebahagian dari hidup aku .Aku ingin memeluk mereka ,memberi sebuah kecupan mesra dan ingin menyalami tangan mereka .Mak !Ayah !Aku mahu mereka bangga mempunyai anak seperti aku kerana telah melahirkan seorang anak yang normal dan tidak cacat .Aku mahu mereka tersenyum kerana aku menyayangi mereka malah lebih dari diri aku sendiri .Terima kasih mak dan ayah kerana membesarkan aku tanpa rasa lelah dan jemu meskipun aku merupakan anak yang degil .Mak !Ayah !Maafkan aku jika aku tidak berkesempatan untuk bernafas lebih lama lagi .Tapi ,anakmu berjanji akan membahagiakan mak dan ayah sebelum ajal menjemput .Tersenyumlah !

   Jika hari ini adalah hari terakhir aku melihat kalian, aku tidak mahu menjadi beban kepada kalian .Aku mahu menjadi pendamping yang selalu membuat mereka selesa dan membuatkan mereka selalu merindui aku .Maafkan aku jika aku tidak mampu lagi menemani hari-hari yang akan datang seperti masa-masa yang lalu .Aku sayangkan mereka Tuhan .Seandainya aku tiada ,Kau berikanlah mereka penggantiku yang lebih baik dari aku kerana aku mahu mereka bahagia tanpa rasa derita mahupun sedih .Aku tidak mahu mereka menangisi pemergian aku pada keesokkan harinya .Jika mereka rindukan aku ,aku mahu mereka mendoakan aku di sana kelak agar permudahkan segala urusan aku dengan Mu, ya Rab .

   Jika hari ini merupakan hari terakhir aku menyayangi mereka ,aku mahu menyayangi mereka sesungguhnya .Aku ingin memberikan segala kasih sayang aku dan perhatian aku kepada mereka .Aku tidak mahu mereka berasa sedih hati kerana aku tiada bersama mereka saat-saat terakhir aku di dunia ini .Aku mahu mereka mengingati aku dan berkata, 'dialah yang sering membuat kami tertawa dengan gelagatnya!' Itu sudah mencukupi bagi aku walaupun pada esoknya hanya tinggal nama serta kenangan aku sahaja .Ya Allah ,jika ada perbuatan mereka yang melukan hati ini ,aku maafkan mereka kerana aku mahu bertemu dengan mereka di syurga kelak .Aku tidak mahu mereka dihalang masuk ke syurga kerana mereka telah menyakiti hati aku .Aku sayangkan mereka !Ampuni mereka Tuhanku !

   Jika hari ini adalah hari terakhir jantung aku berdegup ,aku ingin meminta maaf kepada mereka jika aku telah melukakan hati mereka tanpa aku sedari .Aku ingin mereka menyenangi kehadiran aku walaupun hanya sebentar .Aku tidak mahu menjadi beban kepada mereka .Aku tidak mahu menjadi penyebab mereka berkecil hati .Aku ingin melakukan yang terbaik di penghujung nafas ini .Maafkan aku !Aku cuma manusia yang lemah lagi hina dan seringkali melakukan kesalahan .Maafkan aku sekali lagi...Halalkan segala pemberian kalian yang telah pun menjadi darah daging dalam diri ini .Jika masih berkesempatan ,aku mahu melutut di hadapan kalian agar kalian dapat memaafkan semua kesalahanku .Memaafkan dosa aku pada kalian dari sekecil zarah sehinggalah yang membuatkan kalian menangis kerana perbuatan aku yang kadang-kadang terbabas .Maafkan aku....

Khamis, 1 Mei 2014

Bernikah Sewaktu Belajar @ Muda

 
Assaamualauikum..Pernahkah uols terfikir untuk berkahwin pada usia masih muda atau lebih spesifik sikit sewaktu masih belajar ?Perkahwinan adalah sebuah ikatan yang mulia dan dituntut oleh Allah kerana perkahwinan mampu mengelakkan kita dari melakukan pra zina dan seterusnya terjebak dalam zina .Nauzubillah..Rasulullah pernah berkata, "Wahai para pemuda, jika kamu mampu hendaklah kamu berkahwin,sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan menjaga kemaluan. Sesiapa yang tidak mampu hendaklah berpuasa kerana berpuasa itu adalah pendinding baginya."

   "Barang siapa yang di antara remaja yang berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan .Dan ia (syaitan) mengeluh, "Aduh, celaka aku, agamanya telah terpelihara dari godaanku."HR.Ibnu 'Addi .Ini membuktikan bahawa dengan berkahwin kita mampu menjauhi zina dan juga dapat mengawal nafsu yang terkadang terbabas untuk dikawal .Bagi pasangan muda yang berkahwin awal ,mereka terlindung daripada melakukan maksiat dan juga mempunyai hubungan yang halal di sisi agama .Nak keluar bersama berpimpin tangan juga tak menjadi masalah .Heretlah ke mana jua isteri mereka ,tidaklah haram .Indahnya sebuah perkahwinan !Itulah yang dipanggil bercouple secara halal.

   Selalunya pasangan couple neh tak dapat menahan diri daripada berjumpa ,dating dan ingin bersama setiap masa .Bila perkara ini selalu terjadi tak mustahil akan menyebabkan mereka jatuh ke kancah zina .Berkahwinlah ,kerana itulah sebaik-baiknya .Bukankah bercinta lepas nikah lebih indah ?Ini kerana kita terselamat daripada cinta monyet ,cinta orang utan dan sebagainya lagilah .Selalunya ,cinta seperti ini tidak akan berkekalan lama dan akan putus dipertengahan jalan .Tidakkah itu akan melukakan hati kita sendiri ?Kepada kaum adam di luar sana ,jika anda menyukai seorang wanita ,pinanglah wanita itu ,jadikanlah wanita itu isterimu .Pelihara hubungan kalian daripada zina dan binalah sebuah masjid .

   Pasti banyak perkara yang bermain di fikiran kita ,kalau kahwin muda ,nak bagi isteri makan apa ?Mesti mak dengan ayah tak bagi !Nak tinggal kat mana ?Aku belajar lagi .Dan pelbagai lagilah .Jawapan kepada persoalan itu mudah ,kamu wajib nikah khitbah !Nikah khitbah atau dikenali sebagai nikah gantung membolehkan kita untuk bersama ke mana jua dengan pasangan kita dan hukumnya harus .Nikah ini sesuai untuk mereka yang masih belajar macam Chiq Neyna sendiri .Jangan kita lupa ,apabila seseorang itu telah mendirikan rumah tangga ,rezekinya akan melimpah ruah .Itu janji Allah kepada sesiapa yang berkahwin.

Perkara-perkara biasa nikah khitbah dilakukan:
-suami belum mampu menyara sepenuhnya kos sara hidup isteri
-pasangan yang masih belajar dan mahu menuntut ilmu
-belum bersedia memberikan komitmen sepenuhnya dalam menunaikan tanggungjawab berumah tangga

Setelah akad nikah berlangsung, kedua-dua pasangan harus tinggal berasingan sehingga benar-benar bersedia untuk memikul tanggunjawab sebagai suami isteri. Tujuan utama nikah gantung ini adalah untk mengelakkan berlakunya zina dan lahirnya anak luar nikah.




   Seperti yang selalu kita dengar ramai pelajar yang berkahwin berjaya dalam pelajaran mereka .Prestasi mereka meningkat dan itu sememangnya tidak dapat dinafikan .Apabila pasangan itu berkahwin, ini akan menjadikan hidup mereka lebih tenang serta bersemangat dalam melakukan apa jua perkara serta matlamat hidup lebih jelas.

   In shaa Allah ,jika diizinkan oleh Allah mahu juga Chiq Neyna melakukan nikah khitbah ini dan Chiq Neyna yakin kedua ibu bapa Chiq Neyna pasti akan setuju .Ya Rab ,jika ditakdirkan aku jatuh cinta lagi ,hadirkanlah rasa cinta itu pada orang yang tepat dan jadikanlah dia jodohku di dunia juga di syurga kelak .Hadirkanlah lelaki itu kepada aku merupakan seorang lelaki yang biasa sahaja orangnya tapi mampu membimbing aku sehingga ke jannah, seorang yang melabuhkan cintanya padaMu .Berikanlah padaku seorang imam yang mampu mendekatkan aku denganMu dan selalu mengingatkan aku tentang agamaMu agar aku tidak jauh tersungkur dari jalanMu .Amin....