Halaman

Rabu, 22 Mei 2013

Apa Itu Chenta ?

 
Hai !Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca yang membaca blog Chiq Neyna .Sekarang Chiq Neyna nak mulakan story hari ni pasal CINTA .Cinta ni memang indah kalau kita tahu menghargai dan zahirkannya dengan ikhlas .Tapi sekarang banyak je kan cinta yang entah apa-apa spisiesnya .Memang susah nak jumpa orang yang betul-betul menghargai cinta sekarang ni .Zaman sekarang ramai yang nak seronok-seronok je dengan cinta ni .Kan lebih indah kalau cinta tu di sulami dengan cinta kita pada Allah ?Insya Allah akan kekal sesuatu hubungan .

   Ketahuilah wahai pembaca bahawa setiap pasangan yang dicipta untuk bersama kita merupakan hadiah yang terbaik untuk kita dari Allah .Jadi ,terimalah dia seadanya kerana dia lah yang akan menjadi pelengkap kepada kekurangan kita .Seseorang yang baik akhlaknya ,akan diberikan Allah pasangannya yang baik juga dan begitulah jika sebaliknya .
 
   Cinta ni merupakan anugerah daripada Ilahi yang sangat indah untuk dizahirkan dengan mata kasar kerana hanya hati kita yang dapat merasakannya .Ramai orang yang tertanya-tanya ,ada apa dengan cinta ?Cinta itu merupakan sumber kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup .Cinta sejati itu akan hadir tepat pada waktunya dan hanya pada orang yang layak bersama kita .

   Cinta pertama juga memang sukar untuk dilupakan ,right ?Kadang-kadang mengambil masa untuk melupakan si dia hampir sepanjang hayat kita .Tapi ,cinta sejati tidak semestinya cinta pertama dan apa yang pasti cinta sejati akan kekal .Bagi Chiq Neyna pakej seseorang lelaki akan lengkap di mata wanita apabila dia mampu menjadi imam kepada kita dan anak-anak kita nanti dan setiap tutur katanya adalah lembut .Bayangkanlah betapa sweetnya ?Semua wanita mengimpikan hal yang sama kan ?Beruntunglah kita jika dapat memiliki lelaki seperti itu ,bukan hanya di dunia malah di akhirat jua .

   Pernah Chiq Neyna berjumpa dengan satu pasangan ni di satu pasar tani .Mereka berusia dalam awal 30-an .Chiq Neyna tengok betapa sweetnya mereka berjalan sambil memegang tangan dan si suami memanggilnya dengan gelaran 'sayang' malah menanyakan sesuatu kepada isterinya dengan nada yang amat lembut .Bahagia betul pasangan tu .Cemburu Chiq Neyna untuk seketika waktu :)

   Pada akhir sekali ,Chiq Neyna ingin beritahu kepada para pembaca sekalian prinsip yang Chiq Neyna pegang selama ini iaitu biarlah kita memilih orang yang mencintai kita berbanding memilih orang yang kita cinta kerana belum tentu orang kita cintai tu mampu menghargai kita seperti mana kita menghargainya .Sekiranya kita memilih orang mencintai kita ,sudah tentulah dia tahu bagaimana untuk menghargai kita .So ,renung-renungkanlah...

Sekian ,tenkiu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan

Catat Ulasan