Tanpa email darinya membuatkan rinduku menggila terhadapnya .Kata-katanya yang pandai mengambil hatiku menbuatkan aku hanyut dalam dunia khayalanku .Apabila aku menceritakan perasaan saat aku ber'chatting' dengannya pada teman-temanku ,mereka sering mengatakan bahawa aku telah jatuh cinta .Benarkah ?Tapi bagaimana perkara ini boleh terjadi padaku ?Aku belum pernah melihat wajah jejaka ini .Pernah dulu aku menanyakan kenapa dia tidak meletakkan gambar profilenya ,dia menjawab 'kalau ingin mencari cinta sejati tidak perlu dilihat dari paras rupa,tetapi dilihat dan dinilai dari segi akhlaknya' .Kata-katanya membuatkan akal aku mati untuk mempersoalkannya lagi .
Pada masa terluang yang aku perolehi ,pastilah aku akan 'online' facebook dan orang yang pertama akan aku hubungi ialah Shah Muaz .,lelaki kelahiran negeri Jelapang Padi .Aku sangat terhibur apabila dapat berkongsi masalah dan cerita dengannya .Dia tidak pernah lekang dengan nasihat yang berguna untukku .Pernah suatu hari,aku berasa sebal dengan sikap mama yang selalu memaarahi aku .Aku mengadukan hal itu kepada Shah Muaz.
-Saya sangat sebal dengan sikap mama yang sering memarahi saya :(
-Awak pasti lakukan sesuatu yang salah .Kalau tak ,mama awak tak akan marah .
-Saya hanya terlupa membasuh pinggan sebiji di dalam sink ,tetapi leterannya sehinnga ke malam .Saya penat dengar bebelannya !
-Salah awak juga .Memang sepatutnya mama awak marah .
-Kenapa awak bela mama ?
-Semestilah .Kalau mama awak tak marah awak ,siapa lagi ?Andai suatu hari nanti ditakdirkan awak jodoh saya,takkanlah saya pula yang perlu basuh pinggan setelah penat pulang bekerja mencari rezeki ?Mama awak membantu saya sebenarnya untuk menjadikan awak isteri yang rajin .hehehe
Aku ketawa membaca mesej darinya yang mencuit hati .Hati aku berbunga riang apabila dia seolah-olah menganggap aku sebahagian dari hidupnya walaupun hanya sekadar sebuah gurauan .Aku bahagia !Tanpa disedari sudah hampir 6 tahun aku mengenali Shah Muaz sehinggalah sekarang umurku sudah menjangkaui usia 25 tahun .Begitu lama usia hubungan aku dengannya .
-Pada hujung minggu ni saya akan ke perak .
Beritahu Shah Muaz pada suatu hari membuatkan aku sangat gembira .
-Awak akan ke sini ?Buat apa ?
-Saya menemani abang saya menghadiri kenduri kahwin sahabat baiknya .
-Boleh saya tahu di mana tempatnya ?
Soalku ingin tahu .
-Ipoh
-Itu tempat tinggal saya
Beritahuku untuk sekian kali kepada Shah Muaz .
-Saya tahu.Saya berhajat besar dan saya tidak memaksa awak untuk menunaikannya .
-Apa tu ?
-Saya nak berjumpa dengan awak .
"Hoorayyy !"
Aku menjerit dengan lantang.Perbuatan aku ditegur oleh mama .Aku kembali diam .Saat inilah yang aku tunggu selama ini !
Pada tarikh dan waktu yang ditetapkan ,aku bersiap sedia untuk menemui Shah Muaz lelaki pujaan cyberku .Aku kembali mengingati klu pakaian yang akan dipakai oleh Shah Muaz .Hitam !Itulah warna kemeja yang akan dipakainya .Mataku tertancap pada sesusuk tubuh di hujung sudut McDonald yang mengenakan pakaian hitam dan membelakangkan aku .Hati aku berdegup kencang .Apakah itu Shah Muaz ?Aku menghampiri lelaki itu .Salam diberikan dan dijawabnya .Perlahan-lahan wajahnya dialihkan kepadaku .Kacak !Hanya itu yang mampu aku ucapkan .
"Awak Shah Muaz ?"Dia mengangguk dan bibirnya dihiasi dengan senyuman yang tipis menyerlahkan kekacakkannya .Aku terpana melihat senyuman itu .Orangnya berkulit cerah ,tinggi lampai ,bermata sepet dan diframekan dengan kaca mata yang berbingkai putih .
"Silakan duduk ."Pelawanya .Aku mulai curiga ,apa benar dia Shah Muaz ?Dia seperti berbangsa Cina .
"Awak memang Shah Muaz ke ?"
Soalku inginkan kepastian .Dia hanya mengangguk .
"Awak musykil ?"
Aku segera mengiakanyya .Dia ketawa kecil .
"Terkejut tengok saya handsome ke ?"Aku pula ketawa menahan malu .Dia seolah-olah dapat membaca fikiran aku .Memang pun !Ingin saja aku meluahkannya .Sesungguhnya aku terpana akan keindahan ciptaan tuhan yang begitu sempurna ditambah pula dengan sikapnya yang mampu menawan hati .
"Kenapa awak pandang saya macam tu ?"Soal Shah Muaz apabila melihat aku memandangnya tanpa berkedip .Entah apalah yang difikirkannya saat aku seperti itu .
"Eh..Tak ada apa-apa .Cuma awak handsome sangat ."Aku ketawa dengan kata-kataku untuk mengawal maluku yang telah terkantoi .
"Yeke ?Terima kasih .Saya gembira dapat berjumpa dengan awak ."
"Saya pun macam tu .Tak sangka orang yang selama saya kenal ni kacak orangnya ."Pujiku .
"Bagi saya ,untuk mencari cinta sejati tidak perlu dilihat pada paras rupa ,tapi dilihat dan dinilai dari segi akhlaknya ."Ujar Shah Muaz dengan intonasi yang boleh meruntukan 'iman' aku .
Aku kenal dengan ayat itu .Itulah prinsip yang dipegangnya .Beruntunglah siapa yang dapat takluki hati lelaki ini .Apakah aku mampu ?Hei Elis ,sedarlah diri sikit !Kau tu bukan cantik sangat .Kulit pun sawo matang aje .Jangan haraplah dia nak kat kau .Kau dengan dia umpama enggang dengan pipit .Ingat tu .Aku kembali sedar dari dunia lamunanku .Ya..Kami umpama enggang dan pipit yang tak mungkin bersama .
"Saya dah agak ,awak mesti gunakan ayat tu untuk dijadikan senjata awak untuk musnahkan kata-kata saya ."Shah Muaz tersenyum simpul .
Pertemuan singkat kami pada petang itu memberikan seribu makna dalam hidupku .Shah Muaz ,seandainya aku mampu takluki hati kau untuk aku jadikan tempat jajahanku sehingga tiada satu manusia pun yang boleh merampas tempat itu dari genggamanku ,akulah orang yang akan paling bahagia .Aku akan memanfaatkan sebaik-baiknya .Itu janji aku .Tetapi hati aku hancur luluh apabila menerima mesej dari Shah Muaz .
-Saya dah nak bertunang hujung bulan ni .
Beritahu Shah Muaz .Aku mengulangi bacaan semula ayat itu .Bummm !Umpama petir yang membelah dada malam yang tenang .Lambat-lambat aku membalas mesejnya .
-Yeke ?Saya gembira mendengarnya .
-Tq .Saya harap awak dapat hadir pada majlis kenduri saya nanti
Tidak !Aku tak mahu pergi Shah Muaz !Aku tidak sanggup melihat kau bersama gadis lain .Sungguh !Itulah kenyataannya .
-Insya Allah kalau saya kelapangan nanti .
-Saya berharap sangat akan kehadiran awak .Awak pasti tidak mahu terlepas hari bahagia saya kan ?
Aku tidak mampu untuk membalas mesej daripadanya lagi .Tanpa aku sedari ,air mata aku mengalir menuruni curam di wajah aku .Aku kecewa !Hanya itu yang mampu aku ucapkan pada saat ini .Mahu saja aku mengucapkannya pada Shah Muaz .Tapi mana mungkin ?Kebahgiaanya adalah kebahagiaan aku juga .Ya..Seandainya dia bahagia aku akan turut serta walaupun aku bukanlah permaisuri hatinya .Aku berdoa kau bahagia wahai jejaka cyber pujaanku !
Sejak aku mendapat berita pertunangannnya ,chat darinya hanya aku pandang dengan sepi .Shah Muaz milik orang Itulah perkataan yang telah aku tanam dalam benak hati aku .Aku juga telah berubah laku .Makan dan minumku sudah tidak teratur lagi .Mama juga hairan melihat tingkah laku aku yang aneh sejak kebelakangan ini .Aku menatap kalendar yang terletak di atas mejaku ,Rabu ,30.4.2010 ,pertunangan Shah Muaz .Aku menjerit hiba .Terhenjut-henjut badan aku menahan sendu yang hebat di dada .Kenapa pengakhiran hubungan aku dengannya berakhir begini ?Aku terlalu cintakannya .Tak mampu aku nak ungkapkan dengan kata-kata .
Pintu bilikku diketuk .Aku segera mengesat air mata aku dengan jari jemari .Kelihatan mama tersenyum memandang ke arah aku .Aku menjadi pelik .Apa hodohkah wajah aku ketika ini ?
"Sekarang tukar pakaian .Kalau boleh ,pakai baju Kebaya Nyonya yang abah belikan semasa di Melaka dulu .Selepas itu ,turun ke bawah .Jangan lama sangat ."
Mama beredar setelah memberikan aku satu arahan yang juga aneh buatku .Tetapi aku turutkan juga arahan mama .
Setelah selesai menukar pakaian ,aku menuruni tangga .Kedengaran suara yang riuh rendah di ruang tamu .Semua orang memerhati ke arah aku dengan senyuman yang manis ku kira .Tidak pula aku mengenali wajah-wajah itu .Aku mendapatkan mama yang duduk bersebelahan dengan seorang perempuan tua berbaju kurung berwarna hijau lembut .
"Ada apa ni mama ?"Tanyaku ingin tahu .Mama hanya tersenyum .Mama menghulurkan aku sebentuk cincin bertatahkan permata belian .Aku bingung .
"Mereka datang untuk meminang Elis ."Aku tergamam .Apakah ini takdirku ?Bertunang dengan orang yang tidak aku cintai ?
Aku menggelengkan kepala pada mama bahawa aku tidak mahu menerima pinangan ini .Mama terkejut dengan perbuatan aku yang du luar jangkaaanya .Mama cuba untuk menyarungkan cincin itu di jari manisku,tetapi aku segera menarik .
"Elis tak nak ,mama !"Protesku .
"Mungkin dia mahu saya sarungkan cincin tu ."
Kedengaran satu suara yang pernah singgah di telinga aku pada suatu ketika dahulu .Aku segera menoleh ke arah empunya suara itu .Dia !Terasa kesat tekak aku ketika aku cuba untuk menelan air liur .Benarkah dia ?
Perlahan-lahan dia menghampiri mama dan aku .Cincin di tangan mama di ambil lalu disarungkan pada jari manisku .
"Sudikah awak menjadi kekasih halal saya untuk sepanjang hayat ni ?"
Aku tidak mampu untuk menghalang air mata aku daripada terus mengalir di pipi aku .Jari jemarinya mengesat air mataku membuatkan aku bertambah terharu .
"Ya..Saya sudi Shah Muaz ."Aku lihat ada air mata jernih yang bergenang di kelopak matanya .
"Alhamdulillah "Serentak keluarga aku dan keluarga Shah Muaz mengucapkannya .
"Awak jahat !"Jeritku dengan tiba-tiba .Shah Muaz kelihatan terkulat .
"Kenapa ?Apa yang telah saya buat ?"
"Awak permainkan saya .Sejak awak cakap yang awak nak tunang ,setiap hari saya menangis .Awak kejam ."Tangisku .Shah Muaz kelihatan bersalah .
"Maafkan saya .Saya tak bermaksud nak permainkan awak .Saya cuma ingin buat kejutan untuk awak ."Jelas Shah Muaz .
"Saya benar-benar sukakan awak Saya takkan sia-siakan hidup awak .Itu janji saya dihadapan keluarga awak dan saya ."Sambung Shah Muaz .
"Sudah-sudah lah tu Elis .Kesian Muaz tu .Dari jauh dia datang semata-mata untuk melamar anak mama ."Pujuk mama .Aku mengukir senyuman untuk menghilangkan resah mama yang bersarang di hatinya .
"Kalau macam tu ,boleh lah kita bincang apa yang patut .Tak macam tu kak dan abang ?Elis ,bawa Muaz ke bilik bacaan .Borak-boraklah ."Abah mula bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri .
Muaz membontoti aku dari belakang .
"Awak marah saya ,Elis ?"
"Tak..Saya cuma keliru .Kenapa awak pilih saya ?"
"Sebab saya sukakan awak /"
"Awak tak nyesal pilih saya ?"
"Takkan ."Jawab Shah Muaz ringkas .
"Saya tak cantik ."Aku merendahkan diri .
"Kan saya pernah cakap dulu..."
"Untuk mencari cinta yang sejati tidak perlu dilihat dari paras rupa ,tetapi dilihat dan dinilai dari segi akhlaknya ."Aku memintas percakapan Shah Muaz .Dia tersenyum .
"Tahu pun ."
"Tapi awak tak pernah cakap yang awak sukakan saya ."Ungkitku lagi .
"Saya tak perlu beritahu kerana saya dah buktikan cinta saya pada awak ."
"Apakah saya bermimipi ?"Aku memandang wajah kacak Shah Muaz .Pipiku di cubit lembut .
"Sakit ?"Soal Shah Muaz .Aku menggelengkan kepala .
"Nampaknya awak masih bermimpi ." Sekali lagi jari jemari Shah Muaz hinggap di pipi aku .Kali ini cubitannya agak kuat menyebabkan aku mengaduh kesakitan .
"Nah..Sekarang awak tak bermimpi ."Ujar Shah Muaz tersenyum .Aku ketawa kecil dengan sikapnya yang mencuit hatiku .
Shah Muaz menggenggam kedua-dua belah tangan aku lalu diletakkan di dadanya .Aku mengerutkan kening tanda tidak mengerti .
"Hati ini milik awak ,Elis .Takkan sementara ,tapi selamanya .Untuk pengetahuan awak ,sejak saya mengenali awak saya dah jatuh cinta pada awak .Saya selesa berkawan dengan awak .Dan pada hari pertama pertemuan kita ,itu telah menguatkan cinta saya pada awak .Selama saya mengenali awak ,awak lah perempuan yang saya cari .Walaupun awak seorang yang degil ,tapi awak manja .Awak juga selalu lurus dalam apa jua hal .Itu menggambarkan siapa awak yang sebenarnya ."Luah Shah Muaz dengan bersungguh .Aku kembali menangis .
"Seseungguhnya awaklah yang saya ingin berdamping sehingga penghujung nyawa ini ."Sambung Shah Muaz lagi .
Ya Tuhan ,terima kasih kerana Engkau telah memberikan cinta yang indah itu buatku .Aku menatap dan merenung anak matanya untuk mencari kebenaran cinta itu .Ya..Aku tahu ,matanya tidak berbohong .Aku bersumpah demi kau Shah Muaz ,selagi aku masih bernafas aku akn mempertaruhkan segala-galanya buat kau cinta cyberku !
p/s :Tamat sudah cerpen hasil nukilan Chiq Neyna sendiri .Cerpen ni Chiq Neyna hasilkan pada 16 april 2010 iaitu masa Chiq Neyna tingkatan 5 .Masa tercetusnya idea ni ,Chiq Neyna sedang menghadiri kursus di Campsite Belantara Elit .Oleh sebab boring dengan ceramah yang diberikan oleh seorang guru ,Chiq Neyna telah mencipta karya ini .Hahaha .Apa pun ,Chiq Neyna harap pembaca enjoy dengan cerpen ni .Tenkiu !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan