Halaman

Rabu, 29 Mei 2013

Rindu Oh Rindu

 
   Hi !Salam satu Malaysia kepada para pembaca blog Chiq Neyna .Hari ni Chiq Neyna nak berbicara tentang rindu .Ambooi !Bukan main lagi kan ayat tu ?Hehehe .Semua orang pernah rasa rindu kan ?Termasuklah Chiq Neyna .Sebagai manusia biasa kita tidak terlepas dari perasaan rindu seperti rindukan kenangan kita masa sekolah dulu ,kenangan bersama kengkawan kita ,rindukan keluarga bagi yang tinggal berjauhan dan juga rindukan seseorang yang teristimewa dalam hidup kita .

   Sakit rasanya bila kita rindukan seseorang tetapi kita terpaksa pendam tanpa pengetahuan si dia atau rindukan orang yang telah lama meninggalkan dunia ni .Berbeza dengan konsep jika rindukan kengkawan atau family sebab kita boleh terus call mereka je .Tapi macam mana pulak dengan konteks kita rindukan seseorang tu tanpa dia tahu ?Nak menghubungi si dia ,mungkin si dia sudah tidak mahu kita mengganggunya lagi .Apa yang boleh kita lakukan untuk menghilangkan rasa rindu tu ?

   Kadang-kadang rasa rindu tu tak pernah hilang ,malah semakin menebal dalam diri kita menyebabkan kita sendiri dah mampu untuk menahan rasa rindu sehinggakan air mata kita mengalir tanpa kita sedar ketika mengingati kenangan bersamanya .Detik bersamanya bagaikan sebuah tayangan filem di fikiran kita membuatkan kita bertambah rindu kepadanya .

   Jika kita rindukan seseorang ,kita teringin sekali ingin mendengar suaranya .Walaupun itu pun tidak mampu ,cukuplah hanya sekadar bertanya khabar melalui mesej yang dikirim sudah cukup menggembirakan kita sekiranya dia mempunyai respons terhadap mesej kita .Kadang-kadang rindu tu membuatkan kita rasa sesak untuk bernafas dan menjadikan kita menjadi gelisah .

   Apabila kita rindu ,kita selalu akan melihat potretnya dan kembali mengingati moment bersamanya ,right ?Tanpa diduga ,air mata pun menyapa pipi kita .Lalu usai solat ,kedua-dua belah tangan ditadah lalu mendoakan kesejahteraan si dia agar selalu sihat dan dirahmati Allah .Itulah rindu yang sebenarnya .Walaupun si dia sudah tidak lagi pedulikan kita ,kita tetap mendoakannya di setiap solat kita .Itu sudah terbukti bahawa kita ikhlas menyayanginya tanpa paksaan .

   Bagi Chiq Neyna ,rindu itu perlu tetapi tidak perlu melampaui batas .Contohnya ,kita terlalu rindukan seseorang tu sehinggakan makan dan minum kita terabai dan kita menjadi lalai kepada tanggungjawab kita sebagai khalifah bumi .Rindu itu biarlah sekadar berpatutan .Janganlah kita merindukan seseorang melebihi kita merindui Nabi Muhammad s.a.w .Setakat itu sahajalah coretan Chiq Neyna pada kali ni .Jumpa lagi pada entry yang akan datang !

Sekian ,tenkiu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan